Februari 17, 2020

Bitcoin: walaupun matawang ini berbentuk maya, ramai yang telah mendapat pulangan jutaan dolar dengan berdagang bitcoin. Lebih daripada 1,000 orang pemilik yang memiliki kekayaan ratusan ribu, juta, dan juga puluhan juta dolar, serta lima orang yang telah dikenal pasti bergelar bilionair. Selain itu, mereka tidak perlu bekerja sehingga mereka tua: menurut Forbes, purata umur jutawan kripto hanyalah berusia 42 tahun.

Masa Lalu (2010-2019):
Menjadikan 11 dolar kepada 1,000,000

Pada 1 Mei, 2017, satu bitcoin (BTC) bernilai 1,600 dolar AS, dan pada 10 Disember tahun yang sama, nilainya sudah hampir mencecah 20 ribu! Lebih tepat lagi, 19,187 dolar. Pengiraan mudah menunjukkan para pemilik matawang kripto ini telah memperoleh keuntungan sebanyak 1100% dalam tempoh lapan bulan setengah.
CEO NVIDIA Jensen Huan memilih “crypto hungover” sebagai perkataan yang sesuai bagi menggambarkan kejadian yang berlaku pada tahun 2018, manakala pakar strategi kewangan Wall Street yang terkenal Tom Lee menggelarnya sebagai “crypto winter”. Nilai matawang maya ini jatuh mendadak, dan setahun selepas itu, pada 9 Disember, 2018, ia mencatat nilai terendahnya iaitu 3,215 dolar, penyusutan sebanyak enam kali ganda.
Bermacam ramalan telah dibuat sejak itu: daripada keruntuhan sepenuhnya Bitcoin hinggalah kenaikan nilainya yang mencecah $100,000. Kini kita boleh berikan angka yang tepat – pada penghujung tahun 2019 nilai matawang kripto utama ini adalah $7,200 bagi setiap coin, nilainya meningkat dua kali ganda dalam masa setahun.
“Walaupun dengan kenaikan kadar, nilai Bitcoin naik sebanyak 110% dalam tempoh 12 bulan, - jelas penganalisis terkemuka di syarikat broker NordFX John Gordon, - indeks S&P500 naik sebanyak 22.8%, manakala harga emas bertambah sebanyak 19% dalam tempoh yang sama. Purata dolar yang diperoleh dari deposit bank hanyalah 0.5-1.5%.”
Menurut perkiraan CNN, Bitcoin adalah aset paling menguntungkan sepanjang 10 tahun lepas. 1 dolar yang dilabur ke dalam matawang kripto pada awal dekad lalu kini bernilai $90,000. Itu bermakna, jika seseorang membuat pelaburan sebanyak 11 dolar ke atas BTC pada tahun 2010, mereka mungkin telah menjadi jutawan sekarang ini. Walaupun pasaran saham selama ini dipengaruhi oleh bull, keuntungan aset lain tidak setanding dengan Bitcoin, - pelaburan $1 ke atas saham syarikat di Amerika memberi pulangan sebanyak $3.46. Di pasaran saham, ia mungkin pertumbuhan yang memberangsangkan, namun di pasaran kripto, pulangan seperti itu tidak begitu menarik, cuba bandingkan $90,000 dan $3.46.

Masa Depan (2021-2023):
Menjadikan 8,000 dolar kepada 250,000

Tidak disangkal lagi Bitcoin adalah matawang kripto utama di dunia yang memiliki margin terbesar. Penganalisis di Canaccord Genuity percaya menjelang 2021, nilainya akan mencecah $20 ribu, ketua bursa BitMEX Arthur Hayes pula menyasarkan $50 ribu, manakala rakan mereka di Galaxy berpendapat nilainya tidak akan terhad pada paras tersebut, dan dalam keadaan tertentu, nilai matawang kripto utama itu mampu melonjak sehingga ratusan ribu dolar. Pelabur usaha sama terkenal Tim Draper menyokong pendapat rakan-rakannya itu, beliau percaya jumlah modal Bitcoin akan mencecah 5% daripada keseluruhan ekonomi dunia menjelang 2023, menghampiri nilai $5 trilion ($250 ribu setiap 1 coin).
Namun semua ini adalah jangkaan masa depan. Seperti yang kita ketahui, semua ramalan ini mungkin akan menjadi kenyataan, atau sebaliknya, sekadar spekulasi sahaja. Bagaimana dengan sekarang?

Masa Kini (01-14 Januari, 2020):
Naik 1056% dalam masa dua minggu

Mari lihat kadar tukaran Bitcoin untuk tempoh dua minggu pertama dalam tahun 2020 dan kira berapa banyak pulangan yang boleh diperoleh seseorang itu dengan melabur ke atas matawang kripto ini.
Pilihan 1. Jadi, harganya pada 1 Januari adalah $7,200, dan pada 14 Januari pula - $8,800. Jika anda membuat pembelian di bursa kripto, anda mungkin memperoleh $1,600. Keuntungan sebanyak 22% dalam masa 2 minggu saja! Banyak bukan? Memang banyak! $5 pun tidak mungkin boleh anda perolehi untuk deposit bank dalam tempoh yang sama. Inikan pula $1,600! Namun keuntungan ini boleh menjadi berlipat kali ganda jika anda menyertai dagangan margin.
Pilihan 2. "Untuk membuka transaksi, atau ringkasnya untuk membeli satu Bitcoin," John Gordon dari NordFX berkata – "pelanggan hanya perlu ada $150 dalam akaun mereka, dan kami akan kreditkan bakinya. Semua berlaku secara automatik, tanpa perlukan cagaran ataupun apa-apa kertas kerja, anda hanya perlu membuka akaun dagangan dengan kami secara online."
Apa yang berlaku sebenarnya? Ia sama seperti Pilihan 1. Jika anda membeli Bitcoin pada 1 Januari dan menjualnya pada 14hb, anda menerima keuntungan sebanyak $1600. Namun dalam masa yang sama, pelaburan yang anda buat hanyalah sebanyak $150 dan bukannya $7,200, hampir lima puluh kali ganda penjimatan.
Selain itu, keuntungan yang diterima juga adalah lima puluh kali ganda lebih banyak, iaitu 1056% dalam masa dua minggu!

Apa lagi yang perlu anda tunggu. Buka akaun, buat pembelian Bitcoin dan biar mereka jadikan anda jutawan. Memang benar, menurut sebilangan penganalisis, prospek matawang kripto ini nampak cerah buat masa sekarang. Namun, jika ada lihat pada sebut harga Bitcoin, nilainya bukan saja boleh naik secara mendadak, malah ia juga boleh jatuh menjunam. Apa yang harus anda lakukan?

Pilihan 3. Satu lagi kelebihan bersama broker profesional seperti NordFX adalah mereka mampu memberi pulangan kepada pelanggannya bukan saja semasa nilai aset seperti Bitcoin sedang naik, malah semasa nilainya jatuh. Caranya adalah dengan membuka posisi jual terhadap broker, atau dengan kata lain membuat taruhan jika nilai matawang kripto akan turun. Jika tekaan anda tepat, anda juga boleh memperoleh untung yang agak besar.
Mari kita lihat sekali lagi pada dua minggu pertama tahun 2020. Sepanjang minggu tersebut, nilai Bitcoin bukan saja naik, ada beberapa ketika nilainya turun. Contohnya pada 8 dan 9 Januari, nilai Bitcoin turun dari $8,440 kepada $7,675 dalam masa beberapa jam saja, kerugian sebanyak $785. Jika anda membuka posisi jual ketika itu, anda mungkin telah memperoleh $785 yang sama, tetapi dengan hanya melabur sebanyak $150. Dalam kata lain, anda mungkin telah melipatgandakan modal lima kali lebih banyak dalam masa sehari.

“Hakikatnya, tiada siapa yang mampu membuka atau menutup sesuatu transaksi dengan ketepatan 100%,” komen John Gordon terhadap contoh di atas. – Semuanya memerlukan pengetahuan, pengalaman, dan juga gerak hati. Cekal juga berguna, terutama jika semua yang anda lakukan tidak menjadi. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal anda boleh mendapat pulangan besar dengan berdagang matawang kripto. Ribuan orang yang bermula daripada sifar dan telah memperoleh kekayaan ribuan dan jutaan dolar adalah contoh terbaik tentangnya. Jadi, pasaran maya mampu memberi pulangan. Pulangan yang amat lumayan ».

Maklumat Ringkas NordFX

NordFX adalah sebuah syarikat broker antarabangsa dengan kejayaan selama 10 tahun dalam pasaran kewangan. Kini, bilangan akaun pelanggan yang berdaftar dengan syarikat ini adalah melebihi 1,250,000 dan dari lebih 190 buah negara.
Sejak 2008, NordFX telah dianugerahkan dengan lebih daripada 50 anugerah profesional berprestij, termasuk 5 anugerah pencapaian terbaik dalam dagangan kripto:

– Broker Matawang Kripto Terbaik 2019 (Fxdailyinfo Awards)
– Broker Kripto Terbaik 2018 (MasterForex-V Expo)
– Broker Matawang Kripto Paling Dipercayai 2018 (Global Brands Awards)
– Broker Terbaik dalam Dagangan Matawang Kripto 2018 (International Business Magazine)
– Broker Kripto Terbaik Asia 2017 (Forex Awards Ratings).


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami