September 4, 2018

Bermula 3 September, sebagai tambahan pada MT4, NordFX akan melancarkan bursa dagangan dalam matawang kripto yang dibangunkan berdasarkan platform MetaTrader 5. Platform ini, bersama-sama dengan akaun Kripto, hanya boleh digunakan bagi operasi yang menggunakan matawang kripto sahaja, dan transaksi yang dilakukan juga tidak melalui broker mahupun bursa, tetapi dagangan antara satu sama lain. Dalam masa sama, sistem ini dijalankan secara telus: setiap peserta dapat melihat order had peserta lain disebabkan kedalaman pasaran yang ada.

Seperti sebelum-sebelumnya, pedagang berpeluang untuk mengaut keuntungan bukan sahaja daripada pertumbuhan matawang kripto, malah juga dari kejatuhannya. Bagi dagangan margin pula, peluang yang ada makin luas. Jika anda perlukan modal sebanyak $300 bagi membuka satu posisi untuk 1 bitcoin pada MetaTrader 4, kini dengan modal sebanyak $100 sahaja sudah mencukupi pada MetaTrader 5.

Tidak seperti bursa kripto lain, pedagang bukan sahaja boleh menjana keuntungan dari berdagang di bursa NordFX, mengekalkan kecairan bursa juga dapat memberi hasil yang sama. Fi bagi komisen pedagang maker adalah negatif. Ia bermaksud mereka akan menerima bayaran sebanyak 0.02% bagi setiap volum transaksi. Bagi bayaran komisen ke atas pedagang taker pula, ia adalah yang terendah buat masa ini dengan hanya 0.09% yang akan dikenakan.

Disebabkan terdapat dua jenis platform, MT 4 dan MT 5, pedagang boleh mengaplikasikan strategi dagangan yang pelbagai dengan menggunakan bermacam-macam jenis indikator. Anda juga boleh menggunakan khidmat penganalisis. Tidak lupa juga komisen yang rendah serta pelaksanaan order yang pantas, ini menyebabkan keuntungan mungkin boleh diperoleh walaupun sedikit sahaja turun naik yang berlaku di pasaran. 

Secara keseluruhan, terdapat 14 pasangan kripto utama, pasangan bersilang dan 4 indeks kripto yang tersedia 24/7/365 tanpa cuti untuk didagangkan buat masa ini. Akaun Kripto hanya dikhaskan untuk dagangan di bursa kripto sahaja, dan ini bermaksud ia tidak boleh diguna bagi dagangan pasangan matawang biasa. Untuk dagangan tradisional, anda boleh gunakan platform MT4 kami sebagai tempat bagi dagangan matawang fiat utama (33 pasangan matawang), emas dan perak, dengan leveraj sehingga 1:1000.

Akaun dagangan Kripto untuk MT 5 boleh menerima kedua-dua jenis matawang, sama ada dolar AS ataupun dalam bitcoin serta Ethereum. Justeru, meletak deposit atau membuat pengeluaran boleh dilakukan dalam matawang USD, BTC dan juga ETH. Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai akaun ini dan juga terma berdagang pada MetaTrader 5, sila lawati laman web NordFX di https://ms.nordfx.io/trading_account_crypto.html


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami