Mac 2, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pada permulaan minggu, nilai euro bertumbuh disebabkan oleh tempoh bagi UK untuk keluar dari EU dijangka akan ditunda selama-lamanya. Pasangan ini melonjak ke garisan tengah koridor jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, pada hari terakhir musim sejuk, pada 28 Februari, ianya berubah dengan sendiri, dan memberi inspirasi kepada penggemar matawang dolar. Anggaran KDNK AS bagi tahun 2018 rupa-rupanya lebih tinggi daripada yang dijangka. Indeks aktiviti perniagaan yang kuat di Chicago memberi kelebihan buat dolar. Hasilnya, pasangan ini turun, tetapi kegembiraan bear hanyalah sementara. Dorongan yang terlalu lemah sehinggakan ia langsung tidak mampu menghampiri ke paras sokongan pada 1.1300. Kemudian pasangan ini melonjak semula selepas Indeks Aktiviti Perniagaan ISM yang dikeluarkan pada 1 Mac menunjukkan nilai yang lebih teruk berbanding nilai terdahulu, malah ianya lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan ramalan mereka. Ia diikuti pula dengan percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi pertahanan bull, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1365;
  • GBP/USD. Parlimen British telah bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Theresa May iaitu adalah mustahil berlakunya Brexit tanpa sebarang perjanjian dengan EU, dan mereka turut mahukan perpisahan negara itu daripada Kesatuan Eropah ditunda. Ingat: penundaan ini bukannya terhadap tarikh Brexit, tetapi hanyalah menunda persetujuan daripada Parlimen untuk membuat undian ke atas isu ini. Ia sudah cukup buat pound untuk bertumbuh sebanyak 300 poin dan mencapai ketinggian 1.3350 pada pertengahan minggu. Kemudian sama seperti apa yang berlaku kepada euro: hasil daripada posisi dolar yang sedikit pulih, dan kemudian statistik yang membimbangkan dari AS pada hari Jumaat, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada paras 1.3200;
  • USD/JPY. Sebut harga matawang Jepun pada minggu lalu telah dipengaruhi oleh dua faktor yang kurang disenangi. Pertama sekali, pertambahan berterusan ke atas keinginan pelabur terhadap pelaburan berisiko dan juga aliran modal keluar ke negara-negara yang membangun ekonominya. Faktor kedua pula ialah pertumbuhan hasil bon Perbendaharaan AS yang disebabkan oleh statistik positif setelah ia dikeluarkan pada hari Khamis.
    Minggu lalu 70% penganalisis memilih penurunan yen ke paras lebih rendah serta peningkatan pasangan ini ke paras 111.50-112.50. Disebabkan faktor-faktor di atas tadi, ramalan ini ternyata tepat, dan pasangan ini merekodkan paras mingguan tertinggi iaitu pada 112.07, dan kemudian mengakhiri minggu dagangan pada 111.90;
  • Matawang Kripto. Seperti yang kerap berlaku, lonjakan terbesar kebiasaanya berlaku pada hujung minggu, diikuti pula dengan pasaran yang berhibernasi pada hari bekerja. Itulah yang berlaku sekarang. Pada hari Sabtu, 23 Februari, Bitcoin naik ke paras $4,280, dan selepas itu, dengan tiba-tiba ia jatuh ke paras $3,810, diikuti pula dengan pergerakan lateral kemudiannya, satu menghampiri, manakala satu lagi bergerak jauh daripada paras utama pada $4,000. Coin utama yang lain, Ethereum, Litecoin, Ripple dan yang lain-lain, menunjukkan dinamik yang sama. Lain pula bagi pasangan LTC/USD serta XRP/USD yang mengakhiri tempoh tujuh hari di kedudukan ia bermula, sekali lagi ini mengesahkan pendapat bahawa tiada siapa yang benar-benar serius untuk membentuk trend kepada keseluruhan pasaran.
    Jumlah modal pasaran pada minggu lalu jatuh sebanyak 7.8%, daripada %$141 bilion kepada $130 bilion. 

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Statistik menunjukkan pada tahun 2018, ekonomi AS berkembang sebanyak 2.9%. Presiden Trump berjanji keadaan ini akan terus berlaku untuk tahun 2019, dengan menyebut 3.0% sebagai sasaran. Logiknya, belian dolar harus dibuat secara aktif untuk situasi seperti itu. Namun, tidak seperti Trump, pihak Rizab menjangkakan kegawatan dan penurunan KDNK sehingga 2.3%. Jika ianya ditambah dengan jaminan pihak ECB tentang pertumbuhan ekonomi yang stabil di Eurozone sebanyak 0.5% bagi setiap suku tahun 2019, situasi ini tidak lagi kelihatan begitu jelas.
    Ramalan para penganalisis juga turut samar-samar, pendapat mereka terbahagi sama rata, 50% memilih pertumbuhan pasangan ini, manakala 50% lagi berpihak kepada penurunannya. Dalam masa yang sama, menurut versi kedua-dua pihak, pasangan ini seperti akan kekal di koridor antara 1.1300-1.1500, paras di mana ia berada pada penghujung Oktober 2018. Sudah tentu, faktor ekstrem juga tidak dikecualikan, namun dalam kes ini, julat ayunan adalah sedikit besar – 1.1215-1.1570.
    Jika kita beralih dari ramalan mingguan kepada ramalan jangka sederhana, sudah terdapat majoriti dikalangan penggemar matawang Eropah (65%) yang menjangkakan pertumbuhan pasangan ini ke zon antara 1.1700-1.1800.
    Ini pula analisis teknikal untuknya. Lebih daripada 80% indikator adalah berwarna hijau, tetapi 15% daripada pengayun pada D1 sudah pun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih beli. Bagi analisis grafik pula, pasangan ini melakar pergerakan seperti ombak di saluran 1.1215-1.1455 bagi tempoh masa harian.
    Bagi peristiwa penting pada minggu depan pula, tumpuan harus diberikan kepada mesyuarat ECB pada hari Khamis, 7 Mac, di mana mungkin penjelasan akan dibuat tentang siapa pengganti pengerusi bank tersebut yang seterusnya pada penghujung mensyuarat itu. Juga, secara tradisinya, tahap kecairan pasaran boleh ditambah dengan data KDNK Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari Khamis serta statistik pasaran buruh AS pada hari Jumaat, 8 Mac.;
  • GBP/USD. Sudah pastinya, optimisme mengenai pound pada minggu lalu adalah fenomena yang hanya bersifat sementara. Penangguhan ke atas Brexit mungkin satu cara untuk memperlahankan masa, dan bukanlah suatu penyelesaian. Ia hanya akan menjadi lebih jelas jika ianya akan berlaku pada pertengahan bulan ini. Pada 12 Mac, undian kedua mengenai perjanjian itu akan diadakan, dan jika May gagal sekali lagi, hujah sama ada United Kingdom tidak boleh meninggalkan EU tanpa persetujuan akan dibangkitkan. Sekiranya Parlimen meluluskan hujah tersebut, penggubal undang-undang akan dapat mengundi untuk melambatkan rundingan pada keesokan harinya, dan ini bermaksud Brexit akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditentukan kelak.
    Tiada siapa yang tahu apa kesannya terhadap British Kingdom dan juga ekonominya jika Brexit ditangguhkan. Tetapi setakat ini, kelebihan lebih memihak sedikit kepada bear: 60% penganalisis meramalkan pasangan turun ke paras 1.3115, sokongan berikutnya ialah pada 1.2965 dan 1.2830. Baki 40% penganalisis percaya bahawa walaupun pound berjaya naik melebihi paras sokongan pada 1.3200, ia masih boleh bertumbuh dan akan mencapai paras 1.3315, 1.3470 dan bagi jangka sederhana pula - 1.3615;
  • USD/JPY. Permintaan terhadap pelaburan berisiko dan harga minyak yang semakin tinggi menyebabkan majoriti penganalisis (65%) untuk mengunjurkan penurunan yen yang lebih rendah dan pertumbuhan pasangan ini ke paras 112.25-113.25. Sasaran utama adalah 114.20. Analisis grafik pada D1 juga bersetuju dengan senario ini. Walau bagaimanapun, lebih daripada 20% pengayun pada H4 dan D1 memberi isyarat bahawa pasangan ini sudah terlebih beli, dan ia merupakan petunjuk akan berlakunya proses pembetulan yang agak kuat ke arah bawah. Justeru, dalam peralihan ke ramalan bulanan, 70% penganalisis sudah pun memilih pembalikan trend dan penurunan pasangan ke 110.25. Sokongan seterusnya ialah pada 109.15;

  • Matawang Kripto. Umumnya, walaupun terdapat penurunan dalam pasaran kripto, berita-berita yang berkisarkan tentangnya dilihat agak positif. Selepas JPMorgan yang merupakan bank pertama di AS menguji coin digital sendiri, JPM Coin, semua orang menantikan perkembangan projek serupa yang dibangunkan Facebook dan Telegram. Pengenalan matawang kripto oleh WhatsApp pula mampu melibatkan 35% daripada populasi dunia. Melihat keadaan ini, para peminat kripto meramalkan akan berlakunya gegaran terbaru untuk matawang digital. Sebagai contoh, menurut Naib Presiden IBM Blockchain Jesse Lund, harga matawang kripto rujukan akan melebihi $5,000 menjelang akhir tahun 2019, dan kemudian ia akan mula melonjak dan mencapai nilai $1 juta.
    Sudah jelas bahawa jangkaan untuk mendapatkan sejuta dolar bagi setiap 1 BTC hanyalah sekadar mimpi, dan ia bukanlah suatu ramalan. Tetapi jika dilihat dalam masa terdekat, kebanyakan penganalisis (65%) bersikap positif, memandangkan Bitcoin pasti akan melalui proses penyatuan di atas paras $4,000, dan kemudian meningkat ke zon $4,300-4,600. Namun, seperti sebelum ini, bilangan mereka yang bersikap pesimis agak besar, kira-kira 35%. Pada pendapat mereka, sebut harga BTC akan dilihat di sekitar $ 3,200-3,500.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami