November 2, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Apa yang diramalkan sebenarnya tidak berlaku: Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah ke atas dolar dari 2.0% kepada 1.75% pada hari Rabu, 30 Oktober. Menjadi kebiasaan, nilai matawang AS akan mula turun, manakala pasangan ini akan bergerak ke atas, namun pergerakannya selepas itu agak sederhana: pasaran telah lama bersedia dengan penurunan oleh pihak Rizab Persekutuan ini. Hasilnya, pasangan ini sukar untuk melepasi paras 1.1175, kembali ke garis sokongan/rintangan jangka sederhana yang bermula pada bulan Mac lalu.
    Data penting berkenaan ekonomi AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 1 November juga tidak banyak membantu dolar. Bilangan pekerjaan di luar sektor agrikultur (NFP) yang baru untuk bulan Oktober adalah melebihi daripada jangkaan (128K vs. 89K), tetapi lebih rendah berbanding nilai pada bulan September iaitu sebanyak 180K. Indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan ISM juga lebih rendah berbanding yang dijangkakan (48.3 berbanding 48.9). Disebabkan itu, cubaan bear untuk menolak pasangan ini ke bawah gagal sama sekali, selepas ia mencecah paras 1.127, ia bergerak ke arah bertentangan dan mengakhiri minggu pada paras 1.1165;
  • GBP/USD. Nampaknya beberapa lagi episod tambahan akan muncul dalam isu berkenaan Brexit yang sudahpun berlanjutan. Britain tidak pernah keluar daripada EU. Watak utama dalam cerita ini, Perdana Menteri Boris Johnson yang berjanji akan “mati dengan teruk” jika Brexit tidak berlaku pada 31 Oktober telah berubah fikirannya. EU telah meluluskan satu lagi penangguhan kepada UK, dan kini negara tersebut akan melalui pilihanraya parlimen yang awal pada 12 Disember.
    Episod seterusnya dalam kisah ini akan berkisarkan pindaan di Parlimen hinggalah undang-undang pilihanraya. Bergantung kepada hala tuju para penggubal undang-undang British, kita akan lihat sama ada Perdana Menteri Johnson mampu kekal di tampuk pimpinan ataupun tidak.
    Penangguhan Brexit sekali lagi serta nilai dolar yang lemah telah membolehkan pound mengukuhkan kedudukannya, dan pada tengah hari Khamis, 31 Oktober, pasangan GBP/USD naik sebanyak 150 mata, kemudian bergerak secara mendatar di koridor antara 1.2925-1.2975 dan berakhir pada paras 1.2937;
  • USD/JPY. Seperti yang dijangka, Bank of Japan mengekalkan kadar faedahnya pada -0.1%. Nilai yen bertumbuh pada minggu lalu adalah disebabkan oleh tiga faktor utama: penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, gangguan terhadap rundingan dagangan antara AS-China, dan berkemungkinan juga pertumbuhan kukuh ke atas bon jangka panjang Perbendaharaan AS. Menurut Bloomberg, pemimpin di China tidak mahu menandatangani sebarang perjanjian dagangan dengan “Presiden Trump yang tidak boleh diharap”. Bagi Trump pula, beliau tidak mahu memburukkan lagi hubungan dengan China, dalam masa yang sama menjatuhkan ekonomi AS ketika pilihanraya presiden semakin hampir. Justeru keadaan tenang ini dijangka akan berlanjutan.
    Disebabkan faktor-faktor tersebut, pengukuhan nilai matawang Jepun pada minggu lalu mencecah paras 107.88. Namun, ia diikuti dengan sedikit lantunan, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut dengan berada pada paras 108.16;
  • Matawang Kripto. Pengasas bersama Fundstrat yang juga seorang penganalisis, Tom Lee berasa yakin pasaran saham memberi kesan langsung terhadap sebut harga Bitcoin. “Pada hari Jumaat yang lalu (25 Oktober), indeks S&P 500 mula berkembang dengan aktif akibat peningkatan harga saham sebilangan besar syarikat-syarikat teknologi. Nilai Bitcoin juga turut kukuh. Ramai yang mengatakan ia berpunca daripada ucapan Xi Jinping, namun hakikatnya semua yang berlaku adalah disebabkan oleh pasaran saham”, jelas Lee. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengambil kira pertumbuhan saham syarikat teknologi itu mungkin akibat daripada kenyataan pemimpin tertinggi China tersebut yang menggalakkan penggunaan matawang digital serta blockchain.
    Biarlah apa yang dikatakan, menurut laporan yang disediakan oleh Google Trends, bilangan carian di Internet berkenaan topik matawang kripto bertambah sebanyak 30% pada minggu lalu, semua disebabkan oleh desakan ke atas Bitcoin. Namun jika pertumbuhan Bitcoin mengakibatkan pertambahan bilangan carian, perkara yang sama tidak berlaku sebaliknya. Seperti yang dijangka, pasaran kembali reda setelah keadaan huru-hara yang telah berlaku, turun naik menghampiri nilai kosong secara berperingkat, manakala sebut harga pula bergabung di zon $9,250, menghasilkan rajah yang dikenali sebagai “pennant” dalam analisis teknikal.
    Mengikuti matawang kripto utama (BTC/USD), altcoin ternama seperti Ethereum (ETH/USD), Ripple (XRP/USD) dan Litecoin (LTC/USD) juga sama pergerakannya. Jumlah modal pasaran kripto juga tidak terkecuali, dan sememangnya masuk akal kerana jumlahnya berkurangan sepanjang minggu daripada $257 bilion kepada $239 bilion.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pada 1 November, pihak ECB akan mula membeli aset bernilai 20 bilion di pasaran setiap bulan. Pada hari yang sama juga, bekas ketua IMF Christine Lagarde akan menggantikan Mario Draghi sebagai ketua Bank. Menurut sebilangan penganalisis, polisi kewangan yang dikawal selia penguatkuasa di Eropah akan menjadi lebih longgar di bawah pimpinan beliau. Ia seterusnya akan mengakibatkan kejatuhan nilai Euro jika dibandingkan dengan dolar.
    Namun terdapat juga senario yang bertentangan. Ada yang mengatakan Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan kadar faedahnya kepada kosong setelah mendapat tekanan daripada Trump. Ini akan menyelesaikan masalah berkenaan kecairan matawang dolar, menyediakan pasaran Amerika dengan wang murah, dan seterusnya membantu Trump dalam pilihanraya presiden untuk penggal kedua. Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, hutang kerajaan AS kini mencecah paras tertinggi iaitu sebanyak $23 trilion. Terus mencetak wang tanpa cagaran mungkin akan melemahkan lagi nilai dolar. Niat Trump untuk mengurangkan cukai pendapatan dalam janji pilihanraya beliau mungkin akan turut menyumbang kepada kejatuhan matawang AS.
    Situasi ini memaksa pelabur-pelabur besar untuk lebih berhati-hati, dan telah mengakibatkan turun naik bulanan bagi pasangan EUR/USD jatuh ke paras 4.5%. Penurunan ini hanya berlaku dua kali - pada 2007 dan juga 2014.
    Jika melihat pada masa terdekat, 60% penganalisis menjangkakan penurunan nilai dolar serta pertumbuhan Euro pada minggu hadapan, dan ia turut disokong oleh 90% pengayun serta indikator trend pada H4 dan D1. Sasaran paling hampir adalah lonjakan dan penyatuan pasangan ini dalam bentuk eselon di antara 1.1200-1.1250. Sasaran seterusnya adalah pada 1.1350 dan 1.1410.
    Manakala 40% penganalisis yang disokong oleh analisis grafik serta 10% lagi pengayun yang memberi isyarat bahawa matawang Eropah tersebut telah dibeli secara berlebihan memilih penurunan nilai Euro. Dalam senario ini, berkemungkinan pasangan ini akan bergerak di saluran sisi antara 1.1075-1.1175. Jika berlakunya penurunan hingga ke sempadan bawah, paras sokongan akan berkurangan di zon 1.1000.
    Pembentukan trend disekitarnya mungkin akan dipengaruhi oleh perubahan indeks aktiviti perniagaan ISM dalam sektor perkhidmatan, dan nilainya akan diketahui pada hari Selasa, 5 November. Menurut ramalan, nilainya mampu bertambah daripada 52.6 kepada 53.2, dan dalam jangka masa pendek ia mampu mengukuhkan nilai dolar;

  • GBP/USD. Hari Khamis, 7 November akan dikhususkan kepada kepada UK. Pada hari tersebut, Bank of England akan mengumumkan keputusan mereka terhadap kadar faedah, serta jumlah pembelian aset yang dirancang. Angka-angka ini mungkin tidak akan berubah. Justeru, tumpuan harus lebih banyak diberikan kepada ucapan ketua Bank iaitu Mark Carney, dan para pelabur mungkin ingin mengetahui apakah tindakan pihak berkuasa selepas keputusan pilihanraya awal di parlimen diperoleh. Walaupun begitu, Carney mungkin akan berselindung dan tidak memberikan sebarang kenyataan yang jelas.
    Buat masa ini, majoriti indikator adalah berwarna hijau. 65% penganalisis juga menjangkakan pound akan memperbaiki kedudukannya berbanding dolar setelah apa yang berlaku terhadap Euro. Paras rintangan paling hampir berada pada 1.3015, sasarannya pula adalah pada 1.3125.
    Baki 35% lagi, serta analisis grafik pada H4 dan D1 percaya pasangan GBP/USD akan kekal di koridor sisi antara 1.2790-1.3015. Jika ia melepasi sempadan bawah, sasaran seterusnya akan berada di zon 1.2700;
  • USD/JPY. Dijangka tidak akan ada sebarang kejutan daripada mesyuarat Jawatankuasa polisi kewangan Bank of Japan pada hari Isnin, 6 November nanti. Tambahan lagi, pihak berkuasa bukan saja tidak membuat sebarang pengesahan terhadap kebolehubahan hasilnya, malah mereka juga mengubah tarikh akhirnya. Kini bukan lagi “sehingga 2020” tetapi “selama yang ia perlukan”. Sebaliknya, nilai yen akan terkesan pada hari Selasa akibat daripada indeks aktiviti perniagaan ISM dalam sektor perkhidmatan di AS.
    Buat masa ini, pendapat para penganalisis terbahagi seperti berikut: 65% yang turut disokong 75% indikator memilih penurunan pasangan ini ke paras lebih rendah, 30% lagi yang disokong oleh baki 25% indikator memihak kepada bull. Paras sokongan berada pada 107.50 dan 106.65, manakala paras rintangan pula berada pada 108.50, 109.00, 109.30 dan 110.70;
  • Matawang Kripto. Darrell Duffy, seorang profesor Ekonomi di Universiti Stanford percaya Bitcoin dan juga matawang kripto yang lain mampu untuk menggantikan sepenuhnya sistem perbankan sedia ada dalam tempoh 10 tahun lagi. Tekanan oleh pihak berkuasa terhadap Libra serta projek-projek lain yang menyakinkan juga adalah suatu kesilapan besar. “Pihak berkuasa pasti akan menyesal kerana tidak sependapat dengan Zuckerberg serta pembangun-pembangun yang lain. Matawang kripto bayangan yang memiliki komuniti sebesar itu (Facebook) boleh memusnahkan sistem kewangan dengan mudah dalam masa beberapa bulan saja,” jelas Duffy.
    Namun, jika kita beralih dari tempoh masa 10 tahun kepada 7 hari, selera kebanyakan penganalisis adalah lebih sederhana. 50% daripada mereka berharap trend sisi di sepanjang garis penyatuan di koridor antara $9,000-9,500 akan terus berlaku. 25% percaya nilai pasangan BTC/USD akan mencecah zon $9,700-10,000, dan baki 25% lagi mahukan yang sebaliknya, ingin melihat nilainya berada di sekitar $8,100-8,500.
    Bagi ramalan jangka sederhana pula, 80% penganalisis percaya pasangan ini akan mencapai sasaran tahun 2020 di zon $10,500-11,000.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami