September 23, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika diimbas kembali kebanyakan penganalisis (55%) meramalkan peningkatan dalam pertumbuhan pasangan ini serta peralihannya ke zon 1.1745-1.1845. Ternyata semua itu 100% tepat, dan ia berada pada paras 1.1802, iaitu paras tertinggi sepanjang minggu pada hari Jumaat pagi, setelah meningkat sebanyak 180 mata dalam tempoh lima hari.
    Sebab utama dolar menjadi lemah adalah harapan orang ramai terhadap perang dagangan berskala besar antara China dan Amerika Syarikat yang boleh dielakkan. Kemenangan mutlak rakyat Amerika semakin samar, dan pelabur pula mengalihkan perhatian mereka kepada aset yang lebih berisiko dan mula mengurangkan jumlah dolar.
    Antara sebab lain kejatuhan mata wang AS ialah kelewatan pemeteraian perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) antara Kanada dan Amerika Syarikat. Bagi kenaikan kadar faedah yang akan diumumkan pada 25-26 September kelak, pasaran telah memainkan peranannya terlebih dahulu. Ini mengakibatkan indeks dolar jatuh ke paras terendah sepanjang tempoh dua bulan. Namun begitu, pada hari Jumaat, dolar berjaya menebus kerugian yang dialaminya, dan pasangan itu mengakhiri minggu dagangan yang panjang pada paras 1.1750; 
  • GBP/USD. 60% penganalisis yang turut disokong oleh majoriti pengayun utama, indikator trend, dan juga analisis grafik pada H4, meramalkan pasangan ini akan meneruskan pertumbuhannya pada paras sekitar 1.3210-1.3315. Itulah yang berlaku: paras tertinggi dicapai pada hari Khamis dengan ketinggian 1.3296. Selain daripada faktor-faktor di atas, pertumbuhan pound turut disebabkan oleh statistik jualan runcit UK yang positif dan juga beberapa isu mengenai sempadan Ireland yang telah diselesaikan dalam mesyuarat Brexit.
    Namun, kejayaan yang dikecapi ini tidak kekal lama, kerana pada hari Jumaat, nilai pasangan ini menjunam lebih daripada 200 mata setelah berjaya melepasi paras sokongan saluran yang semakin meningkat sejak dua minggu lalu, dan kembali ke paras 1.3075, iaitu paras asal pada permulaan minggu. Ia masih lagi disebabkan oleh perkara yang sama: ketidakpastian mengenai Brexit;
  • USD/JPY. Walaupun nilai dolar lemah berbanding euro dan pound, ia kekal utuh berbanding yen. Laba bagi aset bebas risiko jatuh mendadak pada minggu ini, dan matawang Amerika serta Jepun turut menerima kesan kerana kedua-duanya berada dalam senarai tersebut. Selain itu, yen yang mempunyai kadar faedah negatif sebanyak -0.1%, menjadikannya matawang paling tidak menarik buat pelabur berbanding dolar. Ini mengakibatkan yen kehilangan kira-kira 50 mata berbanding dolar, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada paras 112.60;  
  • Matawang Kripto. Seperti yang dijangka, bitcoin kekal pada nilai sekitar $6,000 dan $7,000, mengimbangi kejatuhan yang dialami pada awal minggu dengan peningkatan sehingga melebihi nilai $6,700. Berakhirnya lima hari dagangan memberi berita gembira kepada semua coiner TOP-100 kerana hampir kesemuanya begerak ke zon hijau. Jika dibandingkan pertumbuhan ethereum (ETH/USD) atau litecoin (LTH/USD) yang agak lemah, ripple (XRP/USD) dilihat sebagai tumpuan utama untuk minggu ini, melonjak hampir 45%. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuklah bayangan yang diberi pengurusan Ripple bagi pelancaran produk baru xRapid, penyertaan syarikat ini ke dalam pasaran pindahan wang Asia terbesar di dunia serta pelancaran produk ini di Afrika.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Minggu hadapan akan dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang boleh mengubah trend dan kadar tukaran. Bagi pasangan dolar, antara peristiwa paling penting adalah keputusan Rizab mengenai kadar faedah. Tidak dinafikan bahawa pasaran telah bersedia jika terdapat peningkatan kadar, tetapi kemeruapan pertumbuhan dijamin akan berlaku pada hari Rabu 26 September. Namun jika tiada perubahan yang berlaku, kesannya amat besar dan nilai dolar akan turun menjunam.
    Keputusan akhir Rizab Persekutuan AS masih tidak lagi diketahui. Semasa ramalan ini dibuat, situasinya adalah seperti berikut:
    90% daripada indikator, analisis grafik pada H4 dan D1, serta 55% penganalisis mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini. Sasaran paling hampir adalah pada paras 1.1850, dan sasaran seterusnya adalah 100 mata lebih tinggi.
    45% penganalisis pula meramalkan pengukuhan dolar serta 10% indikator selebihnya menunjukkan pasangan ini telah terlebih beli. Paras sokongan adalah pada 1.1620 dan 1.1530. Matlamat utama bagi tempoh sederhana adalah untuk berada pada paras terendah yang berlaku pada bulan Ogos iaitu 1.1300;
  • GBP/USD. 55% penganalisis meramalkan pertumbuhan pasangan ini, 30% meramalkan kejatuhannya, dan baki 15% pula tidak mengambil sebarang tindakan. Selepas penurunan yang berlaku pada hari Jumaat 21 September, trend yang ditunjukkan indikator hampir terbahagi kepada dua, dan 20% daripada pengayun menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual.
    Bagi analisis grafik pula, terdapat kemungkinan bahawa pasangan ini akan jatuh ke paras 1.3000 pada H4, dan pada D1 pula, paras yang disasarkan minggu ini adalah pada 1.2800, kemudian naik semula ke paras 1.3020.
    Paras rintangan adalah pada 1.3165, 1.3215 dan 1.3300;

  • USD/JPY. Secara teori, pembentukan trend pasangan ini akan dipengaruhi oleh hasil mesyurat pengurusan Bank of Japan pada hari Selasa, 25 September, tetapi kebiasaannya tiada sebarang keputusan radikal yang boleh kita nantikan.
    Kebanyakan penganalisis (60%) percaya bahawa yen telah melakukan banyak konsesi terhadap dolar, dan kini tibalah masanya pasangan ini mengalami pembetulan secara menurun. Analisis grafik pada H4 bersetuju dengan ramalan ini, dan 10% daripada pengayun pada D1 menunjukkan bahawa pasangan ini telah pun terlebih beli. Paras sokongan adalah pada 111.70, 111.25 dan 110.75.
    Terdapat juga senario berbeza, iaitu pertumbuhan pasangan ini ke ketinggian 113.20 yang disokong 40% penganalisis, analisis grafik pada D1 serta 100% indikator trend pada H4 dan D1. Sasaran seterusnya adalah pada paras 113.75 dan 114.75;
  • Matawang Kripto. Pasaran kripto sangat terdesak untuk mendapatkan khabar berita positif yang mampu melonjakkan nilainya. Sebagai contoh, pembabitan pelabur dari institusi-institusi utama yang mampu melabur jutaan ringgit ke dalamnya. Namun, sebahagian penganalisis berpendapat situasi itu adalah seperti "ikan besar" memakan "ikan kecil" dari pasaran, menyebabkan keseluruhan idea mengenai kewangan terpencar ini makin diragui. Mereka memberi hujah dengan menggunakan pelancaran niaga hadapan bitcoin yang dilakukan pada Disember lalu sebagai asas kejatuhan pada kadar matawang digital.
    Namun kekecewaan mereka tidak berakhir di situ. Sebagai contoh, mesyuarat antara pemberi kredit Mt.Gox dijangka akan diadakan pada 26 September, dimana perbincangan mengenai kemungkinan bayaran pampasan terhadap kerugian yang dialami pelanggan terdahulu bursa ini dengan menjual rizab sebanyak 170 ribu BTC akan dibuat. Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku. Tetapi jika diimbas kembali peristiwa antara bulan Februari dan Mac tahun ini, bitcoin mengalami kerugian hampir 20% daripada jumlah kos penghasilannya setelah menerima berita jualan yang hampir sama. Jika pihak berkuasa AS (SEC) menolak permohonan bagi pelancaran ETF pada 30 September, kadar bagi model matawang kripto mungkin akan jatuh mendadak ke bawah nilai $5,000. Jika terdapat keputusan yang positif daripada SEC (walaupun ianya hanyalah suatu bayangan), nilai pasangan BTC/USD mampu melonjak ke zon $7,000-7,500.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami