Disember 28, 2019

Unjuran bagi pasangan matawang utama selepas Tahun Baru.

Tidak disangkal lagi majoriti syarikat broker dan juga mereka yang berdagang sendiri memilih pasangan EUR/USD sebagai salah satu alat utama mereka. Terdapat sumber berbeza yang menyatakan pasangan ini memilliki 22% ke 32% pegangan dalam pasaran Forex. Ia diikuti dengan USD/JPY, GBP/USD, AUD/USD, USD/CHF, USD/CAD, EUR/JPY dan EUR/GBP.

Kesemua matawang ini, terutamanya dolar dan juga euro berkait rapat dengan indikator makroekonomi serta hal-hal politik semasa. Perkara ini menjadi kelemahan di mata penggemar analisis teknikal, namun sebaliknya memberi kelebihan kepada golongan yang mempertahankan analisis fundamental. Sebagai contoh, satu hantaran Twitter oleh Presiden AS mampu untuk membuatkan sesuatu paras melepasi zon sokongan/rintangan yang kuat, mengubah kedudukan saluran dan trend, bacaan indikator yang tidak masuk akal, serta mengecilkan julat gelombang Elliot. Contoh yang kedua, statistik makroekonomi mampu memberikan ramalan jangka panjang yang agak tepat tanpa perlu berhempas-pulas menilai angka grafik dan juga analisis candlestick. Misalnya ramalan untuk 12 bulan akan datang.

Jadi, jika menurut penganalisis, apakah yang akan menanti pada tahun hadapan?

 

Para penganalisis di Deutsche Bank, Goldman Sachs, Bank of New York Mellon dan beberapa buah bank lagi bersepakat meramalkan penurunan nilai dolar AS pada tahun 2020. Punca utamanya adalah kelembapan pertumbuhan ekonomi global yang akan meningkatkan permintaan ke atas aset berisiko. Lebih-lebih lagi pihak Rizab Persekutuan AS dilihat akan terus mengurangkan kadar faedah atau sekurang-kurangnya mengekalkan ia pada paras semasa setelah mendapat tekanan dari Donald Trump menjelang pilihanraya presiden.

Financial Times yang memetik laporan penganalisis di Citigroup berkata polisi pelonggaran kuantitatif (QE) oleh pihak Rizab Persekutuan serta lambakan likuiditi berbentuk dolar yang murah di pasaran akan menjadi pemangkin terhadap kelemahan nilai dolar. Penganalisis di Swiss Bank Lombard Odier serta salah sebuah syarikat pelaburan gergasi di dunia, BlackRock juga bersetuju dengan rakan mereka di Citigroup dan meramalkan penurunan nilai dolar yang sederhana dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Penganalisis di JPMorgan Chase meramalkan pasangan EUR/USD akan berada pada paras 1.14 menjelang penghujung tahun 2020. Goldman Sachs dan Bank of America Merrill Lynch meletakkan 1.15 sebagai sasaran. Manakala ramalan oleh Deutsche Bank di Jerman serta Societe Generale di Perancis pula lebih menyedihkan: mereka percaya matawang euro akan didagangkan pada nilai $1.20 dalam masa setahun lagi.

Menurut Bloomberg, ramalan konsensus oleh operator pasaran yang terbesar mencadangkan nilai dolar AS akan “kehilangan” 400-500 mata lagi menjelang tahun 2020, dan pasangan EUR/USD pula akan melonjak ke zon 1.16.  

Sudah tentu, teori-teori konspirasi mengesyaki pasaran akan dimanipulasi dan terdapat khabar angin bahawa pihak bank mahu membeli likuiditi berbentuk dolar pada harga yang rendah, lalu menyebarkan ramalan “bearish” mereka. Pada ketika inilah sewajarnya kita mengingati kata-kata Andreas Koenig, ketua Global FX di syarikat pelaburan multinasional Amundi Asset Management yang berkata telah banyak kali beliau dengari tentang penurunan nilai dolar berbanding euro, namun perkara sebaliknya yang akan berlaku. “Saya pasti akan berasa terkejut jika konsensus ini menjadi kenyataan,” jelas beliau.

“Memang benar kadar faedah 1.75% yang ditetapkan oleh pihak Rizab itu kecil,” kata John Gordon, penganalisis terkemuka di syarikat broker NordFX, “namun pihak berkuasa lain meletakkan kosong malah angka negatif sebagai kadar mereka. Walaupun berlakunya pengurangan kadar, perang dagangan dan masalah-masalah lain, nilai dolar meningkat lebih daripada 10% berbanding nilai euro sejak Februari 2018. Jika anda melihat semula keputusan-keputusan terdahulu, bagi kebanyakan pelabur, matawang dolar telah menjadi matawang selamat akibat ekonomi yang lemah di Eropah serta masalah yang menyelubungi Brexit. Bagi Bank Pusat pula, mereka mengekalkan lebih banyak rizab matawang utama mereka berbanding aset-aset yang lain.”

Bagi matawang lain, Goldman Sachs meramalkan kadar tukaran pound British kepada dolar akan mencecah nilai 1.37 pada penghujung tahun 2020.

Bank of America Merrill Lynch juga turut percaya bahawa bukan saja euro, malah pound yang terutama sekali akan mendapat keuntungan apabila kekusutan yang melanda Brexit dapat dihuraikan, lalu menyebabkan pasangan GBP/USD melonjak naik menghampiri paras 1.39. Penurunan nilai dolar juga akan menyokong pasaran baru, mengukuhkan lagi matawang negara-negara anggota Kesatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), serta sebut harga pasangan USD/JPY pula akan turun kepada 103 yen bagi setiap dolar.

Dolar Kanada dan New Zealand akan terus menarik minat para pelabur, manakala harga emas pula akan naik.

Tahun lompat pada 2020 adalah sepanjang 12 bulan, 366 hari, banyak perkara yang boleh berlaku bagi menyangkal mana-mana ramalan di atas. Nilai dolar akan bergantung kepada situasi domestik di Amerika Syarikat, serta hal-hal yang berlaku di pasaran global, bukan saja di Amerika malah di Eropah dan juga Asia. “Saya merasakan perjanjian penuh antara AS dengan China akan mengubah corak permainan… Ia akan mengubah segala-galanya!”- ramal David Bloom, pakar strategi FX global di HSBC.

Adakah ia akan mengubah segalanya? Kita akan ketahui jawapannya tidak lama lagi. Sementara itu:
Sabar, semoga berjaya dan capai segala impian anda!

Selamat Tahun Baru, 2020!

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami