Ogos 18, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Kebanyakan penganalisis (60%), menyokong analisis grafik dan indikator yang menjangkakan pasangan ini untuk jatuh ke zon 1.1120-1.1300. Sememangnya benar, pasangan ini mencecah ke paras 1.1300 pada hari Rabu 15 Ogos, tapi tidak terus jatuh, bertukar arah dan kembali ke zon 1.1400 pada akhir minggu. Penganalisis menggelarnya sebagai penstabilan situasi dengan lira Turki menjadi sebab utama perubahan trend, walaupun mereka tidak menolak tempoh tenang ini hanya sementara, dan ribut akan melanda tidak lama lagi;
  • GBP/USD. 45% daripada penganalisis, disokong oleh 20% pengayun, yang memberi isyarat bahawa pasangan ini terlebih jual, telah menjangkakan pembetulan, dan ia berlaku pada awal minggu ini: pada hari Selasa pasangan ini melonjak ke paras 1.2825. Namun, ramalan paling utama adalah trend penurunan yang berterusan. Masalah dengan Brexit masih belum lagi diselesaikan, jadi kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa pasangan ini akan mencecah zon 1.2675-1.2720 apabila ia menurun pada minggu lalu. Mengambil tindak balas yang biasa, ramalan ini juga ternyata tepat: pasangan ini jatuh menjunam ke 1.2660, dan menghabiskan sesi lima hari pada paras 1.2745;
  • USD/JPY. Perkembangan mengenai perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang berterusan memberi kelebihan kepada yen Jepun dan menjadikannya sebagai mawatang paling selamat. Terdapat bayangan pasangan ini melepasi batasan bawah saluran menaik jangka sederhana pada separuh pertama bulan Ogos, yang bermula pada akhir bulan Mac tahun ini. Pada masa itu, masih terlalu awal untuk menganggapnya sebagai suatu kejayaan, tetapi hampir 70% penganalisis bersetuju pengukuhan yen akan terus berlaku, dan pasangan ini akan jatuh ke paras 110.30. Ramalan ini juga tepat: nilai minimum mingguan telah ditetapkan pada 110.10, dan nilainya ditutup pada zon 110.50;
  • Matawang Kripto. Berita mengenai bitcoin boleh dianggap positif: pasangan BTC/USD tidak dapat melepasi paras 5.760 dan, seperti yang diramal, ia kekal pada nilai $5.760-6.800. Walaupun berlakunya pembetulan yang kuat, modal pasaran kripto turun sehingga $189 bilion pada permulaan minggu. Sebab utama “kestabilan” BTC ini adalah kerana penghasilan coin tidak menguntungkan jika nilainya berada di zon antara $6,000-6,100, dan kebanyakan penghasil berusaha untuk mendapatkan semula modal mereka. Disebabkan itu paras 5.760 adalah sokongan yang tidak pernah berjaya dilepasi pasangan tersebut sejak kejatuhannya pada 17 Disember, 2017.
    Posisi Litecoin (LTH), ripple (XRP) dan banyak lagi coin utama yang lain telah kembali pulih selepas jatuh pada pertengahan minggu. Matawang kripto kedua terbesar, Ethereum (ETH), melonjak naik, tetapi lebih sukar bagi Ethereum untuk pulih berbanding "rakan" mereka. Populariti mereka sendiri dibandingkan dengan Ethereum. Menurut kajian Invest in Blockchain, 60 daripada 100 matawang kripto terbesar adalah tidak berdasarkan pada apa-apa produk yang berfungsi, ini tidak mengambil kira token-token yang kecil. Harus diingat, kebanyakan ICO adalah berdasarkan ETH, dan kini beberapa projek yang telah berjaya pula bergegas ingin menjual Ethereum mereka, pasaran ini ditakuti akan terus merosot.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Faktor utama yang menentukan pergerakan pasangan dolar pada minggu hadapan adalah rundingan lanjut antara Amerika Syarikat dan China, serta ucapan Ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell di simposium ekonomi di Jackson Hole.
    Para pelabur sama sekali tidak mengharapkan apa-apa dari rundingan AS-China. Mereka mengharapkan penjelasan dari Powell mengenai polisi kuantitatif yang lebih ketat serta peningkatan kadar faedah. Menurut ahli ekonomi, jika ketidakstabilan dalam pasaran dunia berterusan, ia akan menyebabkan krisis pada pasaran yang sedang meningkat, dan kemudian menyebabkan krisis kewangan global. Masalah yang berlaku di Turki menjadi petanda.
    Dalam masa yang sama, pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut: 55% daripada mereka menyokong analisis grafik dan pengayun pada D1, berpendapat pasangan ini akan terus jatuh, 45% pula menyokong pertumbuhannya dengan melihat analisis grafik dan pengayun pada H4. Dalam kes ini, harus diambil kira bahawa pada H4, sebanyak 10% dari pengayun memberi isyarat pasangan ini telah terlebih beli.
    Sasaran terdekat bagi trend bull adalah pada 1.1525, sasaran seterusnya pula adalah pada 1.1575 dan 1.1630. Sasaran trend bear pula pada zon 1.1270-1.1300, kemudian diikuti sokongan pada 1.1165;
  • GBP/USD. Ia kelihatan tidak banyak membantu paun British walaupun dengan jualan runcit yang memberangsangkan: perasaan takut mengenai Brexit melebihi segala-galanya. Kebanyakan penganalisis (60%) meramalkan dolar akan lebih kukuh dan pasangan ini akan turun ke paras 1.2660 pada mulanya, dan kemudian berada pada zon 1.2600.
    Terdapat pandangan lain seperti yang dinyatakan oleh 40% penganalisis bahawa mereka menjangkakan pembetulan dan pasangan ini kembali berada di batasan atas saluran menurun jangka sederhana pada 1.3010. Paras rintangan pula antara 1.2825, 1.2910 dan 1.2950. Sangat penting untuk mengetahui bilangan penyokong trend bull dikalangan penganalisis meningkat dari 40% kepada 65% apabila kita beralih dari ramalan mingguan kepada ramalan bulanan;

  • USD/JPY. Walaupun sudah 15% daripada pengayun memberikan isyarat bahawa pasangan ini telah lebih dijual, majoriti penganalisis percaya bahawa trend global, atau lebih mudah, perang ekonomi yang dibuat Presiden Trump, akan menentukan trend yang berlaku pada pasangan ini. Mereka menjangkakan ancaman dan perasaan benci antara kedua-dua negara akan berterusan dalam memperkenalkan duti import baru dari rundingan AS-China yang akan datang, justeru permintaan yen sebagai matawang yang selamat akan berkembang. 75% penganalisis menjangkakan pasangan ini akan jatuh ke zon 109.00, dan hanya 25% bersetuju ia akan kembali ke paras antara 111.00-112.00. Sasaran berikutnya adalah pada ketinggian 113.15.
    Jika bercakap tentang ramalan jangka sederhana, 65% penganalisis berkeyakinan pasangan ini tidak mampu untuk melepasi sokongan yang kuat pada 2017-18. ia jatuh ke zon 108.00 dan akhirnya kembali ke batasan atas saluran mendatar yang dialami selama dua tahun pada paras 114.45; 
  • Matawang Kripto. Sentimen negatif terus menguasai pasaran ini, dengan mengehadkan aliran pelaburan baru. Walau bagaimanapun, pertumbuhan modal yang melebihi $204 bilion pada separuh kedua minggu sebelumnya memberi isyarat yang baik: pedagang terus membeli bitcoin dan altcoin walaupun berlakunya kemelesetan. Namun, anda tidak boleh menganggap dagangan seperti itu sebagai pelaburan jangka panjang. Sebaliknya, ia adalah dagangan intraday dan intraweek, berlaku apabila pedagang dengan cepat menutup posisi bulis mereka. Disebabkan itu amat sukar untuk bitcoin melepasi rintangan $6,830. Desakan boleh berlaku jika terdapat sebarang berita yang positif, dalam kes ini pasangan BTC/USD mungkin boleh bergerak ke paras $6,850-7,150.
    Kejatuhan sokongan ke paras $5.760 mungkin akan berlaku, dan ia adalah isyarat bagi jualan besar-besaran matawang kripto. Tetapi jika menurut pakar, senario seperti itu tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat atas sebab-sebab yang dijelaskan pada bahagian pertama.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami