Disember 21, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Berada pada paras 1.1110 pada hari Isnin, kedudukan pasangan ini naik seperti yang dijangka para penganalisis. Pasaran tidak memberi sebarang reaksi kepada proses awal pemecatan Presiden AS Donald Trump, dan Indeks S&P500 sekali lagi memperbaharui rekod tertinggi dalam sejarah. Namun, penghujung tahun yang sering dikaitkan dengan penurunan turun naik semakin hampir. Justeru, pasangan ini gagal mencapai sasarannya iaitu pada ketinggian 1.1200, dan merekodkan paras tertinggi mingguan pada 1.1175.
    Kemudian segalanya berlaku mengikut senario yang dibincangkan dalam ramalan kami sebelum ini: pergerakan pasangan ini berubah ke bawah dan berhenti pada paras 1.1110. Ia diikuti dengan beberapa percubaan yang tidak membuahkan hasil untuk melepasi paras sokongan tersebut, namun nilainya pulih pada hari Khamis, 19 Disember akibat statistik ekonomi AS yang lemah dan sekali lagi ia kembali ke zon 1.1110.
    Harus diingat, selain menjadi sokongan melintang, paras ini secara kebetulan menjadi had bawah bagi trend ke atas yang bermula pada 29 November, sebab itulah bull dengan sedaya upaya mempertahankannya. Walau bagaimanapun, kekuatan mereka semakin berkurangan menjelang hujung minggu, dan paras sokongan tersebut berjaya ditembusi. Menurut penganalisis, kejayaan ini telah dibantu oleh penurunan nilai sebut harga sebilangan pasangan yang bersilang, statistik positif dari pasaran pengguna di AS serta penyusutan hasil spread ke atas bon kerajaan AS dan juga Jerman. Selain itu, kebanyakan pelabur memberhentikan order ke atas posisi long pada masa itu dan membolehkan pasangan ini untuk turun ke paras 1.1065. Ia kemudiannya melantun sedikit dan mengakhiri minggu pada paras 1.1075;
  • GBP/USD. Minggu lalu tidak begitu membuahkan hasil untuk matawang British ini. Dinamik negatif ke atas pasaran hutang memberi tekanan kepada pound akibat kejatuhan hasil sekuriti UK berbanding bon AS dan Jerman. Statistik ke atas pasaran pengguna juga mengecewakan pelabur: penurunan kadar jualan runcit pada bulan November adalah yang paling teruk pada tahun ini iaitu sebanyak 0.6%. Walau apapun yang dilaungkan Perdana Menteri Boris Johnson serta para penyokong beliau, para pengguna di British takut akan Brexit dan disebabkan itu mengehadkan perbelanjaan mereka. Bank of England turut menambah lagi duka dengan menurunkan ramalan mereka terhadapa pertumbuhan ekonomi.
    Akhirnya, nilai pound bergerak mengikut senario yang dibuat oleh para penganalisis sepanjang minggu. Jika diingat, majoriti penganalisis (65%) yang turut mendapat sokongan 90% indikator pada D1 mengunjurkan pasangan GBP/USD akan sekali lagi cuba untuk mencapai ketinggian 1.3500, dan ia kemudiannya berakhir dengan penurunan. Memang benar nilai pound melonjak pada hari Isnin, 16 Disember, namun hanya naik sebanyak 85 mata saja, kemudian beralih arah dan nilainya terus jatuh bermula pada hari Jumaat, 13 Disember.
    75% penganalisis yang turut mendapat sokongan analisis grafik bersetuju dengan perkembangan ini. Menurut ramalan mereka, pasangan ini dengan serta-merta akan berada di zon antara 1.3100-1.3200, dan ia berlaku pada hari Selasa. Namun, penurunannya tidak berhenti di situ, hanya pada hari Jumaat, 20 Disember pound berjaya mencecah paras sokongan pada 1.2990 disebabkan oleh data KDNK bagi suku ketiga yang positif (pertumbuhan sebanyak 0.4% berbanding 0.3% yang diramalkan).
    Nilainya pulih menjadi 1.3080 selepas itu akibat penerimaan Akta Brexit di Parlimen UK, dan kemudian turun lagi 100 mata. Ia berakhir pada paras 1.3000;
  • USD/JPY. Berita mengenai yen agak pelbagai. Terdapat peningkatan tinggi dalam hasil Perbendaharaan AS di mana ia amat kuat berhubung-kait dengan matawang Jepun, trend ke atas yang berterusan terhadap harga minyak, serta perjanjian komprehensif antara Washington dan juga Beijing yang sudah pasti akan ditandatangani. Tumpuan harus diberikan kepada kadar inflasi di Jepun. Pada penghujung November, ia berada pada paras 0.5%, pertumbuhan sebanyak 0.3%. Walaupun ia tidak begitu kukuh, namun ia suatu petanda baik kepada Bank of Japan serta ekonomi negara tersebut. Yen juga memberi reaksi dengan menjadi petunjuk dalam statistik berbilang arah ke atas keadaan ekonomi di Amerika.
    Akhirnya, ramalan bahawa pasangan ini akan kekal berada di saluran sisi antara 108.40-109.70 sehingga penghujung tahun dan disokong oleh suku penganalisis adalah yang paling tepat sekali. Realitinya, saluran tersebut adalah lebih sempit: 109.15-109.70, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan di zon tengah pada paras 109.45;
  • Matawang Kripto. Pada hari Sabtu, 14 Disember, tanda aras matawang kripto jatuh. Bukan setakat jatuh, lebih tepat lagi menjunam, memperbaharui paras terendah sepanjang enam bulan pada hari Rabu serta kerugian lebih daripada 11%. Menurut sumber utama yang dilaporkan oleh penganalisis di Bloomberg, penurunan ini telah disebabkan oleh penjualan bitcoin oleh skim kripto berbentuk piramid PlusToken bernilai lebih kurang $2 bilion, dan diikuti dengan coin yang lain. Jumlah modal pasaran kripto menurun sebanyak 9% dalam tempoh 5 hari, dan sesetengah penganalisis melabelkan bitcoin sebagai “hangus” bersempena dengan titik purata pergerakan sepanjang 50 hari dari atas ke bawah yang bertemu dengan titik purata pergerakan 200 hari.
    Namun, ura-ura yang mengatakan zaman Bitcoin telah berakhir hanyalah sesuatu yang keterlaluan walaupun hakikatnya perkara tersebut telah berulang kali berlaku. Pada petang Rabu, volum dagangan nilai hadapan BTC pada platform Bakkt yang memecah rekod telah diketahui ramai. Setelah menemui sokongan pada paras $6,470, Bitcoin mula mendapatkan semula keuntungan, memperoleh $1000 (+15%) dalam masa beberapa jam. Kemudian, pasangan BTC/USD kembali ke paras ia bermula pada nilai14 Disember.
    Umumnya, altcoin terkenal seperti Ripple (XRP/USD), Ethereum (ETH/USD) serta Litecoin (LTC/USD) mengikuti segala pergerakan matawang kripto rujukan tersebut. Namun hasil bagi dagangan sepanjang tujuh hari itu tidak begitu menguntungkan mereka. Jika nilai Bitcoin benar-benar pulih, Ripple rugi sebanyak 12.5% daripada nilainya, Ethereum rugi 11.5%, manakala Litecoin rugi 10%. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah para pelabur kini mengurangkan pemilikan altcoin dan membawa aliran kewangan mereka kepada matawang kripto utama.

 

Untuk 10 hari yang akan datang, tidak perlu kami tekankan bahawa cuti Hari Krismas serta Tahun Baru akan tiba. Berkenaan hal tersebut:

  • 24 Disember - dagangan Forex ditutup pada jam 17: 00 CET
  • 25 Disember - dagangan ditutup
  • 26 Disember - dagangan dibuka pada jam 00: 00 CET
  • 31 Disember - dagangan ditutup pada jam 17: 00 CET
  • 01 Januari - dagangan ditutup
  • 02 Januari - dagangan dibuka pada jam 00: 00 CET
  • EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY. Kami menjangkakan dagangan berkemungkinan besar agak lembab dalam julat yang sempit sepanjang musim cuti ini. Namun begitu, akibat daripada kehalusan pasaran, pergerakan ke sesuatu arah yang sama atau berbeza tidak akan dikecualikan. Jurang mungkin akan terhasil semasa pasaran dibuka selepas cuti Tahun Baru nanti.
    Jika bercakap mengenai ramalan oleh penganalisis bagi tempoh sepuluh hari akan datang, mustahil untuk memastikan sama ada ia akan berpihak kepada bull ataupun bear, semua akibat perbezaan pendapat:
    - yang sama rata: 50% mengunjurkan pertumbuhan manakala 50% lagi memilih penurunan,
    - atau terbahagi kepada tiga: satu pertiga memilih pertumbuhan, satu pertiga lagi memilih penurunan, dan satu pertiga yang terakhir memilih trend ke arah sisi.
    Ramalan untuk keseluruhan tahun 2020 oleh pejabat analisis bank-bank global adalah lebih menarik, kami akan berikannya seminggu dari sekarang. Secara kasar, semuanya adalah berdasarkan faktor fundamental. Bagi penggemar analisis teknikal, kami telah rumuskan bacaan indikator bagi tempoh masa harian (D1) serta mingguan (W1) dalam satu jadual, kami berharap ia dapat membantu anda mendapatkan trend utama dan juga sentimen pasaran.

 

  • Matawang Kripto. Tidak seperti Forex, pasaran kripto berjalan seperti biasa. Walaupun pedagang kripto menyambut perayaan, mereka sentiasa memerhatikan terminal dagangan.
    Secara umumnya, berita mengenainya masih lagi positif:
    - Gergasi perbankan Bank of America Merrill Lynch telah menamakan ia sebagai aset terbaik dan juga terburuk dari segi prestasi pelaburan sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Menurut pengiraan mereka, $1 yang dilaburkan ke atas matawang kripto pertama pada 2010 kini bernilai $90,026.
    Bank Negara Sweden sedang menilai kemungkinan untuk menghasilkan Krona Sweden dalam bentuk digital.
    Kejayaan Bakkt telah disebutkan di atas. Ini suatu isyarat positif untuk pasaran kripto kerana para pelabur berinstitusi (sekurang-kurangnya sebahagian daripada mereka) merasakan ini masa terbaik untuk mula melabur.
    - Penganalisis telah memberikan ramalan harga Bitcoin untuk permulaan tahun 2020. Eksekutif di bursa matawang kripto Bithumb, Korbit and Hanbitco berpendapat bahawa tahun 2020 adalah tahun terbaik buat pasaran kripto akibat permintaan matawang kripto yang tinggi dari pelabur berinstitusi dan juga golongan generasi Y (Milenial).
    Penganalisis di bursa saham Amsterdam Michael van de Poppe berasa sangat yakin nilai coin ini akan melonjak ke paras $8000 pada awal 2020, dan naik lagi kepada $9500 sebulan kemudian. Alistair Milne, Pengarah Pelaburan di Altana DS Fund juga amat yakin dengan pertumbuhan nilai Bitcoin. Pada pandangan beliau, nilai coin itu akan terus meningkat menjelang pemberhentian penghasilannya. Dalam masa yang sama, penjualan altcoin turut akan membantu matawang kripto utama ini.
    Pendapat berbeza telah disuarakan oleh pengasas Signal Profits Jacob Kenfield yang meramalkan penurunan kadar Bitcoin kepada $5500. Namun berita paling buruk pada ketika ini adalah lebih daripada 20 ribu token BTC masih berada dalam akaun kripto berbentuk piramid PlusToken. Mengikut ramalan Bloomberg, jika ia terus dijual, terdapat risiko penurunan harga Bitcoin kepada $4000. Walau bagaimanapun, itu bukanlah kesudahannya. Pengiraan oleh penghasil ASIC menunjukkan peranti S17 milik Bitmain akan menyebabkan kerugian jika harga Bitcoin jatuh melebihi $3600. Ini bermakna paras sokongan akan berada pada nilai tersebut.
    Buat masa ini, Indeks Fear & Greed Kripto masih berada pada paras ketiga terendah, iaitu 29, dan ia menunjukkan ketakutan para pelabur yang sederhana.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami