September 5, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Kenyataan yang dibuat ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell semasa berlangsungnya simposium di Jackson Hole masih menjadi isu yang hangat diperkatakan dikalangan pelabur dan penganalisis. Keputusan drastik yang diambil pihak Rizab ke atas polisi kewangan mereka telah bermula sejak 2012 lagi, apabila mereka mengumumkan rancangan untuk mensasarkan “kadar purata inflasi sebanyak 2%”. Ini bermakna para penggubal dasar tidak akan mengetatkan polisi kewangan sedia ada walaupun kadar inflasi pada ketika itu melebihi dua peratus.
    Dengan kenyataan yang dibuat, Powell memberi tekanan yang lebih hebat kepada dolar dan matawang itu sekali lagi telah hilang kedudukannya sejak 20 Mac lalu. Lambakan cetakan wang seperti yang diarahkan Rizab Persekutuan semasa wabak sedang melanda serta penurunan kadar faedah mereka telah mengakibatkan lonjakan pasangan EUR/USD dari paras 1.0635 ke paras melebihi 1.2000 pada minggu lalu. Sepanjang tempoh tersebut, nilai euro bertambah sebanyak 13% berbanding matawang AS, dan ia memberi kesan buruk kepada ekonomi di Eropah.
    Antara tahun 2015-16, Mario Draghi selaku ketua ECB pada ketika itu telah memperkenalkan polisi kadar faedah negatif. Tindakan itu berjaya menurunkan nilai matawang Eropah kepada 1.0500, nilai yang hampir menyamai dolar. Nilai euro yang lemah telah menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi dan juga pertumbuhan ekonomi di EU, dibantu oleh potensi nilai eksport di eurozone, menjadikan barang dagangan mereka lebih murah untuk pengguna di luar negara. Namun, nilai euro sekali lagi bertambah pada tahun 2018, naik kira-kira 1.2000. Kemudian, setelah bertungkus lumus, nilainya turun semula selepas itu. Kini, nilainya berada pada 1.2000 sekali lagi.
    Jelas sekali untuk mengubah arah trend ke bawah, penggubal dasar Kesatuan Eropah perlu meminda polisi kewangan mereka secara agresif. Hal penting berkenaan kadar tukaran yang akan menentukan keadaan ekonomi di Eurozone telah diumumkan oleh Ketua Pakar Ekonomi ECB iaitu Philip Lane pada minggu ini. Kenyataan beliau telah mengukuhkan sedikit nilai dolar. Namun, kejutan sebenar dijangka akan berlaku pada minggu hadapan, pada hari Khamis, 10 September apabila mesyuarat Bank Pusat Kesatuan Eropah yang seterusnya akan diadakan.
    Tibalah masa untuk ramalan yang diberi penganalisis pada minggu lalu. 60% daripada mereka merasakan pasangan EUR/USD akan kekal berada pada julat di antara 1.1700-1.1910. Baki 40% pula memilih sempadan atas saluran tersebut berjaya dilepasi dan pasangan ini bertumbuh ke paras simboliknya iaitu 1.2000. Jika dilihat pada carta, jelas sekali kedua-dua ramalan itu telah berlaku: ia benar-benar mencecah ketinggian 1.2000. Walau bagaimanapun, ia tidak mampu kekal berada pada paras tersebut dan turun menghampiri paras 1.1780 dengan serta-merta. Kedudukan terakhir setelah lima hari dagangan berada pada paras 1.1840. Itulah dia, pasangan ini telah berada pada saluran menaik dengan kelebaran sebanyak 200 mata untuk lima minggu berturut-turut, dan bolehlah kami katakan bahawa perubahan trend terakhir yang memihak kepada dolar masih belum berlaku;
  • GBP/USD. Umumnya, carta mingguan pasangan ini adalah sama dengan carta EUR/USD. Yang berbeza adalah matawang Kesatuan Eropah itu akhirnya kembali ke bahagian tengah saluran menaik bagi tempoh sederhana, namun pound tidak begitu, ia mengakhiri minggu dengan berada hampir pada sempadan atas - di sekitar 1.3275. Walau bagaimanapun, bull tidak berjaya mencatat rekod baru bagi paras tertinggi yang dicapainya pada 2019 iaitu 1.3515. Pendakiannya berhenti pada paras 1.3482;
  • USD/JPY. Pasaran masih dikuasai oleh sentimen risiko berbanding indikator makroekonomi. Kebanyakan pelabur menjangkakan data pasaran buruh di AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 4 September mampu memberi kesan terhadap dinamik pasangan USD/JPY, namun tiada sebarang kejutan yang berlaku: naik sebanyak 30 mata pada mulanya, dan kemudian turun ke kedudukan asalnya.
    Ramalan yang dibuat oleh majoriti penganalisis (65%) menyatakan pengukuhan nilai dolar serta kedudukan pasangan ini kekal di koridor antara 105.10-107.00. Itulah yang berlaku. Mula pada hari Isnin, nilai dolar naik mendadak, mencecah ketinggian 106.55 pada hari Khamis dan menunjukkan pertambahan sebanyak 120 mata. Pada penghujung sesi daganga, 106.22 menjadi kedudukan terakhir pasangan ini;
  • Matawang Kripto. Antara orang paling kaya di planet ini, Warren Buffet, telah melabur sebanyak $6 bilion dolar dalam saham sebuah syarikat di Jepun. Komen Max Kaiser, peminat kripto dan pengacara TV terkenal mengenai langkah itu telah menyebut, Buffet bertindak demikian untuk menjauhi dolar, apabila nilai matawang itu menyusut, nilai aset alternatif seperti emas dan bitcoin akan naik mendadak.
    Mungkin ada kebenaran dalam apa yang disebut oleh Kaiser, namun sebaliknya, nilai emas telah turun sebanyak 7%, manakala Bitcoin pula masih tidak mampu untuk melepasi paras yang dinantikan sepanjang bulan lalu, bermula pada 7 Ogos iaitu $12,000.
    Penganalisis kami menjangkakan pasangan BTC/USD akan bergerak di sepanjang Pivot Point $11,000 dengan sekali lonjakan sama ada ke paras $9,500 di bawah atau $12,800 ke atas. Pada mulanya senario ini benar-benar berlaku. Pada awal minggu, bull sekali lagi membuat serangan, namun gagal untuk berada di ketinggian $12,050. Setelah menantikan nilainya untuk bertambah, para penghasil yang memiliki matawang kripto dalam walet dengan nilai rekod jumlah melebihi $20 bilion (1.82 juta BTC) mula menjualnya. Menurut CryptoQuant, aliran keluar bitcoin dari walet mereka adalah melebihi 1,500 BTC sepanjang hari Rabu sehinggalah Khamis. Sudah tentu jumlah ini adalah kecil, tetapi rupa-rupanya ia sudah cukup bagi bear untuk mengambil alih sepenuhnya pasaran. Akhirnya, nilai matawang kripto utama itu susut kira-kira 17%, mencecah paras $10,000 pada hari Jumaat 4 September. Berbeza dengan ramalan Max Kaiser, nilai dolar yang bertumbuh juga menjadi punca kepada penyusutan itu.
    Jumlah keseluruhan modal pasaran matawang kripto turun daripada $360 bilion kepada $334 bilion dalam tempoh tujuh hari. Tambahan pula, nilainya mencecah paras tertinggi sebanyak $393 bilion pada 2 Ogos, jadi penurunan tersebut adalah sebanyak 15% dalam tempoh dua hari. Bacaan Indeks Fear & Greed Bitcoin turun dari 74 mata kepada 40 mata, dan seperti yang berlaku kepada RSI, ia telah keluar dari zon lebihan belian.
    Dominasi matawang kripto utama itu di pasaran terus berkurangan. Jika pada awal tahun jumlah modal pasarannya adalah kira-kira 70%, kini jumlahnya turun kepada 58%. Sebaliknya, peratusan ethereum terus bertambah, naik daripada 7.29% kepada 12.90%. Para penghasil ETH memperoleh nilai rekod sebanyak $17 juta pada 1 September disebabkan oleh permintaan tinggi ke atas projek blockchain ini. Jika diingat, Vitalik Buterin, pencipta ethereum pernah mengumumkan blockchain milik beliau itu akan menjadi asas kepada lain-lain operasi servis kripto pada tahun ini, dan menyebabkan permintaan ke atas altcoin ini mula meningkat. Namun, kembali pada apa yang telah berlaku pada minggu lalu, jika kerugian yang dialami BTC/USD “hanyalah” 17%, penyusutan tertinggi nilai ETH/USD yang dialaminya adalah melebihi 27%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang dinyatakan di atas, pihak ECB mungkin perlu memulakan perang dengan pihak Rizab Persekutuan dari segi polisi kewangan dan fiskal mereka bagi mengurangkan nilai pasangan ini. Hasilnya akan bergantung kepada tahap kesediaan EU dan juga AS dalam pertempuran itu.
    Mesyuarat ECB selepas ini akan berlangsung pada hari Khamis, 10 September, dan sidang media yang dibuat oleh ketuanya iaitu Christine Lagarde selepas itu mungkin dapat memberikan sedikit idea kepada para pelabur mengenai langkah yang akan diambil para penggubal dasar di Kesatuan Eropah untuk menang. Penganalisis di Bloomberg percaya pihak ECB mungkin akan menambah nilai program pembelian kecemasan aset berjumlah €350 bilion menjelang akhir tahun 2020, dan jumlah bagi program-program lain - tambahan sebanyak €220 bilion lagi. Menurut penganalisis, pertambahan nilai pelonggaran kuantitatif (QE) di Eropah seperti itu berkemungkinan tidak akan memberi kelebihan kepada sistem perbankan di Old World (banyak wang yang tidak dituntut), namun mampu untuk melemahkan nilai euro. Lebih rendah kos pinjaman antara bank, lebih tinggi tekanan yang akan dihadapi oleh matawang Kesatuan Eropah tersebut.
    Namun, kejayaan terhadap perang matawang ini masih belum tentu milik Eropah. Menurut beberapa penganalisis di Reuters, jika pihak Rizab Persekutuan terus mengekalkan kadar faedah mereka hampir kepada sifar, disamping kadar pemulihan ekonomi di Eurozone adalah lebih pantas berbanding ekonomi AS, kadar EUR/USD mungkin akan naik ke paras 1.2100.
    Dalam pada itu, pecahan unjuran oleh para penganalisis adalah seperti berikut: 50% penganalisis menjangkakan pasangan ini masih lagi boleh melepasi paras sokongan pada zon 1.1700 dan turun sekurang-kurangnya 100 mata ke bawah. Lagi 30% penganalisis percaya ia akan bergerak pada julat dagangan antara 1.1700-1.2010. Akhir sekali, baki 20% yang mendapat sokongan analisis grafik pada D1 berharap untuk melihat pasangan ini naik ke paras 1.2100 menjelang pertengahan bulan September;

  • GBP/USD. Seperti yang berlaku pada jirannya di timur dan barat - antara AS dan EU - salah satu faktor penentu bagi ekonomi di UK ialah bagaimana untuk menghadapi kesan daripada krisis COVID-19, serta langkah-langkah yang perlu diambil. Kaunselor Hal Ehwal Kewangan, Rishi Sunak yang baru memegang jawatan itu tahun ini telah merancang untuk menghentikan pakej rangsangan seperti subsidi kepada restoran seawal bulan September. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak memberi kesan yang teruk ke atas nilai matawang British. Lebih-lebih lagi, kerajaan negara itu mahu meneruskan rancangan bagi program QE yang lain buat masa sekarang.
    Penamatan sementara program bagi mengekalkan pekerja daripada mengambil cuti tanpa gaji pada 31 Oktober nanti mungkin lebih banyak memberi kesan terhadap pasaran. Satu lagi perkara penting adalah Sidang Kemuncak EU Brexit. Ia juga hanya akan berlangsung pada pertengahan bulan Oktober, dan banyak yang boleh berubah sebelum itu.
    Majoriti penganalisis (60%) percaya bahawa pound sudah kekurangan tenaga untuk meneruskan pergerakannya ke atas, dan kini sudah tiba masanya untuk pasangan tersebut bergerak ke arah bawah. Jika beralih daripada ramalan mingguan ke ramalan bulanan, jumlah penyokong bear meningkat kepada 70%. Paras sokongan paling hampir yang kukuh berada di zon 1.3000.
    Indikator teknikal pada H4 dipenuhi dengan warna merah, kelabu dan hijau, seperti yang berlaku ke atas EUR/USD. Namun, “hijau” menunjukkan kelebihan yang agak jelas pada D1: ditunjukkakn oleh 55% dari kalangan pengayun serta 80% dari kalangan indikator trend.
    Bagi analisis grafik, pertama sekali ia menunjukkan pergerakan lateral pasangan ini di koridor antara 1.3065-1.3385, kemudian turun ke zon 1.2900 dan kembali ke paras 1.3275 selepas itu. Semua ini boleh berlaku dalam tempoh 14 hari yang akan datang. Sasaran pasangan ini yang berikutnya adalah 1.3480 serta paras tertinggi pada tahun 2019 iaitu 1.3515;
  • USD/JPY. Jika anda lihat pada carta, anda akan dapat lihat bermula pada sepuluh hari terakhir bulan Februari, pasangan ini perlahan-lahan mengalami penyatuan nilai di sekitar 106.00. Para penganalisis merasakan tiada sebarang sebab yang kukuh untuk ia berada di luar julat dagangan antara 105.10-107.00 buat masa ini. Walau bagaimanapun, jika beralih ke ramalan bulanan, 65% penganalisis lebih memihak kepada bear. Jika apa yang mereka ramalkan itu berlaku, pasangan ini mungkin akan turun ke paras terendah pada 31 Julai lalu iaitu 104.18. Jika sempadan atas saluran tersebut berjaya ditembusi, rintangan paling hampir akan berada pada paras 107.50, dan paras berikutnya adalah 108.15;
  • Matawang Kripto. Segala aktiviti yang berjalan dalam Sistem Rizab Persekutuan AS telah mengakibatkan perkara yang amat serius sehinggakan ketua-ketua gergasi sistem bayaran seperti Visa mula bercakap tentang Bitcoin. Pada penghujung Ogos, setelah kenyataan oleh Jerome Powell, ketua Rizab Persekutuan mengenai rancangan jabatannya dibuat, indeks dolar DXY jatuh merudum ke paras terendahnya pada 92.14. Sebagai respon, Andy Yee iaitu Pengarah Polisi Umum di Visa dalam ciapannya: “Kenyataan Jerome Powell yang dibuat pada hari ini akan terukir dalam sejarah. Inilah kali pertama saya saksikan sekumpulan kecil manusia mengambil semua yang dimiliki orang kebanyakan. Selamatkan diri anda dengan bitcoin."
    Namun, pasaran dilihat masih belum bersedia untuk mengikuti nasihat En. Yee. Kebanyakan penganalisis (60%) lebih cenderung untuk percaya nilai bitcoin akan kembali ke paras di bawah $10,000 dalam masa terdekat ini. Pertama sekali, semua ini ada kaitannya dengan pertambahan minat para pelabur terhadap dolar.
    Jika nilai bitcoin berjaya melepasi paras $10,000, penurunan itu mungkin akan berlarutan untuk beberapa bulan, jelas penganalisis di syarikat kewangan Crypterium. Puncanya, ketidaktentuan akan dirasai coin utama itu pada awal musim bunga, namun penurunan nilainya akan membuka jalan kepada permulaan pertumbuhan mendadak yang baru menjelang Tahun Baru.
    Ramalan utama untuk minggu depan masih lagi sama, dengan pembetulan ke arah bawah sebanyak 500 mata: pasangan BTC/USD akan bergerak di sepanjang Pivot Point $10,500 dengan sekali lonjakan sama ada turun ke paras $9,000 atau naik ke paras $12,300.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami