Julai 20, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika diingat kembali majoriti penganalisis (65%) mengunjurkan nilai dolar yang semakin kukuh dan penurunan pasangan ini ke zon antara 1.1150-1.1200. Pasangan ini memang bergerak ke bawah, turun sehingga ke paras 1.1200 pada malan 16-17 Julai. Namun, kekuatan bear habis di situ, dan bull mengembalikan pasangan ini pada kedudukan ia bermula pada hari Isnin, 15 Julai iaitu 1.1285 dua hari kemudian. Ini bermakna, untuk dua minggu berturut-turut, pasangan ini berada di saluran sisi yang agak sempit, mengehadkan turun naiknya ke sempadan antara 1.1190-1.1285. Keadaan tenang ini (mungkin sebelum ribut melanda) bukanlah berpunca daripada pelabur yang menghabiskan cuti musim panas, tetapi unjuran yang akan dibuat semasa mesyuarat ECB pada hari Khamis 25 Julai nanti, di mana pihak berkuasa Eropah itu dilihat akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah;
  • GBP/USD. Jika anda lihat pada carta D1, boleh dikatakan matawang pound mengalami satu lagi pembetulan dari segi teknikal pada minggu lalu. Ini berpunca daripada data pendapatan serta jualan runcit yang kukuh di UK. Namun secara keseluruhannya, semua yang diunjur majoriti penganalisis (60%) memang berlaku. Melalui fasa trend menurun sejak pertengahan Mac, pasangan ini sekali lagi cuba bergerak ke paras sokongan di zon 1.2440 pada mulanya, kemudian melepasinya dan mencecah paras terendah pada 3 Januari 2019 iaitu 1.2405, diikuti pula dengan penurunan sebanyak 25 poin dan tiba pada paras 1.2380 dan akhir sekali beralih pergerakan arahnya. Setelah melalui proses pembetulan, pasangan ini melonjak hampir 180 poin dan mengakhiri minggu tersebut di zon 1.2500;
  • USD/JPY. Lumrahnya, dinamik pergerakan pasangan ini berhubung kait dengan ramalan penganalisis. Namun, julat turun naiknya sedikit rendah daripada yang dijangka. Berbanding nilai pertumbuhan kukuh yang dikaji berdasarkan indeks Dow Jones Industrial Average, satu pertiga daripada penganalisis mengharapkan ia naik ke zon di ketinggian antara 108.50-109.00 pada permulaan minggu. Walau bagaimanapun, bull hanya berjaya membawa ia ke paras 108.37 saja. Selepas itu, peluang dimiliki bear dan seperti yang diramal 70% penganalisis, nilai pasangan ini jatuh ke paras terendah bulan Jun di sekitar 106.75-107.00. Namun ia kerugian 20 poin daripada yang disasarkan. Penurunan berhenti pada paras 107.20. Kemudian diikuti dengan trend ke atas, dan pasangan ini mengakhiri minggu pada paras sekitar 107.70;
  • Matawang Kripto. Secara harfiahnya pihak berwajib AS menentang kemahuan Facebook untuk melancarkan matawang kripto mereka sendiri iaitu Libra. Tambahan lagi, Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan di Dewan Rakyat negara itu telah mempersiapkan rang undang-undang bagi menghalang penghasilan matawang kripto bukan saja oleh Facebook, malah mana-mana syarikat besar lain dengan keuntungan tahunan melebihi $25 bilion (seperti Google). Jika Trump bersetuju dengan rang undang-undang ini, pesalah akan dikenakan denda sebanyak $1 juta setiap hari. Walaupun keuntungan yang boleh diperoleh Facebook daripada Libra lebih tinggi daripada nilai denda yang disebutkan, syarikat berkenaan mungkin tidak akan meneruskan projek tersebut dengan alasan tidak mahu memburukkan lagi hubungan sedia ada dengan pihak berkuasa.
    Atas dasar ini, nilai Bitcoin terus jatuh, mencecah nilai terendah sepanjang empat minggu di sekitar $9,080. Memang benar terdapat pergerakan ke arah atas, dan ia mengurangkan kerugian yang dialami pasangan BTC/USD dengan peratusan sebanyak 11% dalam tempoh tujuh hari.
    Ethereum (ETH/USD) dan Ripple (XRP/USD) juga mengalami penurunan. Namun Litecoin (LTC/USD) berjaya kembali kepada nilai asal pada pertengahan minggu: para pelabur mula membeli altcoin setelah merasakan ia dinilaikan lebih rendah daripada yang sepatutnya menjelang pertengahan bulan Ogos.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pasaran terus dikuasai harapan para pelabur untuk berlakunya penurunan kadar faedah dalam masa terdekat ini oleh pihak Rizab Persekutuan AS dan juga ECB. Seperti yang telah dibincangkan, para pelabur tidak menyingkirkan kemungkinan pihak berwajib di Eropah akan membuat pengumuman tersebut pada hari Khamis, 25 Julai nanti. Namun ramai penganalisis percaya kadar sedia ada iaitu pada nilai kosong akan terus kekal sehingga penghujung September. Jika berlakunya penurunan, nilai pasangan ini akan jatuh menjunam. Jika kadarnya kekal, mungkin turun naik nilai pasangan ini tidak akan berlaku secara mendadak. Selain itu, walaupun pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan, namun situasi di Eurozone tidaklah begitu teruk: nilai harga pembuatan masih bertumbuh, dan lebihan nilai operasi semasa bagi bulan Jun adalah hampir €30 bilion (berbanding €22.5 bilion untuk bulan April). Walaupun perang dagangan masih berterusan, semua perkara ini masih lagi berlaku!
    Amat menarik untuk melihat apakah langkah yang akan diambil AS dalam situasi ini. Dalam Twitternya dengan nada yang agak marah, Presiden Trump berkata polisi pelonggaran kuantitatif yang diambil ECB serta penyusutan nilai euro berbanding dolar akan membolehkan EU “bersaing dengan Amerika Syarikat secara tidak adil”. “Negara-negara Eropah sudah lama mengambil kesempatan – sama seperti China dan negara lain!”, tambah Trump lagi, dan semua ini mengukuhkan lagi harapan para pelabur mengenai penurunan nilai dolar serta pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan.
    Siapakah yang akan memperoleh kemenangan, euro ataupun dolar? Lebih banyak soalan daripada jawapan. Tambahan pula, kenyataan yang dibuat Setiausaha Perbendaharaan AS Stephen Mnuchin adalah bertentangan dengan pendapat Trump. Apa yang berlaku baru-baru ini adalah, selepas pertemuan menteri kewangan negara G7 di Perancis, Mnuchin memberi jaminan kepada para wartawan bahawa tiada sebarang perubahan polisi ke atas nilai dolar yang kukuh buat masa ini.
    Dalam masa yang sama, majoriti penganalisis – 75% mengunjurkan pasangan ini untuk naik ke paras di antara 1.1350-1.1415. Paras rintangan paling hampir adalah pada 1.1285.
    Baki 25% penganalisis serta 90% pengayun serta 100% indikator trend pada D1 tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Mereka menjangkakan penurunan pasangan ini ke paras terendah musim bunga di sekitar 1.1100-1.1115.
    Antara perkara yang mampu mempengaruhi pembentukan trend jangka pendek pada minggu ini adalah disebabkan pengeluaran data-data berikut: 23 Julai – hasil kajian bank peminjam di Eurozone, 24 Julai – indikator indeks perniagaan Markit di Jerman serta di Eurozone, dan pada hari Jumaat 26 Julai pula, data KDNK tahunan di AS.
  • GBP/USD. Pada hari Selasa, minit mesyuarat Jawatankuasa Polisi Kewangan UK akan dikeluarkan. Namun, dokumen penting seperti ini mungkin tidak mendapat perhatian para pelabur oleh sebab perkara yang lebih penting yang akan berlaku pada hari yang sama. Pada 23 Julai, selepas keputusan kiraan undian diperoleh, Parti Konservatif British akan mengumumkan nama perdana menteri yang baru. Terdapat dua calon bagi jawatan ini: bekas datuk bandar London dan juga bekas menteri luar, Boris Johnson, serta menteri luar sekarang ini iaitu Jeremy Hunt. Apa yang bakal berlaku pada Brexit akan bergantung kepada siapa yang akan menyandang jawatan tersebut – apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk keluar daripada EU, mengikut keadaan sekarang ataupun terdapat syarat-syarat tertentu.
    Kebanyakan penganalisis (65%) mengunjurkan pengukuhan nilai pound dan pertumbuhan pasangan ini ke zon di antara 1.2650-1.2750. Paras rintangan paling hampir adalah pada paras 1.2575. Baki 35% penganalisis percaya bahawa sebelum pasangan ini naik ke atas, ia seharusnya kembali ke zon di antara 1.2380-1.2405. Analisis grafik pada D1 memberi pendapat yang lebih radikal. Menurut ramalannya, pasangan ini akan menembusi paras sokongan di zon 1.2400 dan turun lebih rendah setelah kehilangan 200 poin dalam tempoh dua minggu;
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, analisis grafik pada D1 melakarkan pergerakan pada julat antara 106.75-108.35, dan naik ke paras 109.00 selepas itu. Namun, hanya 40% penganalisis bersetuju dengan ramalan ini, dan ia adalah berdasarkan statistik makroekonomi yang dikeluarkan baru-baru ini.
    Jika diingat sasaran kadar inflasi yang dibuat Bank of Japan adalah 2%. Namun semua itu adalah angan-angan saja. Kadar inflasi bulan Jun 2019 adalah sama seperti setahun yang lalu iaitu pada 0.7%. Dalam situasi ini, pihak berwajib di Jepun akan mula memikirkan tentang menurunkan kadar faedah, langkah sama yang diambil oleh negara-negara serantau lain di Asia Pasifik seperti Australia, India, Indonesia serta Korea Selatan.
    Baki 60% penganalisis percaya Bank of Japan tidak akan mengambil langkah tersebut. Pada pandangan mereka, kebarangkalian kadar dolar diturunkan pada mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang akan berlangsung pada 31 Julai adalah lebih tinggi. Jika benar, pasangan ini bukan saja akan turun ke paras 106.75, malah ia akan turun melepasi paras terendah pada bulan Januari 2019 iaitu di sekitar 105.00. 90% pengayun dan juga 100% indikator pada D1 turut memihak kepada bear;

  • Matawang Kripto. Pada penghujung hari Jumaat, 19 Julai, pasangan BTC/USD berada di sekitar paras sokongan yang kukuh dalam tempoh empat minggu (kini telah menjadi paras rintangan) iaitu pada $10,500. Walaupun agak mustahil bagi memformulasikan ramalan yang tepat buat masa ini, majoriti penganalisis (65%) bersetuju dengan pertumbuhan pasangan tersebut apabila mereka beralih pada ramalan jangka sederhana.
    Dalam hal ini, masalah untuk Facebook, Google mahupun syarikat-syarikat besar lain dalam menghasilkan altcoin mereka sendiri telah memberi kelebihan kepada bitcoin. Tidak seperti Libra, bitcoin adalah matawang kripto terpencar, dan kerajaan AS tidak boleh menyabitkan kesalahan di atas penghasilannya serta mengawal selia sesiapa pun. Tambahan pula, jika dilihat pada teori konspirasi, pemilik kebanyakan bitcoin adalah Perbendaharaan AS, dan mereka akan bertindak sedaya upaya mereka untuk menghapuskan persaingan dalam hal berkaitan aset digital.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami