Oktober 29, 2019

Salah satu tumpuan utama NordFX adalah untuk menambah baik kemahiran para pelabur, bertujuan untuk memperbaiki hasil yang diperoleh daripada berdagang di pasaran kewangan.

Demi mencapai tujuan ini, syarikat menawarkan peluang latihan secara dalam talian mahupun luar talian kepada para pelanggannya. Semua ini penting supaya mereka boleh menggunakan pelbagai produk dan alatan yang sering dikemas kini serta ditambah baik.

Selain daripada pilihan pasangan matawang yang meluas, pelanggan NordFX boleh melakukan transaksi dengan menggunakan matawang kripto utama, termasuklah bitcoin serta altcoin ternama, berdagang logam berharga, minyak, dan juga membuka posisi dagangan terhadap indeks saham utama, seperti Nasdaq, Dow Jones, Nikkei, dll.

Dana Pelaburan NordFX juga memiliki tarikannya sendiri, ia memberi pelabur akses kepada saham-saham syarikat gergasi dunia, seperti Apple, Ferrari, Boeing, Coca-Cola, Microsoft, Visa, Google, Alibaba dan banyak lagi, walaupun dengan modal yang kecil.

Buat masa ini, jika anda ke laman web NordFX, para pelanggan syarikat boleh menggunakan sepenuhnya kandungan video dan material pembelajaran yang mengagumkan, direka khas untuk pedagang baru dan juga pedagang yang berpengalaman. Pada tahun ini, Ensiklopedia Elektronik Forex Paling Ringkas yang ditulis untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia dagangan matawang telah diterbitkan. Namun, sudah semestinya, seminar yang dijalankan oleh pekerja syarikat serta rakan kongsi NordFX yang memiliki pengalaman berdagang juga amat penting.

Justeru, satu majlis telah diadakan pada bulan Oktober lalu di pusat industri terbesar di Vietnam iaitu Ho Chi Minh, dan dijalankan dengan penuh kelainan – ia berbentuk bual bicara, dihadiri oleh wakil dari forum TraderViet dan juga NordFX, dan saling memberi jawapan kepada bilangan penonton yang agak besar. Semasa sesi tersebut dijalankan, semua 130 orang peserta telah mencuba nasib mereka dengan kuiz khas, berkongsi maklumat, berbincang bersama mereka yang sependapat, serta menerima hadiah dan juga cenderahati menarik dari NordFX.

 

Perlu diingat acara ini bukan satu-satunya yang dihadiri NordFX di Vietnam. Bulan lalu, syarikat ini telah mengambil bahagian di Sidang Kemuncak Pengajian Kewangan Saigon (SFES), dan pada 9 November, 2019, kami tidak sabar untuk bertemu dengan semua orang di Pesta Pedagang Vietnam yang akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Ho Chi Minh City – Windsor Plaza Hotel.

Masuk adalah percuma. Ketahui lebih lanjut di https://vietnam.tradersfair.com/.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami