Turn on the image to see the security code
  • Hal Dagangan4
    • Bagaimana membuka akaun demo (latihan)?

      Akaun demo adalah percuma dan tidak tamat tempoh. Walau bagaimanapun, jika ia tidak aktif selam 14 hari ia akan dipadam. Akaun demo boleh dibuka dengan salah satu cara berikut:

      1. Semasa membuka dan menggunakan MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Borang pendaftaran akaun demo akan dipaparkan semasa kali pertama membuka platform. Setelah selesai, butiran akaun demo akan dipaparkan. Anda akan menerima mesej untuk log masuk akaun di mel dalaman pada terminal dagangan. Mesej boleh dilihat di tab “Mailbox” pada panel “Terminal”.
      2. Di MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 pada bila-bila masa. Pendaftaran akaun demo boleh dibuat menggunakan arahan “Fail” – “Buka akaun”, atau dengan menekan klik kanan tetikus pada “Akaun” di panel “Navigasi” dan memilih “Buka Akaun” pada bahagian menu.
      3. Akaun demo MetaTrader4 dan MetaTrader 5 juga boleh didaftar di Ofis Pedagang pada akaun sebenar – klik pada “Buka Akaun Demo MT4” atau “Buka Akaun Demo MT5”.
    • Saya terlupa kata laluan untuk akaun demo. Apa yang saya perlu lakukan?
      Selepas membuka akaun demo, log masuk MetaTrader akan dihantar ke mel dalaman terminal dagangan. Sila semak pendaftaran jika ia masih di dalam mailbox (tab pada panel.) Jika tidak terdapat kata laluan dan anda lupa mengenainya, anda boleh buka akaun demo yang baru. Kata laluan tidak akan dikembalikan.
    • Adakah pendaftaran akaun perlukan sebarang dokumen?
      Tiada dokumen diperlukan untuk mendaftar. Akan tetapi, dalam sesetengah kes, pengesahan akaun tidak dapat dielakkan, di mana salinan 2 dokumen perlu disediakan – gambar IC dan bukti kediaman yang dimasukkan semasa mendaftar akaun dagangan.
    • Bagaimana untuk saya membuka akaun MT5 sebenar?

      A live “Standard-MT5” account is needed to trade in MT5 (http://ms.nordfx.com/MetaTrader_5.html). In order to open an MT5 account:

      1. Register a “Standard” (MT4) account on the company site: http://ms.nordfx.com/trading_account_standard.html.
      2. Email the number of this account to: support@nordfx.com and request a “Standard-MT5” account on its basis.
      3. Selepas permohonan diproses, butir-butir akaun MT5 akan dihantar ke alamat emel yang disediakan semasa mendaftar akaun dagangan.
  • Ofis Pedagang3
    • Bagaimana untuk log masuk ke Ofis Pedagang?
      Ofis Pedagang berada di https://account.nordfx.com, atau anda boleh gunakan “Log Masuk” di bahagian atas kanan pada laman web syarikat. Untuk mengakses Ofis Pedagang, masukkan log masuk (nombor akaun) dan juga kata laluan.
    • Mengapa saya tidak boleh log masuk ke Ofis Pedagang?
      • Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul semasa log masuk (salin dan tampal dari emel pendaftaran dan bukan memasukkan secara menaip).
      • Cuba padam cache pelayar dan log masuk semula, serta masukkan kata laluan yang betul. Guna butang kombinasi Ctrl+Shift+Del untuk memadam cache.
      • Jika akaun tidak aktif melebihi 90 hari, ia akan diarkibkan. Kemudian anda tidak boleh log lagi masuk ke Ofis Pedagang atau terminal dagangan. Semasa cuba untuk mengakses Ofis Pedagang, mesej yang mengatakan akaun telah diarkib akan terpapar dan butang untuk permohonan mengaktifkan akaun juga tersedia.
    • Di mana boleh saya lihat maklumat akaun sendiri?

      Bahagian “Tetapan Sendiri” pada Ofis Pedagang mengandungi data peribadi anda dan juga parameter akaun utama (baki, jenis akaun, pilihan leveraj kredit). Anda boleh memilih destinasi pemindahan baki tertentu – di Ofis Pedagang atau MT4. Jika tidak, dana akan dikreditkan ke baki MT4 secara automatik.

      Untuk keselamatan tambahan, anda boleh masukkan senarai IP dari mana Ofis Pedagang boleh diakses. Guna delimeter untuk memasukkan IP – koma, ruang atau baris yang baru.

  • Deposit dan Pengeluaran3
    • Bagaimana untuk membuat deposit?

      Tambahan dana ke akaun dagangan boleh dibuat melalui pindahan bank, VISA dan MasterCard, sistem bayaran online (cth. WebMoney, NETELLER, PayWeb, Payza dan lain-lain) atau servis tukaran online. Untuk membuat deposit, log masuk ke Ofis Pedagang, pergi ke “Kendalian Kewangan” – “Deposit Dana”, pilih sistem bayaran yang sesuai dan hantar permohonan.

      Jika anda menggunakan kad bank untuk membuat deposit, kad bank dan akaun dagangan anda perlu disahkan dahulu. Pengesahan akaun boleh dilakukan di bahagian “Kendalian Kewangan” manakala untuk kad pula – pada bahagian “Pengesahan VISA dan MasterCard” di Ofis Pedagang.

      The NordFX AML Policy can be viewed at: http://ms.nordfx.com/aml_policy.html

    • Saya telah meletakkan deposit tetapi ia tidak dikreditkan ke baki akaun saya. Apa yang perlu saya lakukan?
      Jika anda membuat deposit dan ia tidak dipaparkan pada baki terminal dagangan, log masuk ke Ofis Pedagang dan tinggalkan notifikasi mengenai butiran pindahan ke bahagian “Notifikasi Kehilangan Pindahan”. Selepas itu, wang akan dikreditkan dalam masa satu hari berniaga. Jika selepas satu hari berniaga juga tiada apa-apa, hantarkan emel ke Jabatan Kewangan di: finance@nordfx.com untuk maklumat lanjut.
    • Berapa lama permohongan pengeluaran diproses?

      Semua permohonan pengeluaran diproses setiap hari dari 9:00 hingga 18:00 CET. Ia tidak dilakukan pada hujung dan cuti umum. Jika permohonan dihantar selepas 18:00, ia akan diproses keesokan hari berniaga.

      Untuk sistem pembayaran online, dana akan dikreditkan ke akaun anda sejurus selepas permohonan diproses. Pindahan ke kad bank VISA dan MasterCard pula mengambil masa 5-6 hari berniaga, dan pindahan ke bank pula 3-5 hari berniaga.

Hubungi NordFX

China
+86 108 4053677
India
+911204533777
+919818803369
Persekutuan Rusia
88043334516
Sri Lanka
+911204533768

NFX CAPITAL VU INC, VANTU HOUSE 133 SANTINA PARADE, ELLUK, PORT VILA, EFATE, VANUATU

REGISTRATION NO.: 15008

Ikuti Kami