MetaTrader 5 adalah versi paling moden dalam kelompok platform dagangan MetaTrader, menggabungkan kelebihan yang dimiliki pada versi sebelumnya (yang berorientasikan dagangan pada pasaran Forex) dan juga dagangan di bursa, termasuklah dagangan matawang kripto. Menurut syarikat pembangunnya, Metaquote, MT5 adalah sebuah platform berpotensi tinggi yang boleh mengoperasikan dagangan secara efisyen di pasaran bursa serta boleh juga diguna untuk menjalankan analisis teknikal yang komprehensif dalam masa nyata.

Kelebihan utama:

  • Disasarkan untuk bursa dagangan matawang kripto
  • Pelaksanaan Pasaran dan 7 jenis order;
  • Potensi melihat volum yang tersedia pada paras harga semasa, juga dikenali sebagai “Kedalaman Pasaran”;
  • Pelbagai data grafik dan statistik bagi dagangan bursa yang paling efisyen;
  • Memiliki pelbagai indikator teknikal, alatan grafik, skrip dan penganalisis yang tersedia bagi memastikan analisis teknikal dilakukan dengan tepat serta menyediakan bantuan asas dalam membuat keputusan dan juga menjalankan transaksi;
  • Potensi untuk melakukan ujian pantas berketepatan tinggi terhadap strategi dan penganalisis pada MetaTrader 5 Strategy Tester;
  • Potensi untuk menerima berita semasa dari agensi berita utama.

Order belian atau jualan boleh dibuat dalam masa kurang satu saat. Selain itu, ia mempunyai pelbagai jenis order untuk dipilih, justeru sesiapa pun boleh menggunakan sebarang strategi dagangan. Bahasa pemprograman MQL5 membolehkan anda menghasilkan serta menggunakan indikator dan penganalisis sendiri, tidak lupa juga kelajuan pelaksanaan yang tinggi membantu anda menjalankan analisis terhadap dinamik harga dengan lebih tepat.

Muat Turun MetaTrader 5

Muat Turun applikasi MetaTrader 5 untuk iPhone

Muat Turun applikasi MetaTrader 5 untuk Android

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami