Januari 6, 2019

Sebagai permulaan, sedikit ulasan mengenai apa yang berlaku minggu lalu, pada hari dagangan pertama yang mengejutkan ramai orang, tetapi menggembirakan sebilangan.

  • Masih belum pulih selepas sambutan Tahun Baru, pasangan EUR/USD jatuh mendadak pada pagi 2 Januari, kerugian hampir 200 poin dalam sehari. Namun kemudiannya, semua kembali normal, dan pasangan ini dengan pantas kembali ke Pivot Point iaitu pada 1.1400, paras ia sering berada sejak Oktober 2018. Pada hari Jumaat, 5 Januari, dolar cuba untuk mengukuhkan kedudukan dengan menggunakan data pasaran buruh AS yang positif, namun ianya gagal, dan pasangan ini mengakhiri minggu pada 1.1394.
  • Lonjakan lebih tinggi pada 2019 berbanding 2018 telah diunjur untuk GBP/USD, tetapi ia tidak menjadi kenyataan disebabkan oleh permintaan tinggi untuk dolar, dan kerugian sebanyak 400 poin pada 2 Januari. Kemudian, seperti yang biasa berlaku pada matawang Euro ini, ribut yang berlaku kembali reda, dan pasangan ini kembali ke garisan sokongan/rintangan utama bagi tempoh dua bulan lalu di sekitar 1.2720;
  • Ramalan bagi pasangan USD/JPY mengatakan bahawa yen kembali kukuh kerana matawang ini dianggap sebagai matawang selamat. Apa yang sebenarnya berlaku adalah ia memperoleh semula 400 poin daripada dolar dalam masa sejam pada 2 Januari, sesuatu yang tidak siapa jangkakan kerana jumlahnya itu hampir sama dengan kerugian yang dialaminya sepanjang tahun 2018. Ia berpunca daripada kurangnya kecairan “musim perayaan” di Jepun, dan kemudiannya ia disingkirkan. Tetapi dolar tidak pulih sepenuhnya, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada paras 108.50;
  • Matawang Kripto. Pasangan Bitcoin menunjukkan kestabilan yang kukuh pada minggu lalu jika dibandingkan dengan matawang utama lain, kekal pada pergerakan lateral di koridor sempit antara $3,775-4,100 dan kembali berada pada paras yang sering dikunjunginya sejak enam minggu lalu menjelang Jumaat pagi iaitu pada $3,955. Mengikut jejak langkah matawang kripto rujukan, keadaan lebih tenang ditunjukkan oleh Litecoin (LTC/USD). Lain pula ceritanya bagi Ethereum dan Ripple yang lebih aktif. ETH/USD berkembang sebanyak 12%, melonjak melebihi paras $160, berbeza dengan apa yang berlaku pada pasangan XRP/USD, kerugian sebanyak 7% walaupun ianya tidak melepasi paras sokongan $0.3560.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Kedua indikator trend serta pengayun pada H4 dan D1 mengambil posisi neutral. Perbezaan pendapat penganalisis adalah seperti berikut: 20% memilih pertumbuhan pasangan ini, 40% pula memilih trend ke arah tepi, dan baki 40% memilih pengukuhan dolar serta kejatuhan pasangan ini.
    Perhatian harus diberi terhadap bilangan mereka yang ingin melihat dolar lebih kukuh, kini nilainya meningkat kepada 65% disebabkan oleh peralihan ramalan daripada mingguan kepada bulanan. Analisis grafik pada D1 turut menunjukkan nilai pasangan ini mungkin akan mengalami penurunan ke paras terendah bulan Disember di zon 1.1215. Sokongan terkuat paling hampir adalah di sekitar 1.1305.
    Mengikut pandangan pengikutnya, bagi senario “bullish”, dolar akan terus menerima tekanan akibat ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat. Rintangan terkuat paling hampir adalah di zon antara 1.1485-1.1500, jika pasangan ini berjaya, sasaran bull seterusnya adalah penyatuan di zon 1.1550-1.1625.
    Antara berita ekonomi yang perlu diberi perhatian dan akan memberi kesan terhadap pembentukan pasangan dolar adalah US FOMC, satu protokol yang akan dikeluarkan pada petang Rabu, 9 Januari, kemudian mesyuarat ECB pada hari Khamis, 10 Januari, dan juga data inflasi di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada penghujung minggu iaitu pada hari Jumaat, 11 Januari;
  • GBP/USD. Bagi pasangan ini, tumpuan khusus harus dibuat terhadap ucapan Mark Kearney, ketua Bank of England pada 9 Januari, serta data KDNK UK yang akan dikeluarkan pada 11 Januari. Namun, tiada sebarang kejutan yang boleh diharapkan daripada kedua-dua perkara tersebut, dan ketidaktentuan yang berlaku disebabkan British keluar daripada EU akan terus menjadi faktor penentu kadar tukaran pound British. Justeru 65% penganalisis menjangkakan penurunan pound ke paras lebih rendah. Pada pandangan mereka, serta disokong oleh grafik analisis pada D1, pasangan ini sekali lagi akan menguji paras sokongan 1.2615 pada mulanya, dan jika berjaya, ia akan bergerak ke zon antara 1.2475-1.2525. Ia berkemungkinan tidak akan melepasi paras terendah di zon 1.2400 pada awal bulan Januari untuk minggu hadapan.
    20% penganalisis memihak pada trend sisian untuk GBP/USD, hanya 15% daripada mereka memihak kepada bull,dan mereka meramalkan pergerakan pasangan ini di koridor antara 1.2715-1.2835. Rintangan seterusnya adalah pada 1.2925.
    Semasa ramalan ini dibuat, hampir 90% indikator menyebelahi bull. Namun, semua ini mungkin berlaku akibat pergerakan ke atas pasangan ini pada 3-5 Januari lalu. Tambahan pula, 10% pengayun telahpun menunjukkan ia sudah terlebih beli, menandakan kemungkinan berlakunya pertukaran arah pergerakan selepas ini.

  • USD/JPY. Hampir separuh daripada indikator berwarna merah dan baki separuh lagi berwarna hijau. Bagi pendapat penganalisis pula, 70% meramalkan penurunan pasangan ini ke paras 107.00, dan seterusnya 100 poin lagi. Setakat ini, hanya 30% daripada penganalisis memilih pertumbuhan pasangan ini, tetapi untuk jangka sederhana, bilangan mereka yang menyokong nilai dolar akan menjadi lebih kukuh meningkat sekali ganda. Sasaran utama bagi bull adalah untuk kembali ke zon 112.25-113.80. Paras rintangan paling hampir adalah pada 109.45, 110.25 serta 111.15;
  • Matawang Kripto. Pergerakan BTC/USD tidak memberikan alasan kukuh untuk bersikap optimis mahupun pesimisme. Justeru, pendapat penganalisis terbahagi hampir sama rata: 30% berpandangan Bitcoin akan bertumbuh, 30% pula merasakan ia akan jatuh, dan 40% lagi masih mahu melihat trend sisian. Dalam masa yang sama, jumlah keseluruhan permodalan pasaran kripto berada pada paras sama yang dimilikinya pada penghujung Disember tahun lalu iaitu $130 bilion, keadaan di mana tiada sebarang ramalan yang boleh dibuat. Namun terdapat penganalisis yang mengatakan bahawa suku pertama 2019 akan memihak kepada pembeli dan menjangkakan pasangan ini akan naik ke paras antara $4,800-$5,200 setelah pemerhatian dibuat terhadap kitaran pertumbuhan serta penurunannya. Bagi senario alternatif pula: berakhirnya fasa pembetulan serta penurunan BTC/USD ke zon kukuh seperti yang direkodkan antara Julai-Ogos 2018: $2,500-2,700. Lebih-lebih lagi, penurunan seperti itu akan mengambil masa selama satu ke dua bulan. Sokongan paling hampir adalah di zon $2,940-3.050.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami