MT4 untuk iPhone/ iPad/ iPod Touch adalah aplikasi yang direka khas MetaTrader 4 buat pengguna peranti iOS (iPhone/ iPad/ iPod Touch). Aplikasi ini membolehkan dagangan instrumen tukaran asing secara online bila-bila masa di mana jua. MT4 untuk iPhone/ iPad/ iPod Touch mempunyai antara muka intuitif dan menyokong pelbagai fungsi MetaTrader 4 yang diperlukan untuk berdagang secara mudah alih.

Ciri-Ciri:

  • Mengawal keseluruhan akaun anda;
  • Sebut harga untuk instrumen kewangan dalam masa nyata;
  • Pesanan dagangan lengkap, termasuklah pesanan belum selesai
  • Berdagang terus menggunakan carta;
  • Carta interaktif dalam masa nyata dengan penskalaan dan pengskrolan;
  • Semua jenis pelaksanaan dagangan disokong;
  • Paparan carta untuk volum dan paras dagangan;
  • Sejarah dagangan yang lengkap;
  • 30 isyarat dan oscilator teknikal, termasuklah yang paling popular;
  • 7 tempoh masa: M1, M5, M15, M30, H1, H4 dan D1;
  • 3 jenis carta: bar, candlestick dan broken line;
  • Antara muka mesra pelanggan;
  • Mod offline (sebut harga, carta, posisi dagangan semasa dan semua sejarah dagangan);
  • Transmisi data antara rangkaian yang lebih selamat;
  • Penggunaan data yang minima

Muat Turun Aplikasi MT4 iTrader

Aplikasi MetaTrader 4 untuk peranti iOS (iPhone/ iPad/ iPod Touch) boleh dimuat turun secara terus dari Apple Store.
http://itunes.apple.com/app/metatrader-4/id496212596

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih

Aplikasi untuk peranti mudah alih iOS yang diberi percuma mempunyai fungsi menyamai terminal MetaTrader 4 (MT4) untuk PC, justeru dagangan bergerak yang dibuat menerusi iPad/iPhone tidak kurang hebatnya, malah lebih mudah dan efektif, semua kerana kemampuannya untuk memberi respon serta-merta jika situasi di pasaran berubah pada mana-mana kedudukan, tak kira di mana jua anda berada.

Pasangkan MetaTrader 4 untuk iOS dan anda akan dapat lihat platform dagangan versi mudah alih MT4 ini menyokong majoriti fungsi terminal dasar dan benar-benar dapat membantu pedagang dari pelbagai peringkat kemahiran. Aplikasi ini amat sesuai untuk dagangan Forex, juga boleh diguna untuk pasaran lain – matawang kripto, komoditi dan juga saham. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuka satu atau beberapa akaun dagangan yang direka khas oleh penganalisis NordFX bagi memenuhi keperluan pedagang baru dan juga yang berpengalaman. Antara akaun yang ada ialah Fix, Pro, Zero atau Stocks, butiran lanjut mengenai akaun-akaun ini boleh didapati di laman web NordFX mengikut padanan masing-masing.

Jadi, apakah yang terkandung dalam sistem dagangan MetaTrader 4 iOS ini?
Versi iPad dan iPhone ini membolehkan para pedagang memantau situasi 24 jam sehari bagi mendapatkan maklumat secara online terhadap pasaran kewangan, melihat sebut harga semasa, menjejak order yang dibuka, membuat dagangan baru menggunakan semua jenis order yang terdapat pada MetaTrader 4 versi desktop, serta melihat dan menganalisis sejarah dagangan Forex, matawang kripto ataupun saham anda. Dengan memuat turun platform dagangan, para pelanggan NordFX berpeluang untuk menggunakan pelbagai jenis analisis grafik serta teknikal secara berkesan pada sembilan tempoh masa - M1, M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1 dan MN. Ia menawarkan tiga jenis carta yang paling popular - bar, linear dan juga lilin Jepun, di samping tiga puluh indikator trend serta pengayun untuk anda membuat ramalan pergerakan pelbagai instrumen dagangan yang ditawarkan syarikat broker NordFX untuk didagangkan. Antaranya 33 pasangan matawang, 11 pasangan matawang kripto, logam berharga, minyak, indeks bursa saham utama, serta saham-saham hampir 70 syarikat peneraju dunia.

Sistem dagangan MetaTrader 4 mudah alih juga mengandungi indikator trend popular dan dipercayai seperti Moving Average, Alligator, Bollinger Bands, Envelops, MACD oscillator, Stochastic, Momentum, Commodity Channel Index, indikator yang dihasilkan oleh lagenda pasaran kewangan Bill Williams, dan banyak lagi.
Alatan grafik yang terbina dalam aplikasi MetaTrader 4 iOS, seperti garis, saluran, bentuk, serta alatan Gann, Elliott, dan juga Fibonacci boleh diguna pakai ke atas carta dengan memilih skema warna optimum untuk persepsi, ia turut membantu semasa menganalisis sebut harga.
Selain itu, pedagang boleh ukur dan skrol carta sebut harga instrumen dagangan pada aplikasi ini, mereka boleh mengubah tempoh masa serta menetapkan skema warna dalam membantu menilai dengan tepat situasi semasa pasaran walaupun menggunakan skrin bersaiz kecil.

Jika kesemua set order seperti di atas digabungkan, jelas bahawa anda boleh berdagang Forex dan mana-mana pasaran lain serta menggunakan apa jua strategi yang mempunyai tahap kerumitan berbeza dengan platform dagangan MetaTrader 4 untuk Apple iPhone dan iPad. Pelaksanaan order pasaran yang kurang daripada 0.5 saat membolehkan anda memberi respon serta-merta terhadap sebarang perubahan yang berlaku di pasaran global, dan sistem dagangan ini juga mempunyai order belum selesai yang ditambah dengan paras Stop Loss dan Take Profit berbeza supaya anda tidak perlu terus menerus melihat pada skrin. Broker akan pattuh pada arahan anda walaupun aplikasi MetaTrader 4 untuk iOS ditutup.

Berdagang Forex dengan MetaTrader 4 menggunakan iPhone/iPad juga memiliki antara muka yang mesra pelanggan, chat dan mail mudah alih percuma, pemindahan data dalam rangkaian yang selamat serta penggunaan trafik yang rendah.
Muat turun aplikasi mudah alih untuk iPhone atau iPad anda menerusi laman web NordFX dan anda akan faham erti sebenar kebebasan berdagang!

Lagi
Ikuti Kami