Jun 6, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Bermula pada 25 Mei, paras pasangan euro dan dolar mengalami lonjakan harga untuk sembilan sesi dagangan berturut-turut, dan menurut anggaran Dow Jones, ia adalah tempoh pertumbuhan paling panjang sejak April 2011.
    Keputusan yang diambil pihak ECB telah membolehkan nilai matawang Eropah itu melonjak ke paras tertinggi sejak 20 Mac lalu, mencecah ketinggian 1.1385. Diketuai Christine Lagarde, Bank Pusat kesatuan itu telah melangkaui segala jangkaan pasaran dengan menambah nilai Program Pembelian Kecemasan Wabak (Pandemic Emergency Purchase Program, atau PEPP) sebanyak €600 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak €1.350 trilion. Program ini akan berjalan sekurang-kurangnya sehingga Jun 2021, dan hasil daripada bon yang dibeli akan digunakan dalam proses pelaburan semula sehingga penghujung 2022. Pihak ECB juga mengekalkan penanda aras kadar faedah iaitu sifar untuk pinjaman manakala negatif 0.5% untuk deposit. Justeru, terbukti ECB adalah satu-satunya badan utama yang meneruskan polisi pelonggaran kuantitatif (QE) mereka pada minggu lalu, serta salah satu bank pusat yang melaksanakan langkah serupa pada bulan Jun.
    Menurut Christine Lagarde, program kecemasan QE seharusnya dapat menyelesaikan dua masalah: untuk memulihkan ekonomi di Eurozone akibat wabak COVID-19 serta menjadi baris pertahanan bagi mengatasi tekanan di pasaran.
    Laporan ekonomi di zon eropah yang akan dikeluarkan pada minggu ini juga memihak kepada euro, sebahagian besar laporan itu menunjukkan optimis, manakala indikator aktiviti perniagaan juga meningkat setelah dikaji semula.
    Bagi dolar, nilainya mula menyusut akibat pertambahan minat terhadap aset berisiko. Jika ia tidak mendapat sokongan daripada statistik pasaran buruh di AS, pasangan ini berpeluang besar untuk mewarnakan carta candle harian yang kesepuluh mereka dengan warna hijau. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran jatuh ke paras 13.3% pada bulan Mei berbanding 14.7% pada bulan April, manakala bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur (NFP) meningkat dengan jumlah sebanyak +2.509K berbanding penurunan hampir 21 juta (-20.678K) sebulan.
    Hasilnya, pasangan EUR/USD mengakhiri hari minggu dengan berada di zon merah, berada di kedudukan 1.1290;
  • GBP/USD. Matawang pound British mengikuti pergerakan matawang euro untuk tiga minggu berturut-turut. Satu perkara yang membezakannya adalah corak carta candle pada hari Jumaat 5 Jun juga berubah warna kepada hijau. Bermula pada paras 1.2075 pada 18 Mei, pasangan ini pada awalnya melepasi sempadan bawah saluran antara 1.2165-1.2650, mengubah kedudukan tersebut daripada rintangan kepada sokongan, kemudian mencecah had atas dan mula melonjak ke paras 1.2730 pada 5 Jun, pertambahan sebanyak 655 mata dalam tempoh tiga minggu. Sekali lagi ia mengalami pembetulan selepas itu, dan paras terakhir pasangan ini berada pada 1.2665;
  • USD/JPY. Mengikut standard pasangan ini, ia telah melalui suasana yang agak tenang selama tiga minggu, namun kedudukannya naik mendadak sepanjang lima hari yang lalu akibat daripada konflik antara AS-China yang terus berlaku.
    Hubungan antara dua negara itu semakin merosot setelah China meluluskan undang-undang keselamatan di Hong Kong dan Macau pada bulan lalu. Ketegangan ini terus memuncak apabila Beijing mengambil keputusan untuk melarang syarikat United Airlines dan juga Delta Air daripada menyambung semula penerbangan ke China, dan sebagai respon, Washington turut menggantung syarikat penerbangan China daripada memasuki Amerika Syarikat bermula 16 Jun nanti.
    Apa yang berlaku ke atas euro dan pound adalah nilai dolar mengalami penyusutan, namun nilainya bertumbuh berbanding yen sebanyak 180 mata dalam tempoh lima hari. Julat maksimum turun naik pasangan ini adalah 245 mata, dan pada hari Jumaat, 5 Jun, nilainya hampir mencecah ketinggian simbolik yang dinanti-nanti iaitu 110.00. Namun usaha itu gagal, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan pada paras 109.60;
  • Matawang Kripto. Pertama sekali mengenai jenayah. Menurut laporan syarikat analisis CipherTrace, jumlah keseluruhan aset kripto yang dicuri dan mencecah nilai $1.36 bilion sepanjang 5 bulan di tahun 2020 ternyata begitu informatif. Selain itu, CipherTrace menemui lokasi utama yang memperoleh bitcoin haram ini dan ia adalah negara… Finland. 12% bitcoin yang memasuki negara Eropah yang kecil, tenang, dan terletak di utara ini berasal dari sumber yang haram. Tempat kedua dimiliki Rusia, 5.23%, diikuti dengan bursa England dengan indikator sebanyak 0.69%. Peratusan matawang kripto yang diperolehi secara haram di bursa-bursa Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat adalah kurang daripada 0.1%.
    Kita beralih pula kepada sorotan minggu lalu. Pertama sekali, komuniti kripto amat terkejut dengan berita mengenai pemindahan 94,504 BTC yang berjumlah $94 bilion. Selepas itu, berlakunya perdebatan mengenai pergerakan bilangan bitcoin sebanyak itu. Kebanyakan penganalisis mengaitkan kejadian itu dengan pelancaran niaga hadapan bitcoin oleh platform Bakkt yang akan berlangsung tidak lama lagi. Namun, sebilangan kecil percaya transaksi itu berlaku semasa mereka mengkonfigurasi dan menyahpijat sistem Bakkt.
    Peristiwa paling penting yang berlaku pada minggu ini adalah apabila bitcoin berjaya melepasi paras $10,000. Pada malam Selasa, 2 Jun, nilai matawang kripto utama ini mencecah $10,400, nilai tertinggi sejak pertengahan Februari. Walau bagaimanapun, kegembiraan bull hanyalah seketika: lonjakan itu bukanlah satu trend yang stabil, namun hanyalah spekulasi jangka pendek sang jerung. 14 jam selepas itu, semasa sesi dagangan di Amerika dibuka, nilai bitcoin jatuh mendadak, turun di bawah paras $9,500 dalam beberapa minit hingga sesekali mencecah paras $9,130. Hanya bursa BitMEX merekodkan penamatan posisi berjumlah $150 juta dalam beberapa minit saja. Sesetengah pemerhati merasakan berlakunya pembentukan corak yang dikenali sebagai Bart Simpson pada carta BTC/USD buat masa ini.
    Kemudian, nilainya perlahan-lahan naik ke zon $9,500-9,850, dan kekal berada di situ sehingga petang Jumaat, menunjukkan peningkatan sebanyak 3.35% sepanjang 7 hari.
    Carta jumlah keseluruhan modal pasaran matawang kripto sangat menyerupai corak Simpson carta BTC/USD pada 2 Jun lalu, apabila modal pasarannya meningkat kepada $285 bilion dan kemudian berkurang sebanyak 6%. Semasa ramalan ini ditulis, indikator menunjukkan bacaan $275 bilion iaitu pertambahan nilai sebanyak 3.8% sejak tujuh hari lalu. Indeks Fear & Greed Kripto masih berada di tengah-tengah zon neutral: jika bacaannya ialah 48 pada 29 Mei, kini bacaannya ialah 53 daripada 100 pada 5 Jun.
    Secara umum, kebanyakan altcoin utama mengikuti jejak pasangan BTC/USD. Namun jika Ripple (XRP/USD) menunjukkan pertumbuhan yang hampir sama dengan bitcoin - 3.24%, pertumbuhan Litecoin dan Ethereum berjaya mengatasi matawang kripto rujukan itu dengan lebih ketara: LTC/USD - +6.6%, ETH/USD - +10.9%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Walaupun euro mengalami pertumbuhan memberangsangkan sepanjang dua minggu, pergerakan trend ke atas yang berterusan masih lagi menjadi persoalan. Dari suatu sudut, para penganalisis bank-bank komersial terkemuka - ABN Amro, JP Morgan, Banque Pictet & Cie dan Nordea – percaya bahawa pihak ECB akan menambah lagi jumlah QE antara bulan September-Disember akibat pertambahan hutang kerajaan yang perlu diserap. Namun, dari sudut yang lain pula, perbezaan pendapat antara Bank Pusat Kesatuan Eropah dan juga Bank Negara German masih lagi wujud. Justeru, walaupun Christine Lagarde telah menyatakan bahawa keputusan untuk menambah jumlah QE telah dibuat secara sebulat suara oleh Majlis Kerajaan, menurut Financial Times, ketua Bank Negara German Jens Weidmann telah memberi amaran bahawa pihak ECB mungkin akan dituduh melanggar undang-undang EU berkenaan larangan ketat dalam pembiayaan tunai oleh kerajaan jika perkara tersebut diteruskan.
    Selain itu, penurunan KDNK di Eurozone secara mendadak yang dijangka akan berlaku mungkin akan membantutkan pertumbuhan nilai euro. Menurut ramalan ECB, ekonomi di eurozone pada tahun ini akan menyusut sebanyak 8.7% (12.6% jika berlakunya gelombang kedua wabak coronavirus), manakala ia akan mengalami pertumbuhan sebanyak 5.2% pada tahun depan. Namun, menurut para penganalisis di Wall Street, ekonomi di AS hanya mengalami penurunan sebanyak 6.6% pada tahun 2020 dan pulih sebanyak 5% pada tahun 2021.
    Untuk tempoh terdekat, 65% penganalisis percaya bahawa selera risiko akan berkurang, menambah minat matawang dolar sebagai aset yang dilindungi, dan pasangan EUR/USD akan turun ke zon di antara 1.1000-1.1100. Paras sokongan berikutnya berada pada 1.0885. Analisis grafik pada H4 dan 15% pengayun yang menunjukkan pasangan ini telah mengalami lebihan belian pada H4 dan D1 bersetuju dengan perkembangan ini.
    Menurut baki 35% lagi penganalisis, bull masih memiliki kekuatan untuk melonjakkan pasangan ini ke paras 1.1400, dan jika ia berjaya, ia akan naik ke sasaran bulan Mac iaitu pada ketinggian 1.1500.
    Antara peristiwa yang perlu anda berikan perhatian pada minggu ini: hari Isnin, 8 Jun - data pengeluaran industri di Jerman, pada hari Selasa, 9 Jun - data KDNK Eurozone, hari Rabu, 10 Jun - statistik pasaran pengguna di AS manakala pada hari Khamis, 11 Jun - data pengangguran di AS. Selain itu, keputusan ke atas kadar faedah akan dibuat pada mesyuarat pihak Rizab Persekutuan AS pada 10 Jun nanti. Sidang media oleh pihak pengurusan Rizab Persekutuan yang akan diadakan selepas mesyuarat itu juga dilihat agak penting;

  • GBP/USD. Seperti yang dinyatakan oleh ketua perunding EU Michel Barnier pada 5 Jun lalu, satu lagi rundingan antara Kesatuan Eropah dengan UK tidak membuahkan sebarang hasil. Persetujuan mengenai isu perikanan atau isu persaingan dagangan yang saksama dan terbuka tidak mungkin dapat dicapai. Oleh itu, menurut Barnier, kedua-dua pihak masih “tidak sepakat” dari aspek sosial, persekitaran dan juga pencukaian, di mana kedua-dua pihak bergantung kepada semua itu untuk bekerjasama dan juga pembangunan masa depan yang mampan.
    Lebih membimbangkan lagi rakyat Britain enggan melanjutkan tempoh peralihan Brexit, walaupun pihak EU sanggup untuk memanjangkan tempoh selama satu atau dua tahun lagi supaya lebih banyak rundingan boleh diadakan. “Jika keputusan mengenai lanjutan itu tidak mendapat kata sepakat,” ujar Michel Barnier, “United Kingdom akan meninggalkan satu-satunya pasaran serta kesatuan kastam dalam masa tujuh bulan - pada 31 Disember tahun ini.”
    Hakikatnya pada kali ini, tiada penganalisis yang menolak jangkaan bahawa trend bullish akan terus berlaku apabila melihat pada masalah ekonomi dan juga sikap keras kepala UK seperti itu. Separuh daripada mereka memilih trend mendatar, manakala baki separuh lagi - pengukuhan nilai dolar serta penyusutan nilai pound.
    Jelas sekali bahawa 100% indikator trend masih lagi berwarna hijau semasa ramalan ini dibuat, namun dalam kalangan pengayun, 15% daripada mereka di kedua-dua tempoh masa menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan, satu petanda kuat ia akan mengalami trend penurunan.
    Analisis grafik pada H4 juga menunjukkan penurunan, pada D1 ia menunjukkan pergerakan lateral di antara 1.2570-1.2845. Paras sokongan berada pada paras 1.2465, 1.2365 dan 1.2160, manakala paras rintangan pula berada pada paras 1.2725, 1.2845 dan 1.2950.
    Bagi statistik makroekonomi yang akan dikeluarkan, selain daripada matawang dolar seperti yang dinyatakan di atas, kami juga ingin melihat data pengeluaran industri serta data KDNK Great Britain yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat 12 Jun;
  • USD/JPY. Bacaan indikator pasangan ini sama dengan pasangan GBP/USD: pada kedua-dua H4 dan D1, 100% indikator trend dan 75% pengayun berada di kedudukan hijau. Baki 15% lagi berada di bahagian merah dan memberi isyarat bahawa matawang dolar kini memiliki lebihan belian.
    Semuanya kabur dalam kalangan penganalisis. Hanya 30% daripada mereka memilih pertumbuhan serta penyatuan nilai pasangan ini yang melebihi 110.00, manakala 70% lagi yang mendapat sokongan analisis grafik pada H4 pula menantikan kembalinya pasangan ini ke zon di antara 107.00-108.00;
  • Matawang Kripto. Bagi menyokong aktiviti mereka, kebanyakan penghasil kini terpaksa menjual aset kripto mereka selepas penghasilannya dikurangkan. Selain itu, jualan yang dibuat adalah lebih banyak dan lebih cepat berbanding jumlah yang dihasilkan, dan ini memberi tekanan kepada bitcoin.
    Walau bagaimanapun, menurut ahli strategi JPMorgan Nicolas Panigirtzoglou, akibat penghasilan yang dikurangkan, nilai asas atau nilai dalaman yang dibenarkan kini sebenarnya sudah berlipat ganda dan akhirnya selari dengan harga pasaran matawang kripto. Model yang digunakan JPMorgan menganggap bitcoin sebagai sebuah komoditi, ia mengambil kira kos marginal pengeluaran, kekuatan pemprosesan peralatan serta kos tenaga elektrik.
    Impak positif yang berlaku kepada nilai BTC mungkin berpunca daripada penurunan harga minyak yang telah menurunkan harga tenaga elektrik. Sebagai contoh, penganalisis kripto Andreas Antonopoulos menyatakan masalah minyak di Texas, iaitu operator penggerudian minyak terbesar Amerika kini sudah selesai. “Saya rasa ia bukan satu kebetulan,” jelas beliau di saluran YouTube miliknya.
    Menurut Yasuo Matsuda, ahli strategi kanan bursa matawang kripto Jepun FXCoin, nilai matawang China yang lemah juga memberi kelebihan kepada bitcoin. “China sememangnya mengawal ketat ekonomi mereka,” jelas ahli strategi FXCoin itu, “namun wabak coronavirus telah menyebabkan ekonominya merosot. Lebih-lebih lagi setelah AS mengenakan sekatan ekonomi. Kini rakyat negara itu diberikan insentif dalam mencairkan aset mereka di luar China, dan berkemungkinan membeli BTC akan menjadi lebih popular sehingga boleh melonjakkan nilai BTC.”
    Secara keseluruhan, situasi terhadap para pelabur kini dilihat agak positif. - Menurut pusat analisis Glassnode, hampir 79% bitcoin yang diniagakan masih kekal memberi pulangan. Nilainya adalah lebih tinggi berbanding ketika transaksi terakhir dilakukan. Selain itu, Glassnode baru-baru ini melaporkan bahawa lebih daripada 60% BTC langsung tidak bergerak sepanjang tahun, dan keadaan yang hampir sama direkodkan sebelum ini adalah ketika kitaran bull baru hendak bermula.
    Buat masa ini, 70% penganalisis percaya bahawa pasangan BTC/USD mampu untuk menjejakkan kaki di zon antara $10,000-11,000 pada bulan Jun. Hanya 30% yang berharap pasangan ini akan turun ke paras $8,000-8,500.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami