Unjuran tahunan 26%
  • Pelaburan minimum 3000 USD
  • Tempoh pelaburan sehingga: 31.03.2020
Sekuriti-sekuriti Asas NVIDIA, Microsoft, Hewlett-Packard, Twitter, Tesla
Matawang USD
Jangkaan hasil, % setiap tahun 26%
Rintangan Rendah 70%
Amaun Pelaburan 3000 USD
Tarikh luput 31.03.2020

Produk dengan hasil 26% dalam dolar setahun.

Sasaran produk-produk ini adalah pelanggan-pelanggan dengan toleransi risiko yang sederhana dan mencari keuntungan yang lebih tinggi. Ini adalah penyelesaian terbaik bagi mereka yang inginkan pulangan yang tinggi dan bersedia untuk menanggung risiko yang sederhana untuk mencapai tujuan itu.  Produk ini membayar suatu kupon jika harga saham berada di dalam suatu lingkungan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kupon ini tidak akan dibayar tetapi masih boleh dibayar dalam tempoh masa yang berikutnya.

BAGAIMANA PRODUK BEROPERASI

Apabila kontrak ini tamat, parameter-parameter produk pelaburan yang berikut akan ditentukan, antaranya: bakul aset (sekuriti asas), saiz kupon (hasil), tempoh, dan nilai rintangan. Pada hari yang sama, harga permulaan bagi semua sekuriti asas yang dimasukkan dalam bakul akan direkodkan. Harga asest asas akan direkodkan pada penghujung setiap tempoh pemerhatian yang berlaku setiap 90 hari.

Syarat-syarat bagi menerima keuntungan:

Jika pada penghujung mana-mana tempoh pemerhatian kecuali yang terakhir, harga kesemua aset asas melebihi harga permulaan mereka: - pelabur akan menerima kupon tetap yang telah disetujui bagi tempoh semasa, bersama juga kupon-kupon bagi semua tempoh kupon yang sebelumnya, yang mana terma pembayaran tidak dipenuhi. Pelabur juga menerima semua dana yang dilaburkan dan produk ini tidak berfungsi lagi.

Jika pada penghujung sebarang tempoh kecuali yang terakhir, harga salah satu aset asas tidak melebihi nilai rintangan:70% -  pelabur tidak menerima kupon tetap bagi tempoh kupon semasa dan produk kekal beroperasi. Jika pada penghujung sebarang tempoh yang berikutnya, harga aset asas terbukti melebihi nilai rintangan, pelabur akan menerima kupon bagi semua tempoh kupon-sifar yang sebelumnya.

Syarat pembayaran akhir:

Jika semasa tempoh kupon terakhir dilengkapkan (pada penghujung hayat produk) harga semua aset asas adalah di atas nilai rintangan:70% - pelabur akan menerima kupon tetap yang telah disetujui bagi tempoh kupon terakhir dan tempoh kupon sebelumnya ke dalam akaun brokeraj beliau (jika terma pembayaran tidak dipenuhi dalam tempoh-tempoh yang sebelumnya). Dana permulaan yang dilaburkan juga akan dipulangkan kepada pelabur.

Jika pada penghujung tempoh kupon terakhir (pada tarikh Luput) harga salah satu daripada aset asat berada di bawah nilai rintangan: 70% - pelabur tidak dibayar kupon bagi tempoh kupon terakhir dan tempoh kupon-sifar yang sebelumnya. Pelabur juga akan menerima saham "paling buruk" pada harga permulaan mengikut saiz pelaburan asal.

Komisen bagi penciptaan produk berstruktur adalah 2% daripada pelaburan permulaan dan dikenakan ketika peluputan produk.

Semua produk sifat-sifatnya secara indikatif dan mungkin berubah mengikut keadaan pasaran.

Contoh:

Terdapat 3 senario yang mungkin berlaku:

1) Penebusan awal: pelabur menerima amaun yang dilaburkan (prinsipal) + Kupon bagi suku pertama.
2) Penebusan dengan pembayaran semua kupon: pelabur menerima amaun yang dilaburkan + semua kupon.
3) Penebusan tanpa kupon terakhir pada harga paling buruk sekuriti asas.
Perhatian!

Hasil produk yang ditunjukkan di dalam contoh dan prestasi kewangan yang lepas tidak menjamin keuntungan pada masa depan. Semua pelaburan adalah di dalam denominasi USD. Komisen bagi penciptaan satu produk pelaburan adalah 2% daripada pelaburan permulaan dan dikenakan ketika peluputan produk. Jangkaan hasil produk pelaburan diberi dalam bentuk peratusan tahunan.

Nota:

Komponen perlindungan pelaburan diperuntukan kepada produk-produk pendapatan tetap (Eurobond dan skim deposit di bank-bank terkemuka). NordFX tidak boleh dipertanggungjawab bagi sebarang potensi risiko yang berkaitan dengan kegagalan penerbit Eurobond atau kebankrapan atau kegagalan mana-mana bank dimana deposit dipegang.

Ikuti Kami