November 16, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Presiden Trump dilihat akan dilantik semula bagi penggal kedua setelah mengukuhkan pertumbuhan KDNK di Amerika. Indeks utama di AS terus mencatat paras tertinggi dalam sejarah. Saham hadapan pada S&P500 meninggkat melepasi paras 3100. Pembelian yang bertali arus telah didorong oleh kenyataan optimis penasihat ekonomi White House Larry Kudlow mengenai perjanjian dagangan dengan China yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, laporan Financial Times ada mengatakan, sebenarnya White House tidak begitu gembira China bertindak melengah-lengah serta tidak menawarkan konsesi penting terhadap pemansuhan tarif. Trump juga tidak mahu membatalkan sepenuhnya pemansuhan tersebut.
    Berucap di Kongres, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell memberi pujian terhadap ekonomi AS, memberikannya “bintang”, namun dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pengurangan kadar faedah sekali lagi dengan menyebut inflasi serta perang dagangan sebagai puncanya. Disebabkan kata-katanya itu, serta KDNK di Jerman yang memberangsangkan, trend pergerakan ke bawah pasangan EUR/USD terhenti pada paras sokongan 1.0990 dan menolak matawang Eropah ke atas, membolehkan ia mengakhiri minggu lalu dengan kelebihan kecil sebanyak 35 mata;
  • GBP/USD. UK sedang bersiap sedia untuk pilihanraya awal parlimen. Justeru, tiada perkhabaran mengenai Brexit yang khusus. Dalam situasi begini, pasaran bereaksi secara aktif terhadap indikator makroekonomi. Data KDNK di UK bagi suku ketiga telah diketahui pada hari Isnin, 11 November. Seperti yang diramal, KDNK bertumbuh kepada +0.3% berbanding -0.2% pada suku sebelumnya, dan ini telah menolak pasangan tersebut 110 mata ke atas ke paras 1.2900. Kemudian, dolar cuba untuk mendapatkan semula kerugiannya pada hari Khamis. Namun pada penghujung minggu, disebabkan oleh ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell, bull bertindak sekali lagi, dan pasangan ini mengakhiri minggu hampir pada paras 1.2900 yang menjadi sebutan;
  • USD/JPY. Permintaan terhadap yen sedikit sebanyak masih kekal sehingga penghujung hari Khamis 14 November. Pasaran tidak memberi terlalu banyak reaksi walaupun angka KDNK di Jepun bagi suku ketiga yang agak lemah (+0.1% berbanding +0.4% pada suku sebelumnya). Hal ini membolehkan matawang Jepun itu meraih 100 mata sejak awal minggu, mencecah paras kritikal pada carta MA-200 bagi tempoh empat jam, carta yang menjadi rujukan para pelabur sebagai indikator trend. Namun penurunan paras sokongan dan pergerakan trend ke arah bertentangan tidak berlaku: disebabkan oleh kenyataan optimis yang dibuat Larry Kudlow mengenai perkembangan rundingan antara AS-China, permintaan untuk aset terlindung jatuh, dan pasangan ini kembali bergerak ke atas, mengakhiri sesi dagangan pada 108.80 yen bagi setiap dolar;
  • Matawang Kripto. Ramalan yang mendapat sokongan majoriti penganalisis (60%) pada minggu lalu boleh diringkaskan kepada dua patah perkataan: “berhati-hati” dan juga “pesimis”. Dua konsep tersebut selari dengan tanda aras yang kini dialami oleh matawang tersebut, turun sedikit demi sedikit sejak penghujung Oktober. Hasilnya, pasangan ini mencecah paras terendah pada $8,420 pada petang 15 November, kembali berada di sempadan saluran sisi antara $7,800-8,600 yang dilaluinya sejak 26 September hingga 22 Oktober.
    Pasangan ini berada di bawah paras purata pergerakan selama 200 hari pada sepanjang minggu lalu, dan ia juga melepasi paras sokongan purata selama 50 hari pada penghujung minggu, kedua-duanya tidak menyumbang kepada pertumbuhan sikap optimis bullish.
    Secara umumnya altcoin ternama turut mengikut jejak bitcoin, mengulangi prestasi buruknya. Bantuan berskala besar oleh syarikat-syarikat yang dikerah para blogger serta media gagal membantu Ripple (XRP/USD), malah pengecualian mereka dalam senarai pembayaran kad debit The Coinbase juga tiada hasil. Nilai Ripple menyusut sebanyak 8% lagi pada sepanjang minggu, mencecah paras $0.2528.
    Ethereum (ETH/USD) bergelut untuk mengekalkan kedudukannya dari turun ke sempadan bawah saluran sisi selama tiga minggu di antara $175-195. Disebabkan oleh penghasilan secara POS (proof of ownership atau bukti pemilikan), pemilik coin ini sering diingatkan dengan idea bahawa ia mungkin akan dikenali sebagai matawang yang selamat pada masa hadapan, kemudian melonjakk sebut harganya ke paras lebih tinggi.
    Litecoin (LTC/USD) juga berada pada paras sokongan hampir dengan paras terendah selama tiga minggu di koridor antara $57-64. Paras tersebut boleh dianggap sebagai Pivot Point jangka sederhana di mana pasangan ini sering berada bermula sejak 25 September.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang dinyatakan di atas, bear gagal untuk melepasi paras sokongan pada paras 1.1000 akibat daripada kenyataan yang dibuat oleh ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell serta data KDNK di Jerman yang kukuh. Selepas KDNK mereka naik daripada -0.2% kepada +0.1%, wakil-wakil kerajaan Jerman percaya insentif tambahan bagi menyokong ekonomi di sana pada masa hadapan tidak perlu lagi diperkenalkan. Permintaan pengguna serta perbelanjaan yang dibuat kerajaan akan mampu menyelesaikan masalah industri dan eksport mereka.
    Harus diingat bahawa kebanyakan indikator makroekonomi di negara-negara EU baru-baru ini menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding ramalan. Namun, ketidaktentuan masih lagi wujud di pasaran, dan penyokong bull hanya 10% lebih banyak berbanding bear. 55% penganalisis memilih nilai Euro akan bertumbuh, manakala 45% lagi percaya nilai dolar akan mengukuh. Namun, kedua-dua pihak menyasarkan sasaran yang tidak keterlaluan buat pasangan ini. Sasaran bull adalah untuk kembali ke koridor antara 1.1075-1.1175. Sasaran bear pula adalah untuk melepasi paras sokongan pada 1.1000 dan beralih ke zon di antara 1.0940-1.1000. Pada minggu ini ia tidak mungkin akan berada pada paras terendah 1 Oktober lalu iaitu 1.10884.
    90% pengayun dan juga 80% indikator trend pada H4 berpihak kepada bull. Pada D1, gambarannya adalah berbeza: 85% pengayun serta 75% indikator trend adalah berwarna merah. Analisis grafik pada H4 serta D1 juga menyebelahi bear dan menunjukkan penurunan pasangan ini ke paras sekurang-kurangnya hampir dengan 1.0965.
    Mesyuarat yang akan diadakan oleh Rizab Persekutuan serta ECB pada hari Rabu dan Khamis depan adalah antara peristiwa penting yang mampu menberi kesan kepada pembentukan trend serta peningkatan turun naiknya, tidak lupa juga ucapan oleh ketua ECB yang baru iaitu Christine Lagarde serta data aktiviti perniagaan di EU dan Jerman pada hari Jumaat, 22 November;
  • GBP/USD. Setelah penangguhan Brexit berlaku, sukar untuk menjangkakan apakah reaksi pasaran terhadap laporan inflasi di UK yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, 20 November nanti. Namun ketika parti konservatif membangunkan program pilihanraya mereka dengan menekankan antaranya mengenai ekonomi negara yang semakin lemah, sesiapa juga pasti boleh mendengar kenyataan lantang yang mereka keluarkan.
    Sementara itu, 60% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik pada D1 mengunjurkan pembalikan trend ke atas dan kembalinya pasangan ini ke paras terendah pada 8 November, 1.2765, dan kemudian turun ke bawah sebanyak 100 mata lagi. Pendapat berbeza disuarakan 40% lagi penganalisis yang mendapat persetujuan 100% indikator trend serta 90% pengayun paa H4 dan D1. (Baki 10% pengayun memberi isyarat pound telah dibeli secara berlebihan). Paras rintangan paling hampir adalah pada 1.2975 dan 1.3015. Sasarannya pula adalah pada 1.3100;
  • USD/JPY. Nilai yen telah jatuh hampir sepanjang musim bunga, dan pasangan ini bergerak ke atas, bergantung pada MA200 yang jelas kelihatan pada carta H4. Sekurang-kurangnya empat percubaan untuk melepasi paras sokongan telah gagal. Hasil bagi percubaan kali kelima akan bergantung sepenuhnya terhadap indikator makroekonomi di Amerika Syarikat dan juga China, serta prospek “Perjanjian Damai” antara kedua pihak akan ditandatangani.
    Sikap optimis penasihat ekonomi di White House Larry Kudlow mengenai perjanjian dagangan dengan China yang akan dimuktamadkan pada minggu hadapan mungkin akan terus dinafikan ketuanya sendiri, Presiden Trump, serta wakil dari kerajaan China. Jadi, terdapat kemungkinan pasangan ini mampu mengubah trend ke arah berbeza, sekurang-kurangnya bergerak ke arah sisi.
    Buat masa ini pendapat penganalisis adalah 50-50. Situasi yang sama berlaku ke atas indikator. Justeru, kami menyimpulkan pasangan ini dijangka akan bergerak ke arah sisi di sepanjang Pivot Point 108.75 dalam koridor dengan sempadan antara 107.80-109.50 buat sementara waktu. Paras sokongan seterusnya adalah di sekitar 107.00, dan paras rintangannya pula adalah 110.30;

  • Matawang Kripto. Jika dilihat apa yang telah berlaku kepada bitcoin dalam tempoh 10 tahun, semuanya baik-baik saja: nilainya melonjak 100 kali ganda dalam tempoh tersebut. Namun nilai tersebut enggan terus naik. Mereka yang mahu membeli matawang kripto ini dan menjadikannya sebagai pelaburan jangka panjang telah berbuat demikian. Kini pasaran dipengaruhi oleh spekulator jangka pendek, mereka bukan saja melabur jika nilainya meningkat, malahan jika nilainya jatuh. Mantra sang pembela seperti pengasas bursa kripto terawal di China Bobby Lee yang mengatakan nilai bitcoin akan mencecah $500 ribu menjelang 2028 tidak memberi kesan kepada mereka. Spekulator hanya menumpukan kepada keuntungan pantas, ia hanya boleh diperoleh dengan peningkatan dalam turun naik matawang kripto serta berita yang menghasilkan turun naik tersebut.
    Mengehadkan penghasilan Bitcoin pada tahun 2020 adalah satu berita yang menarik. Pada 4 Disember, 2019, pengasas Ethereum akan mempertahankan hard fork Istanbul mereka. Satu lagi berita adalah mengenai pelancaran opsyen bitcoin yang dikawal selia di Bakkt, juga dijadualkan akan berlaku pada awal Disember. Semua ini serta perkara yang hampir sama mampu menghasilkan satu lompatan tinggi dalam sebut harganya.
    Dalam ulasan kami sebelum ini, menurut penganalisis dari Bloomberg, nilai matawang kripto utama mempunyai kebarangkalian untuk jatuh ke paras $8,000 sebelum berakhirnya tahun ini. Paras $12,000 adalah paras tertinggi ia mampu berada. Paras tertinggi bagi tahun 2020 pula ada pada $16,000. Pendapat yang sama telah disuarakan sebelum ini oleh rakan sekutu Bloomberg iaitu ketua bursa kripto Binance, Changpeng Zhao. Menurutnya, pedagang serta pelabur di China akan memastikan pertumbuhan coin rujukan itu mampu untuk sekurang-kurangnya berada pada ketinggian tersebut.
    Namun timbulnya sesuatu yang mampu meningkatkan pertumbuhannya. Kenyataan sensasi yang dibuat oleh Jack Lee, pengasas dan juga rakan pengurus di HCM Capital. Beliau percaya People’s Bank of China akan mengeluarkan matawang digital mereka sendiri dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi. Matawang itulah yang akan membuat pelabur dari China mengalihkan perhatian serta pelaburan mereka.
    Bagi ramalan untuk masa terdekat ini, disebabkan nilai pasangan BTC/USD telah jatuh ke sempadan saluran sisi antara $7,800-8600, terdapat tiga senario yang mungkin akan berlaku. Pertama sekali bearish, pasangan ini akan terus bergerak ke sempadan bawah saluran tersebut. 25% penganalisis bersetuju dengannya. Peratusan penganalisis yang sama memihak kepada senario kedua iaitu bullish. Jika ia berlaku, had paling atas saluran $8,600 bakal menjadi paras sokongan, dan menjadi titik mula bagi pasangan ini untuk bergerak ke atas. Paras rintangan paling hampir adalah $8,815, seterusnya adalah $9,130 serta $9,470. Akhir sekali senario ketiga. Menurutnya, paras $8,600 akan menjadi Pivot Point di mana pasangan ini akan bergerak di sepanjangnya. Ramalan ini disokong oleh majoriti penganalisis, 50%.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami