Ogos 31, 2020

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat broker NordFX telah menjadi salah satu peneraju yang diiktiraf dalam industri forex antarabangsa, terbukti dengan kepercayaan yang diberi oleh pelanggan di lebih daripada 190 buah negara. Pada bulan Ogos, jumlah akaun dagangan yang dibuka bersama syarikat ini telah mencecah 1 juta 500 ribu.

 

Kedudukan teratas yang dimiliki NordFX bukan saja diraih daripada rating broker oleh sumber-sumber khusus. Syarikat ini sering berada di dalam TOP-10 bagi penerbitan analisis terkenal yang menilai kualiti servis kewangan yang diberikan. Anda harus maklum syarikat ini telah berjaya meraih lebih daripada 50 anugerah profesional, dan ini secara tidak langsung menjelaskan kepercayaan orang ramai dalam komuniti dagangan.

Antaranya ialah:

  • Broker Paling Dipercayai 2016, 2017 (The Forex Awards dan ShowFX World),
  • Broker Matawang Kripto Paling Dipercayai 2018 (Global Brands Awards),
  • Broker Terbaik Dunia Pilihan Pedagang (Masterforex-V Academy).

Tiada siapa yang lupa tentang kemenangan berganda dalam pelbagai pencalonan pada Anugerah IAFT - satu anugerah yang diasaskan oleh International Union of Forex Traders yang memiliki lebih daripada 200,000 orang pedagang dari pelbagai negara. Pada tahun 2012, NordFX telah memenangi anugerah Broker Terbaik bagi Dagangan bersama Penganalisis, ia juga telah mengungguli Anugerah IAFT sebagai Broker Terbaik bagi Dagangan Matawang Kripto pada tahun 2017, manakala pada tahun 2015, 2018 dan 2019, syarikat ini telah diiktiraf sebagai Broker Terbaik Asia.

Penilaian pelanggan NordFX terhadap usaha syarikat ini lebih kepada kebolehpercayaan, keadaan dagangan yang menakjubkan bagi pedagang baru dan lama, pelbagai pilihan instrumen kewangan, urusan berkualiti, dan yang lebih penting lagi, hubungan kerjasama yang berasaskan kepercayaan antara pekerja dan rakan kongsi NordFX dengan para pelanggan mereka.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami