Disember 15, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika unjuran pergerakan lateral di antara saluran 1.1310-1.1415 menjadi ramalan biasa pada minggu lalu, mesyuarat yang diadakan oleh Bank Sentral Eropah (ECB) dan pertemuan dengan presidennya iaitu Mario Draghi boleh dianggap perkara biasa. ECB menunaikan janjinya dan membuat keputusan untuk menyelesaikan program kemudahan kuantitatif bermula 1 Januari, 2019, dan Draghi menambah derita pelabur dengan kenyataan mengenai risiko kenaikan. Berdasarkan semua ini, ramalan pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2018-19 turun, dan nilai euro jatuh sebagai respon terhadapnya, tetapi masih lagi bergerak dalam had saluran tersebut.
    Paras sokongan utama pada 1.1300 telahpun dilepasi pada hari Jumaat, 14 Disember, apabila Bundesbank menurunkan ramalannya mengenai KDNK dan inflasi di Jerman. Pihak berkuasa negara itu kini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi bagi baki tahun ini bukanlah pada 2.0% seperti yang dijangka sebelum ini, tetapi hanyalah 1.5%. Bagi tahun 2019 pula, ramalan mereka diturunkan daripada 1.9% kepada 1.6%. Indikator prestasi perniagaan yang agak suram akhirnya menunjukkan kekecewaannya di pasaran, dan pasangan ini menjunam dengan teruk, mencecah paras terendah setempat pada 1.1270. Ia pulih sedikit kemudiannya, kembali ke paras 1.1300, paras sokongan yang menjadi rintangan;
  • GBP/USD. Pound masih lagi dikuasai Brexit. Seperti dijangka, undian di Parlimen British mengenai terma pengunduran daripada EU tidak memberikan sebarang hasil. Ianya dibatalkan. Akhirnya, pada hari Rabu, 12 Disember, pasangan ini jatuh ke paras 1.2474, kerugian 285 poin jika dibandingkan pada permulaan minggu. Ia kemudian kembali berada di sekitar 1.2585 semasa mengakhiri 5 hari dagangan;
  • USD/JPY. Minggu lalu, 45% penganalisis memilih pertumbuhan pasangan ini, dan paras 113.20, 113.65 serta 114.00 dilihat sebagai paras rintangannya. Apa yang berlaku adalah, seperti biasa, ia berada di paras tengah, dan 113.70 adalah paras tertinggi yang dicatatkan sepanjang minggu. 113.35 pula adalah paras terakhir bagi pasangan ini untuk minggu tersebut;
  • Matawang Kripto. Berita untuk beberapa hari kebelakangan ini tidak memberi gambaran yang begitu jelas, berita positif dan negatif silih berganti. Antara yang memberangsangkan adalah bursa kripto Jepun, Coincheck yang mungkin akan diperkenalkan di pasaran AS, kemudian rekod permintaan analog ETF bitcoin di Switzerland, serta khabar angin mengenai kemunculan dompet Ethereum yang tersedia di pelayar Opera. Bagi berita yang kurang menyenangkan pula, buat pertama kali dalam sejarah, pihak Suruhanjaya Sekuriti (SEC) Amerika Syarikat telah mendenda bank matawang kripto AriseBank atas dakwaan penipuan. Kekecewaan bull ditambah lagi dengan berita penutupan unit penghasilan gergasi Bitmain di Israel yang disebabkan oleh situasi tidak menguntungkan di pasaran matawang kripto.
    Disebabkan berita-berita itu, kedudukan Bitcoin tidak menentu, dan akhirnya, pada petang Jumaat, 14 Disember, ia berada pada kedudukan minggu lalu, serta mencatatkan paras terendah bagi tahun 2018, jatuh ke paras $3.225.
    Bagi altcoin biasa seperti Ethereum (ETH / USD), Litecoin (LTC / USD) dan Ripple (XRP / USD) pula, mereka mengikuti setiap pergerakan matawang rujukan mereka di sepanjang minggu.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pasangan ini berwarna merah. Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini: 100% pengayun dan indikator pada H4 dan D1 menunjukkan warna merah. 70% daripada penganalisis juga memilih pertumbuhan dolar serta kejatuhan pasangan ini. Semuanya disebabkan oleh kadar faedah.
    Kemungkinan melebihi 75% ditunjukkan Pihak Rizab akan mengumumkan kenaikan kadar daripada 2.25% kepada 2.5% pada hari Rabu 19 Disember. Disamping itu, pasaran juga yakin akan berlakunya kenaikan sekali atau dua kali lagi pada tahun hadapan. Bagi pertumbuhan nilai euro pula, ketidakpastian benar-benar ditunjukkan. Draghi berjanji untuk mengekalkan kadar pada nilai kosong sehingga musim panas 2019. Ternyata kenaikan pada musim panas yang lalu menimbulkan tanda tanya. Justeru, kebanyakan pelabur kini menjangkakan pergerakan ke arah bawah, pada zon terendah tahun ini yang telah direkodkan pada 12 November iaitu 1.1215. Itu adalah sasaran utama bagi pasangan ini. Paras sokongan paling hampir adalah pada 1.1265;
    Senario dengan pendapat yang berbeza disokong oleh 30% penganalisis dan analisis grafik pada D1. Jika semuanya mengikut apa yang diramalkan, sekali lagi pasangan ini akan melonjak ke atas paras sokongan/rintangan 1.1300, malah ia mampu mencapai Pivot Point saluran sisi minggu ketiga pada 1.1360. Sasaran berikutnya adalah pada 1.1400 dan juga 1.1440;

  • GBP/USD. Matawang British akan menghadapi pelbagai perkara pada minggu hadapan. Pada hari Rabu, 19 Disember, satu blok data inflasi akan dibentang. Jika terdapat pertumbuhan pada inflasi sekalipun, pasaran berpendapat peningkatan itu berpunca daripada nilai pound yang lemah akibat Brexit. Pada keesokan harinya, satu pengumuman oleh Bank of England akan dibuat mengenai kadar faedah, tiada perubahan kadar dilihat akan berlaku, dan perkara ini juga tidak memihak kepada pound. Data untuk kadar pertumbuhan KDNK yang akan diumumkan pada hari Jumaat juga tidak akan memberi kesan serius kepada keseluruhan dinamik matawang British. Ia mempunyai nilai negatif.
    50% daripada penganalisis dan lebih kurang 90% indikator bersetuju dengan pandangan ini. Menurut apa yang mereka ramalkan, pasangan ini mungkin akan jatuh pertama kali ke paras 1.2475, dan kemudian rugi 75 poin lagi.
    20% penganalisis mengambil posisi neutral, dan baki 30% bersetuju dengan pertumbuhan pasangan ini ke zon 1.2670-1.2700;
  • USD/JPY. Berkenaan masa depan pasangan ini, indikator tidak memberi sebarang gambaran yang jelas: perbezaan bacaan mereka hampir sama. Ia turut berlaku kepada pendapat penganalisis: 45% daripada mereka berpendapat pasangan ini akan jatuh, 50% mensasarkan pertumbuhan berterusan dan 5% tidak mengambil sebarang keputusan. Ketidakpastian itu nyata sangat jelas jika anda melihat pada carta, kini ia berada di pertengahan saluran sisi minggu keenam 112.30-114.00.
    Hasil mesyuarat Bank of Japan seperti tidak akan memberi sebarang kesan terhadap sebut harga pasangan ini, dan satu-satunya perkara yang dapat mengubah kedudukannya adalah keputusan Rizab Persekutuan AS berkenaan kadar faedah yang telah pun dibuat. Dalam kes ini, menurut kebanyakan penganalisis, pasangan ini boleh melepasi sempadan atas saluran sehingga mencecah zon antara 114.55-114.75.
    Analisis grafik pada D1 mengambil posisi yang bertentangan, ia meramalkan pasangan ini jatuh ke paras sokongan 112.20 dan seterusnya ke paras 111.75;
  • Matawang Kripto. 60% penganalisis menjangkakan trend penurunan Bitcoin ke zon yang dicatatkan pada Julai-Ogos 2018 iaitu antara $2,500-2,700 akan terus berlaku. Sokongan paling hampir adalah di zon $2,940-3.050. Sebagai tambahan kepada keseluruhan dinamik negatif ini, bear memiliki kelebihan jika dilihat pada pengalaman lalu apabila ramai pemilik mahu menukar simpanan kripto mereka kepada matawang fiat.
    Selain daripada itu, melihat keadaan yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan, sedikit peningkatan (mungkin 10%) terhadap posisi bullish memberi 20% penganalisis bukti bahawa pasangan ini akan mengalami trend sisi, manakala 20% lagi dipenuhi sikap optimis yang menjangkakan trend pemulihan untuk melonjak ke paras 4,500.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami