Disember 17, 2019

Disember adalah bulan untuk mengakhiri segala pencapaian sepanjang tahun. Tapi sebelum itu, NordFX berbesar hati ingin menghadiahkan para pelanggan mereka dengan pelancaran sebuah akaun Stocks yang baru sebagai satu kejutan, direka untuk dagangan CFD saham syarikat-syarikat gergasi dunia bagi meluaskan lagi instrumen dagangan.

Buat masa ini, 68 saham syarikat ditawarkan kepada pedagang serta pelabur untuk didagangkan, antaranya IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Volkswagen, UBER, eBay, Alibaba, Deutsche Bank dan banyak lagi.

Dagangan dibuat menggunakan platform MetaTrader-4 yang sudah dikenali ramai. Anda boleh meletakkan posisi short dan juga long ke atas kontrak CFD dengan leveraj sebanyak 1: 5. Jumlah komisen bagi sesuatu giliran pusingan transaksi hanyalah 0.2%. Harus diingat posisi long yang masih berjalan semasa tarikh dividen dibuat akan menerima dividen, manakala posisi short pula akan memberi dividen.

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai spesifikasi instrumen dagangan, serta cara membuka akaun Stocks di laman web NordFX menerusi pautan http://ms.nordfx.com/trading_account_stocks.html atau menerusi Kabinet Pedagang.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami