November 3, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika diimbas semula kebanyakan penganalisis (55% berbanding 45%) memilih nilai dolar yang lebih kukuh, menjadikan nilai terendah tahun ini iaitu 1.1300 yang direkodkan pada 15 Ogos sebagai sasaran. Ramalan ini ternyata benar, dan pasangan ini berjaya mencecah nilai itu pada hari terakhir bulan Oktober yang turut dibantu oleh sikap optimistik Presiden AS berkenaan dengan rundingan bersama China. Memang benar, Larry Fink, ketua salah sebuah dana pelaburan BlackRock terbesar mempunyai pendapat bertentangan dengan D. Trump, bahawa beliau menjangkakan perang dagangan secara besar-besaran terhadap China pada minggu yang mendatang.
    Kegembiraan pengikut trend bull tidak lama. Pasaran pada permulaan bulan November ternyata dahagakan pelaburan berisiko, yang turut dibantu oleh berita mengenai kemajuan dalam rundingan Brexit. Hasilnya, pasangan ini melonjak tinggi ke paras 1.1455, kemudian semua orang terpaku menantikan data pasaran buruh Amerika, dan seperti yang dijangka, ia boleh dianggap sebagai pengukuhan nilai dolar. Justeru, bilangan pekerjaan baru yang terhasil di luar sektor agrikultur (NFP) bertambah sekali ganda (daripada 118K kepada 250K), menyebabkan dolar mampu meraih semula 65 poin. Pasangan ini telah mengakhiri minggu dagangan pada paras yang sama ia bermula, iaitu di zon 1.1390;      
  • GBP/USD. Seperti yang dijangka, matawang British jatuh pada awal minggu, hampir mencecah nilai terendah tahun 2018 iaitu 1.2660. Namun nasib pasangan ini mula berubah pada awal November. Di sebalik berita terdapatnya kemungkinan perjanjian bersama EU mengenai Brexit yang akan ditandatangani tidak lama lagi, nilai Pound menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, melonjak sebanyak 340 poin. Pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada paras 1.2960, di zon yang boleh dianggap sebagai Pivot Point bagi tempoh tiga bulan lalu;
  • USD/JPY. Ramalan bagi pasangan ini juga benar-benar tepat. Majoriti penganalisis (70%) yang turut disokong analisis grafik memilih pengukuhan nilai dolar dan juga pertumbuhan pasangan ini. Paras 112.85 dan 113.35 telah dijadikan sasaran, dan ia berjaya dicapai. Pada hari Selasa, pasangan ini telah mencecah paras rintangan pada 112.85, kemudian melepasinya dan berakhir pada paras tertinggi mingguan iaitu 113.38. Selepas itu ia kembali ke paras 112.55, dan mengakhiri minggu dagangan pada paras 113.20;
  • Matawang Kripto. Ramalan kami ada menyatakan jika tiadanya berita yang benar-benar penting, pasangan BTC/USD akan terus bergerak pada julat nilai yang sempit antara $6,352-6,660 dan didominasi sentimen bearish. Sokongan berikutnya adalah di sekitar $6,100. Senario ini telah direalisasikan dengan sedikit toleransi: bergerak menjauhi rintangan pada 6.550, pasangan ini menuju ke sempadan bawah saluran lateral 6.320. Trend bear berjaya melepasinya pada pertengahan minggu, dan nilai bitcoin telah jatuh ke ufuk 6,240, tetapi dengan pantas melakukan lonjakan dan bergerak ke kawasan pertengahan pada saluran sisi zon 6.425. Ia telah mengesahkan jangkaan bahawa dengan merendahkan kadar keuntungan penghasilan, pelabur utama akan mula membeli coin secara aktif, disebabkan hal itu sebut harga dapat kembali ke paras permulaan dengan cepat.
    Nasib bitcoin turut dirasai altcoin utama yang lain: kebanyakan coin seperti Ethereum (ETH/USD) dan Litecoin (LTH/USD) turut mengakhiri minggu dengan sedikit penurunan yang tidak ketara, manakala coin lain seperti Ripple (XRP/USD) pula tidak memberi sebarang keputusan.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Kami menantikan dua peristiwa penting yang mampu memberi kesan secara drastik terhadap nasib kesemua pasangan dolar pada minggu ini. Salah satunya ialah pilihanraya pertengahan penggal di AS yang akan berlangsung pada 6 November, dan satu lagi ialah keputusan pihak Rizab terhadap kadar faedah pada 8 November, dan seperti biasa komen ketua Rizab Persekutuan pula akan menyusul. Antara sebab lain adalah kejatuhan harga minyak, kenyataan Presiden AS yang tidak dijangka dan juga sikap optimis terhadap perjanjian British untuk keluar daripada EU, semua ini mampu memberi kesan positif ke atas sebut harga bukan saja untuk Pound, tetapi juga untuk Euro.
    Berdasarkan sebab-sebab tersebut, kebanyakan penganalisis (60%) yang turut disokong oleh analisis grafik telah memihak kepada matawang Eropah, menunggu pasangan ini untuk melonjak ke zon 1.1480-1.1525. Rintangan paling hampir adalah pada 1.1445.
    Pendapat bertentangan pula disokong oleh 40% penganalisis serta sejumlah besar pengayun dan indikator trend pada D1. Penyokong trend bear akan membincangkan tentang indikator ekonomi yang lemah di Eurozone, masalah di Itali dan anda boleh menjangkakan pasangan ini akan tiba di paras sokongan 1.1300, dan jika semuanya berjaya, ia akan turun lebih rendah ke paras 1.1210. Sasaran seterusnya ialah 1.1100.;

  • GBP/USD. Sebagai tambahan terhadap kemajuan rundingan Brexit, pertumbuhan nilai Pound minggu lalu turut disokong oleh kenyataan CEO Bank of England Mark Carney yang menyatakan pihak pengawal selia telah bersedia untuk menaikkan kadar faedahnya tanpa mengira peristiwa yang bakal berlaku termasuklah “Brexit yang rumit”. Cadangan pertambahan kadar adalah sebanyak 1.5 dalam tempoh tiga tahun (1% dinyatakan sebelum ini).
    Namun, kesan positif terhadap apa yang Carney janjikan itu tidak akan kekal lama, dan 50% penganalisis menjangkakan nilai matawang British akan lemah pada minggu ini. Pada pendapat mereka, pasangan ini seharusnya berusaha lagi untuk mencapai nilai terendah pada 30 Oktober di zon 1.2700, dan turun lebih rendah ke nilai minimum bulan Ogos iaitu 1.2660.
    40% penganalisis pula memberikan pandangan alternatif mereka. Ia disokong analisis grafik dan hampir 90% pengayun serta indikator trend pada H4, dan mereka memilih pertumbuhan berterusan pasangan ini sekurang-kurangnya pada ketinggian 1.3100. Sasaran seterusnya adalah pada 1.3220.
    Akhir sekali, baki 10% penganalisis, bersama-sama indikator pada D1, memilih untuk kekal neutral, menantikan pergerakan pasangan ini ke sisi, berdasarkan paras sokongan pada 1.2820;
  • USD/JPY. Pada hari Isnin, 5 November, satu mesyuarat jawatankuasa polisi kewangan Bank of Japan dan juga ucapan oleh ketua Bank Kuroda akan berlangsung. Namun, pasaran dijangka tidak akan terkesan oleh peristiwa-peristiwa ini. Trend bull mempunyai sedikit kelebihan (55% berbanding 45%) dikalangan penganalisis. Kebanyakan majoriti pengayun serta indikator trend di kedua-dua H4 dan D1 juga berwarna hijau, walaupun 10% daripada pengayun pada D1 sudah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah pun terlebih beli. Paras sokongannya adalah pada 112.55, 111.80 dan 11075, manakala paras rintangan pula adalah pada 114.05 dan 114.05;
  • Matawang Kripto. Walaupun turun naik harga bitcoin serta coin utama yang lain sememangnya berada dalam julat sempit untuk satu jangka yang panjang, masih terlalu awal untuk mengatakan pasarannya sudah berakhir. Dan walaupun jumlah permodalannya masih lagi hampir mencecah $200 bilion, volum dagangan hariannya kekal menakjubkan, hampir $4.2 bilion. Bilangan transaksinya pula (250 ribu setiap hari) menunjukkan para pelabur masih tidak mahu melepaskan aset digital mereka.
    Jelas sekali sudah lama tiada kemasukan pelabur besar yang baru, tetapi di masa hadapan, kami menjangkakan pertumbuhan bagi sebut harga matawangnya. Syarikat besar seperti ICE (syarikat induk NYSE) dan juga Fidelity Investment dijangka akan melancarkan platform dagangan kripto mereka sendiri pada penghujung tahun ini, dan ia sudah tentu dapat menyumbang kepada pertambahan aliran pelaburan. Pakar-pakar dari bank ternama seperti Morgan Stanley juga bersikap optimis tentang masa hadapan pasaran kripto dengan menerbitkan kajian yang relevan tentangnya.
    Dalam masa sama, berdasarkan berita neutral, ramalan minggu hadapan hampir tiada perubahan: BTC/USD akan terus bergerak di ruangan sempit $6,200-6,600 yang didominasi oleh sentimen trend bear. Rintangan seterusnya adalah pada $6,789, dan paras sokongan pula di sekitar $6,1000.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit. Ia juga sangat berisiko hingga boleh menyebabkan kemuflisan.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami