November 10, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika diingat semula, 60% penganalisis menjangkakan pertumbuhan nilai euro ke zon 1.1480-1.1525 apabila membuat ramalan pada minggu lalu, dan ianya 100% tepat: pasangan ini melonjak ke ketinggian 1.1500 pada hari Rabu 7 November.
    Baki 40% penganalisis mencadangkan bahawa pasangan ini akan menurun dan menguji paras sokongan pada 1.1300 yang disebabkan oleh penurunan indikator ekonomi di Eurozone dan juga mengenai masalah belanjawan di negara Itali. Ramalan ini turut dipenuhi. Pada hari Khamis, 8 November, nilai euro mengalami penurunan selepas Suruhanjaya Eropah dilaporkan menurunkan ramalan KDNK bagi tahun 2019 dari 2.0% kepada 1.9%. Nilai euro terus menjunam manakala nilai dolar semakin kukuh dan keadaan ini telah disebabkan oleh kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan AS dimana ia melaporkan matawang AS dijangka akan mengalami peningkatan ke atas kadar faedahnya sehingga penghujung tahun 2018.
    Akhirnya, nilai dolar kukuh 175 poin berbanding euro, mencapai kedudukan di bawah pada paras 1.1325, diikuti dengan sedikit lonjakan, dan akhir sekali pasangan ini kekal pada paras 1.1335;
  • GBP/USD. Situasi yang hampir sama ke atas euro pada minggu lepas dihadapi oleh pound British. Disokong oleh analisis grafik dan hampir 90% pengayun serta indikator trend pada H4, 40% penganalisis memilih pertumbuhan berterusan pasangan ini ke paras 1.3100-1.3220, dan pasangan ini mencecah ketinggian 1.3173 pada 7 November. Kemudian ia diikuti oleh pembalikan, seperti yang dijangka oleh penggemar trend bear, pasangan ini turun menjunam sehingga mencecah paras sokongan di 1.2955 pada hari Jumaat, hasil daripada komen yang dibuat pihak Rizab Persekutuan AS. Ia mengakhiri sesi mingguan di zon 1.2970;
  • USD/JPY. Nilai dolar juga kukuh berbanding matawang Jepun. Namun, pasangan ini gagal untuk melepasi paras rintangan utama iaitu 1.1400, dan ia mengakhiri minggu tersebut pada paras 113.80, menunjukkan pertumbuhan mingguan sebanyak 60 poin;
  • Matawang Kripto. Pilihanraya pertengahan penggal yang diadakan di AS dilihat bukan sahaja suatu pergelutan antara parti Republikan dan juga Demokrat, malah ia juga menjadi punca pertelagahan antara penyokong matawang kripto dan pihak yang menentangnya. Jika dilihat pada komen-komen yang dibuat, kemenangan dimiliki penyokong blockchain. Kejayaan positif ini telah dibantu oleh maklumat yang menyatakan syarikat-syarikat digital utama Amerika telah melobi secara aktif keinginan mereka dalam matawang ini kepada pihak Senat, Kongres serta kerajaan AS dan mereka telah pun berjaya.
    Bagi berita negatif pula, antaranya adalah mengenai rayuan Kesatuan Peguam Korea Selatan yang mahukan kerajaan mereka mengawal selia pasaran kripto, dan juga tuduhan Suruhanjaya Sekuriti AS (SEC) terhadap pengasas bursa matawang kripto EtherDelta, Zachary Coburn berkenaan penglibatan beliau dalam aktiviti haram.
    Bagi matawang virtual utama, seperti yang kami jangkakan, kebanyakan daripadanya tidak memberi reaksi mengejut terhadap semua berita-berita ini. Oleh yang demikian, bukan sahaja nilai bitcoin kekal antara $6,200-$6,660, malah ia mengecilkan lagi julatnya kepada $6,320-$6,610. Altcoin pula menunjukkan peningkatan kecil sepanjang minggu, merujuk kepada matawang kripto berikut: Ethereum (ETH/USD) meningkat sebanyak 4%, Litecoin (LTH/USD) naik 0.5%, Ripple (XRP/USD) turun sebanyak – 8%. Dinamik paling hebat ditunjukkan oleh (BCH/USD): sebut harga Bitcoin Cash melonjak daripada $425 pada awal bulan kepada $570 pada petang 9 November, dan ia adalah peningkatan sebanyak 34%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Menurut pendapat 70% penganalisis, kenyataan oleh Rizab Persekutuan masih memerlukan masa untuk mempengaruhi pengukuhan nilai dolar. Oleh kerana itu mereka percaya bukan sahaja nilai pasangan ini mampu turun ke paras terendah iaitu 1.1300, malah jika statistik ekonomi Eurozone kekal lemah dan adanya berita positif dari AS, pasangan ini akan melepasi paras sokongan tersebut dan mencapai nilai di sekitar 1.1200-1.1250. Kedua-dua analisis grafik di H4 dan kebanyakan pengayun serta indikator trend bersetuju dengan ramalan ini. Namun, sekurang-kurangnya 20% pengayun di H4 telahpun memberi isyarat bahawa pasangan ini terlebih jual, memungkinkan akan berlakunya pembetulan.
    30% daripada penganalisis juga menjangkakan trend untuk kembali ke atas. Pada pandangan mereka, dolar kini sudah terlebih nilai, dan kita boleh jangkakan pasangan ini untuk kembali ke zon 1.1435-1.1525.
    Pada minggu ini, pertama sekali kita perlu perhatikan data KDNK di Eurozone dan juga kadar inflasi di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, 14 November dan juga pada hari Khamis, 15 November, serta data inflasi di Eurozone pada hari Jumaat, 16 November;

  • GBP/USD. Data makroekonomi penting dijangka akan dikeluarkan di UK pada minggu hadapan. Data pasaran buruh akan diumumkan pada hari Selasa, 13 November, dan data inflasi harga pengguna akan diterbitkan keesokan harinya, dan jika seperti yang diramalkan, mungkin akan meningkat 0.1%. Lebih baik prestasi yang ditunjukkan, lebih tinggi kemungkinan kadar faedah pound British akan meningkat.
    Namun, buat masa ini majoriti penganalisis (65%), bersama-sama analisis grafik pada H4 serta 90% indikator sangat pesimis meramalkan nilai pound akan mengalami lebih banyak penurunan. Sasaran paling hampir adalah 1.2850, dan paras seterusnya adalah 1.2810.
    Pendapat alternatif diberikan oleh 40% penganalisis dan 10% pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah lebih dijual. Sasaran pertumbuhannya adalah pada 1.3150, 1.3175 dan 1.3235. Rintangan paling hampir adalah pada 1.3040;
  • USD/JPY. Dolar yang kukuh telah melonjakkan pasangan ini hampir ke 114.00. Unjuran kadar faedah yang dibuat Bank of Japan adalah hampir kosong, justeru 55% penganalisis dan juga hampir 60% indikator pada H4 dan D1 menyokong sentimen bullish, menjangkakan pasangan ini untuk terus bertumbuh ke paras rintangan 114.55 dan115.40.
    Dalam masa sama, terdapat percanggahan antara bilangan pengayun dan sebut harga yang ditunjukkan pasangan ini. Harus diingat bahawa ketinggian 114.55 adalah paras tertinggi bagi tahun 2018, menjadikan ia satu halangan penting bagi pasangan ini untuk terus bertumbuh. Justeru, 45% penganalisis bersama-sama 40% indikator dan juga analisis grafik di H4 menjangkakan pasangan ini mampu untuk kembali ke paras sokongan pada 113.10 dalam masa terdekat, dan kemudian ke paras 111.75. Bagi ramalan jangka sederhana pula, lebih daripada 60% penganalisis memihak kepada trend bear; 
  • Matawang Kripto. Sebut harga bagi pasangan ini masih lagi ditentukan oleh berita. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas, matawang kripto sudah memiliki imuniti yang kuat terhadap berita. Jadi, lonjakan terhadap nilai pasaran bitcoin mungkin belum akan berlaku.
    Tindakan beberapa pihak berkuasa seperti SEC akan menentukan pertumbuhannya. Laman CoinDesk melaporkan hukuman yang dikenakan ke atas Zachary Coburn adalah petanda awal, sekatan ke atas bursa kripto yang lebih banyak mungkin akan berlaku selepas ini. Timbalan Perdana Menteri Thailand turut menyatakan hasrat beliau untuk mengawal lebih ketat pasaran virtual ini, seperti yang dilapor Bangkok Post.
    Di sebalik itu, tiada pelabur utama yang menginginkan keruntuhan matawang kripto utama, dan had kemeruapan terendah masih lagi ditentukan oleh paras keuntungan penghasilan. Jika nilai ini dicapai, pembelian coin secara aktif akan bermula, dan sebut harganya akan meningkat.
    Justeru, ramalannya hampir tidak berubah untuk dua bulan berturut-turut: BTC/USD akan terus bergerak di julat sempit antara $6,200-$6,660. Rintangan seterusnya adalah pada $6,780, dan sokongan berikutnya adalah di sekitar $6,100.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit. Ia juga sangat berisiko hingga boleh menyebabkan kemuflisan.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami