Februari 22, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Indeks dolar telah pun bertambah sebanyak 2.5% sejak awal Februari lalu, berada pada kedudukan tertinggi sejak Mei 2017. Keadaan matawang euro semakin tidak menentu. Bermula pada 1 Januari, pengukuhan nilai dolar telah menyebabkan matawang Eropah itu kerugian sebanyak 440 mata. Dalam tempoh tiga minggu, matawang ini kerugian hampir 300 mata, atau 2.7% akibat penyusutan yang berterusan.
    Ramai penganalisis telah menyuarakan pendapat mereka mengenai puncanya, kebanyakannya tertumpu kepada ancaman coronavirus. Namun begitu, kesimpulan yang dibuat masih lagi berbeza walaupun mereka membingcangkan tentang perkara yang sama. Sesetengah daripada mereka mengatakan matawang dolar telah menjadi matawang selamat, sebahagian lain pula menganggap dolar adalah aset berisiko yang akan merugikan pelabur sebaik saja epidemik tersebut berakhir dan ekonomi di China mula pulih. Hal ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi disebabkan oleh pucuk pimpinan di negara China yang berusaha bukan saja untuk menghentikan epidemik itu, malah merangsang pengeluaran dan melonggarkan polisi kewangan. Salah satu langkah yang diambil adalah pengurangan kadar faedah ke atas yuan oleh People’s Bank of China iaitu daripada 4.15% kepada 4.05% pada hari Khamis, 20 Februari.
    Kami bersetuju dengan penganalisis yang percaya bahawa kebantutan ekonomi di Eropah menjadi pemangkin utama kepada penurunan pasangan EUR/USD dan kemudiannya kadar faedah yang terlampau rendah, menjadikan matawang dolar nampak lebih menarik di mata para pelabur. Selain itu, pemberhentian sementara perang dagangan antara AS dan China juga tidak menyebelahi Euro.
    Majoriti penganalisis (60%) telah memilih penurunan lebih rendah matawang euro pada minggu lalu, dan ia disokong oleh 100% indikator trend serta 65% pengayun. Dalam masa yang sama, baki 35% pengayun sudahpun memberi isyarat bahawa ia sudah dijual secara berlebihan. Jika anda lihat pada sebut harga EUR/USD, ia memberikan gambaran tepat tentang pengagihan daya ini. Pada mulanya, pasangan ini mengalami penurunan, kemudian ia bergerak mengikut trend ke arah sisi bermula pada pertengahan minggu dan menjadikan paras 1.0800 sebagai sokongan atau rintangan. Perbezaan bacaan yang dibuat oleh banyak pengayun seperti MACD telah memberi harapan kepada mereka yang memiliki posisi long akan berlakunya perubahan arah trend. Namun ia tidak berlaku, penurunan itu hanya terhenti. Hanya pada penghujung tempoh lima hari dagangan nilai pasangan ini naik dengan mendadak, berada di kedudukan 1.0848 sekaligus menjadikan hasil mingguan kepada sifar;
  • GBP/USD. UK turut menyumbang dalam melemahkan ekonomi di EU: setelah Brexit, bajet Kesatuan Eropah mengalami defisit sebanyak €75 bilion, dan tiada siapa tahu cara untuk mengatasi kerugian sebanyak itu. Tidak seperti euro, nilai matawang British boleh dikatakan telah stabil berbanding dolar, dan nilainya bergerak di sepanjang garis 1.3000 sejak berakhirnya dekad pada November 2019 lalu. Turun naik pasangan ini masih lagi tinggi (220 mata pada minggu lalu), namun ia berulang kali kembali ke zon sokongan/rintangan.
    Bear pula berkali-kali cuba untuk melepasi pertahanan matawang British ini pada bulan Februari, menurunkan nilai pound di bawah paras 1.3000. Pasangan ini telah pun berada pada nilai 1.2850 iaitu paras terendah mingguannya pada minggu lalu, namun… ia pulih semula, melonjak naik dan mengakhiri minggu dengan berada pada kedudukan 1.2960;
  • USD/JPY. Mengikut ramalan minggu lalu, majoriti penganalisis (70%) telah mengunjurkan kenaikan, dan ia turut disokong oleh analisis grafik pada H4 dan D1. Ternyata ianya tepat: pasangan ini bukan sahaja melepasi paras 110.00 yang diharapkan, malah turut melepasi beberapa paras rintangan lain tanpa sengaja, melonjak pada kedudukan 112.20 iaitu paras tertinggi bulan April 2019. Punca utama adalah kurangnya minat terhadap yen sebagai matawang selamat, dan ia disebabkan oleh situasi coronavirus yang semakin pulih sehingga mengalih perhatian pasaran kepada aset yang lebih berisiko. Langkah yang diambil pihak berkuasa China dalam menyokong syarikat-syarikat yang menerima kesan daripada epidemik tersebut juga tidak membantu yen.
    Selepas pasangan ini berada pada ketinggian 112.00, satu proses pembetulan berlaku dan ia mengakhiri minggu tersebut dengan berada pada paras 111.60;
  • Matawang Kripto. Syarikat Longhash telah membuat analisis mendalam tentang data belian dan jualan bitcoin sepanjang dua tahun yang lalu dan kesimpulan yang mereka ada begitu menarik sekali. Para penyelidik kini mengetahui harga purata Bitcoin paling rendah adalah pada hari Jumaat jam 6 pagi GMT. Ini bermakna posisi long paling baik dibuka pada ketika itu. Pada tengah malam hari Isnin dan Selasa waktu universal selaras (UTC), purata harga BTC adalah $170 lebih tinggi berbanding harga pada waktu sama hari Jumaat. Dapat disimpulkan bahawa hari Isnin atau Selasa adalah masa terbaik untuk menutup posisi long yang dibuka pada hari Jumaat atau membuka posisi short sehinga Jumaat berikutnya (apabila nilainya lebih rendah menurut statistik).
    Dalam masa yang sama, penganalisis memberi amaran bahawa turun naik pasaran kripto adalah amat tinggi, justeru berkemungkinan besar hasil daripada kajian seperti itu tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan.
    Kenyataan tersebut sangat tepat, terutama sekali jika anda lihat apa yang berlaku pada minggu lalu. Harga Bitcoin benar-benar rendah pada pagi Jumaat, 14 Februari. Jika pelabur membuka posisi long pada ketika itu, mereka mungkin akan mendapat keuntungan besar pada penghujung hari. Namun jika mereka membiarkan posisi itu sehingga hari Isnin, 17 Februari, kerugian yang mereka alami adalah besar kerana nilai Bitcoin jatuh sebanyak $600 sepanjang tempoh tersebut.
    Matawang kripto utama telah beberapa kali cuba untuk melepasi nilai $10,000 sepanjang tujuh hari yang lalu tetapi tidak berjaya. Paras terendah mingguan pasangan BTC/USD adalah pada $9,290, dan antara punca penurunan ini adalah tekanan yang dibuat ke atas Bitcoin oleh pihak berkuasa AS, termasuklah Presiden Trump, ketua Rizab Persekutuan Powell serta Menteri Kewangan Mnuchin.
    Seperti sedia maklum, apabila nilai matawang kripto utama jatuh, ia turut menarik sama altcoin terkenal, termasuklah Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD) dan Ripple (XRP/USD), manakala Indeks Fear & Greed Kripto kini berubah daripada keadaan “Greed” kepada “fear".

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pasaran global sudah tepu dengan likuiditi, termasuklah matawang utama. Bank-bank pusat seperti sudah sedia maklum tiada cara lain untuk menyokong sesuatu ekonomi selain daripada mengepam wang pinjaman dengan kadar faedah yang rendah ke dalamnya. Rizab Persekutuan AS membelanjakan $60 bilion setiap bulan untuk membeli bil, ECB pula membeli sekuriti berjumlah 20 bilion euro, manakala Bank of Japan – sebanyak 80 trilion yen. Pengawal selia di negara-negara lain juga tidak jauh ketinggalan. Pada saat wang-wang ini hadir di pasaran, dapatlah kita perhatikan turun naik harganya mengikut arah yang berbeza-beza.
    Hari ini nilai dolar berada di tengah-tengah antara aset berisiko dan juga aset yang terlindung. Semua ini disebabkan oleh faktor politik, keadaan ekonomi di AS, serta kemampuan Rizab Persekutuan dalam mengambil langkah untuk mengurangkan kadar faedah tanpa had, sesuatu yang tidak mungkin dapat dibuat oleh “rakan” mereka di Eropah serta Jepun.
    Atas dasar ini 70% penganalisis mengharapkan pertumbuhan berterusan nilai matawang AS serta penurunan pasangan ini sekurang-kurangnya ke zon 1.0750. Perlu diambil kira satu kaji selidik telah dijalankan sebelum lonjakan jangka pendek pasangan ini berlaku pada hari Jumaat sebelum pasaran ditutup. Penting juga apabila kita beralih kepada ramalan bulan Mac, bilangan sama iaitu 70% penganalisis menjangkakan kembalinya pasangan ini ke paras 1.1000.
    Bagi indikator pula, jika majoriti daripada mereka berwarna merah pada pagi Jumaat, 21 Februari, keadaannya berubah secara mendadak pada sebelah petang dan 70% adalah berwarna hijau pada H4. Namun, kelebihan masih memihak kepada bear pada D1: 75% indikator trend serta pengayun masih menunjukkan penurunan. Sokongan paling hampir adalah pada 1.0800 dan 1.0775;
  • GBP/USD. Paras 1.3000 boleh dianggap sebagai Pivot Point bagi tempoh tiga bulan lalu, tapi terdapat pertambahan sentimen bearish yang bermula sejak Januari 2020. Disebabkan itu 55% penganalisis menjangkakan pasangan ini akan cuba sekali lagi untuk berada pada paras terendah minggu sebelumnya iaitu 1.2850, dan turun 80-100 mata lagi jika cubaan itu berjaya. Baki 45% penganalisis mengunjurkan pengukuhan nilai pound dan kenaikan pasangan ini ke zon di antara 1.3000-1.3070. Sasaran berikutnya adalah 1.3120.
    Terdapat percanggahan dikalangan indikator di D1 pada penghujung minggu, namun 60% indikator trend dan pengayun pada H4 menunjukkan pertumbuhan pasangan ini.
    Pendapat berbeza dibuat oleh analisis grafik pada D1, ia menunjukkan penurunan ke paras 1.2685 menjelang akhir Februari, manakala pada Mac pertama dekad ini, ia kembali ke paras 1.3000 pada mulanya, dan kemudian ke paras 1.3200 pula;

  • USD/JPY. Jelas sekali kebanyakan indikator menunjukkan pergerakan ke atas. Walau bagaimanapun, 15% pengayun sudahpun memberi isyarat bahawa pasangan ini sudah dibeli secara berlebihan. Analisis grafik pada D1 menunjukkan pasangan ini akan kekal berada pada julat di antara 111.25-112.00 pada permulaan minggu, dan kemudian naik ke zon di antara 112.40-112.70.
    Bagi penganalisis, 75% percaya pasangan ini pastinya akan kembali ke zon di antara 109.65-110.25, walaupun ia akan mengambil masa antara dua ke tiga minggu. Baki 25% penganalisis mengharapkan pasangan ini akan naik melepasi paras 112.40, sasaran mereka adalah 113.70;
  • Matawang Kripto. Pengasas serta CEO Galaxy Digital, Mike Novogratz berasa amat yakin nilai Bitcoin akan mencecah $20,000 iaitu paras tertinggi dalam sejarah menjelang akhir 2020. Menurut penganalisis, kini bitcoin agak tidak stabil, namun nilainya pasti akan melepasi paras tertinggi dalam sejarah iaitu $20,000 pada penghujung tahun, atau sekurang-kurangnya mencecah nilai tersebut. Semua akan berlaku tidak lama lagi, dalam beberapa bulan akibat daripada pengurangan penghasilannya. Kemunculan bursa kripto yang dikawal selia serta penerimaan aset ini oleh pelabur berinstitusi konservatif turut menjadi faktor positif dalam pertumbuhan matawang kripto pertama ini. Selain itu, pengeluaran matawang fiat secara berterusan juga boleh memberi kelebihan kepada Bitcoin. “Seperti emas, aset digital utama bertindak sebagai aset lindung nilai, memberi perlindungan kepada pelabur daripada inflasi serta polisi kewangan semasa yang mungkin akan menyusutkan nilai wang,” jelas Novogratz.
    Masa depan yang lebih cerah juga diramal penggemar Bitcoin terkenal iaitu hos TV Max Kaiser. Beliau meramalkan harga matawang kripto yang lebih tinggi iaitu $400,00 setiap coin, peningkatan empat kali ganda sekaligus. Mengambil bahagian dalam siri berita Infowars, Kaiser berkata ramalan $100,00 yang dibuat beliau sebelum ini pada tahun 2012 terlalu konservatif.
    Secara umum, 70% penganalisis kekal optimis, menjangkakan nilai Bitcoin berada di zon antara $10,500-11,000 untuk beberapa minggu akan datang. Baki 30% lagi meletakkan nilai $8,000 sebagai sasaran paras paling rendah bagi penurunan pasangan BTC/USD.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami