September 26, 2018

Pada musim luruh tahun ini, NordFX telah dinobatkan dengan dua anugerah berprestij, memberi penghargaan terhadap pembangunan berinovatif serta khidmat dagangan kripto bertaraf tinggi yang dimilikinya. Majalah The International Business menamakan NordFX sebagai Broker Terbaik bagi Dagangan Matawang Kripto, dan syarikat yang bertanggungjawab pula diiktiraf sebagai Broker Matawang Kripto Paling Dipercayai untuk tahun 2018, mengikut undian yang dilakukan majlis penasihat Majalah Global Brands.

"Anugerah kami," yang ditulis dalam Majalah Global Brands, "bertujuan mencari dan mengiktiraf penyedia yang berjaya memberikan khidmat paling cemerlang dan menganugerahkan hasil usaha tersebut dengan Pengiktirafan tertinggi di peringkat global. Satu pasukan penilai telah dilantik bagi menilai calon-calon yang ada. Data yang dikumpul datang dari pelbagai sumber termasuklah penyedia data pihak ketiga dan juga laporan tahunan. Hasil daripada pasukan penilai kami, syarikat anda telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam Forex dan layak serta diiktiraf sebagai Broker Matawang Kripto Paling Dipercayai untuk tahun 2018.

Anugerah tersebut menjadi satu testimoni kepada syarikat anda, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan membawa jenama sendiri ke tahap tertinggi beberapa tahun kebelakangan ini. Tahniah dari Majalah Global Brands!”.

 


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami