Ogos 24, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Secara tradisinya, Simposium Ekonomi Tahunan Jackson Hole (The Jackson Hole Annual Economic Symposium) akan memberi gambaran lebih jelas berkenaan polisi kewangan AS. Disebabkan itu pasaran menanti-nantikan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada majlis tersebut.
    Di sebalik itu, semasa Alan Greenspan memegang jawatan Ketua Rizab Persekutuan, timbul satu lagi tradisi berlainan: memberi sebanyak mungkin kekaburan ketika menjawab soalan, dengan itu tiada sebarang janji khusus yang boleh dikaitkan kepada sesiapa.
    Inilah yang dilakukan Powell semasa majlis Jackson Hole pada hari Jumaat 23 Ogos. Beliau tidak menerangkan dengan jelas mengenai kadar yang akan ditetapkan oleh pihak Rizab pada masa hadapan, dan memberitahu tiada sebab mengapa beliau perlu memberi jawapan tertentu. Namun, beliau ada mengatakan pihak Rizab bersedia untuk menyediakan lebih banyak insentif jika kelembapan terhadap pertumbuhan ekonomi berlaku.
    Powell juga tidak dapat mengelak daripada memberi bayangan tentang kekusutan yang dihadapi Bank Pusat Amerika angkara perang dagangan yang dimulakan Presiden AS.
    Menyebut tentang perang dagangan. Dalam EU sendiri, satu pelan tindakan balas ke atas tarif dagangan yang diperkenalkan oleh Trump kini hampir selesai. Satu skim serangan balas yang menyasarkan gergasi teknologi milik Amerika seperti Apple, Amazon, Facebook, dan Google dihurai secara jelas sebanyak 173 muka surat. Serangan balas ini juga mungkin melibatkan pelaksanaan duti ke atas barangan dari Amerika Syarikat secara unilateral. Selari dengan tindakan tersebut, terdapat juga cadangan untuk membuat pelaburan sebanyak €100 bilion ke atas saham syarikat-syarikat di Eropah bagi meningkatkan daya saing dan berada pada tahap yang sama dengan syarikat dari AS dan juga China.
    Kembali kepada Powell, walaupun ucapannya dipenuhi dengan kekaburan, dan juga percanggahan pendapat dikalangan ahli-ahlinya, ramai pelabur di pasaran menjangkakan akan berlakunya satu atau dua (mungkin tiga) kali lagi pengurangan ke atas kadar asas sebelum berakhirnya tahun 2019. Tambahan lagi, pengurangan seterusnya akan diumumkan pada 18 September ini.
    Seperti biasa, sentimen pasaran seperti ini tidak akan memberi kesan kepada sebut harga, namun pasangan ini hampir mencecah ketinggian 1.1150 pada petang Jumaat;
  • GBP/USD. Selain daripada ketua Rizab Persekutuan, Mark Carney selaku ketua Bank of England turut berucap pada hari Jumaat, 23 Ogos lalu. Namun, ucapan yang dibuat Kaunselor Jerman, Angela Merkel sehari sebelum negara Great Britain mencapai persetujuan dengan EU mengenai Brexit yang perlu dibuat sebelum 31 Oktober telah memberi kesan yang amat besar terhadap pasaran. Pastinya ia hanya satu rancangan, namun ia banyak membantu pound: disebabkan ucapan itu, matawang British ini mencapai paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu, melonjak naik ke paras 1.2272 pada hari Khamis, 22 Ogos. Ia diikuti pula dengan sedikit penurunan, namun bull kembali mengambil tempat selepas ucapan oleh pihak Rizab, melonjakkan sebut harga ke paras 1.2285 pada penghujung minggu;
  • USD/JPY. Tidak diragui lagi kebimbangan yang berterusan oleh para pelabur tentang nasib mereka di pasaran. Ia dianggap biasa jika kita melihat pada apa yang telah berlaku, Yen Jepun menjadi matawang terbaik dikalangan matawang G10, bukan hanya untuk bulan Ogos, malah untuk dua tiga bulan terakhir tahun 2019 ini, mengambil tempat sebagai matawang selamat daripada perang dagangan dan kewangan yang sedang berlaku. Dalam masa yang sama, para penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik pada H4 telah meramalkan pasangan ini akan “berehat” dan hanya bergerak di saluran sisi antara 105.00-107.00 pada minggu lalu. Itulah yang berlaku sehingga Jumaat malam. Tambahan pula, koridornya lebih sempit: sempadannya hanya dibatasi dengan 50 mata iaitu pada 106.20 dan 106.70.
    Prestasi yang ditunjukkan Powel pada petang Jumaat, 23 Ogos telah menolak pasangan ini ke bawah, namun ia tidak berjaya mencecah paras 105.00, mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 105.40; 
  • Matawang Kripto. Kami telah rumuskan dalam ramalan sebelum ini bahawa Indeks Fear & Greed Bitcoin berada pada paras Greed. Kegerunan inilah yang telah menyebabkan kejatuhan berterusan turun naiknya (ingat kembali, penanda segitiga pada carta minggu lalu, bucu-bucunya bertemu di zon antara $10,400-10.500).
    Ramalan tersebut ternyata tepat, pasangan BTC/USD tidak melepasi sempadan antara $9,785-10,980 sepanjang tempoh tujuh hari dagangan, ini menunjukkan penyatuan berlaku pada paras $10,385. Turun naik altcoin utama juga bergerak pada julat antara 11-13%: Litecoin (LTC/USD), Ripple (XRP/USD) dan Ethereum (ETH/USD).
    Kesimpulan yang dapat dibuat: pasaran berada dalam keadaan ketidaktentuan, dan para pelabur, bull dan juga bear, takut untuk mengambil risiko, gagal untuk menjangkakan sebarang isyarat yang jelas.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pertemuan para pemimpin negara G7 pada 24-26 Ogos ini adalah antara peristiwa yang akan berlaku pada penghujung musim panas. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Namun, hasil rundingan antara ketua-ketua negara G7 ini tidak semestinya akan menghasilkan sebarang trend kukuh pada pasaran tukaran asing. Kemungkinan besar, para pemimpin ini hanya akan mendesak ketua bank pusat negara mereka untuk bertindak secara aktif terhadap ancaman ekonomi dari dalam mahupun luaran. Para pelabur lebih bimbang mengenai pengurangan kadar faedah ke atas euro yang akan dibuat pada bulan September serta reanimasi semula program QE oleh Bank Pusat Kesatuan Eropah, dan juga bila dan berapa banyak kadar faedah yang akan dipotong pihak Rizab Persekutuan.
    Selepas ucapan yang dibuat Jerome Powell pada malam 23 Ogos lalu dan juga kenaikan mendadak pasangan ini, menjadi perkara biasa kedua-dua analisis grafik serta kebanyakan indikator pada H4 menunjukkan arah atas. Namun, situasi berbeza pada D1: 70% indikator trend menunjukkan warna merah, dan dikalangan pengayun, warna yang wujud adalah merah ataupun kelabu neutral. Dalam masa yang sama, 10% daripada mereka sudah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli
    Nilai dolar yang semakin kukuh serta kembalinya pasangan ini di kedudukan terendah bulan Ogos antara 1.1025-1.1050 turut diunjur 65% penganalisis. Alternatif bagi pendapat ini dibuat oleh baki 35% penganalisis, mereka merasakan pasangan ini mungkin akan tiba di zon antara 1.1200-1.1250. Sasaran mereka seterusnya adalah 100 mata lebih tinggi;

  • GBP/USD. Rancak seperti Brexit, dunia turut membincangkan hal mengenai Perdana Menteri British yang baru, Boris Johnson meletakkan kakinya pada sebuah meja semasa bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Macron kekal menjadi salah seorang penyokong yang konsisten dalam pendirian tegas terhadap hubungan EU dengan Britain. Mungkin rakan sejawat beliau dari British itu dengan sedikit kasar ingin menyatakan British tidak kisah langsung tentang pendirian yang diambil Perancis?
    Sudah tentu, Merkel, Macron, dan Johnson akan sekali lagi bertemu pada pertemuan G7 nanti, namun kebarangkalian untuk Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian masih lagi tinggi seperti sebelum ini. Disebabkan itu, 70% penganalisis, dipersetujui sepenuhnya oleh analisis grafik pada H4 dan juga D1 mengjangkakan trend penurunan yang berterusan serta pengurangan nilai pasangan ini ke paras terendah pada 12 Ogos iaitu 1.2015. Zon rintangan paling hampir adalah antara 1.2280-1.2320, paras sokongan pula di sekitar 1.2180-1.2200 dan juga 1.2075-1.2100.
    30% penganalisis terus kekal memihak kepada bull, mereka percaya berita baik berkenaan perjanjian Brexit masih belum berakhir, dan pasangan ini masih lagi mampu untuk naik ke zon di antara 1.2415-1.2520. Lebih daripada 70% indikator turut menyokong pendapat ini. Namun, 15% pengayun pada D1 sudah memberi isyarat bahawa pasangan ini telahpun terlebih beli;
  • USD/JPY. Penganalisis (70%) juga membuat unjuran mengenai pengukuhan nilai dolar berbanding yen. Walaupun matawang Jepun dan juga franc Swiss ternyata menjadi pilihan matawang selamat paling popular, kebanyakan pelabur-pelabur utama telah mula membuka posisi short, menukarkan modal mereka kepada emas.
    Ucapan wakil Bank of Japan Sayuri Shirai yang membuat kenyataan pada hari Khamis 22 Ogos memberi kelebihan kepada yen. Beliau berkata, untuk mengelakkan kemelesetan yang bakal berlaku, bank tersebut akan mengurangkan lagi kadar faedah, dengan nilai yang kini berada pada paras negatif dan berjumlah negatif 0.1%.
    Sasaran paling hampir bagi bull adalah kembali ke zon antara 106.20-106.70, kemudian berpecah dan bersatu semula pada paras melebihi 107.00. Bagi bear (30%) pula yang turut mendapat sokongan 90% indikator pada D1, mereka ingin melepasi paras terendah di zon 105.00 lalu menetapkan kedudukan pasangan ini pada paras terendah Mac 2018 iaitu 104.60;     
  • Matawang Kripto. Secara umum, khabar berita yang ada agak menggalakkan: Bank of America merancang untuk mempatenkan sistem storan selamat bagi aset digital. Sebuah lagi bank AS, Silvergate, telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan produk baru mereka – pengeluaran pinjaman terhadap matawang kripto. Satu kajian yang dijalankan oleh Nobl Insurance menunjukkan pasaran matawang kripto telah bertumbuh 48% daripada tahun 2018 sehingga 2019 dan akan terus berkembang dalam tempoh 12 bulan seterusnya.
    Terdapat satu lagi berita yang menarik. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli ekonomi AS Jim Rickards, negara Rusia dan juga China sedang bersama-sama menghasilkan matawang kripto mereka sendiri, dan nilainya adalah berdasarkan emas. Pada pendapat beliau, inilah sebabnya kedua-dua negara tersebut membeli logam berharga itu secara aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
    Ada percanggahan terhadap pendapat Rickards itu. Pertama sekali, mengapa Rusia dan China mahu bergabung dalam menghasilkan matawang kripto? Setiap negara itu mampu untuk mengeluarkan matawang kripto mereka sendiri. Yang kedua, berkenaan pertambahan rizab emas mereka, berkemungkinan besar untuk mengurangkan kebergantungan mereka terhadap dolar AS, dan bukan untuk menghasilkan sebarang coin digital.
    Bagi ramalan pula, seperti biasa, peminat kripto akan sedaya-upaya untuk melonjakkan nilai bitcoin. Kali ini, pelabur terkemuka Alex Kruger telah membuat kenyataan yang bersifat ramalan. Menurutnya, kos penghasilan bitcoin akan bertambah tidak lama lagi dan akan mencecah nilai 50 ribu dolar menjelang akhir 2021. Namun dalam masa yang sama, Kruger berkata semua ini akan berlaku … hanya jika kedudukan coin itu kini berada pada nilai melebihi 10 ribu dolar. Apa komen pelabur yang lain mengenainya?
    Baru-baru ini Indeks Fear & Greed Bitcoin turun ke paras Extreme Fear. 70% penganalisis mengunjurkan penurunan nilai lebih rendah, namun mereka telah menyasarkan dengan tepat julat paras penurunan ini di zon antara $9,000-9,500. Terdapat kebarangkalian, jika nilai Bitcoin berjaya naik semula dari paras sokongan ini, nilainya mungkin akan mula mencecah paras $12,000 dan juga $20,000. Namun, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu dan kita perlu mendapatkan isyarat yang lebih jelas lagi.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami