Januari 11, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang anda ketahui, hidup ini ada turun naiknya. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Itulah yang berlaku ketika ini: setelah berakhirnya cuti Tahun Baru, perasaan bimbang akan berlakunya perang antara Amerika Syarikat dan Iran pula datang. Namun, semakin jelas bahawa kedua-dua pihak ingin mengelak dari berperang selang beberapa hari selepas itu, dan ketegangan geopolitik akhirnya reda, ia dapat dilihat pada harga minyak.
    Segalanya bermula dengan baik buat dolar AS pada minggu lalu. Matawang AS itu bertumbuh akibat nilai tertinggi yang baru direkodkan di pasaran saham AS serta kenyataan optimis dari pucuk pimpinan Rizab Persekutuan. Thomas Barkin, Presiden Rizab Persekutuan Richmond mengatakan dalam ucapannya bahawa pasaran ekonomi dan buruh di negara itu dilihat kukuh. Menurut Timbalan Pengerusi Rizab Persekutuan Richard Clarida pula, polisi kewangan yang sedia ada pada organisasi tersebut adalah konsisten sepenuhnya dengan keadaan ekonomi negara itu. Unjuran mereka, pertumbuhan KDNK di AS bagi tahun 2020 mungkin adalah 2-2.5%, ataupun lebih tinggi.
    Sehingga hari Jumaat, 10 Januari, nilai dolar bertambah akibat data pasaran buruh di AS yang kukuh. Hasilnya, seperti yang diramal oleh 45% penganalisis, disokong oleh 85% indikator serta analisis grafik pada H4, pasangan EUR/USD jatuh ke paras sokongan pada 1.1100, dan kemudian turun lagi 15 mata. Namun, data ke atas bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur (NFP) telah mengecewakan pasaran (turun sebanyak 43%) menyebabkan pasangan ini mengubah arah pergerakannya ke atas, melonjak ke paras 1.1130. Ia berada pada paras 1.1120 semasa sesi dagangan mingguan berakhir;
  • GBP/USD. Untuk tiga minggu berturut-turut, hampir tiada hasil yang ditunjukkan pound British. Bermula pada paras 1.3075, nilainya mencecah ketinggian 1.3210 menjelang hari Selasa, 7 Januari, kemudian turun ke paras sokongan pada 1.3010, naik sekali lagi dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.3060, rugi hampir 15 mata sepanjang minggu tersebut. Namun, seperti sebelum-sebelum ini, ia tidak menghalang pedagang daripada meraih keuntungan walaupun turun naiknya yang agak tinggi: skop turun naik mingguan pasangan ini berjumlah 200 mata;
  • USD/JPY. Ramalan bagi pasangan ini tepat 100%. Jika diingat, majoriti penganalisis (70%) yang mendapat sokongan analisis grafik pada D1 berpendapat penurunan pasangan ini akan terhenti pada paras 107.80, kemudian pulih dan sepatutnya naik ke paras rintangan pada 109.25, seterusnya ke paras tertinggi bulan Disember lalu iaitu di sekitar 109.70.
    Realitinya, pasangan ini turun ke paras 107.76 pada hari Isnin, 6 Januari, kemudian mula bergerak ke atas. Pada hari Rabu, matawang yen sekali lagi cuba untuk berada di bawah paras 107.00, namun ia tidak berjaya, dan menjelang penghujung minggu, seperti yang diramal penganalisis, pasangan ini mencecah ketinggian 109.70. Ia diikuti dengan sedikit pembetulan, dan paras terakhirnya adalah pada 109.50;
  • Matawang Kripto. Memang benar, sebilangan pelabur dilihat sedang mempertimbangkan Bitcoin sebagai tempat berlindung. Justeru, melihat kepada perkembangan konfrontasi yang berlaku antara AS dan Iran, matawang kripto rujukan ini telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh sebulan setengah, melepasi beberapa paras rintangan yang penting. Maklumat palsu mengenai peningkatan mendadak jumlah permodalan stablecoin Tether (USDT) di CoinMarketCap sebanyak $500 juta juga menyumbang kepada pertumbuhan itu. Hasilnya, nilai Bitcoin naik ke paras $8,450 bagi setiap coin.
    Analisis ke atas perkara yang berlaku pada minggu lalu mencadangkan bahawa sebut harga di pasaran kripto mula memuncak akibat dipengaruhi oleh dagangan algoritma. Hanya memberi reaksi terhadap momentum harga, dalam kes ini harganya naik, robot-robot ini mula membeli coin, dan seterusnya memberi kuasa tambahan ke atas momentum tersebut.
    Kekecohan yang berlaku di Iran kembali reda tidak lama selepas itu, dan maklumat mengenai pelaburan sebanyak $500 juta ternyata palsu, ini menyebabkan harga Bitcoin jatuh, turun kepada $7,765, dan kemudian naik semula, mencecah ketinggian $8,100 menjelang petang Jumaat, 10 Januari.
    Akibatnya, bermula pada 3 Januari, nilai Bitcoin bertumbuh ke paras maksimum iaitu sebanyak 17%, Ethereum (ETH/USD) - juga 17%, Ripple (XRP/USD) - 22%, manakala Litecoin (LTC/USD) - 27%. Dalam masa yang sama, jumlah nilai permodalannya meningkat sebanyak 10%, dan Indeks Fear & Greed Kripto Bitcoin pula berada pada bacaan 41, tiga mata lagi untuk ia berada pada posisi neutral.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Bermula pada 29 November, 2019, pasangan ini telah bergerak di saluran ke arah atas. Pada 31 Disember, ia mencapai had atasnya iaitu pada paras 1.1240, dan kemudian mengubah arah pergerakannya, memulakan tahun 2020 dengan jurang ke arah bawah. Pada 8 Januari, ia melepasi sempadan bawah saluran itu pada paras 1.1125, namun disebabkan oleh data pasaran buruh di Amerika Syarikat yang agak negatif, bear tidak mampu untuk menyatukan kejayaan mereka, dan pasangan tersebut mengakhiri sesi mingguannya hampir dengan paras kejatuhan.
    Mampukah ia kembali berada pada had saluran ke atas? 60% penganalisis berkata tidak. Pada pandangan mereka, nilai dolar akan terus mengukuh, dan pasangan ini dijangka akan turun ke zon di antara 1.1040-1.1065, sasaran berikutnya adalah pada 1.1000. Analisis grafik pada H4 serta majoriti indikator trend (70%) pada D1 bersetuju dengan perkembangan ini. Bacaan ke atas indikator trend pada H4 serta pengayun pada H4 dan juga D1 boleh dianggap sebagai natural buat masa ini.
    Bagi ramalan baki 40% penganalisis pula, pasangan EUR/USD tidak akan mampu untuk melepasi paras sokongan pada 1.1100, dan ia akan kembali sekurang-kurangnya ke garisan tengah saluran ke atas, iaitu di sekitar zon 1.1240.
    Sudah pasti, trend pada minggu hadapan mungkin sedikit terjejas akibat ketegangan memuncak di Iran. Namun, tiada kejutan tambahan yang mungkin tiada siapa jangka daripada penerbitan indikator makroekonomi. Pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat, data pasaran pengguna di AS akan dikeluarkan. Pada 16 Januari pula, kita akan mengetahui nilai indeks harga pengguna HICP di Jerman, dan ia dijangka kekal tidak berubah. Kandungan laporan mesyuarat polisi kewangan ECB mungkin lebih menarik, ia akan dikeluarkan pada hari Khamis, 16 Januari;
  • GBP/USD. UK hanya tinggal tiga minggu lagi sebelum keluar daripada Kesatuan Eropah. Menurut Bloomberg, sehingga kini, Brexit telah menyebabkan kerugian sebanyak $170 bilion, dan menjelang akhir tahun 2020, London akan kerugian $90 bilion lagi. Unjuran pertumbuhan ekonomi tahunan telah diturunkan darip 2% kepada 1%. Ekonomi di Britain kini 3% lebih kecil berbanding jika ia kekal bersama-sama EU. Ekonomi di UK jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara G7, dan menurut sebilangan pakar ekonomi, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
    Untuk masa terdekat ini, berkemungkinan besar matawang pound akan kekal bergerak jauh di saluran sisi antara 1.2900-1.3200 dengan Pivot Point berada di zon 1.3000-1.3050. Pada masa yang sama, menurut 60% penganalisis yang turut mendapat sokongan 85% indikator pada H4 dan juga D1, pasangan ini akan terus bergerak di sempadan bawahnya sepanjang minggu ini. Sokongan berada pada paras 1.3010, 1.2970 dan 1.2900.
    Berbeza pendapat, baki 40% penganalisis yang mendapat persetujuan daripada analisis grafik pada D1 percaya bahawa pasangan tersebut akan menembusi zon tengah dan berkemungkinan besar akan mencapai paras tertinggi pada 31 Disember, 2019 iaitu pada ketinggian 1.3285. Mengikut petunjuk daripada analisis grafik, ia mungkin akan mengambil masa selama empat atau lima hari, dan kemudian ia akan kembali ke Pivot Point pasangan tersebut;
  • USD/JPY. Minggu lalu, pasangan ini bukan saja kembali ke sempadan saluran sisi sisi jangka sederhana di antara 108.40-109.70, malah mencecah sempadan atasnya. Walaupun 75% pengayun serta 85% indikator adalah berwarna hijau, hanya 25% penganalisis percaya ia akan mampu untuk naik ke paras 110.70. Majoriti penganalisis (75%) memihak kepada bear, ia turut disokong oleh 15% pengayun pada H4 serta D1 yang menunjukkan pasangan ini telah dibeli secara berlebihan. Paras sokongan adalah pada 109.20, 108.75 dan juga 108.40. Ia tidak mungkin akan turun ke paras terendah pada minggu lalu iaitu di zon antara 107.65-107.75;

  • Matawang Kripto. Kami telah sebutkan sebelum ini, menurut TradeBlock, hanya 30% coin BTC saja yang berubah tangan. Baki 70% lagi “kaku” di dalam walet. Angka yang hampir sama diterima daripada Delphi Digital. Mengikut data mereka, sekurang-kurangnya 59% bitcoin yang dibeli pada enam bulan terakhir 2017 tidak bergerak ke mana-mana. Ini bermakna, para pemilik tidak menjual matawang kripto mereka walaupun nilai BTC pada Disember 2017 mencecah hampir $20,000 di sebilangan platform dagangan. Data seperti itu membayangkan pemegang coin telah membentuk lingkungan pemilik kripto yang stabil dan mereka tidak mahu menjual coin mereka walaupun pasaran bertumbuh secara mendadak.
    Mungkin mereka menantikan kedatangan tahun 2040, apabila harga seunit Bitcoin mampu mencecah $1 juta, jika benar pengiraan Benjamin Cowen. Harga matawang kripto utama terdahulu menunjukkan kitarannya di pasaran mengambil masa yang lebih panjang: ia memerlukan 2.5 tahun untuk mencapai paras tertinggi pertama manakala 4 tahun untuk mencapai paras tertinggi kedua. Menyerap model regresi logaritmik kepada harga Bitcoin, para penganalisis meramalkan 5.5 tahun diperlukan untuk mencapai paras tertinggi seterusnya (selepas paras tertinggi pada Disember 2017), dan harga Bitcoin pada tahun 2023 mampu mencapai $100,000. Manakala nilai Bitcoin sebanyak $1 juta tidak mungkin akan tercapai sebelum tahun 2040.
    Sudah tentu ada pendapat berbeza untuk perkara yang sama, dan menurut pendapat tersebut, nilai Bitcoin akan menurun akibat tekanan yang diterima dari pihak berkuasa, dan ia akan digantikan dengan wang berasaskan digital dari negeri mahupun wilayah. Pihak ECB sudah mula ingin membangunkan matawang kriptonya sendiri, manakala negara-negara BRICS menginginkan matawang kripto tunggal, dan Bank for International Settlements pula telah mengadakan sidang kemuncak bank-bank pusat bagi negara G20 yang pertama untuk membincangkan mengenai idea matawang kripto di peringkat global.
    Namun semuanya masih di peringkat awal. Dalam masa yang sama, melihat kepada turun naik bagi beberapa minggu yang lalu, bolehlah kami menyatakan bahawa pasangan BTC/USD telah bergerak ke paras baru di antara $7,765-8,450 dengan Pivot Point yang berada di zon $8,000-8,100. Selain itu, hanya 30% penganalisis percaya ia mampu kekal di koridor ini, dan 70% lagi menjangkakan nilainya akan turun ke zon di antara $7,000-7,500.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami