Mengenal Pasti Risiko

Pelaburan Berisiko Tinggi 
Dagangan tukaran asing ke atas margin berisiko tinggi dan mungkin tidak sesuai buat semua pelabur. Leveraj yang tinggi mungkin akan membuahkan hasil ataupun sebaliknya. Sebelum mengambil keputusan untuk berdagang tukaran asing anda harus arif tentang objektif pelaburan anda, pengalaman, dan kemampuan menangani risiko. Ada kemungkinan anda akan kerugian semua modal permulaan anda, disebabkan itu, jangan melaburkan kesemua wang anda. Anda harus tahu tentang semua risiko yang berkaitan dengan dagangan tukaran asing dan minta nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika ada keraguan.

Pandangan Pasaran Nord FX
Sebarang pandangan, berita, kaji selidik, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di laman ini adalah ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Nord FX tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk kerugian pada keuntungan yang berlaku secara langsung atau tidak dari menggunakan maklumat seperti itu.

Risiko Dagangan di Internet
Terdapat risiko berkaitan sistem pelaksanaan dagangan berasaskan Internet termasuk, kegagalan perkakas, perisian, dan sambungan Internet. Disebabkan Nord FX tidak mengawal kekuatan signal, sambungan atau penghalaan melalui Internet, penetapan peralatan dan juga kebolehpercayaan sambungannya, kami tidak akan bertanggungjawab untuk komunikasi yang gagal, terganggu atau terlewat ketika berdagang melalui Internet. Nord FX menggunakan sistem sandaran dan pelan kontingensi untuk meminimumkan kegagalan sistem dan dagangan melalui telefon turut tersedia.

Ketepatan Maklumat
Kandungan laman web ini boleh berubah pada bila-bila masa tanpa notis, dan ia hanya bertujuan untuk membantu pedagang membuat pilihan dagangan. Nord FX telah mengambil pendekatan untuk memastikan kebenaran setiap maklumat yang ada, namun, tidak menjamin ketepatannya, dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang terjadi secara langsung atau tidak dari kandungan atau kegagalan mengakses laman ini, untuk sebarang kelewatan atau kegagalan menerima arahan atau notifikasi yang dihantar dari laman web ini.

Pengagihan
Laman ini tidak bertujuan untuk mengagih, atau diguna seseorang dari sesebuah negara di mana perkara seperti itu bertentangan dengan undang-undang dan peraturan tempatan. Tiada servis atau pelaburan yang dinyatakan tersedia untuk perseorangan yang tinggal di mana-mana negara memperuntukkan pelaburan atau servis yang bertentangan dengan undang-undang serta peraturan tempatan. Menjadi tanggungjawab pengguna untuk pasti akan terma dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang sudah tertakluk.

Risiko Pasaran dan Dagangan Online
Platform dagangan ini menyediakan entri dan pengesanan pesanan yang sofistikated. Nord FX bersungguh-sungguh memenuhi dagangan mengikut harga yang diminta. Walaupun berdagang online mudah dan efisyen, ia tidak mengurangkan risiko yang berkaitan dengan dagangan matawang. Semua sebut harga dan dagangan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Pelanggan di laman web ini.

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami