NFX CAPITAL VU INC. adalah syarikat berdaftar berpangkalan di VANTU HOUSE 133 SANTINA PARADE, ELLUK, PORT VILA, EFATE, VANUATU dikenali sebagai NordFX di dalam ini.

Penggubahan wang adalah perbuatan menukar nilai wang atau material lain yang diperoleh dari aktiviti haram (pengganas, urus niaga dadah, penjualan senjata haram, rasuah, penyeludupan manusia, dll) sebagai wang atau pelaburan yang sah. Aktiviti seperti itu dilakukan kerana sumber berkenaan tidak boleh dijejaki.

Dalam membendung kemasukan wang haram ke dalam ekonomi dan mengelak penularan aktiviti pengganas, sukar bagi negara-negara untuk membasmi penggubahan wang dan pembiayaan pengganas. Organisasi kewangan adalah salah satu akses mudah untuk menghalalkan keuntungan dari aktiviti haram. Peningkatan dalam penyepaduan pasaran kewangan dan mobiliti modal menjadikan modal jenayah mudah ditembusi. Pelaksanaan program di Nord FX yang menurut undang-undang dapat membantu organisasi antarabangsa menghalang aktiviti penggubahan wang dan pembiayaan pengganas di seluruh dunia.

  1. Nord FX mendokumenkan dan mengesahkan data pengenalan Pelanggan dan juga mencatat serta mengesan semua transaksi yang dibuat Pelanggan.
  2. Nord FX akan menjejak transaksi pelanggan yang mencurigakan dan transaksi yang dilaksana tanpa mengikut standard biasa. Nord FX akan mengambil tindakan sebagaimana yang disyorkan AML FATF.
  3. Nord FX tidak menerima deposit mahupun pengeluaran tunai dalam apa jua keadaan.
  4. Nord FX berhak untuk tidak memproses transaksi pada bila-bila masa, jika dipercayai ia berhubung kait dengan penggubahan wang atau aktiviti jenayah. Selaras dengan undang-undang antarabangsa Nord FX tidak perlu untuk memberitahu Pelanggan bahawa aktiviti mereka telah dilaporkan pada pihak berkuasa.

Nord FX komited untuk sentiasa mengemaskini sistem elektroniknya terhadap pemeriksaan transaksi yang mencurigakan serta pengesahan rekod pengenalan pelanggan, selaras dengan mana-mana peraturan baru yang baru diumumkan, juga menyediakan latihan untuk para pekerja dalam menambahbaik prosedur anti penggubahan wang yang diperlukan.

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami