Mei 30, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Matawang Eropah mengalami pertumbuhan sepanjang minggu, walaupun statistik ekonomi di Eurozone agak lemah. Pasangan ini melepasi had atas koridor antara 1.0750-1.1000 dan melonjak ke ketinggian 1.1145 setelah dibantu oleh berita mengenai langkah-langkah pemulihan yang diumumkan di EU, ini termasuklah rancangan EU untuk menjalankan pelepasan langsung serta menambah jumlah yang amat besar dalam belanjawan mereka. Bank Swiss yang telah membeli EUR sebagai tukaran kepada matawang mereka sendiri juga membantu menyokong euro.
    Menjelang akhir minggu, bull yang bertindak aktif dilihat semakin perlahan akibat daripada kenyataan Donald Trump mengenai langkah baru AS dalam menentang China. Secara tipikal, tidak lama selepas hubungan antara Washington dan Beijing semakin teruk, setiap kali itulah nilai euro akan jatuh, dan ini menjadi isyarat jelas mengenai masalah ekonomi yang baru di Eropah. Namun, menurut sesetengah penganalisis, sebut harga matawang Eropah ini terlalu rendah sehingga usaha bear yang amat besar diperlukan bagi menurunkan lagi nilainya. Hasilnya, kedudukan pasangan ini hanya turun sedikit daripada garisan tengah saluran menaik sepanjang empat hari dan mengakhiri pergerakannya hampir pada paras 1.1100;
  • GBP/USD. Minggu lalu, matawang dolar menyusut sedikit bukan saja akibat serangan euro, malah oleh pound dan yen. Matawang British mengukuhkan kedudukannya walaupun terdapat kenyataan dengan nada “dovish” oleh ahli Jawatankuasa Polisi Kewangan Bank of England, Michael Saunders. Perkembangan seperti itu telah dijangka oleh 30% penganalisis, mereka berpendapat pasangan ini akan kembali ke zon tengah saluran antara 1.2165-1.2650. Ramalan paling tepat dibuat oleh analisis grafik pada D1 yang mengesan kenaikan pasangan ini ke paras 1.2350. Pound kekal berada di zon tersebut semasa berakhirnya sesi dagangan, dan juga untuk kebanyakan masa sepanjang minggu;
  • USD/JPY. Kebanyakan penganalisis (65%) menjangkakan pasangan USD/JPY untuk kembali ke paras terendah pada 6 Mei lalu iaitu di zon 106.00. Bermula pada hari Jumaat, 29 Mei, ia turun juga namun hanya sehingga paras 107.07. Justeru, turun naik mingguan pasangan ini kurang daripada 90 mata. Walaupun pada hakikatnya dua bulan lalu kadar turun naiknya dengan mudah mencecah sepuluh kali ganda dalam tempoh lima hari.
    Memang benar situasi wabak COVID-19 yang melanda kini beransur-ansur menjadi normal. Sejajar dengan itu, perbezaan dalam syarat-syarat pengawalseliaan antara matawang utama juga hampir tiada. Lihat saja pada kadar faedah penting G3. Disebabkan itu kadar turun naik matawang Jepun berbanding AS tidak lagi sama seperti bulan Mac.
    Jika bercakap mengenai apa yang berlaku sepanjang minggu, pasangan ini sekali lagi berada di koridor yang amat sempit antara paras 107.30-108.00, dan mengakhiri minggu pada paras 107.80;
  • Matawang Kripto. Mari kita mulakan dengan berita yang agak menakutkan. - Hayat bitcoin sudah hampir ke penghujungnya, kata pengguna Twitter MasterChangz yang cuba menggodam walet kripto dengan menggunakan private key. Jelasnya, beliau akan memecahkan kod bagi coin digital utama itu dalam tempoh 5 tahun. “Saya kini sedang menyusun 600 juta key sesaat, namun pilihan kelajuan akan bertambah kira-kira 10 kali ganda setiap dua tahun disebabkan oleh kemajuan teknologi komputer”, tulis MasterChangz.
    Namun hakikatnya berita itu tidaklah begitu teruk, Bitcoin akan tetap wujud. “Secara teknikal, membuka private key adalah tidak mustahil. Namun, ia mengambil masa yang lama,” jelas pembangun Bitcoin Core Luke Dashzhr. Mengikut pengiraannya, ia memerlukan kira-kira 38593493520073954175290747912192 tahun untuk menggodam satu walet Bitcoin lama yang ringkas dengan menggunakan kad video kelas pertengahan.
    Danny Dikroeger, pembangun Cash App turut berkongsi keraguan mengenai kejayaan rancangan itu. Beliau percaya walaupun MasterChangz mampu untuk meningkatkan keupayaan teknologi komputer sejuta kali ganda dan memecahkan kunci selama 100 tahun, kebarangkaliannya hanyalah 0.00000000000000000000000000000000000001% untuk dia menemui kunci yang sesuai bagi menggodam walet.
    Setelah berasa lega, kita beralih pula kepad ramalan yang dibuat penganalisis pada minggu lalu. Pendapat mereka terbahagi hampir sama pada julat di antara $8,400 hingga $10,000. Realitinya perkara sama yang berlaku, namun julat pergerakannya agak sempit sedikit. Pada mulanya, sebut harga bitcoin mengalami penurunan, mencecah paras terendah mingguan iaitu $8,600 pada 25 Mei. Kemudian diikuti pula dengan pembalikan trend, dan pasangan BTC/USD melepasi paras rintangan $9,600 pada hari Jumaat 29 Mei. Sesetengah penganalisis percaya bahawa pertumbuhan seperti itu telah didorong oleh jumlah transaksi besar yang dijalankan pelabur utama: menurut WhaleAlert, dua walet yang tidak dikenali telah digunakan dalam transaksi 11,660 BTC (nilai melebihi $111 juta).
    Menjelang petang Jumaat, 29 Mei, sebut harga Bitcoin berada di zon $9,400. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto meningkat daripada $246 bilion kepada $265 bilion (7.7%) dalam tempoh tujuh hari, manakala Indeks Fear & Greed Kripto naik sebanyak 6 mata - dari 42 kepada 48.
    Kami berikan lebih banyak statistik. Menurut syarikat pembayaran Revolut, selepas berlakunya penurunan dalam jumlah dagangan sebanyak 52% pada bulan Mac, bilangan pelanggan yang berdagang matawang kripto meningkat sebanyak 68% pada bulan April. Menjelang akhir bulan tersebut, jumlah pembelian aset digital yang dibuat adalah sebanyak 57% secara purata. Sepanjang dua bulan tersebut, 51% daripada keseluruhan transaksi dibuat ke atas Bitcoin (BTC/USD), Ripple (XRP/USD) - 20%, manakala Ethereum (ETH/USD) - 14%. Litecoin (LTC/USD) berada di tempat keempat dengan jumlah 8% transaksi.
    Agak mengejutkan melihat pada kadar permintaan ke atas ripple kerana nilainya turun hampir 60 peratus sepanjang 12 bulan lalu manakala bitcoin pula, untuk tempoh yang sama, walaupun telah mengalami segala jenis kejutan, turun sifar peratus dan sama seperti yang berlaku pada akhir Mei 2019, nilainya kini berada di zon $9,000. Semua ini berlaku walaupun pada hakikatnya pelepasan XRP hanya mencecah 30% jumlah maksimum coin, berbanding 87.5% untuk BTC. Namun begitu, mungkin pembelian secara aktif ripple adalah disebabkan oleh pelabur yang menganggap altcoin ini terlalu dipandang rendah dan berharap ia akan mengalami pertumbuhan pesat kelak.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Agak jelas pada minggu lalu, antara 90% ke 100% indikator pada H4 dan juga D1 menunjukkan pertumbuhan. Hanya 10% pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini mempunyai lebihan belian. Namun hampir separuh penganalisis berasa ragu-ragu dengan kemungkinan nilai euro akan naik ke paras yang lebih tinggi. Selera kepada pasaran berisiko hampir tiada, dan AS pula menyinggung perasaan China, nilai pasangan EUR/USD mungkin sekali lagi akan menurun. Perlu diingat hanya 45% penganalisis mengunjurkan nilai dolar akan mengukuh untuk ramalan mingguan, namun peratusannya meningkat kepada 70% jika beralih ke ramalan bulanan. Bear menyasarkan pasangan ini untuk kembali berada pada saluran di antara 1.0750-1.1000, paras sokongan pula - 1.1065, 1.1000 serta garis tengah saluran iaitu 1.0900. Paras rintangan berada pada 1.1145 dan 1.1240.
    Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian pada minggu depan adalah pengeluaran data aktiviti perniagaan di AS (ISM) – bagi sektor pembuatan pada 1 Jun manakala sektor perkhidmatan - pada 3 Jun, data pasaran buruh di Jerman dan EU pula dikeluarkan pada hari Rabu 3 Jun, mesyuarat serta sidang akhbar ECB pada hari Khamis, 4 Jun, serta data pasaran buruh di AS (termasuklah NFP) – secara tradisinya dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan, 5 Jun;

  • GBP/USD. Jika bacaan indikator yang menunjukkan pergerakan lateral pasangan ini telah menyebabkan kekecohan, pilihan para penganalisis dilihat agak lebih meyakinkan. 25% daripada mereka menyokong trend mendatar, manakala 25% lagi menjangkakan nilai pound yang lebih kukuh, dan baki 50% memilih penurunan. Mereka yang memilih penurunan mendapat sokongan analisis grafik pada D1. Selain daripada masalah ekonomi, ketidakpastian mengenai isu Brexit terus memberi tekanan kepada matawang British. Justeru, berucap pada sidang Parlimen EU, Pesuruhjaya Kesatuan Eropah Phil Hogan berkata UK mungkin telah membuat keputusan bahawa mereka tidak lagi meletakkan syarat-syarat dalam perjanjian bersama EU. Namun begitu, beliau tidak menolak jika situasi tersebut akan menjadi lebih jelas selepas rundingannya disambung pada minggu depan.
    Buat masa ini, paras sokongan berada pada paras 1.2245, 1.2165 dan 1.2075, manakala paras rintangan pula berada pada 1.2365, 1.2465 dan 1.2650;
  • USD/JPY. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, selera kepada pasaran yang berisiko sekali lagi menurun. Jika Presiden AS Trump memburukkan lagi situasi dengan China, nilai dolar mungkin akan mula naik dengan mendadak. Namun ia tidak memberi kesan sama terhadap yen. Permintaan terhadap aset selamat oleh para pelabur mungkin akan mengukuhkan lagi posisi matawang Jepun berbanding AS (terutama sekali jika hasil bon yang dilindungi turun ke paras terendah) atau kekal berada pada paras yang sama seperti yang berlaku sejak dua bulan lalu.
    Hasil kaji selidik oleh para penganalisis dan juga bacaan indikator agak serupa: “sama ada begini, atau, atau…” Satu pertiga daripada mereka menjangkakan pertumbuhan, satu pertiga lagi penurunan, baki satu pertiga lagi memilih pergerakan mendatar. Paras sokongan/rintangan adalah sama: dari paras terendah sebut harga semasa - 107.30, 106.80 dan 106.20, dari paras tertinggi pula - 108.00, 108.50 dan 109.25;
  • Matawang Kripto. Ketika ramalan ini dibuat, nilai bitcoin mengalami penyatuan di sekitar $9,400. Hanya 30% penganalisis menjangkakan bukan saja nilainya akan melepasi paras utama $10,000, malah mampu untuk berada di atasnya. Antara petanda yang membuat mereka yakin adalah pertambahan minat terhadap kontrak niaga hadapan BTC yang mampu meningkatkan nilai coin tersebut. Baki 70% lagi percaya bahawa pasangan BTC/USD akan terus bergerak pada julat $8,600-9,600 walaupun mereka tidak menafikan akan berlakunya cubaan untuk melepasi paras sama ada ke atas ataupun ke bawah.
    Bagi ramalan peminat kripto pula, sudah menjadi kebiasaan semua orang menantikan permulaan kepada satu paras nilai tertinggi yang baru. - Alexis Ohanian, pengasas laman web kripto terbesar Reddit yang juga suami kepada pemain tenis terkenal Serena Williams mengatakan bahawa keadaan pasaran aset digital yang sedang berlaku sekarang seakan-akan mekar berkembang. Beliau menyatakan bukan saja nilai Bitcoin yang agak stabil akan memainkan peranan penting, malah pertumbuhan yang dialami selepas kejatuhannya pada awal Mac lalu juga turut sama. Setakat ini, trend pertumbuhan dapat dilihat mengikut frekuensi tertentu, namun halangan penting dari aspek pengurangan penghasilan bitcoin telah berjaya diatasi. Kita perlu bertahan dengan kesan sampingan yang ada dan terus membangunkan industri ini,” – jelas ketua Reddit itu.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami