September 30, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika sesuatu bencana menimpa Trump, ia memberi kelebihan kepada dolar. Bukti kesimpulan ini ada pada carta sebut harga. Selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine, kini Presiden negara AS itu mahu dipecat, dan indeks dolar sudahpun melonjak ke paras di sekitar 99.00. Kemudian matawang euro kerugian 100 mata lagi, akibatnya pasangan EUR/USD memperbaharui paras terendahnya, mengakhiri minggu tersebut pada 1.0940 iaitu paras terendah bulan April 2017;
  • GBP/USD. Pertumbuhan nilai dolar bukan saja disebabkan oleh kelembapan ekonomi di serantau benua, malah ia juga berpunca daripada kebimbangan mengenai Brexit. Parlimen Britain sudah buntu untuk berunding dengan Perdana Menteri Boris Johnson, kesudahannya beliau melancarkan konfrontasi dengan Parlimen dan juga Brussels yang tidak mahu berkompromi. Dalam situasi seperti ini, pihak Bank mungkin terpaksa menurunkan kadar faedah walaupun Brexit tanpa sebarang perjanjian dapat dielakkan, jelas salah seorang ahli Jawatankuasa Polisi Kewangan di Bank of England, Michael Saunders.
    Kenyataan yang dibuat “pihak atasan” seperti itu telah menurunkan nilai pound ke paras yang lebih rendah. Akibatnya, seperti yang diramal kebanyakan penganalisis (60%), nilai matawang British itu jatuh lebih daripada 200 mata, dan nilainya hanyalah 1.229 dolar AS bagi setiap pound pada penghujung sesi dagangan mingguan;
  • USD/JPY. Jika diingat semula, kebanyakan penganalisis (65%) menyokong bear dengan memilih penurunan nilai dolar dan kembalinya pasangan ini ke paras di antara 105.75-106.75. Sememangnya, pasangan ini jatuh sejak bermulanya sesi dagangan, turun ke paras 106.95 pada petang Selasa. Kemudian, diikuti pula dengan satu pusingan U, dan pasangan ini kembali berada pada paras permulaan tujuh hari lalu, mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 107.95;
  • Cryptocurrencies. Apa yang ditakuti bull benar-benar telah berlaku. Semua orang berpendapat nilai Bitcoin yang berada di sekitar $10,000 sepanjang tiga bulan yang lalu seharusnya berakhir dengan kejayaan. Namun, adakah ia bergerak ke arah yang betul? Senario yang menunjukkan pasangan ini akan jatuh ke sekitar $8,000 dan turut disokong oleh 35% penganalisis telah menjadi kenyataan. Pada 24 September, nilai matawang kripto asas jatuh hampir 17% daripada nilai asalnya dan berada pada paras $8,115 pada hari yang telahpun dikenali sebagai Black Tuesday. (Semasa berlakunya “minute flow” di bursa kripto Binance, seorang pelabur berjaya membeli bitcoin dengan nilai hanya $1,800). Usaha bull bagi mendapatkan semula kerugian nampaknya tidak berhasil. Disebabkan penutupan order telah tercetus, posisi long sebanyak $650 juta telah ditutup pada salah satu bursa matawang kripto BitMEX saja. Penurunan ini berterusan pada hari Khamis dan pasangan BTC/USD ini menemui paras terendahnya apabila berada hampir pada $7,700.
    Menurut satu pendapat, kejatuhan pasaran ini dikaitkan dengan kekecewaan terhadap volum yang didagangkan di platform Bakkt, platform bagi dagangan matawang kripto hadapan. Jika diingat kembali, dagangan ini bermula pada hari Isnin, 23 September, dan hanya 71 kontrak saja berjaya dijual pada hari pertama dengan volum 1 BTC bagi setiap satunya. Dagangan hadapan seharusnya dapat membantu industri kripto. Namun, sebaliknya yang telah berlaku, dan “Black Tuesday” pula berlaku sehari selepas Bakkt dimulakan.
    Menjadi kebiasaan, jika nilai Bitcoin jatuh, ia akan membawa altcoin bersama-sama. Justeru, nilai terendah Ethereum (ETH/USD) berada pada $154.3 (turun 30%), Litecoin (LTC/USD) - berada pada $50.5 (turun 34%), Ripple (XRP/USD) pula - $0.213 (turun 28%). Jumlah keseluruhan modal pasaran matawang kripto jatuh lebih daripada 20% dalam tempoh tujuh hari, dari $277 bilion kepada $218 bilion.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Nilai dolar terus mendapat permintaan walaupun terdapat kekeliruan berkenaan Brexit serta statistik ekonomi yang lemah di EU. Perkara ini turut dibantu oleh hasil bidaan bon Perbendaharaan AS yang tinggi serta sikap optimis terhadap perkembangan perang dagangan antara AS-China. Justeru, Menteri Perdagangan China pada minggu lalu telah menyatakan harapan beliau mengenai kedudukan yang menguntungkan kedua-dua pihak hanya boleh didapati dalam rundingan bersama Amerika Syarikat.
    Namun, disebalik berita menggembirakan ini, terdapat juga kisah yang lain. Ia berkenaan ketidakpuashatian Trump dan pentadbirannya mengenai pertumbuhan nilai dolar yang memberi kesan negatif terhadap daya saing industri di Amerika. Dalam hal ini, bolehlah kita jangkakan pihak Rizab Persekutuan akan mengambil langkah bagi melonggarkan kuantitatif (QE) mereka setelah mendapat tekanan daripada Presiden AS, sekurang-kurangnya ia dapat memperlahankan pengukuhan matawang AS.
    Kita akan dapat lihat banyak berita berkenaan ekonomi di Eropah dan juga Amerika Syarikat pada minggu ini. Nilai awal Indeks Pengguna Jerman (German Consumer Index) dan juga di EU akan dikeluarkan pada 30 September dan 1 Oktober. Pada hari Selasa, 1 Oktober dan Rabu, 2 Oktober pula, Indeks Aktiviti Perniagaan ISM (ISM Business Activity Indices) bagi sektor pembuatan serta perkhidmatan di AS akan dikeluarkan. Pada hari Jumaat pertama bulan yang akan datang nanti, statistik pasaran buruh AS, termasuklah NFP biasanya akan dikeluarkan. Minggu perniagaan akan diakhiri dengan ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, J. Powell.
    Berkenaan dengan pendapat penganalisis pula, 55% daripada mereka menjangkakan pembetulan ke atas pasangan EUR/USD dan menaikkannya ke zon di antara 1.1000-1.1100. 15% pengayun pada D1 serta W1 juga menyokong senario ini, memberi isyarat bahawa pasangan ini telahpun terlebih jual. Baki 45% penganalisis bersama-sama dengan sebilangan besar indikator telah memihak kepada bear, mereka mengunjurkan pengukuhan nilai dolar serta penurunan pasangan ini menghampiri paras 1.0800. Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.0885. Pendapat berbeza yang lebih berkompromi dibuat oleh analisis grafik pada D1: pertama sekali, penurunannya ke paras 1.0800, kemudian bergerak di saluran antara 1.0800-1.0885 dan akhir sekali kembali pada paras 1.1000;
  • GBP/USD. Pada hari Isnin, hari terakhir bulan September, data KDNK UK bagi suku kedua akan dikeluarkan. Indikator ini dilihat akan mengalami peningkatan sebanyak 0.7% (dari -0.2% kepada +0.5%). Namun, ia tidak akan memberi kesan berpanjangan terhadap nilai pound kerana kadar tukarannya masih lagi ditentukan oleh kekeliruan yang berpunca daripada tarikh akhir Brexit yang semakin hampir, iaitu pada 30 Oktober.
    Dalam situasi ini, 45% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik pada D1 dan juga kebanyakan indikator telah mengunjurkan pasangan ini akan cuba untuk memperbaharui paras terendahnya pada 3 September lalu iaitu 1.1960. Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.2210, 1.2080, 1.2015.
    25% penganalisis lagi telah memilih pergerakan lateral pasangan ini di sepanjang Pivot Point miliknya iaitu pada 1.2300. Baki 30% penganalisis pula menjangkakan pertumbuhan pasangan ini ke paras 1.2500. Ramalan tersebut turut disokong oleh 15% pengayun pada H4 dan juga D1 yang telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telahpun terlebih jual. Paras rintangan paling hampir adalah di zon di antara 1.2385-1.2415;
  • USD/JPY. Bagi matawang yen, para pelabur masih lagi menunggu perkembangan terbaru perang dagangan antara AS-China dan juga keputusan mesyuarat Bank of Japan yang akan diadakan pada penghujung Oktober nanti, keputusan yang diharap mampu mendorong penyeliaan ke atas ekonomi negara tersebut. Menaikkan nilai yen mungkin akan mengurangkan hasil perolehan daripada bon AS.
    Dalam masa yang sama, pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut. 40% penganalisis serta analisis grafik pada D1 telah memilih penurunan pasangan ini. Sasaran mereka adalah untuk melepasi paras sokongan di zon 107.00 dam peralihannya ke zon di antara 105.75-106.70. Sasaran seterusnya pula adalah pada 105.00. 60% penganalisis, 100% indikator trend pada H4 serta 90% lagi pada D1 berpendapat pasangan ini akan mencecah zon 109.00. Paras rintangan paling hampir adalah pada 108.50;
  • Matawang Kripto. Nampaknya huru-hara yang berkaitan dengan iklim planet ini turut terkesan pada pasaran kripto. Musim keuntungan yang dijanjikan Thomas Lee, seorang pelabur terkenal tidak kunjung tiba, hanya satu lagi musim yang membosankan. Lonjakan nilai Bitcoin kepada 50, 100, atau 200 ribu dolar masih belum lagi berlaku. Hakikatnya, nilai semasa yang tidak bertumbuh walaupun pulih daripada $7,700 menunjukkan minat dikalangan para pelabur mula berkurangan.
    Indeks Fear & Greed matawang kripto pula mencecah paras “12” pada hari Khamis, sesuai dengan perasaan yang “terlalu takut”. Menurut para pembangun indeks tersebut, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat posisi “long”, namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiada aktiviti pembelian yang aktif. Berkemungkinan ia hanya akan bermula apabila nilainya mula mencecah zon di antara $7,000-7,400.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami