Mei 2, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mei, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bacaan indikator makro langsung tidak menunjukkan keadaan ekonomi global dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Eropah adalah lebih teruk berbanding di Amerika Syarikat. Ekonomi di Eropah menyusut pada kadar tertinggi yang direkodkan dalam sejarah iaitu 3.8% pada suku sebelum ini serta 14.4% berbanding pada tahun sebelumnya, manakala Amerika Syarikat pula mencatatkan bacaan masing-masing sebanyak 1.2% dan juga 4.8%.

Lagi



April 25, 2020

Forex, Matawang Kripto dan Saham. Ramalan bagi 20 - 01 Mei, 2020

Forex, Matawang Kripto dan Saham. Ramalan bagi 20 - 01 Mei, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Di Amerika Syarikat, keputusan untuk memperuntukkan wang bagi memulihkan ekonomi mereka dibuat agak cepat, namun berbeza di Euro Zone di mana prosesnya memerlukan perbincangan panjang dan kata sepakat perlu dicapai antara negara-negara yang terlibat. Hal ini telah memberi tekanan kepada matawang euro. Justeru, pada 23 April lalu, Majlis Mesyuarat Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan mengenai langkah-langkah bagi merangsang ekonomi dengan cadangan untuk menghasilkan Dana Pemulihan berjumlah hampir €1 trilion oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah, walau bagaimanapun mereka masih belum dapat memberi kata putus mengenai sumber dana tersebut.

Lagi



April 18, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bilangan permohonan manfaat bagi mereka yang menganggur di Amerika Syarikat adalah berjumlah 22 juta sepanjang empat minggu lalu. Sebagai perbandingan, angka ini kekal pada paras 930 ribu bagi tempoh beberapa tahun sebelumnya. Dengan kata lain, kadar pengangguran di sana telah meningkat 23 kali ganda! Bilangan pekerja di AS sedikit melebihi 150 juta, justeru kerugian akibat daripada krisis COVID-19 menghampiri 15% untuk semua jenis pekerjaan.

Lagi



April 11, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kedua-dua benua Eropah dan Amerika terus bersaing dengan melambakkan lebih banyak wang ke dalam ekonomi mereka. Namun berapa besarlah Eropah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat! Setelah banyak kali bermesyuarat, pada hari Khamis, 10 April, Menteri Kewangan EU telah menerima kata sepakat untuk memulakan langkah-langkah tindakan bagi menyokong negara mereka dengan jumlah “hampir” €500 bilion. Dalam masa yang sama, Rizab Persekutuan AS telah mengumumkan satu lagi program sokongan berjumlah $2.3 trilion yang akan dilancarkan. Selain itu, Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell berkata berkemungkinan program seperti itu bukanlah yang terakhir dan pihaknya akan melakukan apa saja untuk memulihkan ekonomi AS secepat yang mungkin selepas berakhirnya wabak nanti.

Lagi



April 4, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 - 10 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kadar pengangguran di Jerman pada bulan Mac kekal tidak berubah iaitu 5%. Namun data pasaran buruh di AS adalah lebih teruk: 6.648 juta permohonan manfaat tidak bekerja yang baru, pertambahan angka sebanyak 10 juta dalam tempoh dua minggu, bersamaan 6% daripada keseluruhan tenaga buruh. Bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur yang terhasil juga menurun: -705K pada bulan Mac berbanding +275K pada Februari. Indikator lain juga hampir sama. Bilangan mereka yang menganggur pada masa ini mungkin akan lebih tinggi berbanding pada zaman kemelesetan dahulu. Dalam masa yang sama, nilai dolar bertumbuh sepanjang minggu, pulih lebih daripada 350 mata berbanding euro. Hal ini menunjukkan pasaran sudah bersedia jika ekonomi di AS runtuh dan mereka telah mengambil kira semua perkara dalam menentukan sebut harganya untuk masa depan. Pertumbuhan nilai dolar juga dibantu oleh kenyataan dari Presiden Trump dan juga Menteri Tenaga Arab Saudi mengenai kemungkinan rundingan dalam format OPEC+ akan disambung semula bagi menghentikan perang ke atas harga minyak. Walau bagaimanapun, seperti yang berlaku dalam menentang wabak COVID-19 coronavirus, tiada yang jelas dalam perkara ini.

Lagi



Mac 28, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Mac - 03 April, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 Mac - 03 April, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Turun naik pasangan ini untuk beberapa minggu lepas boleh disamakan dengan akrobatik: mula-mula, lompatan yang agak menegak sebanyak 630 mata, kemudian melompat lebih tinggi sebanyak 860 mata, dan kini terjunan sehingga 445 mata.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan mendadak nilai dolar. Paling utama adalah tindakan yang diambil oleh Rizab Persekutuan AS dalam mengurangkan kadar faedah mereka kepada 0.25% serta pelancaran beberapa program untuk menyokong ekonomi AS, jutaan dolar disuntik ke dalam pasaran serta mengagihkan wang kepada rakyat mereka. Akibatnya, penyata imbangan pihak Rizab kini mencapai rekod baru melebihi 4.5 trilion dolar, jika mengikut pengiraan ahli-ahli ekonomi, ia mungkin akan mencecah 6 trilion dolar. Hasilnya, indeks saham AS melonjak, indeks S&P500 naik sehingga 20%, membawa pasangan EUR/USD bersama-sama: para pelabur memberi reaksi positif terhadap langkah yang diambil oleh para pemimpin AS dan mula meninggalkan dolar sebagai aset selamat dan beralih kepada aset yang lebih menarik buat masa ini.

Lagi



Mac 21, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 Mac, 2020 Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pandemik coronavirus terus mengawal pasaran global. Pergelutan harga minyak antara Arab Saudi serta Rusia dan tidak ketinggalan juga campur tangan secara terus Amerika Syarikat menambahkan lagi tekanan. Negara pengeluar minyak syal yang menjadi sasaran serangan Rusia itu kini mungkin akan bertindak sebagai pengantara dalam perang harga antara Arab Saudi dan juga Rusia.

Lagi



Mac 14, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 - 20 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Cukup! Ekonomi dunia bukan lagi digerakkan oleh kerajaan, bank-bank, mahupun syarikat perbadanan. Ekonomi kini hanya dikuasai oleh “sesuatu” yang digelar Covid-19. Pandemik coronavirus telah mengakibatkan situasi panik di bursa saham, penurunan harga minyak, pengurangan kadar pengeluaran, serta penutupan sempadan. Semua orang berasa takut, tidak tahu apa yang bakal berlaku pada minggu atau bulan hadapan, malah enam bulan yang akan datang. Sekolah-sekolah dan universiti, restoran dan kafe-kafe, taman serta stadium kini kosong, orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah saja. Makanan dan tisu tandas langsung tidak kelihatan di pasaraya-pasaraya. Segala kegiatan beramai-ramai telah dibatalkan, dan ada khabar angin yang berleluasa di media sosial mengatakan pembatalan persidangan untuk menghadapi coronavirus adalah disebabkan oleh…coronavirus. Keputusan Presiden Trump untuk menutup sempadan AS serta melarang kemasukan warga Eropah telah mengejutkan pasaran. Niaga hadapan EuroSTOXX50 jatuh 5.57%, manakala niaga hadapan DAX30 turun sebanyak 4.22%. Indeks saham di AS mengalami kerugian paling teruk dalam tempoh 33 tahun. Indeks saham utama di Jepun, Australia, India, Hong Kong, Korea Selatan, serta lain-lain negara mencecah paras terendahnya.

Lagi



Mac 7, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nampaknya bolehlah kita kurangkan tumpuan kepada indikator makroekonomi sekarang, di mana dahulunya ia bukan saja memberi kesan terhadap sebut harga, malah mengubah trend ke arah bertentangan. Situasi di pasaran kewangan telah didominasi sepenuhnya dengan coronavirus untuk beberapa minggu, kini bukan saja memberi kesan terhadap kesihatan penduduk, tetapi juga terhadap tindakan kerajaan serta bank-bank pusat.

Lagi



Februari 29, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Situasi di pasaran kewangan benar-benar dipengaruhi oleh coronavirus untuk beberapa minggu kebelakangan ini. Jika pada tahun 2019 ramai pedagang merungut pasangan EUR/USD mengalami turun naik yang rendah sepanjang kewujudannya, situasi pada tahun 2020 pula berubah secara dramatik. Pada minggu lalu saja amplitud turun naiknya mencecah 200 mata, dan pertumbuhan nilai euro pada hari Khamis 27 Februari adalah yang terpantas sejak Mei 2018. Semua ini berpunca daripada virus Covid-19 yang menghalang pelabur membeli aset berisiko dan hanya tertumpu kepada matawang selamat.

Lagi



Februari 22, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Indeks dolar telah pun bertambah sebanyak 2.5% sejak awal Februari lalu, berada pada kedudukan tertinggi sejak Mei 2017. Keadaan matawang euro semakin tidak menentu. Bermula pada 1 Januari, pengukuhan nilai dolar telah menyebabkan matawang Eropah itu kerugian sebanyak 440 mata. Dalam tempoh tiga minggu, matawang ini kerugian hampir 300 mata, atau 2.7% akibat penyusutan yang berterusan.

Lagi



Februari 15, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Order henti rugi bagi posisi long pasangan ini terus dibuat dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Bull mengalah, dan ia telah mengundurkan barisan pertahanannya. Pasangan ini bukan saja memperbaharui paras terendah semasa dan tahun lalu, malah kini ia berada pada nilai paling rendah sejak Mei 2017. Paling membimbangkan adalah tiada sebab jelas mengapa berlakunya kejatuhan matawang Eropah ini. Anda tahu punca kejatuhan nilai pasangan USD/CHF pada Januari 2015 adalah disebabkan oleh “Black Thursday”, atau penurunan nilai pound akibat referendum UK untuk keluar dari EU. Namun tiada sebarang perkara luar biasa yang mampu menjelaskan apa yang berlaku sekarang.

Lagi



Februari 8, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 – 14 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 – 14 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Statistik di Amerika Syarikat (termasuk ISM dan NFP) dilihat agak optimis. Indeks AS berada pada paras tertingginya yang baru sepanjang lima hari lalu: Dow Jones berada pada 29393 manakala S&P500 pula pada 3345. Penghasilan pesanan di Jerman jatuh 0.5% untuk tiga bulan berturut-turut, mengesahkan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi di Eropah yang berada di ambang kemelesetan. Akibatnya, harapan para pelabur agar pelonggaran kuantitatif (QE) di zon Eropah akan diperluas telah bertambah, dan keyakinan kadar dolar akan terus kekal juga turut meningkat. Perkara tersebut telah dinyatakan sebelum ini oleh Timbalan Presiden Rizab Persekutuan Randal Quarles. Donald Trump juga berkongsi sikap optimis beliau menjelang pilihanraya presiden dengan bersungguh-sungguh mengingatkan para pengundinya tentang kadar pengangguran di AS berada pada paras terendah iaitu 3.5%.

Lagi



Februari 1, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 – 07 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 – 07 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu banyak berkisar tentang coronavirus, dan hal itu menjadi sebahagian besar dalam menentukan keadaan di pasaran. Komoditi dan matawang yang berkait rapat dengan China adalah yang paling terkesan dengannya.

Lagi



Januari 25, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 – 31 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 – 31 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai euro sekali lagi jatuh, dan ia kerugian sekurang-kurangnya 70 mata berbanding dolar sepanjang tempoh lima hari lalu. Terdapat dua sebab perkara ini berlaku: epidemik coronavirus di China dan juga sikap berhati-hati Ketua ECB yang baru Christine Lagarde.

Lagi



Januari 18, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 – 24 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  20 – 24 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bermula pada 29 November, 2019, pasangan ini bergerak di sepanjang saluran menaik. Pada 31 Disember, ia mencapai had atas saluran tersebut pada paras 1.1240, kemudian arahnya berubah dan pada 8 Januari, ia melepasi had bawah saluran yang sama pada paras 1.1225. “Adakah ia akan naik semula?” - soalan yang kami ajukan pada minggu lalu, dan majoriti penganalisis (60%) memberikan jawapan “tidak”. Ternyata sangkaan mereka tepat: Bull bertahan sehingga hari Khamis, 16 Januari namun kekuatannya berkurangan dan nilai pasangan ini akhirnya jatuh mendadak.

Lagi



Januari 11, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 – 17 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  13 – 17 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang anda ketahui, hidup ini ada turun naiknya. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Itulah yang berlaku ketika ini: setelah berakhirnya cuti Tahun Baru, perasaan bimbang akan berlakunya perang antara Amerika Syarikat dan Iran pula datang. Namun, semakin jelas bahawa kedua-dua pihak ingin mengelak dari berperang selang beberapa hari selepas itu, dan ketegangan geopolitik akhirnya reda, ia dapat dilihat pada harga minyak.

Lagi



Januari 4, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 – 10 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  06 – 10 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Musim cuti adalah waktu untuk mengalih perhatian daripada masalah harian, terjun ke dalam suasana keajaiban yang dinanti-nantikan. Keajaiban memang berlaku, dan pasaran kewangan juga terlibat sama, seperti yang telah kami beritahu kepada anda sebelum ini.

Lagi



Disember 28, 2019

Ramalan: Matawang Dolar, Euro Dan Lain-Lain Bagi Tahun 2020

Ramalan: Matawang Dolar, Euro Dan Lain-Lain Bagi Tahun 2020Unjuran bagi pasangan matawang utama selepas Tahun Baru.

Tidak disangkal lagi majoriti syarikat broker dan juga mereka yang berdagang sendiri memilih pasangan EUR/USD sebagai salah satu alat utama mereka. Terdapat sumber berbeza yang menyatakan pasangan ini memilliki 22% ke 32% pegangan dalam pasaran Forex. Ia diikuti dengan USD/JPY, GBP/USD, AUD/USD, USD/CHF, USD/CAD, EUR/JPY dan EUR/GBP.

Lagi



Disember 21, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 – 31 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  23 – 31 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Berada pada paras 1.1110 pada hari Isnin, kedudukan pasangan ini naik seperti yang dijangka para penganalisis. Pasaran tidak memberi sebarang reaksi kepada proses awal pemecatan Presiden AS Donald Trump, dan Indeks S&P500 sekali lagi memperbaharui rekod tertinggi dalam sejarah. Namun, penghujung tahun yang sering dikaitkan dengan penurunan turun naik semakin hampir. Justeru, pasangan ini gagal mencapai sasarannya iaitu pada ketinggian 1.1200, dan merekodkan paras tertinggi mingguan pada 1.1175.

Lagi



Disember 15, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 – 20 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  16 – 20 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka, pihak Rizab Persekutuan serta ECB mengekalkan kadar faedah mereka. Dalam masa yang sama, hampir tiada reaksi dari pasaran terhadap perkara itu. Presiden Donald Trump serta ketua ECB Christine Lagarde memihak kepada dolar pada minggu lalu.

Presiden AS memberitahu para penyokong beliau “kita (negara AS) sudah hampir mengikat perjanjian penting bersama China. Mereka mahukannya seperti kita juga!” » Terdapat percanggahan dalam kenyataannya, kerana sebelum itu Presiden Trump berkata hanya Beijing yang memerlukan perjanjian dagangan tersebut, namun kini Washington juga turut mahukannya.

Lagi



Disember 7, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 – 13 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  09 – 13 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai Euro naik mendadak pada hari Isnin. Namun ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. 35% penganalisis serta analisis grafik pada H4 dan D1 telah meramalkan lonjakan pasangan ini ke paras 1.1100. Sebahagian daripada mereka berpendapat pertumbuhan ini berhubung kait dengan prestasi ketua Bank Pusat Kesatuan Eropah yang baru iaitu Christine Lagarde. Tetapi semua itu dilihat tidak begitu tepat, kerana kebanyakan kenyataan pegawai tertinggi tersebut tidak banyak menyebut tentang prospek polisi kewangan tetapi lebih kepada prospek penghasilan kripto-Euro. Namun begitu, sedikit penerangan daripada pengawal selia terbesar pasti dapat menyumbang kepada pengukuhan matawang Eropah ini.

Lagi



November 30, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 – 06 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  02 – 06 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dilihat seperti bukan bermula pada hari Khamis 28 November, tetapi seawal hari Isnin 25 November. Penghujung musim bunga agak tenang, dan turun naiknya tidak melebihi 40 mata sehingga hari Jumaat, mendorong para pedagang untuk berhibernasi. Data KDNK serta hasil pengeluaran di AS yang positif telah diimbangi dengan pertumbuhan indeks harga pengguna (CPI) di Eurozone. Malah undang-undang bagi menyokong demokrasi serta hak kemanusiaan di Hong Kong yang ditandatangani Presiden Trump pada hari Khamis, ditambah dengan reaksi hebat Beijing hanya memberi sedikit reaksi kepada pasaran.

Lagi



November 24, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 – 29 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  25 – 29 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika diimbas semula, ramalan sebelum ini memfokuskan kepada ketidaktentuan yang berleluasa di pasaran. Pada waktu itu, perbezaan antara penyokong bull dan bear hanyalah sebanyak 10%. 55% penganalisis memilih pertumbuhan nilai matawang Eropah, berbanding 45% yang memilih kemerosotannya. Seolah-olah mengimbangi perbezaan tersebut, pasangan itu bertumbuh sedikit pada hari Isnin, 11 November, kemudian mencapai paras 1.0900 dan seterusnya bergerak mengikut trend ke sisi. Ia kekal berada di situ sehinggalah hari Jumaat apabila ia mengalami penurunan drastik akibat daripada statistik Eropah (PMI) yang lemah serta ucapan Ketua ECB yang baru Christine Lagarde. Namun, ia gagal untuk melepasi paras sokongan pada 1.1000 dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 1.1020.

Lagi



November 16, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 – 22 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  18 – 22 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Presiden Trump dilihat akan dilantik semula bagi penggal kedua setelah mengukuhkan pertumbuhan KDNK di Amerika. Indeks utama di AS terus mencatat paras tertinggi dalam sejarah. Saham hadapan pada S&P500 meninggkat melepasi paras 3100. Pembelian yang bertali arus telah didorong oleh kenyataan optimis penasihat ekonomi White House Larry Kudlow mengenai perjanjian dagangan dengan China yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, laporan Financial Times ada mengatakan, sebenarnya White House tidak begitu gembira China bertindak melengah-lengah serta tidak menawarkan konsesi penting terhadap pemansuhan tarif. Trump juga tidak mahu membatalkan sepenuhnya pemansuhan tersebut.

Lagi



November 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 – 15 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  11 – 15 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pada hari Khamis, 7 November, pasaran di AS memperbaharui rekod tertingginya selepas AS dan China dilaporkan bersedia untuk menamatkan duti sebagai sebahagian daripada Perjanjian Perdagangan yang telah mereka tandatangani. Para spekulator tidak lagi memandang alat dagangan selamat yang menjadi kebiasaan seperti bon, yen dan juga emas. Matawang Eropah juga menjadi lebih murah berbanding dolar: para pelabur menjangkakan indikator makroekonomi di AS akan bertambah baik selepas perang dagangan berakhir. Walaupun masih jauh lagi untuk perjanjian tersebut dipersetujui sepenuhnya, penganalisis percaya bahawa Donald Trump tidak akan membuat sebarang keputusan secara tiba-tiba menjelang pilihanraya presiden AS yang akan tiba tidak lama lagi.

Lagi



November 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 – 08 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  04 – 08 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Apa yang diramalkan sebenarnya tidak berlaku: Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah ke atas dolar dari 2.0% kepada 1.75% pada hari Rabu, 30 Oktober. Menjadi kebiasaan, nilai matawang AS akan mula turun, manakala pasangan ini akan bergerak ke atas, namun pergerakannya selepas itu agak sederhana: pasaran telah lama bersedia dengan penurunan oleh pihak Rizab Persekutuan ini. Hasilnya, pasangan ini sukar untuk melepasi paras 1.1175, kembali ke garis sokongan/rintangan jangka sederhana yang bermula pada bulan Mac lalu.

Lagi



Oktober 26, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Oktober – 01 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  28 Oktober – 01 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Disebabkan bukan pound saja yang bergantung kepada apa yang bakal berlaku ke atas Brexit, sebagai permulaan, kami akan kongsikan situasinya jika UK keluar daripada EU seminggu sebelum ia terjadi (jika ia benar-benar terjadi) dan kesannya terhadap Euro. Ia kelihatan seperti… sebuah kitaran yang amat menakutkan.

Dari suatu sudut, Perdana Menteri Boris Johnson enggan menarik balik Perjanjian keluar daripada EU sehingga Parlimen bersetuju untuk mengundi pada 12 Disember. Namun Parlimen tidak bersetuju kerana pihak pembangkang mahu Johnson melupakan hasrat beliau untuk keluar tanpa Perjanjian dengan EU, serta mereka mahu EU bersetuju dengan terma untuk memanjangkan lagi perpisahan ini. Bagi EU untuk memutuskan berapa lama tempoh penangguhan Brexit ini, mereka akan menunggu persetujuan (atau penolakan) Parlimen mengenai undian awal yang akan diadakan pada 12 Disember nanti.

Lagi



Oktober 19, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 – 25 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  21 – 25 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Perkara paling utama pada minggu lalu sudah semestinya mengenai Brexit. Perdana Menteri yang baru Boris Johnson telah berjaya mencapai persetujuan dengan Brussels, dan pada hari Khamis, 17 Oktober, Sidang Kesatuan Eropah telah meluluskan satu perjanjian ke atas terma-terma untuk Britain keluar daripada EU serta tarikhnya, iaitu pada 01 November. Hal ini, serta kurangnya risiko dagangan serta politik di Eropah, Asia dan juga Amerika, ditambah dengan statistik yang lemah dari AS telah memihak kepada bull dan seterusnya melonjakkan nilainya.

Lagi



Oktober 12, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 – 18 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  14 – 18 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Dua perkara besar berlaku pada minggu lalu. Pertama sekali, rundingan dagangan antara AS dan China di peringkat berikutnya yang menujukkan kemajuan, permulaan kepada suatu perkara yang “lebih baik” jika mengikut kenyataan presiden Trump. Yang kedua pula adalah kejayaan dalam rundingan Brexit. Harapan menggunung untuk melihat perpisahan UK dikawal selia telah menaikkan nilai pound dan seterusnya turut menarik matawang Eropah ini ke atas. Ia dibantu oleh minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan pada hari Khamis, 10 Oktober yang telah mengesahkan dasar pelonggaran (QE) oleh pihak Bank akan berakhir. Hasilnya, pasangan ini mampu melonjak ke paras 1.1062.

Lagi



Back 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami