September 15, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Dolar mendapat tekanan hebat sepanjang lima hari dagangan dengan perbezaan tinggi rendah mingguan adalah sebanyak 200 mata. Tiada apa yang menarik disampaikan semasa sidang akhbar selepas berakhirnya mesyuarat ECB, tiada perubahan dalam rancangan untuk mengetatkan polisi kewangan di Eurozone. Justeru, kejatuhan mata wang AS yang digelar "the Fed's nightmare" ini adalah disebabkan oleh keadaan deflasi yang berlaku di Amerika Syarikat, dan juga keputusan pihak berkuasa Turki untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 625 poin. Ia bukan saja mengakibatkan peningkatan nilai lira Turki, malah nilai matawang negara-negara membangun lain termasuklah euro juga turut meningkat.
    Pada minggu lalu, penganalisis telah memfokuskan kawasan sempadan atas saluran sisi jangka sederhana antara 1.1530-1.1745 sebagai nilai maksimum bagi pertumbuhan EUR / USD. Ramalan ini ternyata benar: nilai maksimum yang dicapai adalah pada paras 1.1725, dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.1622;
  • GBP/USD. Secara amnya, carta mingguan bagi pasangan ini hampir sama dengan EUR/USD. Pada hari Jumaat, 14 September, pound British meningkat ke paras 1.3147, paras tertinggi sejak enam minggu lalu. Semua ini adalah atas usaha Ketua Bank of England Mark Carney. Pada pandangan beliau, kekurangan perjanjian mengenai Brexit akan menyebabkan krisis yang akan membawa kepada kejatuhan pound, dan kemudian meningkatkan kadar inflasi negara tersebut, dan akhirnya memaksa pihak berkuasa British menaikkan kadar faedah. Berakhirnya minggu lalu, pasangan ini berada di sekitar 1.3065;
  • USD/JPY. Ramalan yang berdasarkan pada analisis grafik D1, telah menyimpulkan bahawa pasangan ini akan meningkat hingga ke paras 112.15. Ia adalah paras yang dicapai pasangan ini pada minggu lalu. Apa yang menariknya adalah matawang dolar meningkat berbanding yen Jepun walaupun ia mengalami penurunan terhadap mata wang yang lain. Ia mungkin disebabkan oleh perang dagangan yang dijangka dimulakan oleh Amerika Syarikat serta kebergantungan Jepun terhadap import minyak dari Iran. Hasilnya, pasangan ini hanya bertumbuh sebanyak kira-kira 100 mata sahaja dalam tempoh lima hari;
  • Matawang Kripto. Seperti yang dijangka, percubaan peminat trend bear untuk menembusi paras $ 6,000 telah dibuat pada awal minggu, tetapi mereka tidak berjaya menurunkan nilai bitcoin ke paras bawah zon keuntungan penghasilannya. Apabila menghampiri paras ini, bitcoin dibeli semula, dan nilai pasangan BTC/USD kembali naik. Namun, segala impak mahupun manipulasi terhadap pertumbuhan pasangan ini masih tidak mencukupi. Hasilnya, keadaan pasaran ini agak tenang pada minggu lalu, dan nilai pasangan ini kekal antara 6,120-6,590.
    Bagi Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTH/USD) dan Ripple (XRP/USD), pasangan ini boleh dianggap hanya bergerak di kawasan sisi sahaja: selepas nilai mereka jatuh pada pertengahan minggu, mereka mampu untuk kembali ke kedudukan asal mereka semasa berakhirnya tempoh lima hari dagangan.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Hasil daripada analisis asas yang dibuat, tiada sebarang peristiwa penting yang mungkin akan berlaku pada minggu hadapan. Berkemungkinan tiada kejutan yang boleh diharapkan daripada statistik Eropah yang dikeluarkan pada hari Isnin dan dan juga daripada ucapan ketua ECB M. Draghi pada hari Selasa. Kebanyakan pengayun (60%) berwarna kelabu neutral, dan daripada baki selebihnya, warna "hijau" memenuhi 30%, manakala bahagian "merah" hanya 10% sahaja. Sentimen "Bullish" berlaku di kalangan penganalisis: 55% daripada mereka percaya pasangan ini akan terus bertumbuh dan peralihannya ke zon 1.1745-1.1845.
    Analisis grafik pada H4 percaya bahawa pasangan ini akan tetap berada di sekitar 1.1525-1.1745 dengan Pivot Point berada di zon 1.1630. Tetapi pada D1, ia tidak mengecualikan kejatuhan pasangan ini ke paras terendah bagi bulan Ogos ke zon 1.1300;
  • GBP/USD. 60% daripada penganalisis yang mendapat inspirasi daripada Mark Carney percaya bahawa pasangan ini akan terus bertumbuh ke zon 1.3210-1.3315, dan ramalan ini disokong oleh kebanyakan pengayun utama, petunjuk trend, serta analisis grafik pada H4.
    20% daripada penganalisis pula mengambil langkah neutral, dan 20% selebihnya yakin dolar akan mendapatkan semula posisi asalnya serta bergerak ke paras sokongan pada 1.2955 dan 1.2800. Sasaran akhir adalah pada paras terendah yang dicapai pada 15 Ogos iaitu 1.2660. Senario ini disokong oleh 10% pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah dibeli secara berlebihan. Bagi analisis grafik pada D1 pula, ia menentukan bahawa pasangan ini boleh berkembang ke paras rintangan 1.3210 sebelum mengalami penurunan;

  • USD/JPY. Pembentukan trend akan dipengaruhi oleh hasil mesyuarat Bank of Japan yang akan diadakan pada hari Rabu, 19 September dan keputusan mereka mengenai kadar faedah, yang kini berada pada paras negatif dan bernilai -0.1%. Tidak dinafikan, ianya turut bergantung kepada hubungan perdagangan antara AS dan China, serta keinginan Presiden Trump untuk memulakan satu lagi perang dagangan, dan mangsa kali ini adalah Jepun. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan trend pasaran mengenai keseuaian untuk menjadikan yen sebagai matawang yang selamat.
    Buat masa ini, 50% penganalisis memilih pasangan ini akan kembali ke zon 111.00 pada permulaan, dan ke paras sokongan di 110.35, dan 15% pengayun bersetuju dengannya serta memberi isyarat bahawa pasangan ini telah dibeli secara berlebihan.
    Senario lain yang disokong oleh 35% penganalisis, 85% pengayun dan 100% petunjuk trend pada H4 dan D1alternatif ialah pertumbuhan pasangan ini yang mencapai paras 113.20. Baki 15% penganalisis pula tidak dapat memberikan pendapat mereka; 
  • Matawang Kripto. Pengekalan nilai BTC/USD di kawasan antara $6,000 dan $7,000 memberi petanda bahawa pasaran kini dikuasai oleh spekulator jangka pendek. Pelabur jangka panjang bertindak secara tunggu-dan-lihat, dan mengekalkan minat yang tinggi dalam matawang kripto. Hanya mereka sahaja yang boleh memulakan perlumbaan baru serta menyuntik dana besar-besaran ke pasaran ini. Sementara itu, jumlah permodalan matawang ini sentiasa bergerak pada angka $200 bilion, berulang kali berada pada paras terendah. Oleh itu, pada 12 September, ia diramalkan akan turun ke paras $186 bilion, sebelum meningkat semula menjadi $200 bilion. Ia juga mengambil kira satu lagi percubaan peminat trend bear untuk melepasi paras sokongan pada $6,000 minggu hadapan. Namun, jika bitcoin berjaya melepasi paras 6,620, pasangan ini berpeluang cerah untuk kembali ke paras tertinggi yang dicapai pada 5 September lalu iaitu pada ketinggian 7.410.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami