Disember 22, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Walaupun pengukuhan dolar telah diunjurkan oleh 70% penganalisis dan turut disokong oleh 100% indikator menjelang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, namun ianya tidak berlaku. Euro berkembang sepanjang minggu, mencatatkan kadar tertinggi untuk lapan minggu dagangan pada hari Khamis di ketinggian 1.1485.
    Semasa kenaikan kadar faedah daripada 2.25% kepada 2.5% diumumkan, dolar berjaya mengukuhkan kedudukannya sebanyak 85 poin, tapi kejayaan ini hanyalah sementara. Pengerusinya Jerome Powell dalam ucapan sidang media menyatakan kenaikan kadar pada tahun 2019 tidak mungkin melebihi tiga kali, dua kali kenaikan jika keadaan menjadi lebih baik. Menurut kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS Stephen Mnuchin, jika kadar inflasi kekal rendah, tiada kenaikan kadar faedah yang mungkin akan berlaku pada tahun depan. Tetapi tiada siapa dapat menjangkakan persefahaman pendapat antara kem Presiden Trump dan pihak Rizab, ataupun dikalangan pihak Rizab sendiri. Pada tahun 2019, hanya dua orang ahli FOMC yang melihat kadarnya pada 2.5%, enam orang pada 2.75%, empat orang pada 3.25%, tiga orang pada 3.30%, dan dua orang ahli Jawatankuasa Operasi Pasaran Terbuka yang mahukan kadarnya menjadi 3.6%!
    Bagi hasil akhir di penghujung minggu, setelah keseluruhan data dikeluarkan pada hari Jumaat, 21 Disember, pasangan ini kembali ke zon tengah saluran sisi lapan bulan dan berhenti di 1.1370; 
  • GBP/USD. Seperti dijangka, tiada sebarang kejutan yang berlaku hasil daripada pembentangan data ekonomi pada hari Rabu mahupun keputusan oleh Bank of England pada hari Khamis. Pada hari Selasa, 18 Disember, pasangan ini membuat pergerakan lateral di saluran 1.2605-1.2705, dan kekal sehingga penghujung minggu, mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.2630;
  • USD/JPY. Minggu lalu, nilai dolar AS jatuh mendadak, bukan saja jika dibandingkan dengan matawang euro. Indeks Dolar AS DXY yang memantau matawang AS berbanding matawang-matawang utama yang lain, jatuh pada hari Khamis kepada 95.73, paras terendah dalam lapan minggu dagangan. Penurunan nilainya berbanding yen Jepun begitu mengagumkan, yen berjaya mendapat 260 poin berbanding dolar pada hari Khamis. Penganalisis berpendapat lonjakan itu telah disebabkan oleh jualan saham di pasaran serta kebanyakan pelabur yang menganggap yen sebagai sebuah tempat selamat semasa ketegangan hubungan dagangan antara Amerika Syarikat dan China yang berterusan.
  • Matawang Kripto. Pertumbuhan yang stabil telah dicatatkan pada minggu lalu bagi matawang kripto rujukan serta semua altcoin utama. Pertumbuhan maksimum bitcoin (BTC/USD) adalah sebanyak 33%, ethereum (ETH/USD) sebanyak – 46%, litecoin (LTC/USD) sebanyak - 45%, dan ripple (XRP/USD) sebanyak – 41%. Peningkatan sebanyak 176% yang ditunjukkan Bitcoin Cash (BCH/USD) adalah yang terbaik, mencecah $220 setiap coin sewaktu ia berada di puncaknya. Keseluruhan nilai modal dalam pasaran kripto berkembang daripada $103 bilion kepada $134 bilion, iaitu pertambahan sebanyak 30%.
    Antara sebabnya adalah kehilangan minat pelabur terhadap aset klasik di pasaran dunia, serta berita penutupan posisi short yang dibuka setahun lalu oleh pedagang kripto terkenal iaitu Mark Doe. Terdapat banyak lagi sebabnya, tetapi persoalan utama yang merisaukan seluruh komuniti kripto adalah jika kenaikan ini bukannya suatu pembetulan jangka pendek. Lebih parah lagi jika semua itu menjadi kenyataan, adakah ia suatu perangkap yang dibuat oleh bull?
    Biar apa pun puncanya, para pembeli Bitcoin melepasi paras rintangan $4,300 di akhir minggu, menyebabkan kejatuhan matawang kripto ini ke paras $4,000. Aset digital yang lain turut mengalami nasib yang sama, turun sedikit.  

 

Bagi ramalan yang akan dibuat, perlu diingat bahawa kekerapan ralat biasanya berlaku semasa menentukan tempoh pencapaian, bukan semasa menentukan sasaran. Lebih-lebih lagi pada hari yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Minggu lalu adalah minggu terakhir dagangan selama lima hari bagi tahun ini. Minggu hadapan, dagangan hanya akan bermula pada hari Rabu, 26 Disember, dan Tahun Baru akan disambut di seluruh dunia bermula pada malam Isnin, 31 Disember sehingga Selasa, 1 Januari. Disebabkan itu ramalan yang dibuat bukan saja membincangkan pendapat penganalisis untuk minggu hadapan, malah turut meramalkan apa yang bakal berlaku pada minggu seterusnya, dengan harapan dapat membantu para pedagang menentukan trend dan tanda aras dengan lebih tepat.

  • EUR/USD. Ramalan bagi minggu ini adalah seperti berikut: 40% memilih penurunan pasangan ini, manakala 30% memilih pertumbuhannya dan baki 30% pula mengambil posisi neutral. Ramalan untuk bulan Januari pula: 60% memilih penurunan, 20% pula memilih trend lateral dan hanya 20% mengunjurkan pengukuhan matawang Eropah. Sasaran utama bagi bear adalah pada 1.1300, 1.1265, dan kemudian paras terendah bulan Disember iaitu 1.1215. Jika ada antara paras-paras ini berjaya dicapai, pasangan ini mungkin akan jatuh lagi ke paras 1.1120 malah mungkin lebih rendah iaitu pada 1.0910. Sasaran utama bagi bull adalah di zon 1.1525-1.1625, Jika berjaya, euro mungkin akan bergerak ke ketinggian 1.1730 dan 1.1815;
  • GBP/USD. Bagi pasangan ini pula, para penganalisis mengunjurkan pengukuhan dolar dan akhirnya, pasangan ini akan mengalamai penurunan. 60% bersetuju dengan ramalan ini. Paras sokongan adalah pada 1.2605, 1.2525, 1.2475 dan 1.2345. Paras rintangan pula berada pada 1.2725, 1.2840 1.2925 dan 1.3050;

  • USD/JPY. Menurut 55% penganalisis (ramalan mingguan) dan 65% (ramalan bulanan), pasangan ini telah pun menghampiri paras rendah setempat, dan kini sedang menunggu untuk kembali naik. Ia menyasarkan paras 112.30, 113.15, 113.70 dan 114.20. Bilangan mereka yang bersetuju dengan trend sisi tidak begitu besar – hanya 10% sahaja. Baki penganalisis lebih memihak kepada bear, mereka percaya pasangan ini mungkin akan turun lebih rendah. Paras sokongan adalah pada 110.80, 109.85, 109.35 dan 108.65;
  • Matawang Kripto. Walaupun pasangan ini berkembang minggu lalu, pasaran kripto dilihat masih lagi hambar. Lebih daripada 70% penganalisis dan pelabur di pasaran percaya bahawa peningkatan harga yang berlaku hanyalah bersifat spekulatif dan mereka menjangkakan trend penurunan akan berterusan. Mereka mengunjurkan bitcoin akan jatuh ke zon yang lebih kuat, yang dicatat antara Julai-Ogos 2018, $2,500-$2,700. Tambahan pula, penurunan ini akan mengambil masa sehingga satu ke dua bulan. Paras sokongan paling hampir adalah di zon $2,940-$2.050.
    Baki 30% responden yang memilih bull dilihat lebih berpijak pada bumi yang nyata: mereka mengunjurkan pasangan BTC/USD hanya akan bertumbuh antara $4,800-$5,200.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami