1. Terma bagi penyertaan dalam cabutan bertuah
1.1. Semua pelanggan (disebut sebagai Peserta) syarikat broker NordFX (selepas ini disebut sebagai Penganjur), yang:
- - sudah memiliki akaun dagangan Pro yang sah; atau
- - membuka akaun dagangan Pro baru sepanjang tempoh cabutan cabutan bertuah (rujuk klausa 3.1.) dan memenuhi semua syarat-syarat seperti dalam klausa 1.1.1. dan 1.1.2 sekurang-kurangnya sekali, layak menyertai cabutan cabutan bertuah secara automatik:
- 1.1.1. Peserta mesti membuat penambahan dana ke dalam akaun ini dengan jumlah sekurang-kurangnya USD200 (dua ratus dolar AS) sepanjang tempoh cabutan.
- 1.1.2. Setelah membuat penambahan dana, peserta harus mendapatkan perolehan dagangan dengan volum sekurang-kurangnya 2 (dua) lot bagi pasangan matawang Forex, atau 2 (dua) lot bagi emas, atau 4 (empat) lot perak.
Hanya operasi dagangan yang dibuka selepas dana ditambah ke dalam akaun serta ditutup dalam tempoh cabutan saja akan diambil kira.
Hanya operasi dagangan yang menggunakan pasangan matawang Forex, emas dan perak saja akan diambil kira.
1.2. Pindahan dana daripada akaun lain yang dibuka peserta bersama Penganjur tidak dikira sebagai penambahan dana (rujuk klausa 1.1.2.). Penambahan dana menerusi pendeposit tempatan adalah dibenarkan.
1.3. Peserta akan menerima 1 (satu) tiket cabutan bertuah maya dengan nombor asal yang akan diguna dalam cabutan hadiah, jika mereka memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2.
Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi sebanyak dua kali, Peserta juga akan menerima 2 tiket cabutan bertuah, dsb.
1.4. Tiada had bagi bilangan tiket cabutan bertuah yang boleh diperoleh seseorang Peserta. Lebih banyak tiket cabutan bertuah yang Peserta miliki, lebih besar peluang mereka untuk menang.
- 1.4.1. Jika seorang Peserta memiliki satu, atau lebih dari satu akaun PRO, bagi setiap akaun yang memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2 sebanyak sekali atau lebih, mereka akan menerima tiket cabutan bertuah yang sama bilangannya.
- 1.4.2. Jumlah penambahan seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.2 adalah tidak terhad dan boleh dibuat secara berperingkat.
- 1.4.3. Bagi menentukan bilangan tiket cabutan bertuah yang akan diagih kepada Peserta, jumlah perolehan dagangan yang dibuat Peserta akan diambil kira, dan syarat dalam klausa 1.1.2 sudah dipenuhi.
Contoh bagi transaksi menggunakan pasangan matawang Forex dan juga emas:
- 1. Penambahan sebanyak USD200 + perolehan dagangan 2 lot = 1 tiket cabutan bertuah
- 2. Penambahan sebanyak USD200 + 200 USD + perolehan dagangan 4 lot = 2 tiket
- 3. Penambahan sebanyak USD150 + 50 USD + perolehan dagangan 2 lot = 1 tiket
- 4. Penambahan sebanyak USD600 + 400 USD + perolehan dagangan 10 lot = 5 tiket
- 5. Penambahan sebanyak USD600 + 400 USD + perolehan dagangan 6 lot = 3 tiket
- 6. Penambahan sebanyak USD300 + 500 USD + perolehan dagangan 10 lot = 4 tiket
1.5. Nombor akaun dagangan serta nombor tiket cabutan bertuah setiap Peserta akan dipapar pada laman web rasmi Penganjur di www.NordFX.com, pada halaman yang berkenaan.
1.6. Umumnya, akaun Pro milik pengurus PAMM dan juga penyedia isyarat khidmat CopyTrading juga boleh menyertai cabutan bertuah ini jika mereka memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2.
Deposit ke dalam akaun PAMM oleh pelabur dan pelanggan isyarat dagangan CopyTrading tidak akan diambil kira.
2. Wang ganjaran
2.1. Jumlah keseluruhan hadiah cabutan bertuah adalah bernilai USD100,000 (seratus ribu dolar AS) dalam bentuk tunai.
2.2. Keseluruhan jumlah ganjaran wang dibahagikan kepada 100 hadiah beserta 1 hadiah utama:
- - 70 hadiah bernilai $500 setiap satu,
- - 20 hadiah bernilai $1,000 setiap satu,
- - 10 hadiah bernilai $2,500
- - 1 hadiah utama bernilai $20,000
2.3. Tiada had bilangan hadiah yang boleh dimenangi seseorang peserta.
2.4. Hadiah wang akan dikreditkan ke dalam akaun milik pemenang pada Kabinet Pedagang NordFX mereka dalam tempoh 1 (satu) minggu daripada tarikh cabutan tiket dan pengumuman para pemenang.
2.5. Para pemenang cabutan bertuah boleh menggunakan wang hadiah untuk berdagang atau mengeluarkannya dari akaun pada bila-bila masa dengan menggunakan mana-mana kaedah pengeluaran tanpa sebarang halangan.
3. Tempoh, peringkat dan cabutan cabutan bertuah
3.1. Cabutan bertuah ini berlangsung dari 1 April, 2021 sehingga 31 Disember, 2021.
Cabutan bertuah berlangsung dalam tiga peringkat - dua pusingan awal dan satu pusingan akhir. Setiap satu berjalan selama 3 bulan. Cabutan dibuat pada penghujung setiap pusingan
-
Peringkat 1:
bermula dari 1 April hingga 30 Jun, tarikh cabutan adalah 1 Julai, 20 hadiah bernilai $500, 5 hadiah bernilai $1,000 dan 2 hadiah bernilai $2,500 (jumlah hadiah bernilai $20,000)
-
Peringkat 2:
bermula dari 1 Julai hingga 30 September, tarikh cabutan adalah 1 Oktober, 20 hadiah bernilai $500, 5 hadiah bernilai $1,000 dan 2 hadiah bernilai $2,500 (jumlah hadiah bernilai $20,000).
-
Peringkat 3:
bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember, tarikh cabutan adalah 3 Januari, hadiah - 30 hadiah bernilai $500, 10 hadiah bernilai $1,000, 6 hadiah bernilai $2,500 dan 1 hadiah utama bernilai $ 20,000 (jumlah hadiah bernilai $60,000).
3.2. Cabutan nombor tiket cabutan bertuah akan dibuat menggunakan penjana nombor rawak.
3.3. Tiket-tiket yang diterima para peserta pada satu-satu masa akan dicabut mengikut tarikh cabutan yang telah ditetapkan:
- - tiket cabutan bertuah yang diterima peserta dari 1 April sehingga 30 Jun akan dicabut pada 1 Julai, 2021.
- - tiket cabutan bertuah yang diterima peserta dari 1 April sehingga 30 September, 2021 akan dicabut pada 1 Oktober, 2021.
- - tiket cabutan bertuah yang diterima peserta dari 1 April sehingga 31 Disember, 2021 akan dicabut pada 3 Januari, 2022.
3.4. Tiket cabutan bertuah yang menang akan dibatalkan dengan serta-merta dan tidak akan menyertai cabutan hadiah yang berikutnya.
3.5. Keputusan bagi setiap cabutan akan dipapar pada halaman berkenaan di laman web rasmi Penganjur seminggu selepas ia diadakan, juga boleh dilihat di bahagian https://nordfx.com/company-news.
Butir-butir yang akan dipaparkan termasuklah nombor akaun Pro pemenang, negara asal, nombor tiket cabutan bertuah, serta jumlah nilai hadiah yang dimenangi Peserta.
4. Terma lain
4.1. Penganjur cabutan cabutan bertuah ini adalah syarikat broker NFX Capital VU INC, beroperasi dengan tanda dagangan NordFX.
4.2. Pekerja NordFX dan keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai cabutan cabutan bertuah ini.
4.3. Penganjur tidak berhak untuk mendedahkan serta menggunakan data peribadi Peserta Cabutan Bertuah bagi tujuan pengiklanan. Pengecualian dibuat ke atas negara asal, nombor akaun dagangan, nombor tiket cabutan bertuah dan nilai kemenangan.
4.4. Pelanggan NordFX yang tidak berminat untuk menyertai cabutan cabutan bertuah boleh berbuat demikian dengan menghantarkan emel ke GrandPrix@NordFX.com sepanjang tempoh cabutan cabutan bertuah.
4.5. Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat cabutan cabutan bertuah ini, termasuklah jumlah wang kemenangan, atau menangguhkan sementara cabutan, atau menghentikannya serta-merta tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
4.6. Jika Peserta didapati menggunakan kaedah dagangan yang tidak bertanggungjawab (manipulasi dana deposit/pengeluaran, menambah perolehan dagangan, dll) bagi tujuan yang tidak munasabah untuk mendapatkan kelebihan undian hadiah, Penganjur, mengikut budi bicara yang ada, mungkin akan melucutkan hak Peserta itu untuk menyertai cabutan cabutan bertuah. Tiket cabutan bertuah yang diterima Peserta itu akan dibatalkan.
4.7. Jika ada sebarang perkara yang bercanggah, bahasa utama bagi Peraturan ini adalah Bahasa Inggeris.