Jun 15, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Menteri Ekonomi Jerman telah membuat unjuran yang agak suram terhadap pandangan global ke atas ekonomi EU. Kenyataan oleh ketua IMF, Christine Legarde yang mengatakan pertumbuhan yang agak perlahan terhadap keseluruhan ekonomi di Eurozone juga tidak memberi gambaran baik kepada para pelabur. Malah maklumat yang menyatakan saham euro di rizab global negara-negara membangun mula bertumbuh juga tidak dapat membantu matawang Eropah ini. Kini saham tersebut berjumlah 20.7%, masih jauh perbezaan dengan dolar US yang memiliki 61.7%. Pasaran tidak akan lupa mengenai langkah pemulihan oleh pihak ECB menerusi polisi pelonggaran kuantitatif (QE).
    Secara umumnya, minggu lalu tidak banyak membantu euro, dan seperti yang diramal kebanyakan penganalisis (60%), pasangan ini turun ke paras sokongan di zon antara 1.1200-1.1215 sejak awal minggu dagangan lagi. Namun, paras ini hanya berjaya dicapai pada penghujung sesi dagangan, iaitu pada petang Jumaat, 14 Jun; justeru penurunan di bawah zon ini tidak berlaku;
  • GBP/USD. Mereka yang memiliki matawang British juga berasa tidak gembira dengan berita tersebut. Sekali lagi, berita mengenai Brexit mengatasi segalanya. Jawatan ketua Parti Konservatif Great Britain dan seterusnya, jawatan Perdana Menteri berkemungkinan tinggi akan disandang oleh Boris Johnson. Selepas undian pertama, beliau disokong oleh 114 ahli dewan. Manakala pesaing terdekatnya, Menteri Luar Jeremy Hunt hanya mendapat 43 undian. Ini tidak memberi gambaran baik terhadap pound kerana Johnson sendiri menganggap perlu untuk British melihat semula perjanjian yang dipersetujui May dengan Kesatuan Eropah sebelum ini. Ia akan meningkatkan risiko dalam politik dan sekali lagi menjadi punca para pelabur lari dari pasaran British. Disebabkan itu, sepanjang lima hari dagangan, pasangan ini jatuh sebanyak 150 poin dan mengakhiri minggu pada paras 1.2585;
  • USD/JPY. Jika diimbas pada minggu lalu, 40% penganalisis berpendapat pasangan ini akan bertumbuh, 40% lagi memilih penurunan dan baki 20% memilih kekal pergerakannya. Dengan kekuatan hampir sama oleh bull dan bear seperti yang ditunjukkan pada carta pasangan ini, ia bergerak pada julat sempit pada paras antara 108.15-108.80 untuk keseluruhan minggu, dan berakhir di kedudukan 108.55;
  • Matawang Kripto. Pada 14 Jun lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menyambut hari lahirnya yang ke 73. Beberapa hari sebelum itu, Google telah mengumumkan para penggunanya lebih berminat untuk membuat carian mengenai Bitcoin, dan bukannya tentang Donald Trump. Terdapat sebuah lagi berita yang mengesahkan tentang populariti yang ditunjukkan oleh matawang kripto. Ternyata 60% coin BTC tidak berubah kedudukannya sejak setahun lalu, ini menunjukkan minat yang mendalam oleh pelabur terhadap aset ini.
    Semua ini benar belaka kerana bermula dari 10 Jun, Bitcoin mengalami pertumbuhan berterusan, sekali lagi menghampiri ketinggian pada 31 Mei iaitu pada paras $9,100. Pada petang Jumaat, 15 Jun, ia berjaya mencecah ketinggian $8,700, lonjakan harga sebanyak 15% dalam tempoh lima hari.
    Litecoin (LTC/USD) juga mengekalkan momentumnya, mencecah paras maksimum $143.6. Ethereum (ETH/USD) gagal mendapatkan sebarang mata dalam tempoh dua minggu, tetapi Ripple terus mengalami penurunan, kerugian hampir 10% dalam tempoh yang sama.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Khabar angin mengenai satu lagi peperangan di Timur Tengah kembali dirasai. Pada 31 Jun, dua buah kapal tangki terbakar di luar persisir pantai Emiriah Arab Bersatu. Jabatan Negara AS telah menuduh serangan torpedo oleh Iran ke atas kapal-kapal tersebut, tetapi Iran menafikan tuduhan tersebut. Walaupun semua ini berlaku, harga minyak terus meningkat.
    Perang dingin dagangan juga masih dirasai. Amerika Syarikat dilihat begitu yakin dengan kemenangannya ke atas China, membuat ugutan untuk mengembangkan duti terhadap semua import China jika Xi Jinping tidak hadir untuk bertemu Donald Trump di Osaka, Jepun. Dalam respon mereka, Menteri Perdagangan China telah mengumumkan bahawa mereka akan bertarung habis-habisan, meletakkan penggunaan domestik sebagai keutamaan. AS juga turut membuat ugutan ke atas EU dengan duti yang baru.
    Sekarang, masa untuk perkara yang bakal berlaku. Jika minggu lalu didedikasikan untuk inflasi, minggu hadapan pula berkisar tentang kadar faedah. Keputusan Rizab Persekutuan AS terhadap kadar faedah akan diketahui pada hari Rabu, 19 Jun, manakala Bank of Japan dan juga England akan mengumumkan kadar faedah mereka yang baru pada hari Khamis. Namun, tiada satu pun keputusan daripada ketiga-tiga bank berkenaan akan memberi berita gembira kerana kemungkinan besar kadarnya tidak akan berubah. Yang menjadi perhatian adalah komen-komen mengenainya, berkemungkinan dapat memberi gambaran jelas tentang garis panduan polisi kewangan yang akan digubal pihak berkuasa dari negara-negara besar ini. Menurut penganalisis di Wall Street Journal, kemungkinan Amerika Syarikat akan mengalami kemelesetan berada pada paras tertinggi sejak tahun 2011, dan justeru, 70% daripada mereka mengunjurkan nilai dolar akan menurun seawal Julai-September.
    Dalam masa sama, 65% penganalisis mengunjurkan pasangan ini akan kembali pulih. Euro mungkin disokong oleh peningkatan harga minyak yang dikaitkan dengan konflik di luar persisir pantai UAE. Sasaran bull adalah untuk kembali ke paras 1.1350, dan sasaran mereka yang seterusnya pula adalah di zon antara 1.1420-1.1450.
    Hanya 35% penganalisis yang memihak kepada bear. Sasarannya adalah untuk menembusi paras sokongan di sekitar 1.1200-1.1215 dan seterusnya berada hampir pada 1.1100. Lebih daripada 90% indikator trend pada H4 dan D1 juga memihak pada penurunan pasangan ini. Bagi pengayun pula, gambaran yang diberi berbeza sepenuhnya. 70% berwarna merah pada H4, dan 30% memberi isyarat pasangan ini sudah terlebih jual. Satu pertiga daripada pengayun adalah berwarna merah pada D1, satu pertiga pula berwarna hijau, dan satu pertiga lagi berwarna kelabu;
  • GBP/USD. Jika kita bercerita mengenai indikator makroekonomi sebagai tambahan kepada keputusan kadar faedah seperti yang dinyatakan terdahulu, kami menjangkakan laporan mengenai inflasi oleh Bank of England yang akan dikeluarkan pada hari Isnin dan juga indeks harga pengguna pada hari Rabu akan memainkan peranan mereka dan menentang pound. Namun, ia hanyalah bersifat sementara dan lemah.
    Brexit masih kekal menjadi faktor utama bagi pergerakan pasangan ini. Pasaran sudah hampir dapat menerima bahawa Boris Johnson akan memegang tampuk kepimpinan tertinggi di UK. Persoalannya, apakah respon EU jika beliau cuba untuk memulakan rundingan yang baru. Sekali lagi, masih tiada penjelasan mengenainya. Disebabkan itu perbezaan pendapat penganalisis adalah hampir sama: satu pertiga memilih pertumbuhan pasangan ini, satu pertiga pula memilih penurunannya, dan baki satu pertiga mengelak daripada membuat sebarang ramalan.
    Bagi indikator pula, majoritinya menunjukkan arah penurunan, tetapi hapir 10% pengayun pada H4 dan D1 berada pada zon terlebih jual;
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, gambaran juga masih lagi samar-samar. Penganalisis sebulat suara berpendapat akan berlakunya pertumbuhan sentimen tanpa risiko. Ianya tentang saham dolar AS pada rizab bursa asing di kebanyakan negara dengan nilai paling rendah dalam sejarah. Ianya juga tentang kebanyakan negara lain yang mempelbagaikan aset mereka dan memihak kepada matawang selamat, seperti yen. Selain itu tentang lelongan terbaru sekuriti Perbendaharaan untuk 10 dan 30 tahun di Amerika Syarikat yang akan mengurangkan keuntungan mereka serta merangsang permintaan tinggi ke atas yen. Dalam keadaan ini, kelihatan seperti sebut harga matawang Jepun akan melonjak tinggi. Tetapi bagi yen, ia hanya bergerak dalam saluran sempit dengan julat tidak melebihi 100 poin dalam tempoh dua minggu.
    Namun, 80% penganalisis kekal optimis mengenai masa depannya, dengan mengunjurkan penurunan pasangan ini pertama sekali ke paras 107.80, dan kemudian 80-100 poin lebih rendah. Analisis grafik serta 70% indikator trend pada D1 bersetuju dengan unjuran ini. Pendapat alternatif diberikan 20% penganalisis. Zon rintangan adalah pada paras 108.85-109.00, 109.70-109.90 dan 110.65-110.90;

  • Matawang Kripto. Jika Bitcoin dapat mencecah paras $9,100 iaitu paras tertinggi pada 31 Mei lalu, dan terus meningkat dari paras itu, bolehlah kita simpulkan penurunan pada hari pertama bulan Jun lalu tidak lebih daripada suatu proses pembetulan saja. Sasaran bull adalah pada paras simbolik iaitu $10,000 bagi setiap coin. 70% penganalisis percaya sasaran ini dapat dicapai, jika ia tidak berlaku sebelum penghujung bulan Jun, ia akan tiba pada musim panas. Baki 30% lagi lebih bersikap pesimis dan percaya tidak lama lagi kita akan dapat lihat pasangan BTC/USD pada paras sekitar $7,500-8,000.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami