Oktober 14, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pasaran AS dilihat mengalami pembetulan secara berterusan dan melemahkan nilai dolar. Pada hari Khamis, 11 Oktober, indeks saham S&P500 AS kerugian 2% seterusnya, dan ia menyebabkan ramai pelabur melepaskan aset dolar. Proses itu turut didorong oleh khabar angin yang mengatakan Donald Trump akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China Xi Jingping semasa kemuncak G20. Ia dilihat berkemungkinan akan melemahkan kedudukan AS. Akibatnya, setelah pasangan ini dapat bergerak ke atas, ia kembali ke sempadan sisi jangka sederhana yang bermula pada bulan Mei dan berada di sekitar 1.1525-1.1830, kemudian mengakhiri dagangan lima hari pada paras 1.1560;
  • GBP/USD. Nilai dolar yang semakin lemah tidak banyak membantu pasangan ini tetapi turut memberikan kesan. Pada hari Jumaat, 12 Oktober, ianya melonjak ke ketinggian 1.3255, tetapi perbezaan antara minimum dan maksimum sepanjang dua minggu telah melebihi 335 poin. Benar, pada penghujung minggu, selepas pertumbuhan yang memberangsangkan, ia kemudian mengalami lantunan ke bawah, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan di sekitar 1.3150;
  • USD/JPY. Yen Jepun telah kembali ke nilai pertengahan bulan September, dan ia kukuh berbanding dolar. Pembentukan trend ini telah dipengaruhi oleh reaksi negatif terhadap peningkatan kemeruapan pada pasaran dunia oleh pelabur utama dan keinginan mereka untuk menyembunyikan sebahagian modal mereka di persisir Jepun yang tenang. Hasilnya, nilai akhir di penghujung minggu berada pada zon 112.20;
  • Matawang Kripto. Terdapat mereka yang berkata tiada sebarang perubahan pada matawang digital, disebabkan oleh pasangan BTC/USD masih tidak lagi berada di bawah paras keuntungan bagi penghasilannya. Namun ia memberi kebimbangan kepada para pelabur, apabila harga bitcoin jatuh sebanyak $420 dalam masa beberapa jam sahaja, turun ke paras terendah sepanjang tiga minggu iaitu $6.215. Kejatuhan matawang kripto daripada penanda arasnya adalah disebabkan oleh keruntuhan pasaran saham AS dan juga laporan IMF yang membincangkan tentang permasalahan keselamatan siber serta matawang digital yang dianggap punca baru terhadap keterdedahan sistem kewangan global. Ketiadaan hasil keputusan pengawal selia Amerika (SEC) pada permohonan untuk melancarkan ETF juga tidak memberi suasana optimis pada pasaran tersebut.
    Pasangan utama yang lain juga turut mengalami penurunan seperti bitcoin. Jumlah permodalan di pasaran kripto menurun sebanyak $15 bilion. Walaupun bitcoin dan altcoin lain seperti litecoin (LTH/USD), ripple (XRP/USD) dan ethereum (ETH/USD) berjaya mendapatkan semula sebahagian kerugian, kemenangan mutlak adalah milik trend bear.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Secara harfiahnya minggu yang mendatang ini akan dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa yang membentuk trend bagi pasangan dolar. Semuanya berkenaan dengan statistik makroekonomi dari AS, dan juga data inflasi yang berlaku di Eurozone, Great Britain dan juga China. Indeks sentimen ekonomi semasa akan dibentangkan oleh Jerman dan juga Kesatuan Eropah, serta minit mesyuarat Jawatankuasa Rizab Persekutuan AS yang akan diterbitkan pada hari Rabu. Impak terbesar pada pasaran akan ditentukan oleh data KDNK negara China, dan sudah tentunya, keputusan dari kemuncak EU Brexit.
    Semua ini melibatkan jumlah bilangan senario yang amat besar. Dalam situasi ini, kedua-dua pengayun dan indikator trend benar-benar keliru. Tetapi bagi kebanyakan penganalisis (60%) percaya bahawa sekembalinya dari sempadan pada paras antara 1.1525-1.1830, pasangan ini akan bergerak ke atas buat seketika, pertama sekali menuju ke bahagian tengah, dan kemudian ke arah sempadan bahagian atas saliran ini. Sasarannya adalah pada 1.1650 dan 1.1735.
    Selepas mengemaskini keuntungan, senario alternatif mengatakan bahawa, hasil keuntungan bon AS selama 10 tahun adalah berkurangan, menunjukkan kemungkinan pengukuhan dolar. Sokongannya berada pada paras 1.1430 dan 1.1300;
  • GBP/USD. Seperti yang berlaku sebelum ini, 60% penganalisis sekali lagi mengundi pergerakan ke atas pasangan ini. Pada pandangan mereka, pasangan ini harus mara ke zon 1.3225-1.3245. Sasaran seterusnya adalah pada ketinggian 1.3300. Menurut penganalisis, masih banyak lagi peluang untuk pound mengukuhkan nilainya, dan perkara pertama adalah, pasaran sedang menantikan berita positif mengenai Brexit.
    80% indikator trend dan 70% pengayun pada D1 juga memilih pertumbuhan pasangan ini, dan terdapat sebilangan daripada mereka menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual.
    Harus diberi perhatian bahawa kemenangan adalah milik trend bear untuk jangka sederhana kerana 55% penganalisis yang disokong analisis grafik pada D1 sudahpun menjangkakan pasangan ini akan jatuh ke paras terendah pada awal bulan Oktober di zon 1.2920;
  • USD/JPY. Bagi pasangan ini, trend bear menang dengan margin yang kecil (45%). Pada pandangan mereka, dolar akan terus mengalami penurunan, dan sebut harganya akan menghampiri paras 111.00. Senario ini disokong oleh 70% indikator trend dan pengayun. Namun, 20% pengayun pada D1 sudah pun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlebih jual.
    35% penganalisis memilih pergerakan lateral, dan baki 20% memilih trend ke atas dengan sasaran diletakkan pada 113.15, 114.00 dan 114.55.
    Bagi analisis grafik, menurut bacaannya, pertama sekali pasangan ini akan melonjak ke paras rintangan 113.15, dan secara tiba-tiba turun ke paras sokongan 111.70, kemudian terus menjunam, cuba untuk sampai ke dasar setempat di zon 111.00;
  • Matawang Kripto. Ketika kejatuhan bitcoin pada hari Khamis, 11 Oktober, ia telah melepasi paras sokongan trend ke atas yang bermula pada 8 September. Jika penurunan ini berterusan, kita akan dapat lihat pasangan BTC/USD berada di zon $6,100. Sokongan seterusnya adalah pada paras $5,870. Namun, disebabkan ketiadaan berita-berita negatif, para penganalisis meramalkan kemungkinan besar nilai bitcoin akan kembali ke sekitar zon $6,325-6,835. Antara lainnya ramalan ini adalah berdasarkan oleh hasil kaji selidik Chainalysis yang menunjukkan pelabur utama kebiasaannya akan cuba untuk menstabilkan kadar dengan membeli coin semasa dalam tempoh pembetulan. Itulah yang berlaku sekarang ini.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami