Februari 23, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Hampir sepanjang minggu, pasangan ini kekal berada di kedudukan sama seperti seminggu, sebulan, malah dua atau tiga bulan yang lalu. Selain daripada lonjakan pendek, ia tidak mampu melepasi koridor jangka sederhana pada 1.1300-1.1500. Jika kita kembangkan saluran ini kepada poin maksimumnya, keluasan koridor sedikit bertambah: 1.1215-1.1570.
    Ini adalah disebabkan oleh ketaktelusan mengenai Brexit dan juga rundingan antara AS-China. Selain itu, ia juga berpunca daripada keinginan pihak Rizab dalam membendung pertumbuhan kadar faedah, selain daripada statistik ekonomi Jerman dan Eurozone yang lemah. Sebaik saja dolar mula bertumbuh, khabar angin tentang kemungkinan ECB akan memulakan Operasi Pembiayaan Semula Jangka Panjang (Long Term Refinancing Operation, atau LTRO) serta artikel daripada penganalisis yang mengatakan matawang AS telah lebih dibeli mula tersebar, dan trend ini sekali lagi memihak kepada matawang euro. Akhirnya, dolar tidak dapat melepasi sempadan atas saluran pada minggu lalu dan mengakhiri sesi pada kedudukan 1.1335;
  • GBP/USD. Walaupun tidak henti-henti diperkatakan kemungkinan berlakunya Brexit yang huru-hara, pound menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan pada hari Selasa, 19 Februari. Malah amaran Fitch tentang kemungkinan rating kredit UK akan diturunkan juga tidak menakutkan bull. Setelah keluar dari paras 1.300, nilai pound naik sebanyak 100 poin lagi, diikuti dengan lantunan, dan pasangan ini terus bergerak di sepanjang paras berhampiran 1.300, berhenti pada 1.3050 menjelang tengah malam hari Jumaat;
  • USD/JPY. Sepanjang minggu, para penganalisis membincangkan bagaimana penurunan indeks SP500 yang mana pasangan ini berhubung kait dapat memberi kesan terhadap pergerakan matawang Jepun. Apa yang akan berlaku setelah berakhirnya perbincangan antara AS-China bagi fasa seterusnya? Adakah pasangan ini akan disokong oleh hasil daripada bon 10 tahun antara kerajaan Jepun dan AS?
    Melihat pada carta USD/JPY, sesiapa pun dapat melihat betapa lembabnya pasaran dalam memberi reaksi kepada perubahan faktor-faktor ini. Dengan sedikit sentimen bull yang dominan, pasangan ini kekal berada di saluran sisi sempit antara 110.45-110.95, kembali ke zon tengah di penghujung minggu, pada paras 110.66;
  • Matawang Kripto. Pasaran masih lagi kagum dengan berita daripada JPMorgan untuk tempoh 7 hari yang lalu, bank pertama di AS yang telah menghasilkan dan menguji coin mereka sendiri, JPM Coin, yang dirancang akan digunakan dalam penyelesaian bersama antara institusi kewangan utama. Walaupun JPM Coin boleh dikatakan pesaing kepada matawang kripto rujukan, sebut harga bagi Bitcoin melonjak. Penganalisis DataLight merumuskan bahawa disebabkan oleh harga Bitcoin meningkat, bilangan transaksi juga meningkat, mencecah nilai sama pada April 2018.
    Namun, hal yang positif ini tidak bermaksud trend akan berubah sekelip mata dan menjadi permulaan kepada pertumbuhan stabil pada pasaran kripto. Ya, walaupun jumlahnya meningkat sebanyak 10% sejak hari Jumaat lalu. Tetapi setelah BTC mencecah paras $4,000, ramai pelabur yang memilih untuk mengaut keuntungan, menyebabkan nilai modal turun sebanyak 2%. Justeru, senario bagi pasangan BTC/USD bergabung menghampiri nilai $3,700 harus diambil kira.
    Harus diingat bahawa pecahan Bitcoin sebagai “penyandang utama” di pasaran kini berjumlah lebih daripada 58%. Bagi altcoin utama yang lain, pecahan mereka semakin berkurangan sejak Mei 2018. Disebabkan itu, hanya 11.52% adalah milik Ripple (XRP/USD), Ethereum (ETH/USD) - 9%, dan Litecoin (LTC/USD) - hanya 1.51%. Tetapi nilai “kecil” inilah yang memberi dinamik lebih baik kepada coin-coin tersebut. Amplitud turun naik mingguan Ripple adalah 25%, dan Ethereum - 22 %, jadi sudah tentu para pedagang akan lebih tertarik dengan mereka.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Minggu hadapan akan dipenuhi dengan penerbitan data makroekonomi yang penting, juga ucapan yang sama pentingnya oleh ahli politik serta tokoh penting dalam ekonomi dunia. Jadi, pasaran menantikan Ketua Rizab Jerome Powell untuk berucap di Kongres AS pada hari Selasa 26 Februari. Jika beliau dapat menjelaskan bahawa pihak Rizab tidak akan terburu-buru dalam menaikkan kadar faedah, ini akan memberi tekanan hebat terhadap matawang AS.
    Namun, hanya 30% penganalisis menjangkakan perihal “dovish” itu akan menyebabkan pertumbuhan pasangan ini ke Pivot Point saluran jangka sederhana di zon 1.1400 dan naik lagi ke sempadan atas saluran 1.1500. Kebanyakan penganalisis (70%) mengambil posisi bertentangan, mereka percaya bahawa ekonomi Eropah yang lemah dan kacau-bilau tentang perihal Brexit akan memberi kelebihan kepada dolar, dan pasangan ini akan kembali ke paras terendahnya bagi beberapa bulan ke belakang iaitu di sekitar 1.1215-1.1240;
  • GBP/USD. Perkara penting yang akan menentukan trend minggu hadapan adalah ucapan Perdana Menteri British Theresa May pada hari Isnin, 26 Februari, dan juga undian di Parlimen tentang kajian semula persetujuan dengan EU pada hari Selasa. Jika sekali lagi cadangan beliau ditolak, beliau mempunyai dua pilihan: sama ada keluar tanpa sebarang persetujuan, atau menunda Brexit. Melihat pada mood pasaran, kebanyakan pelabur inginkan pilihan kedua (atau mahu percayakannya). Apa pun yang bakal berlaku, 40% penganalisis percaya pound akan bertahan pada paras sekarang iaitu berhampiran 1.3000 dan 35% pula mengunjurkan pertumbuhan lebih baik ke ketinggian 1.3200. Hanya 25% penganalisis memilih penurunan pasangan ini ke zon antara 1.2770-1.2830.
    Sokongan tambahan terhadap pound mungkin akan diberi jika berlakunya peningkatan harga “emas hitam”, kerana nilai pound berkadar terus dengan harga minyak.
  • USD/JPY. Matawang Jepun kaku terhadap unjuran bagi sebarang perkembangan. Statistik makroekonomi yang semakin teruk di Amerika Syarikat serta Jerman bagi mengelak daripada berlakunya kemelesetan, perang perdagangan Trump dengan Eropah dan China, pertumbuhan KDNK paling perlahan di China bagi tempoh tiga dekad – semua faktor-faktor ini membuatkan pelabur bersikap pesimis mengenai prospek ekonomi global. Dalam situasi ini, keinginan untuk menggunakan yen sebagai matawang selamat sepatutnya bertambah. Namun sebaliknya, keinginan mereka terhadap pelaburan berisiko dengan pulangan yang lumayan pula bertambah. Justeru, menurut data EPFR, aliran masuh modal bersih ke dalam negara yang sedang membangun ekonominya menerusi dana bursa ETF adalah berjumlah 16 bilion dolar AS sejak bermulanya tahun ini.
    Dalam situasi ini, dengan persetujuan penuh kebanyakan indikator dan analisis grafik pada D1, 70% penganalisis bersetuju dengan penurunan lebih rendah yen dan kenaikan pasangan ini ke ketinggian 111.50 dan 100 poin lebih tinggi selepas itu. Pendapat alternatif diberikan 30% penganalisis, mereka percaya pasangan ini harus turun ke zon antara 109.60-110.00;

  • Matawang Kripto. Setelah JP Morgan melancarkan JPM Coin, komuniti kripto menjangkakan langkah sama akan diambil oleh Facebook, Amazon dan syarikat global utama yang lain. Tapi semua ini masih lagi samar-samar. Dalam masa yang sama, pihak penyelia seperti SEC dan CFTC harus mengambil pelbagai langkah, termasuklah yang tidak popular bagi mengawal pasaran ini supaya lebih teratur.
    Berkenaan trend minggu hadapan, pendapat penganalisis adalah seperti berikut. 40% memilih pertumbuhan Bitcoin yang berterusan ke zon antara $4,200-4,400, sentakan ke paras maksimum bulan November 2018 tidak dikecualikan iaitu pada paras $4,485. 35% mengunjurkan pergerakan ke sisi di saluran antara $3,900-4,100, manakala baki 25% meramalkan pasangan BTC/USD akan kembali ke zon $3,500-3,800.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami