Januari 12, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pada hari Rabu, 9 Januari, selepas beberapa kali mencuba, pasangan ini berjaya melepasi had atas saluran sisi jangka sederhana di mana ia berada sejak bulan November 2018. Selepas menembusi halangan di sekitar 1.1500, ia mencapai ketinggian 1.1570, dan kemudiannya diikuti oleh trend menyongsang, dan sekali lagi pasangan ini dilihat berada dalam lingkungan saluran atas, mengakhiri dagangan pada paras 1.1470.
    Nilai dolar yang semakin lemah dipengaruhi oleh beberapa faktor: “pemberhentian” yang tidak dirancang oleh Kerajaan AS, ucapan yang disampaikan secara “halus” oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, di mana beliau mengulang perkataan “dengan sabar” sebanyak lima kali semasa mesyuarat Economic Club di Washington. Tetapi menurut ramai penganalisis, faktor paling utama adalah nilai yuan China yang semakin kukuh ketika menunggu perjanjian dagangan yang akan dibuat bersama Amerika Syarikat;
  • GBP/USD. Jika diimbas semula, hanya 15% penganalisis yang bersetuju dengan bull pada minggu lalu. Hanya pilihan mereka yang menepati ramalan. Prospek yang tidak jelas mengenai dolar mengatasi kebimbangan terhadap Brexit. Nilai pound telah disokong oleh data KDNK UK yang dibentangkan pada hari Jumaat, 11 Januari, dan ia menunjukkan tanda-tanda positif. Hasilnya, pasangan ini meningkat sebanyak 150 poin, mencapai ketinggian 1.2865, kemudian nilainya pulih sedikit, dan sebut harganya turun ke zon 1.2840;
  • USD/JPY. Selepas berakhirnya “Ribut Tahun Baru” yang disebabkan oleh kurangnya kecairan, matawang Jepun ini kembali tenang sepenuhnya, bergerak di koridor sisi sempit di antara 107.75-109.10. Pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada titik sama ia bermula, berhampiran dengan Pivot Point 108.50. Ia berpunca daripada munculnya keseimbangan antara daya tarikan yen sebagai matawang yang selamat serta minat yang semakin berkembang terhadap matawang lain yang boleh membawa keuntungan besar jika perjanjian dagangan antara AS dan China telah dipersetujui;
  • Matawang Kripto. Secara asasnya, ulasan kami berbeza daripada ulasan mereka yang di luar sana kerana ia bukanlah pandangan daripada seorang penganalisis sahaja. Kami, dengan sedaya upaya akan merumuskan sebanyak mungkin pandangan penganalisis supaya kami dapat mengenal pasti trend utama yang menentukan arah pergerakan dengan menyingkirkan pandangan “tin-tin kosong” yang berbahaya dalam ulasan kami. Walau bagaimanapun, kadang-kala ia sukar untuk dilakukan, contohnya ulasan bagi matawang kripto.
    Sesetengah penganalisis berpendapat penurunan pasangan utama kripto minggu lalu sebagai berakhirnya pembetulan positif yang bermula pada pertengahan Disember 2018, dan menyambung semula dinamik negatif dalam pasaran. Di samping itu, terdapat pula pandangan bahawa ia suatu sindrom selepas perayaan, dan sebut harganya akan kembali melonjak.
    Apapun yang berlaku, nilai modal pasaran kripto turun daripada $138 bilion pada 6 Januari kepada $123 bilion pada hari Jumaat 11 Januari, kerugian hampir 11%. Sebut harga matawang kripto utama, Bitcoin, LiteCoin, Ethereum, Ripple, dan banyak lagi juga jatuh. Akhirnya, pasangan BTC/USD didagangkan hampir dengan nilai terendah sejak tiga minggu lalu iaitu di zon $3,700.
    Punca kejatuhan ini adalah disebabkan oleh para pelabur yang kecewa kerana tiada jurang semasa perayaan yang berlaku, kemudian menutup posisi mereka, serta 40,000 coin Ethereum yang telah dicuri daripada bursa Gate.io. Berita mengenai kegagalan pihak pengelola FSA dari Jepun dalam melancarkan matawang yang berasaskan ETF juga mungkin menambah kepada penderitaan ini. Secara amnya, memang banyak punca di sebalik apa yang berlaku, dan semua itu telah menyebabkan jumlah keseluruhan altcoin utama yang bergerak ke zon merah dan didagangkan menurun, daripada 5% kepada 23%, sebagai contoh, ETH. 

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang anda ketahui, matawang Euro berhubung kait secara kukuh dengan minyak dan logam. Dalam pasaran komoditi, kita menyaksikan trend positif sekarang ini, terutamanya berkenaan tenaga. Keinginan OPEC untuk menghabiskan sepenuhnya lebihan dari pasaran dilihat akan meningkatkan lagi harganya, dan memberi kelebihan ke atas euro. Pemberhentian sementara yang dibuat pihak Rizab akibat kadar pinjaman dolar AS yang semakin meningkat, merisaukan para pelabur.
    Akibatnya, buat masa ini, 65% penganalisis yang disokong 90% pengayun serta 70% indikator trend pada D1 telah memilih peningkatan pasangan ini ke zon melebihi paras 1.1500 dan juga pertumbuhannya, pertama sekali ke paras 1.1550 dan kemudian ke paras 1.1625.
    Para penganalisis yang sentiasa setia bersama matawang AS percaya bahawa sekembalinya matawang itu ke saluran jangka sederhana 1.1300-1.1500, ia akan lama berada di situ. Disebabkan itu pasangan ini dijangka akan mengalami penurunan, pertama sekali ke paras 1.1400, dan kemudian turun 100 poin lagi;

  • GBP/USD. Jelas bahawa majoriti indikator kini berwarna hijau. Namun, 10% pengayun pada D1 sudahpun menunjukkan pasangan ini telah terlebih beli. Kemungkinan ia akan turun ke paras 1.2600 juga ditunjukkan oleh analisis grafik yang dibuat setiap hari. Bagi para penganalisis pula, tiada kelebihan yang dimiliki oleh bull ataupun bear. 55% daripada mereka bersetuju akan pertumbuhan pasangan ini, manakala 45% pula memilih kepada penurunan nilainya.
    Pada hari Selasa, 15 Januari, Parlimen British akan membuang undi mengenai Brexit. Berkemungkinan besar versi perjanjian bersama EU yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Teresa May kali ini akan ditolak, dan sekali lagi ia akan ditangguhkan. Dalam masa sama, semakin jelas terbukti bahawa keluar daripada Kesatuan Eropah secara paksa tidak termasuk dalam rancangan kerajaan, dan ia memberi kesan positif terhadap sebut harga matawang British ini. Sokongan tambahan bagi pound akan ditentukan oleh kenaikan harga minyak.
    Sehingga hasil keputusan undi diketahui, sebarang ramalan tidak harus dibuat. Hanya paras utama saja yang boleh kami tentukan: sokongan - 1.2780, 1.2720, 1.2660 dan 1.2600, rintangan - 1.2925 dan 1.3050;
  • USD/JPY. Indikator dan analisis grafik pada D1 mengunjurkan pengukuhan matawang Jepun, dan 65% daripada penganalisis bersetuju dengannya, mereka menjangkakan nilai pasangan ini akan turun di antara 107.50-107.80, malah mungkin lebih rendah, pada paras sokongan 106.70.
    Dalam masa yang sama, akibat daripada kadar faedah yang rendah di Jepun, pasangan ini berhubung kait dengan kuat terhadap indeks saham utama global. Trend peningkatan dalam pasaran ini boleh dianggap terdapatnya kemungkinan pertumbuhan pasangan ini ke paras 109.10 dan 109.45, dan jika ianya tidak berlaku, pasangan ini akan beralih ke zon 110.25-110.80;
  • Matawang Kripto. Walaupun nilai modal pasaran kripto telah menurun, purata bilangan transaksi harian Bitcoin mencecah 280,000 sepanjang minggu lalu, bilangan yang sama semasa kemuncak kripto pada tahun 2018. Justeru, tidak berbaloi untuk kita andaikan penghujung tanda aras bagi matawang kripto, malah untuk keseluruhan pasaran. Tetapi kebarangkalian untuk BTC/USD melepasi paras sokongan $3,700 dan kembalinya pasangan itu ke paras terendah pertengahan bulan Disember iaitu di zon $3,250 masih lagi tinggi. Senario ini turut disokong oleh 45% penganalisis.
    Kebanyakan penganalisis percaya bahawa pasangan ini mampu untuk kekal dalan zon “spekulatif” sepanjang tiga minggu iaitu di antara $3.685-4.385 pada minggu hadapan. Namun, mereka dengan berhati-hati menyatakan lonjakan pasangan ini ke paras $5,000 dan hanya akan berlaku dalam jangka masa panjang sahaja.
    Unjuran bagi Ethereum adalah lebih baik. Para penganalisis mengunjurkan pasangan ETH/USD akan melonjak selepas hard fork yang diberi nama Constantinople dibuat.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami