Jun 22, 2019

Ramalan Forex bagi Julai – Ogos 2019

Kemuncak musim cuti semakin hampir, ini menandakan penurunan dalam aktiviti perniagaan, termasuklah pasaran kewangan. Dari suatu segi, penurunan dalam turun naik pasangan matawang utama yang sedia ada rendah akan menyebabkan keuntungan yang sedikit, dari suatu segi yang lain pula, ia akan mengurangkan potensi kerugian yang besar jika berlakunya kegagalan pada posisi yang diletakkan.

Lagi



Jun 15, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Jun, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Menteri Ekonomi Jerman telah membuat unjuran yang agak suram terhadap pandangan global ke atas ekonomi EU. Kenyataan oleh ketua IMF, Christine Legarde yang mengatakan pertumbuhan yang agak perlahan terhadap keseluruhan ekonomi di Eurozone juga tidak memberi gambaran baik kepada para pelabur. Malah maklumat yang menyatakan saham euro di rizab global negara-negara membangun mula bertumbuh juga tidak dapat membantu matawang Eropah ini. Kini saham tersebut berjumlah 20.7%, masih jauh perbezaan dengan dolar US yang memiliki 61.7%. Pasaran tidak akan lupa mengenai langkah pemulihan oleh pihak ECB menerusi polisi pelonggaran kuantitatif (QE).

Lagi



Jun 8, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 - 14 Jun, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ternyata Mario Draghi sudah tidak mampu untuk mempengaruhi pasaran kerana ramai yang sudah menantikan ketibaan ketua ECB yang baru sebagai penggantinya. Namun begitu, retorik lembut Draghi dan alasan beliau berkenaan kemungkinan akan berlakunya pelonggaran kuantitatif yang diumumkan pada hari Khamis lalu diterima baik oleh para pelabur. Nilai euro juga kekal walaupun terdapat kenyataan yang menyebut kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga pertengahan tahun hadapan dan tidak berbaloi untuk menunggunya. Tanpa disangka, sidang akhbar yang diadakan oleh kepimpinan ECB memainkan peranannya ke atas matawang Eropah, dan pasangan ini melonjak naik ke paras melebihi nilai 1.1300. Selepas itu ia mengalami sedikit penurunan ke paras 1.1250 dan … berjaya melepasi paras tertinggi yang baru selepas pengumuman data pasaran buruh di AS dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun.

Lagi



Jun 1, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Jun, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Presiden Trump sekali lagi telah memutuskan untuk menggegarkan pasaran. Tidak melihat pada masalah yang dihadapi dengan China buat masa ini, beliau beralih pula pada Mexico. Setelah gagal membina tembok di sempadan antara kedua-dua buah negara tersebut bagi menghentikan kemasukan pendatang haram, Presiden AS itu mengambil keputusan untuk menghukum Mexico dengan meningkatkan duti ke atas barangan buatan Mexico. Peningkatan berterusan: kadar akan dinaikkan 10% pada bulan Julai, 15% pada bulan Ogos, naik sehingga 20% pada bulan September, dan naik lagi sehingga 25% pada bulan Oktober.

Lagi



Mei 25, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 - 31 Mei, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Aduan malah keluhan boleh didengari di mana-mana pada bulan lalu mengenai turun naik pasangan ini yang terlalu rendah. Perkara sama turut berlaku pada minggu lalu, sehinggalah pada tengah hari Khamis, julat maksimum turun naiknya tidak melebihi 45 poin. Pasangan ini menghabiskan banyak masanya dengan ‘lena’, bergerak di koridor sempit setinggi 25 poin. Namun, akibat beberapa peristiwa yang berlaku minggu ini, bermula dengan kekecohan perang dagangan antara AS-China serta pilihanraya Parlimen Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung dan juga kenyataan teraju utama pihak Rizab serta data aktiviti perniagaan di Jerman dan Eropah yang tidak memberangsangkan, kemenangan akhirnya menjadi milik dolar. Hasilnya, seperti yang diramal kebanyakan penganalisis (75%), pasangan ini jatuh ke paras paling rendah dalam masa dua tahun, iaitu pada $1.1105 bagi setiap euro.

Lagi



Mei 18, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 - 24 Mei, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pilihanraya di Parlimen Kesatuan Eropah dan juga episod berkenaan Brexit yang tiada penghujung terus memberi tekanan kepada matawang Eropah. Malah ketegangan perang dagangan antara AS-China juga tidak dapat membantu euro: walaupun kepimpinan PRC terus memberi tentangan, pasaran ingin melihat kejayaan pihak AS. Kegagalan China secara automatiknya akan memburukkan lagi masalah yang berkait rapat dengan Eurozone.

Lagi



Mei 11, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Mei, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Rundingan dagangan antara AS-China yang berakhir dengan kegagalan menjadi berita ekonomi paling utama baru-baru ini. Amerika Syarikat memutuskan untuk menaikkan duti barangan dari negara China daripada 10% kepada 25%, dan selepas itu Menteri Perdagangan China pula mengumumkan mereka akan mengambil tindakan balas. Namun, reaksi pasaran terhadap berita ini masih lagi perlahan, julat turun naik mingguan pasangan ini tidak melebihi 85 poin, dan ia masih belum dapat menembusi paras rintangan pada 1.1250

Lagi



Mei 4, 2019

Basel III Standard: Adakah Emas Bakal Menggantikan Dolar Sebagai Matawang Global?

29 Mac tahun ini menyaksikan permulaan bagi Bank for International Settlements melaksanakan fasa terakhir undang-undang terbaru mereka. Sesetengah penganalisis percaya bahawa pengembalian status wang kepada emas akan menamatkan penguasaan dolar. Menurut ramalan mereka, nilai matawang AS mungkin akan jatuh sebanyak 40% menjelang Disember, dan hilang sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Lagi



April 27, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 April – 03 Mei, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang diramal sebelum ini, matawang euro telah kembali ke sempadan saluran menurun selama empat bulan berturut-turut. Melihat keadaan itu, 70% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik meramalkan matawang tersebut akan terus kehilangan nilainya, jatuh ke zon paling rendah tahun 2019, 1.1175-1.1185. Unjuran statistik ekonomi AS yang kukuh telah memberi tekanan kepada euro untuk sepanjang minggu, membuktikan kesahihan ramalan ini. Apa yang berlaku adalah lebih teruk, jatuh ke paras 1.1110 pada tengah hari Jumaat, 26 April.

Lagi



April 20, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22 - 26 April, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kebanyakan penganalisis (65%) mengunjurkan pasangan ini untuk jatuh. Ramalan ini turut disokong satu pertiga isyarat pengayun yang menunjukkan pasangan ini sudah terlebih beli. Akhirnya ini yang berlaku: amplitud turun naik mingguan sebanyak 100 poin, dan paras paling rendah adalah pada 1.1225.

Lagi



April 13, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15 - 19 April, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Ramai pedagang merungut tentang tahap kecairan yang rendah di pasaran. Walaupun selepas Mario Draghi menunjukkan sikap pesimis pada mesyuarat ECB pada hari Rabu 10 April, matawang euro berjaya mendapatkan semula sekurang-kurangnya 100 pip daripada dolar sepanjang minggu lalu dan kembali berada di zon sokongan/rintangan yang kuat pada 1.1300, paras pasangan ini mula bergerak pada Januari 2015. Semua yang berlaku mungkin kesan daripada penangguhan Brexit.

Lagi



April 6, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 08 - 12 April, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Majoriti daripada penganalisis (75%), dan turut disokong oleh 100% indikator trend serta 90% pengayun, membuat ramalan pada minggu lalu dengan berkata jika pasangan ini melepasi paras sokongan 1.1200, ia akan terus bergerak secara menurun. Sasaran paling hampir ialah paras terendah 2018-19 iaitu pada 1.1175 yang direkodkan pada 7 Mac. Dalam masa yang sama, analisis grafik pada D1 menyatakan bahawa pasangan ini tidak akan berjaya melepasi paras sokongan tersebut dan akan kembali hampir pada 1.1340.

Lagi



Mac 30, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01 - 05 April, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Walaupun terdapat penurunan terhadap data KDNK, dolar AS dirasakan agak berkeyakinan pada minggu ini. Semuanya bukanlah disebabkan oleh Presiden AS, mahupun pihak Rizab, ianya berpunca daripada Perdana Menteri Great Britain dan juga ahli Parlimen negara tersebut yang gagal dalam memutuskan cara untuk memecahkan kebuntuan hasil dorongan mereka sendiri.

Lagi



Mac 23, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 - 29 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pihak Rizab Persekutuan telah mengekalkan kadar faedah, iaitu pada kadar 2.5%, dan tiada sebarang kenaikan akan berlaku sepanjang tahun ini. Mereka turut menurunkan unjuran terhadap KDNK dan juga inflasi di AS serta menaikkan ramalan bagi kadar pengangguran untuk tahun 2019-2021.

Lagi



Mac 16, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Untuk sepanjang minggu, nilai matawang Eropah semakin meningkat bukan saja disebabkan oleh pertumbuhan indeks Euro Stoxx 600, ia turut disertai dengan retorik pigeon oleh Ketua ECB Mario Dragi, tetapi sebab yang paling utama sekali adalah sikap optimis berkenaan syarat perpisahan (dan mungkin bukannya perpisahan) UK daripada EU. Hasilnya, pasangan ini melalui penyatuan semula di koridor jangka sederhana antara 1.1215-1.1570, julat di mana ia bergerak sejak akhir bulan Oktober 2018, malah ia turut menghampiri garis tengah, mencapai ketinggian 1.1338 pada hari Rabu, 13 Mac.

Lagi



Mac 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pasangan ini jatuh merudum pada hari Khamis, 7 Mac selepas pihak ECB mengumumkan adalah sia-sia untuk menunggu kadar faedah dinaikkan pada musim bunga ini. Paling cepat untuk ia berlaku adalah pada tahun 2020. Selain itu, umum telah pun sedia maklum tentang rancangan penggubal dasar di negara-negara Eropah untuk memulakan Operasi Pembiayaan Semula Jangka Panjang (Long Term Refinancing Operation, atau LTRO) pada bulan September – sebuah program bagi membiaya semula bank-bank di Eropah pada kadar faedah yang lebih rendah. Jika kita mengambil kira sekali tentang penurunan nilai KNDK dan juga kadar inflasi yang telah diunjurkan, serta statistik ke atas dagangan asing China di Eurozone yang kurang memberangsangkan, keadaan matawang Eropah dilihat tidak begitu baik.

Lagi



Mac 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pada permulaan minggu, nilai euro bertumbuh disebabkan oleh tempoh bagi UK untuk keluar dari EU dijangka akan ditunda selama-lamanya. Pasangan ini melonjak ke garisan tengah koridor jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, pada hari terakhir musim sejuk, pada 28 Februari, ianya berubah dengan sendiri, dan memberi inspirasi kepada penggemar matawang dolar. Anggaran KDNK AS bagi tahun 2018 rupa-rupanya lebih tinggi daripada yang dijangka. Indeks aktiviti perniagaan yang kuat di Chicago memberi kelebihan buat dolar. Hasilnya, pasangan ini turun, tetapi kegembiraan bear hanyalah sementara. Dorongan yang terlalu lemah sehinggakan ia langsung tidak mampu menghampiri ke paras sokongan pada 1.1300. Kemudian pasangan ini melonjak semula selepas Indeks Aktiviti Perniagaan ISM yang dikeluarkan pada 1 Mac menunjukkan nilai yang lebih teruk berbanding nilai terdahulu, malah ianya lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan ramalan mereka. Ia diikuti pula dengan percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi pertahanan bull, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1365.

Lagi



Februari 23, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 Februari - 01 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Hampir sepanjang minggu, pasangan ini kekal berada di kedudukan sama seperti seminggu, sebulan, malah dua atau tiga bulan yang lalu. Selain daripada lonjakan pendek, ia tidak mampu melepasi koridor jangka sederhana pada 1.1300-1.1500. Jika kita kembangkan saluran ini kepada poin maksimumnya, keluasan koridor sedikit bertambah: 1.1215-1.1570.

Lagi



Februari 17, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika diimbas semula pada minggu lalu, komuniti penganalisis tidak dapat memberi pendapat yang jelas mengenai pergerakan pasangan ini. Ia disebabkan oleh kurangnya ketelusan dalam kedua-dua rundingan Brexit dan juga antara AS-China. Tambahan pula, para penganalisis menantikan data KDNK di Jerman dan juga EU untuk dikeluarkan, serta data inflasi dan juga jualan runcit di AS. Jika Eropah menunjukkan pertumbuhan yang diunjur sebanyak 1.2%, manakala di Jerman pula naik sebanyak 0.2% (daripada -0.2% kepada 0.0%), data yang dikeluarkan AS akan menyebabkan pasaran menjadi kucar-kacir. Jualan runcit jatuh sebanyak 1.2%, nilai maksimum dalam 10 tahun. Akhirnya, indeks dolar telah menggantung pertumbuhannya dan hilang kedudukan nilai tertinggi dalam tempoh dua bulan

Dolar juga turut memberhentikan pertumbuhannya terhadap matawang Eropah. Namun, jika kita dapat rumuskan keseluruhan lima hari dagangan, kemenangan tetap menjadi milik “rakyat Amerika”: pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 1.1295 setelah bermula dari paras 1.1320.

Lagi



Februari 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Satu daripada senario terbaru yang hanya disokong oleh 30% penganalisis adalah penurunan pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Ini yang telah berlaku: setelah kerugian hampir 130 poin, pasangan ini merekodkan paras terendah mingguan pada 1.1320.

Lagi



Februari 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Secara amnya, tiada sebarang kejutan yang berlaku pada minggu lalu. Tiada siapa menjangkakan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC pada kali ini, tetapi apa yang lebih merisaukan para pelabur ialah maklum balas pihak pengurusan Rizab Persekutuan mengenai perancangan mereka untuk tahun 2019. Firasat mereka tentang “pigeon” ternyata benar. Tanpa menjanjikan sesuatu yang jelas, badan penyelia tersebut menjelaskan keputusan untuk menaikkan kadar faedah perlu mengambil kira faktor ekonomi global dan juga benar-benar seimbang. Justeru, ketaktentuan itu telah menyebabkan dolar didagangkan dengan aktif, dan hasilnya pasangan ini melonjak ke sempadan atas saluran lateral jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, situasi itu kembali reda, dan pasangan tersebut bergerak menuju arah bertentangan.

Lagi



Januari 26, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Januari – 01 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Retorik “pigeon” yang dibuat oleh Ketua ECB Mario Draghi dalam ucapannya pada 24 Januari lalu telah menolak pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, kegembiraan bear tidak kekal lama: selepas berada pada paras 1.1289, pasangan ini membuat pusingan dan kembali ke garisan tengah saluran di zon 1.1400 pada petang Jumaat. Apa yang difahami setelah pemeriksaan lanjut dibuat, Draghi tidak berkata apa-apa yang khusus. Mengenai pasaran buruh yang kukuh serta pengurangan risiko ekonomi di Eurozone, ketua ECB itu berkata sia-sia untuk mengadakan QE yang baru sekarang. Pada masa yang sama, tempoh masa bagi kenaikan kadar faedah pertama ke atas matawang euro masih kekal sama.

Lagi



Januari 19, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21-25 Januari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Satu daripada ramalan yang dibuat ke atas pasangan ini adalah kembalinya ia ke had saluran lateral jangka sederhana di antara 1.1300-1.1500, serta garisan pertengahan sebagai sasaran utamanya. Senario inilah yang membuahkan hasil. Pasangan ini telahpun mencecah ketinggian 1.1400 pada hari Selasa, 15 Januari dan kemudian ia bergerak seiring dengan ketinggian tersebut sehinggalah penghujung minggu, menyebabkan ayunan berlaku dalam jarak yang sempit. Dalam masa sama, pasangan ini diberi tekanan sehingga membolehkan bear menurunkan kedudukannya ke paras 1.1360 di akhir minggu dagangan.

Lagi



Januari 12, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14-18 Januari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Pada hari Rabu, 9 Januari, selepas beberapa kali mencuba, pasangan ini berjaya melepasi had atas saluran sisi jangka sederhana di mana ia berada sejak bulan November 2018. Selepas menembusi halangan di sekitar 1.1500, ia mencapai ketinggian 1.1570, dan kemudiannya diikuti oleh trend menyongsang, dan sekali lagi pasangan ini dilihat berada dalam lingkungan saluran atas, mengakhiri dagangan pada paras 1.1470.

Lagi



Januari 6, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07-11 Januari, 2019

Sebagai permulaan, sedikit ulasan mengenai apa yang berlaku minggu lalu, pada hari dagangan pertama yang mengejutkan ramai orang, tetapi menggembirakan sebilangan.

– Masih belum pulih selepas sambutan Tahun Baru, pasangan EUR/USD jatuh mendadak pada pagi 2 Januari, kerugian hampir 200 poin dalam sehari. Namun kemudiannya, semua kembali normal, dan pasangan ini dengan pantas kembali ke Pivot Point iaitu pada 1.1400, paras ia sering berada sejak Oktober 2018. Pada hari Jumaat, 5 Januari, dolar cuba untuk mengukuhkan kedudukan dengan menggunakan data pasaran buruh AS yang positif, namun ianya gagal, dan pasangan ini mengakhiri minggu pada 1.1394.

Lagi



Disember 28, 2018

Penyata Kewangan 2018 dan Ramalan Forex 2019

Rangkuman: Tahun 2018

Seperti biasa, penganalisis di Deutsche Bank membuat rumusan pada penghujung bulan Disember. Hasilnya sangat mengagumkan, dan terdapat sedikit konotasi negatif. 93% dari kesemua aset jatuh jika dibandingkan pada Januari 2018, malah nilai ini lebih teruk dalam tempoh 118 tahun kebelakang, hingga melepasi paras 84% yang dicatat pada tahun 1920.

Lagi



Disember 22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 Disember, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Walaupun pengukuhan dolar telah diunjurkan oleh 70% penganalisis dan turut disokong oleh 100% indikator menjelang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, namun ianya tidak berlaku. Euro berkembang sepanjang minggu, mencatatkan kadar tertinggi untuk lapan minggu dagangan pada hari Khamis di ketinggian 1.1485...

Lagi



Disember 15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika unjuran pergerakan lateral di antara saluran 1.1310-1.1415 menjadi ramalan biasa pada minggu lalu, mesyuarat yang diadakan oleh Bank Sentral Eropah (ECB) dan pertemuan dengan presidennya iaitu Mario Draghi boleh dianggap perkara biasa. ECB menunaikan janjinya dan membuat keputusan untuk menyelesaikan program kemudahan kuantitatif bermula 1 Januari, 2019, dan Draghi menambah derita pelabur dengan kenyataan mengenai risiko kenaikan. Berdasarkan semua ini, ramalan pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2018-19 turun, dan nilai euro jatuh sebagai respon terhadapnya, tetapi masih lagi bergerak dalam had saluran tersebut...

Lagi



Disember 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan kami mengenai data pasaran buruh yang lemah ternyata 100% tepat. ADP dan juga ISM pada sektor perkhidmatan juga tidaklah begitu menyakinkan, dan salah satu indikator utama, NonFarm Payrolls, jatuh daripada 237K ke 155K, iaitu hampir 35% penurunan...

Lagi



Disember 1, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, berita baik pertama yang mampu meningkatkan nilai euro adalah Sidang Kemuncak pemimpin Eropah mengenai Brexit. Hasil perbincangan yang positif membolehkan matawang Euro melonjak ke paras 1.1383 pada hari Isnin, 26 November, dan selepas itu pasaran dikuasai oleh dolar semula...

Lagi



1 2 3 4 5 6 7 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami