April 20, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Kebanyakan penganalisis (65%) mengunjurkan pasangan ini untuk jatuh. Ramalan ini turut disokong satu pertiga isyarat pengayun yang menunjukkan pasangan ini sudah terlebih beli. Akhirnya ini yang berlaku: amplitud turun naik mingguan sebanyak 100 poin, dan paras paling rendah adalah pada 1.1225.
    Berkemungkinan kejatuhan euro pada hari Khamis, 18 April tidak begitu teruk jika bukan disebabkan oleh minggu bekerja yang pendek sebelum hari Easter Katolik, kerana kebanyakan bank dan bursa ditutup untuk perayaan Good Friday. Sebab utama kejatuhannya adalah data pasaran aktiviti perniagaan yang kurang memberangsangkan di Eurozone serta data jualan runcit di Amerika Syarikat yang lebih memihak pada dolar.
    Namun, pada petang Jumaat, matawang Euro berjaya menebus sedikit kerugian, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1240;
  • GBP/USD. Pasangan ini menunjukkan amplitud yang sedikit besar – 140 poin. Dalam masa yang sama, para penganalisis menyatakan paras terendah ia akan turun dengan tepat. Dengan meramalkan kedudukan pada 1.2985, yang berlaku adalah, pasangan ini jatuh hampir pada paras 1.2978 – kekal di zon sokongan, paras di mana pasangan ini gagal untuk tembusi sejak dua bulan lalu;
  • USD/JPY. Sesetengah penganalisis mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini, bakinya mengatakan ia akan jatuh. Walau bagaimanapun, sukar untuk ia menjalani trend bull mahupun bear dengan julat turun naik maksimum sebanyak 40 poin saja. Sepanjang minggu, kami dapati ianya bergerak mengikut trend sisi yang klasik, mula pada paras 112.00 dan berakhir pada paras 111.92;
  • Matawang Kripto. Seperti yang sering diperkatakan, pergerakan matawang kripto sangat dipengaruhi oleh berita semasa, dan minggu ini adalah sederhana positif. Pakar yang terlibat dalam perniagaan kripto terus melaung-laungkan lonjakan Bitcoin yang akan berlaku. Sebagai contoh, Tom Lee, bekas penganalisis kewangan di JPMorgan, dan kini menjadi salah seorang pengasas bersama Fundstrat Global Advisors berkata, melihat kemajuan matawang kripto buat pertama kali pada musim bunga ini, kadar tukaran Bitcoin terhadap dolar akan terus bertumbuh sepanjang tahun sehingga mencecah $10,000 pada penghujung tahun ini. Menurut ketua bursa BitMEX Arthur Hayes pula, kita akan dapat melihat sebut harga BTC/USD pada nilai sekitar $50,000 pada beberapa tahun akan datang. Pada pendapat kami, berita positif paling utama minggu ini adalah mesej yang disampaikan bersama antara Bank Dunia dan juga Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkenaan pelancaran matawang kripto dalaman. Setakat ini, ianya hanya bertujuan untuk pembelajaran terhadap kakitangan mereka. Tetapi bak kata pepatah, langkah pertama adalah yang paling sukar.
    Bagi ramalan kami, ia hampir 100% tepat: matawang kripto yang menjadi kebiasaan kekal pada julat antara $4,975-5,370, pertambahan sebanyak 3.5% sepanjang minggu. Ethereum (ETH/USD) dan Litecoin (LTC/USD) menunjukkan peningkatan sebanyak 4%, tetapi pertumbuhan Ripple (XRP/USD) kurang daripada 2%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Ekonomi dunia kini sedang berada dalam kegawatan, dan di Eropah semuanya bergantung kepada bagaimana pemimpin EU menepis trend negatif. Ia bukan sahaja untuk melihat apa yang akan berlaku terhadap situasi politik di negara-negara EU, juga bukan hanya menjangkakan apa tindakan ECB mengenai usahanya dalam menstabilkan situasi ekonomi di sekitar eropah, tetapi ianya tentang apa yang akan berlaku seterusnya, sebagai contoh, selepas rundingan dagangan antara US-China berakhir serta apakah reaksi dan tindakan Presiden Trump mengenainya. Ramai penganalisis percaya bahawa buat masa ini, Eropah sudah bersedia untuk menghadapi kegawatan ekonomi global serta serangan daripada luar yang lebih teruk daripada blok ekonomi lain.
    Euro telah kembali berada di saluran ke arah bawah selama 15 minggu pada minggu lalu. 70% penganalisis yang turut disokong analisis grafik pada H4 percaya bahawa matawang Eropah itu akan terus kehilangan posisinya, turun ke zon paling rendah tahun 2019 iaitu antara 1.1175-1.1185. Hanya 30% penganalisis yang mengharapkan pasangan ini akan kembali ke kedudukan 1.1325. Dalam masa yang sama, tumpuan harus diberi kepada data KDNK AS yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 26 April. Menurut ramalan, KDNK hanya akan bertumbuh sebanyak 1.8%, sedikit rendah daripada nilai sebelumnya iaitu 2.2%. Jika ramalan ini benar, bull akan menyebabkan pasangan ini bergerak ke sasaran seterusnya iaitu pada paras 1.1420;
  • GBP/USD. Pasangan ini berada di zon sokongan bagi paras 1.2975 apabila mengakhiri lima hari dagangan, paras yang cuba dicapainya sejak lapan minggu lalu. Kebanyakan penganalisis (75%) percaya ia akan berjaya dan boleh turun ke zon 1.2770-1.2830 selepas itu. Namun, terdapat sesetengah penganalisis berharap Bank of England akan bersetuju untuk menaikkan kadar faedah walaupun terdapat retorik dovish dari pihak ECB dan juga Rizab Persekutuan AS. Jika diambil kira perkara ini dan juga kegembiraan berterusan yang disebabkan oleh penangguhan Brexit, kedua-duanya dapat memberi harapan kepada bull untuk pasangan ini kembali ke aras lebih tinggi daripada 1.3100. Paras rintangan paling hampir adalah pada 1.3130 dan 1.3200. Hanya 25% penganalisis bersetuju hal ini akan berlaku pada minggu ini. Tetapi jika beralih ke ramalan bulanan, 60% penganalisis dan juga analisis grafik pada D1 berpihak kepada bull. Bagi bacaan pengayun pula, 15% daripada mereka menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual, ini bermakna jika peralihan trend ke arah berbeza tidak berlaku sepenuhnya, paling tidak pasangan ini akan melalui proses pembetulan ke arah atas untuk seketika;

  • USD/JPY. Kami menjangkakan Bank of Japan akan memberi kata putus mengenai kadar faedah serta sidang akhbar mengenai polisi kewangan Bank itu pada hari Khamis, 25 April. Namun, kedua-duanya tidak akan memberi sebarang kejutan. Trend sisi pasangan ini juga tidak kondusif terhadap ketepatan ramalan. Disebabkan itu pendapat penganalisis terhadap pergerakannya untuk lima hari yang berikut terbahagi hampir sama: satu pertiga memilih pertumbuhan, satu pertiga lagi memihak pada penurunan, dan baki satu pertiga lagi bersetuju ianya akan terus bergerak dalam keadaan lateral. Walau bagaimanapun, untuk jangka panjang, 65% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik pada D1 memilih penurunan pasangan ini. 25% pengayun juga memberi isyarat ia sudah terlebih beli. Buat masa ini, ia sedang berada di zon pembalikan hampir dengan sempadan atas saluran jangka sederhana antara 109.70-112.15, dan jika berlakunya pergerakan menurun, sasarannya adalah paras sokongan 110.85, 110.35 dan juga sempadan bawah saluran 109.70.
    Jika dolar terus bertumbuh berbanding matawang Jepun, tugas yang menantinya adalah bergerak ke zon penyatuan antara 112.20-113.25. Rntangan seterusnya adalah pada 113.70;
  • Matawang Kripto. Walaupun berita positif muncul sekali-sekala, 65% penganalisis kekal pesimis, mereka percaya pasangan BTC/USD tidak mampu melepasi paras rintangan $5,500 dalam masa terdekat ini. Tambahan lagi, menurut ramalan mereka, bearing mempunyai kelebihan tertentu dalam pasaran ini, memberi tekanan kepada pasangan ini ke paras sokongan $4,600. Namun, semasa beralih ke ramalan jangka sederhana, tekanan berubah ke arah berbeza, dan 60% penganalisis percaya sebut harga Bitcoin yang realistik  berada antara $5,750-5,800.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami