Januari 18, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Bermula pada 29 November, 2019, pasangan ini bergerak di sepanjang saluran menaik. Pada 31 Disember, ia mencapai had atas saluran tersebut pada paras 1.1240, kemudian arahnya berubah dan pada 8 Januari, ia melepasi had bawah saluran yang sama pada paras 1.1225. “Adakah ia akan naik semula?” - soalan yang kami ajukan pada minggu lalu, dan majoriti penganalisis (60%) memberikan jawapan “tidak”. Ternyata sangkaan mereka tepat: Bull bertahan sehingga hari Khamis, 16 Januari namun kekuatannya berkurangan dan nilai pasangan ini akhirnya jatuh mendadak.
    Walaupun dengan “fasa pertama” perjanjian dagangan antara AS dan China yang telah ditandatangani juga tidak dapat membantu bull. Menurut perjanjian itu, Beijing bersetuju untuk meningkatkan pembelian barangan dan servis dari Amerika berjumlah $200 bilion dalam tempoh dua tahun seterusnya, manakala Washington pula berjanji untuk menurunkan duti mereka kepada 7.5% ke atas import China yang bernilai $120 bilion dan tidak memperkenalkan sebarang fi yang baru.
    Harus diingat bahawa pasaran telah menjangkakan semua ini, namun ia masih melonjakkan lagi indeks saham di AS dan sedikit penurunan ke atas nilai dolar. Para pelabur terus memperbaharui aset mereka dan lebih menggemari saham berbanding wang tunai.
    Namun, penurunan nilai dolar dan pasangan EUR/USD terhenti tidak lama selepas itu apabila minit mesyuarat ECB bagi bulan Disember dan juga data jualan runcit di Amerika Syarikat dikeluarkan.
    Bagi dokumen pertama, pihak pengurusan kawal selia terbesar di Eropah telah mengumumkan tiada kenaikan kadar faedah utama sehinggalah kadar inflasi mencecah paras 2%. Selain itu, ECB tidak menolak kemungkinan mengubah kadar mereka yang kini berada pada nilai sifar kepada nilai negatif. Bagi faktor kedua, volum dagangan runcit di Amerika Syarikat meningkat kepada +0.5% dari -0.1%, dan seperti yang anda ketahui, perbelanjaan pengguna menyumbang 65% daripada KDNK di AS. Akhirnya, nilai euro menjadi lebih lemah berbanding dolar, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.1090 dan ia berada di zon sokongan/rintangan yang kuat bagi paras 1.1100;
  • GBP/USD. Pasangan ini menunjukkan dinamik yang hampir sama dengan EUR/USD, namun seperti biasa, ia dalam skala yang lebih besar. Jika perbezaan paras tertinggi dan terendah mingguan bagi EUR/USD hanya lebih sedikit daripada 85 mata, nilai bagi matawang British pula adalah dua kali lebih banyak.
    Matawang pound yang dijual secara aktif pada 17 Januari lalu adalah berpunca daripada laporan ke atas jualan runcit di UK untuk bulan Disember. Indikator bulanan tersebut berada pada paras negatif, manakala indikator tahunannya pula adalah tiga kali lebih rendah berbanding unjuran. Disebabkan itu, menjelang penghujung minggu, nilai pound jatuh ke paras terendah pada 9 Januari lalu, dan mengakhiri lima hari tempoh dagangan pada paras 1.3015 - seperti yang dijangka kebanyakan penganalisis, paras tersebut adalah Pivot Point jangka sederhana pasangan ini dan ia betul-betul berada pada paras itu;
  • USD/JPY. 25% daripada penganalisis, disokong oleh 75% pengayun serta 85% indikator trend memilih lonjakan pasangan ini ke paras 110.70. Nilainya benar-benar melonjak, namun kenaikan itu terhenti pada 110.30. Walaupun pada hakikatnya yen rugi sebanyak 80 mata berbanding dolar pada minggu lalu, ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang penting, kerana matawang itu berjaya melepasi paras yang diidamkan iaitu pada 110.00. Jika diimbas, indeks Dow Jones naik mendadak selepas matawang itu melepasi nilai 29.000, dan berkemungkinan besar perkara sama akan berlaku ke atas pasangan USD/JPY;
  • cryptocurrencies. Setiap hari Rabu, penganalisis di syarikat broker NordFX akan menerbitkan ulasan mingguan ke atas pasaran matawang kripto di laman Facebook NordFX, Twitter, dan rangkaian sosialnya yang lain. Ulasan yang dibuat pada hari Rabu, 15 Januari telah mencadangkan bahawa kos BTC pada bulan Februari nanti berkemungkinan besar akan naik pada nilai 9.5 ribu dolar. Kenaikan yang berhubung-kait dengan nilai emas serta pelbagai faktor luaran lain telah membolehkan nilai coin utama ini meningkat sekurang-kurangnya $1000 setiap bulan. Antara faktornya adalah penggunaan bitcoin sebagai matawang selamat. Bukti jelas bagi fenomena ini adalah berlakunya kenaikan dalam permintaan matawang kripto utama itu semasa ketegangan yang berlaku di Iran memuncak.
    Pada hari Selasa lalu, Bursa Chicago Mercantile telah mengumumkan kejayaan mereka dalam melancarkan instrumen kewangan yang baru iaitu opsyen bagi Bitcoin, dan perkara ini telah melonjakkan sebut harga BTC/USD ke paras tertinggi iaitu $9,000 pada hari Jumaat, 17 Januari. Dengan kata lain, pertumbuhan pasangan ini bagi tempoh dua minggu lalu telah melebihi 22%.
    Nilai altcoin juga naik akibat lonjakan nilai matawang kripto utama itu. Ripple (XRP/USD) menunjukkan kenaikan sebanyak 25%, Ethereum (ETH/USD) - 30%, dan pertumbuhan Litecoin (LTC/USD) adalah yang paling hebat: nilainya naik hampir 50%. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto meningkat sebanyak 14.5% dan mencecah $245 bilion.

 

beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pasangan ini mengalami penurunan untuk tiga minggu berturut-turut, nilai euro jatuh sekurang-kurangnya 240 mata. Kebanyakan indikator kini berwarna merah, bukan saja pada H4 malah pada D1 juga. 75% pengayun pada H4 dan 65% pada D1 menunjukkan penurunan, manakala 100% indikator trend pada H4 dan juga 90% pada D1 menunjukkan arah yang sama. Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.1065, dan sasaran bear pula adalah pada 1.1000.
    Selain itu, sebilangan kecil pengayun sudah pun memberi isyarat secara aktif bahawa pasangan ini telah dijual secara berlebihan. 60% penganalisis turut bersetuju. Pada pendapat mereka, pasangan ini akan sekali lagi cuba untuk berada pada had saluran menaik bagi tempoh sederhana yang bermula pada awal Disember 2019. Rintangan paling hampir adalah pada paras 1.1150. Sasaran mereka pula adalah pada paras 1.1200 dan 1.1240; Pertumbuhan pasangan ini mungkin akan dibantu oleh aliran modal ke dalam pasaran saham yang tercetus akibat hubungan dagangan antara AS dan China yang semakin pulih. Perkara ini juga telah menurunkan kebarangkalian berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat kepada 24%, antara kadar terendah dalam tempoh lapan bulan.
    Hari Isnin, 20 Januari adalah hari cuti di Amerika Syarikat, namun pada hari tersebutlah People’s Bank of China akan mengumumkan kadar faedah mereka yang kini berada pada kadar 4.15%. Terdapat juga hal-hal penting lain yang akan berlaku. Indeks sentimen perniagaan di Jerman akan dikeluarkan pada hari Selasa, 21 Januari. Menurut ramalan, kadarnya mungkin akan jatuh dari 10.7 kepada 4.3 unit, dan ini mungkin akan melemahkan lagi matawang Eropah. Pada hari Khamis, keputusan ECB mengenai kadar faedah mereka akan diumumkan, dan sidang akhbar oleh pihak pengawal selia di Eropah itu juga turut akan diadakan. Manakala pada hari Jumaat, 24 Januari, keseluruhan laporan mengenai anggaran indikator ke atas aktiviti perniagaan di Jerman dan juga Eurozone akan diketahui;

  • GBP/USD. Dua indikator makro mungkin dapat membantu kita dalam menilai keadaan ekonomi di UK, salah satunya ialah kadar pengangguran ILO yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, dan juga indeks aktiviti perniagaan Markit yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 24 Januari. Namun, menjelang tarikh akhir Brexit yang akan tiba, kedua-dua laporan itu berkemungkinan besar tidak akan memberi kesan besar terhadap pembentukan trend pasangan ini.
    Paras terakhir pasangan ini pada minggu lalu adalah pada zon Pivot Point jangka sederhananya iaitu di antara 1.3000-1.3050. Semasa ramalan ini dibuat, 60% penganalisis menjangkakan pertumbuhan pasangan ini, 40% pula memilih penurunan, sama seperti apa yang berlaku ke atas matawang euro. Bacaan indikator pula adalah pelbagai, terutama sekali pengayun. Analisis grafik pada D1 pada awalnya menunjukkan pasangan ini naik ke paras 1.3120, dan kemudian turun menghampiri 1.2770.
    Sokongan berada pada paras 1.2955, 1.2900, 1.2825 dan 1.2770. Rintangannya pula berada pada paras 1.3120, 1.3210 dan 1.3285;
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, segalanya menunjukkan kelebihan kepada bull yang akan cuba untuk mengekalkan ia di atas paras 110.00 dan bergerak sejauh mungkin dari sempadan itu. Justeru, 55% penganalisis, 70% pengayun, 95% indikator trend serta analisis grafik pada H4 dan juga D1 menunjukkan pertumbuhan secara berterusan buat pasangan ini. Rintangan kuat paling hampir berada pada paras 110.75, dan paras berikutnya adalah 100 mata lebih tinggi.
    15% penganalisis memberikan ramalan neutral, manakala 30% lagi memilih penurunan. Bilangan terbesar pengayun yang memberi isyarat ia telah dibeli secara berlebihan berada pada D1. Sokongan utama berada pada paras 109.70. Jika ia berjaya dilepasi, pasangan ini berkemungkinan akan turun ke zon 109.00, dan kemudiannya menghampiri 108.40. Kemungkinan untuk ia turun ke paras terendah pada 6-8 Januari iaitu di zon antara 107.65-107.75 adalah tiada sama sekali;
  • Matawang Kripto. Akhirnya ia berlaku juga. Indeks Fear & Greed Kripto telah melepasi garisan tengah dan berada pada bacaan 54, menghampiri zon yang dikenali sebagai “Greed”. Adakah ia sesuatu yang baik, ataupun sesuatu yang buruk? Menurut pembangun indeks tersebut, membuka posisi short buat masa ini adalah satu tindakan yang berbahaya. Bagaimana dengan posisi long?
    65% penganalisis percaya bahawa momentum ke arah atas pasangan BTC/USD masih belum berakhir dan ia mampu untuk berada di zon antara $9,000-10,000.
    Pendapat alternatif pula mendapat sokongan 35% penganalisis. Walaupun bersetuju keadaan sekarang hampir sama dengan apa yang terjadi pada tahun 2017, mereka cuba untuk menekankan bahawa sejak Jun 2019, kita sering melihat kejatuhan paras tertinggi: $13,765 pada 26 Jun, $13,170 pada 10 Julai, $12,320 pada 6 Ogos, $10,480 pada 26 Oktober. Mungkin juga $9,000 adalah paras tertinggi seterusnya, dan kemudian diikuti dengan penurunan.
    Buat masa sekarang, pasaran dipenuhi dengan sentimen optimis, dan ramai penggemar kripto meramalkan bermacam andaian, ada yang logik, ada yang tidak boleh diterima akal. Paling munasabah adalah ramalan dari firma analitik Fundstrat Global Advisors, mereka menyatakan Bitcoin berkemungkinan besar mampu untuk memberi pulangan lebih daripada 100% kepada para pelabur pada tahun hadapan. Menurut pengasas bersama Fundstrat Tom Lee, antara faktor paling penting yang menyumbang kepada kenaikan nilai matawang kripto pertama ini adalah pengurangan penghasilannya, risiko geopolitik, dan juga pilihanraya presiden di AS.
    Ramalan paling tidak masuk akal dibuat oleh CEO Blockstream Adam Back. Beliau percaya nilai Bitcoin pada harga $100 ribu malah $10 juta yang diimpikan akan tercapai tidak lama lagi. Komen Back itu adalah berdasarkan idea salah seorang wakil terkemuka dalam pergerakan cypherpunk iaitu Hal Finney yang dianggap sebagai pembangun Bitcoin kedua selepas Satoshi Nakamoto. Finney dalam “eksperimen pengilhaman” berkata beliau membayangkan Bitcoin sebagai suatu sistem pembayaran dominan di dunia. “Jumlah nilai matawang seharusnya sama dengan jumlah nilai kekayaan dunia. Anggaran terkini aset isi rumah di serata dunia yang saya ketahui adalah di antara $100 hingga $300 trilion. Jika terdapat 20 juta coin, nilai setiap satunya adalah sekitar $10 juta,” jelas Finney. Back berkata akibat inflasi memuncak ke atas nilai dolar, “kenaikan ini akan berlaku tidak lama lagi”. Namun tukang tilik kripto itu tidak menyatakan bila ia akan berlaku

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami