September 15, 2020

Nilai sesuatu aset adalah pemboleh ubah paling sukar untuk diramal dan ia mampu memberi kejutan dengan lonjakan, pengunduran, bacaan serta pusingan harganya. Walau pada hakikatnya terdapat banyak kisah yang menceritakan tentang dagangan menguntungkan dengan gerak hati, kesemua kisah itu biasanya akan berakhir dengan perkara yang sama: kehilangan wang deposit mereka.

Sebenarnya, pasaran matawang dan juga adrenalin adalah dua perkara yang tidak sesuai bersama. Hanya emosi yang dibendung serta pendekatan bersistem mampu untuk memberikan kestabilan dagangan. Kedua perkara itu tidak boleh dicapai tanpa memahami keadaan pasaran, kebolehan untuk membuat unjuran dan menggunakan kemahiran yang dimiliki itu dalam strategi dagangan anda. Seorang pedagang itu harus bermula dengan satu pelan dagangan dan juga algoritma pelaksanaan yang jelas. Indikator Forex dan analisis teknikal boleh membantu dalam perjalanan anda. Semua perkara tersebut akan dibincangkan dalam artikel ini.

Maksud Indikator dan Mengapa Pedagang Perlukannya

Indikator menjadi asas kepada penghasilan carta analisis teknikal. Malah, ia adalah program komputer yang mengambil nilai harga, kemudian mengubah rupa bentuknya berdasarkan formula matematik bagi membantu para pedagang meramal pergerakan pasaran yang seterusnya dengan tepat.

Syarikat broker NordFX menyediakan platform MetaTrader4 (MT4) yang memiliki pelbagai jenis indikator untuk digunakan disamping terbukti berkesan di pasaran kewangan kepada para pelanggan mereka. Bolehkah kita berdagang tanpanya? Secara teori, memang boleh tapi mengapa? Lagipun, indikator Forex dapat menyelesaikan sebahagian tugas, dan ianya percuma.

Jadi, kegunaan mereka adalah:

  1. Membantu anda dengan penanda;
  2. Menghasilkan isyarat untuk membuka dan menutup dagangan;
  3. Menunjukkan trend sebenar pasaran, bukan gangguan terkumpul yang sukar untuk difahami;
  4. Meringkaskan proses pengiraan serta memaparkan maklumat yang anda perlukan (saiz spread, lot, komisen, tempoh masa, sesi dagangan);
  5. Membolehkan anda menghasilkan strategi dagangan sendiri;
  6. Menjadikan proses dagangan lebih mudah dan jelas;
  7. Menjadi asas pada penghasilan robot penganalisis yang boleh diguna untuk dagangan tanpa lelah dan bukan berdagang 24 jam sehari;
  8. Menentukan ciri-ciri harga yang diperlukan (perubahan kadar, turun naik, ekstrem, arah, sudut, daya pergerakan, volum);
  9. Membolehkan anda mencari corak unik dan petunjuk serentak sebelum itu.

Malah, mana-mana indikator dagangan adalah suatu mekanisma unik dalam cara mereka sendiri yang mampu memberi anda sesuatu yang boleh difahami, logik dan tersusun untuk diguna bersama-sama semasa menjalankan transaksi. Disamping itu, indikator adalah salah satu perkakas yang boleh diguna tanpa memerlukan sebarang pengalaman dan amat sesuai untuk pedagang baru.

Ciri penting yang ada pada semua jenis indikator adalah sifatnya yang serba boleh. Ini bermaksud mana-mana pasangan matawang adalah bersesuaian dengannya bagi dagangan menggunakan analisis teknikal - EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, USD/JPY, EUR/GBP dan banyak lagi. Carta dagangan Forex juga boleh dihasilkan pada mana-mana tempoh masa - daripada satu minit hinggalah satu bulan. Selain daripada pasangan matawang, anda juga boleh membuat analisis terhadap tingkah laku pelbagai jenis instrumen dagangan yang NordFX tawarkan kepada anda: matawang kripto, minyak mentah, logam berharga, saham, serta indeks saham. Kesemua arah pergerakan instrumen ini boleh diramal menggunakan indikator. Satu-satunya perkara yang perlu diubah adalah tetapan parameternya.

Seperti yang telah disebut sebelum ini, indikator boleh menyelesaikan sejumlah besar tugasan yang diberi oleh pedagang. Indikator forex standard biasanya diolah daripada buku-buku klasik berkenaan analisis teknikal ataupun dibangunkan oleh pakar bursa tersohor. Semua indikator itu telah terbukti keberkesannya, juga telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, dan disebabkan itu ia disepadukan secara terus ke dalam kebanyakan platform-platform dagangan.

Terdapat kategori kedua bagi indikator dagangan Forex dan lain-lain pasaran, dikenali sebagai indikator mengikut tempahan. Terdapat beribu-ribu contoh yang ada di Internet, dan para pedagang biasanya menghasilkan indikator tersebut dengan tujuan yang khusus. Tidak semestinya dihasilkan mengikut algoritma unik. Sebaliknya, sering kali mereka menunjukkan versi indikator standard yang telah diubah suai. Sebagai contoh, untuk menambah baik kandungan maklumat, grafik perlu diubah, isyarat bunyi atau apa-apa bentuk notifikasi akan ditambah (misalnya, sesetengah indikator boleh menghantar notifikasi menerusi emel atau terus  ke telefon anda). Malah, agak sukar untuk menemui indikator mengikut tempahan baru yang dihasilkan dari awal dan juga benar-benar berguna dalam dagangan. Pedagang baru kadang-kala menjadi mangsa para penipu yang menjual indikator standard secara online. Fungsi indikator itu akan diubah sedikit, menamakannya dengan panggilan yang gah, kemudian menghebohkan keajaiban yang dimilikinya sebagai bukti untuk menjadikan seseorang itu kaya raya dengan cepat.

Jenis-Jenis Indikator Dagangan

Bergantung pada matlamat dan ciri yang ada, indikator untuk Forex biasanya dikategorikan seperti berikut:

  1. Trend;
  2. Pengayun;
  3. Volum;
  4. Telahan;
  5. Assistant;

Indikator Trend

Tugas pertama yang perlu diselesaikan oleh seorang pedagang sebelum membuka dagangan adalah untuk menentukan arah pergerakan nilai. Arah pergerakan itu juga dikenali sebagai trend dalam buku-buku berkenaan analisis teknikal. Masalah yang biasa berlaku adalah terdapat gangguan di pasaran dalam bentuk lonjakan, penurunan, dan halangan kecil yang menghalang anda daripada berbuat demikian. Gangguan-gangguan itu boleh dibuang dengan menggunakan mana-mana indikator daripada kelompok indikator global ini.

Berikut adalah masalah yang boleh diselesaikan oleh indikator trend:

  1. Menentukan pergerakan trend global serta menetapkan cara transaksi dibuka semasa dagangan;
  2. Menetapkan sentimen pasaran yang berubah, trend yang berubah;
  3. Mencari isyarat untuk membuka dagangan;
  4. Menjalankan fungsi perkakas petunjuk dalam strategi dagangan.

Penting untuk anda ingat bahawa dalam kebanyakan kes, algoritma asas bagi operasi indikator trend adalah mencari purata, atau menghalusi carta harga. Mana-mana bentuk, jenis, malah formula unik yang berbeza juga boleh digunakan. Namun, untuk mengasingkan gangguan, anda perlu mencari purata data global yang ada, dan proses ini biasanya akan menyebabkan isyaratnya lambat dihantar. Kesimpulannya, lebih halus carta yang diperoleh, lebih tinggi kadar kelewatannya.

Dikalangan indikator dagangan paling terkenal di pasaran tukara asing, antaranya adalah seperti berikut: Moving Average (purata bergerak), Alligator (Rajah. 1), Bollinger Bands. ADX; Parabolic SAR, Ichimoku Kinko Hyo.

Pengayun

Kebanyakan pedagang baru menghadapi kesukaran untuk memulakan urusan, terutama sekali dalam memformulasikan kriteria yang jelas dan difahami. Hakikatnya, anda boleh menggunakan pengayun bagi mencari lokasi pada carta untuk anda membuka dagangan, atau nama lainnya titik masuk.

Tidak seperti instrumen trend, pengayun adalah indikator analisis teknikal yang menunjukkan keadaan semasa pasaran dan bukannya arah pergerakan harga global. Biasanya, ia akan menunjukkan sama ada sesuatu matawang atau instrumen dagangan itu memiliki lebihan jualan atau lebihan belian. Dengan kata lain, pengayun menunjukkan keadaan apabila pasaran mencapai nilai had sama ada ke atas atau ke bawah, serta kebarangkalian untuk berlakunya pembetulan atau pembalikan lengkap apabila ia menghampiri nilai maksimum.

Pengayun mampu untuk menghasilkan jumlah isyarat dagangan yang banyak. Masalah utamanya ialah ia tidak dilengkapi dengan trend. Ia hanya membandingkan julat akhiran pasaran terdahulu dengan yang ada sekarang. Akibatnya, apabila nilai mula bergerak ke satu arah untuk jangka masa yang lama, dan carta Forex pula memperbaharui paras tertinggi/terendah dengan kerap, pengayun boleh memberi bermacam-macam isyarat palsu. Tidak kira pengayun manakah yang anda gunakan - tidak boleh mengelak daripada isyarat palsu melainkan anda menggunakan indikator dagangan lain seperti indikator trend sebagai penyaring tambahan.

Anda boleh menjumpai bermacam pilihan pengayun untuk dagangan Forex pada terminal dagangan MetaTrader-4 yang disediakan oleh broker NordFX kepada para pelanggannya. Kami benar-benar syorkan anda meneliti pengayun-pengayun berikut: RSI, Momentum, Stochastic, Force Index, ATR, Williams' Percent Range.

Indikator yang dikenali sebagai MACD (Moving Average Convergence / Divergence) adalah begitu popular dikalangan pedagang disebabkan oleh sifatnya yang serba boleh, mampu bertindak sebagai indikator trend ataupun pengayun. MACD (Rajah 2) yang dibangunkan oleh Gerald Appel pada 1970an akan menunjukkan jarak antara purata pergerakan, dari situlah anda boleh menentukan arah, kekuatan serta dinamik perubahan nilainya, dan ia telah diguna dengan cemerlang dalam kebanyakan sistem dagangan bagi meramal titik masuk dan keluar sesuatu dagangan.

Indikator Volum

Kebanyakan pedagang baru tidak faham mengapa corak pada carta Forex berubah-ubah, dan yang paling penting sekali, siapa yang mengubahnya. Anda akan faham apabila mula mendalami siapakah sebenarnya dalang di sebalik semua itu - orang persendirian dengan wang yang banyak atau orang ramai.

Kadar nilai juga ibarat cermin yang menggambarkan perasaan takut serta harapan kebanyakan pedagang. Sebarang pergerakan sebut harga hanya boleh berlaku jika seseorang membuat belian atau jualan aset pada waktu tersebut. Disebabkan itu, dengan mendalami nilai volum, anda mungkin boleh memahami jika pergerakan nilai itu berpunca daripada jumlah wang yang banyak, atau ia bergerak akibat penyertaan aktif sebilangan kecil pedagang.

Masalahnya Forex adalah pasaran atas kaunter. Disebabkan tiada satu pun badan yang mengawalnya, agak mustahil untuk benar-benar tahu berapakah jumlah sebenar wang yang memasuki pasaran. Namun, indikator volum dicipta untuk menilai kadar aktiviti pelabur-pelabur besar. Pada terminal MT4 yang tersedia untuk semua pelanggan NordFX, anda boleh gunakan indikator berikut: Volumes (Rajah. 3), Accumulation/Distribution, Money Flow Index, On Balance Volume.

Walaupun pada hakikatnya kesemua indikator dalam kumpulan instrumen ini sering mendapat kritikan, cabang berbeza bagi analisis pasaran tukaran asing wujud berdasarkannya - VSA (Volume Spread Analysis). Selain itu, pedagang Forex telah mula menghasilkan modifikasi mereka sendiri, dan ia benar-benar mengembangkan lagi cara penggunaannya. Ciri berguna indikator volum adalah seperti berikut:

  1. Dapat menentukan pelabur besar;
  2. Peluang untuk menilai prospek momentum dan berada tepat semasa ia bermula;
  3. Mengurangkan isyarat tanpa wang sebenar daripada lain-lain indikator, corak, model lilin.

Kumpulan perkakas ini jarang sekali diguna secara bersendirian untuk mencari titik masuk. Namun, jika anda lihat daya tak seimbang pada sesuatu arah, anda tahu apa langkah seterusnya yang perlu diambil.

Indikator Telahan

Salah satu keinginan paling utama pedagang baru adalah untuk mengalihkan beban tanggungjawab yang ada kepada orang lain. Penipu, kaki putar belit serta perusahaan mengaturcara telah benar-benar merasainya. Justeru, sejenis indikator khas telah muncul - telahan.

Seperti seorang psikik, ia akan menunjukkan ke manakah arah pasaran, disamping melakarkan paras harganya pada masa hadapan. Masalah yang biasa timbul adalah ia sering menunjukkan produk komersial, bertujuan untuk menjual produk tersebut dengan harga tinggi kepada pedagang baru.

Namun, perkara yang masuk akal masih boleh dijumpai. Sebagai contoh, FuturoFX (Rajah 4) serta WMIFor menggunakan Spearman Rank Correlation. Dalam bahasa mudah, mereka menemui padanan pergerakan harga terdahulu yang menyamai pergerakan harga sekarang. Jika terdapat beberapa senario yang sepadan bagi sesuatu perkara, unjuran serta kebarangkalian perkembangan tersebut akan dihasilkan dalam bentuk peratusan. Pendekatan khusus yang hampir sama dengan statistik.

Assistant

Assistant (Rajah 5) adalah sekumpulan indikator Forex yang besar, salah satu indikator dengan pelbagai jenis serta benar-benar berguna. Ia tidak memberi sebarang nasihat tentang cara untuk berdagang kepada para pedagang, tapi hanya membantu menyelesaikan tugas-tugas biasa yang mungkin mereka hadapi semasa proses dagangan. Bagi menjelaskan kepelbagaian pilihan yang mereka ada, kami cadangkan supaya anda mula berjinak dengan fungsi yang selalu digunakan:

  1. Mewujudkan penanda bagi paras sokongan dan rintangan;
  2. Menyediakan maklumat tambahan bagi akaun: baki, pengurangan, spread, swap, data posisi yang dibuka dan sebagainya;
  3. Meletakkan paras, saluran, garis trend serta ekstrem secara mendatar;
  4. Menyusun angka grafik: segitiga, bendera, kepala dan bahu, dan sebagainya;
  5. Mengesan corak dan model lilin;
  6. Diguna sebagai kalkulator, memberi cadangan ke atas lot, risiko dan pengurusan wang.
  7. Menunjukkan penghujung sesi dagangan.

Setiap daripadanya akan memaparkan keadaan pasaran dengan mudah, ringkas dan senang untuk difahami. Kami syorkan indikator ini bagi mereka yang baru mula mempelajari analisis grafik dan juga candlestick.

Tindakan Yang Perlu Diambil Jika Indikator Tidak Sesuai

Tidak disangkal lagi, lebih banyak pengalaman profesional yang ditimba, mungkin lebih banyak idea, teori serta strategi baru yang anda cuba praktikkan. Lebih-lebih lagi, ia lebih mudah untuk dilakukan sekarang. Anda boleh memilih antara dua cara untuk berbuat demikian. Pertama sekali anda perlu mempelajari pengaturcaraan dan menghasilkan kesemua indikator sendiri. Yang kedua adalah menulis algoritma sendiri, dan minta pengaturcara untuk menghasilkan indikator berdasarkan algoritma tersebut.

Jangan bimbang tentang harga untuk perkhidmatan mengekod. Satu indikator ringkas mungkin memerlukan kos antara $20-50 dikalangan pekerja bebas, dan jika anda menemui orang dengan minat yang sama, anda mungkin tidak perlu membayarnya sebagai pertukaran untuk algoritma anda.

Selain itu, jika anda gagal memperoleh sesuatu dikalangan indikator ikut tempahan dengan segera, cuba siarkan masalah anda di forum-forum khusus. Ramai orang di luar sana yang menghadapi kesukaran hampir sama dan mereka mungkin dapat menunjukkan arah pada apa yang benar-benar anda mahukan.

Kelebihan dan Kekurangan Indikator

Penggunaan indikator Forex adalah jalan terbaik bagi pedagang baru yang mengalami kesukaran untuk membuat analisis serta ramalan pasaran. Walau bagaimanapun, ia juga ada kelemahannya:

  1. Kelewatan dalam melakar semula graf dan menghantar isyarat;
  2. Tidak mengandungi data fundamental (berita, statistik economi, peristiwa hangat politik);
  3. Terikat pada platform tetap jika mahu menggunakan indikator mengikut tempahan;

Walau bagaimanapun, ia memiliki lebih banyak kelebihan:

  1. Mudah digunakan;
  2. Bentuk visual isyarat yang jelas;
  3. Memudahkan serta menjimatkan masa bagi proses penanda;
  4. Sifatnya yang universal dan boleh diguna dalam dagangan hampir kesemua pasangan matawang serta lain-lain aset;
  5. Boleh disesuaikan dan dioptimumkan;
  6. Boleh diprogram semula dan menjadi sebahagian daripada penganalisis dagangan dengan mudah;
  7. Menjadi asas kepada penghasilan strategi dagangan;

Kesimpulannya, ingin kami ingatkan bahawa indikator bukanlah ubat mujarab, namun satu perkakas untuk anda menjalankan analisis di pasaran dan mengambil keputusan berdasarkannya. Keputusan sentiasa di tangan anda. Kejayaan dagangan di pasaran kewangan juga akan bergantung kepada diri anda sendiri.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami