Julai 29, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Sama seperti sebulan setengah yang lepas, sepanjang minggu yang lepas, tiada apa-apa acara yang besar dan oleh sebab itu, pasaran adalah di dalam mood cuti. Kemeruapan pasangan ini adalah 130 mata dan sisihan maksimum dari Titik Pivot saluran lateral jangka sederhana (1.1660) adalah lagi kurang - hanya 90 mata, selepas itu, pasangan ini kembali ke zon tengah. Pada penghujung sesi perdagangan, pasangan ini terhenti di 1.1658;
  • the GBP/USD semakin melemah dan mengukuhkan kedudukan berdekatan dengan zon 1.3100. Lingkungan pergerakan matawang British ini adalah hanya 145 mata dan ini tidak melebihi euro. Pasangan ini mengakhiri di paras 1.3102;
  • USD/JPY. Pasangan ini telah bergerak melakar gambarajah kepala-dan-bahu sepanjang bulan Julai. Ada yang berpendapat ini lebih kelihatan seperti suatu topi cowboy. Pergerakan pasangan ini pada minggu lepas adalah tertumpu bagi bahagian kanan topi ini iaitu trend sisi dalam lingkungan 110.58-111.53. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas di sekitar 111.00;
  • Cryptocurrencies. Bitcoin melakukan percubaan untuk melintasi paras $8,000 dan sungguhpun telah terlampau dibeli, pasangan ini berjaya melakukannya. Pertumbuhan ini dipacu oleh jangkaan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) masih akan membenarkan Winklevoss brothers untuk melancarkan Bitcoin ETF.  Volum utama didagangkan di bursa-bursa kritp Jepun dan Korea Selatan. Apabila BTC/USD mendekati paras $8,500, berita mengenai SEC telah menolak permohonan brothers sekali lagi tersebar.Ini menyebabkan bitcoin runtuh ke bawah zon $8,000 sekali lagi, kehilangan kira-kira $630. Walau bagaimanapun, kejatuhan ini tidak berkekalan dan pasangan ini naik melintasi paras lapan ribu pada malam Jumaat dan mencapai ketinggian $8,275.
    Bagi altcoin utama: etherium, ripple, litecoin, dll., mereka menunjukkan purata pertumbuhan 6-7%, mengikuti bitcoin. 

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Minggu depan akan dipenuhi dengan pelbagai acara, yang jika di masa yang lain, akan menyebabkan pergerakan pasaran yang kuat. Tetapi, pada ketika ini, tiada apa-apa kejutan dijangka daripada data pada GDP Eurozone atau daripada nilai indeks harga pengguna, yang akan diumumkan pada Selasa 31 Julai.
    Perkembangan lain yang berkaitan dengan pasangan euro/dolar adalah keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan komen yang berikutnya oleh Fed pada Rabu, 1 Ogos, dan juga penerbutan data pasaran buruh AS pada Jumaat, 3 Ogos. Berkaitan ini, kemungkinan besar hanya akan terdapat sedikit peningkatan jangka pendek dalam kemeruapan. Isyarat pengayun pada D1 terbahagi kepada tiga - satu pertiga menyokong pertumbuhan pasangan, satu pertiga menyokong kejatuhan dan satu pertiga lagi menyokong trend sisi. Majoriti pakar-pakar (70%) berpendapat pasangan ini akan jatuh ke batasan bawah saluran sisi jangka sederhana (1.1505-1.1850). Sungguhpun begitu, pasangan ini masih mungkin kekal di dalam zon dua-minggu (1.1575-1.1750) buat sementara waktu, dan kemudian turun ke bawah. Analisis graf pada D1 juga menunjukkan senario yang sedemikian.
    Hanya 30% daripada penganalisis berpendapat pasangan ini akan naik ke batasan atas saluran 1.1850;
  • Masa depan paun British tidak kelihatan cerah, sungguhpun Bank England mungkin menaikkan kadar faedah dari 0.50% ke 0.75%, yang akan diumumkan pada Khamis , 2 Ogos. 65% daripada pakar-pakar berpendapat pasangan GBP/USD akan terus jatuh - terlebih dahulu ke paras 1.3000-1.3070, dan kemudian ke sokongan 1.2955. Sasaran mutlaknya adalah paras terendah musim panas 2017 dalam zon 1.2800.
    35% daripada pakar-pakar yang lain pula berpendapat pasangan ini telah mencapai paras terendah tempatan dan akan kembali ke 1.3200-1.3300. Mereka berpendapat pasangan ini mungkin naik ke 1.3450 dalam Ogos. 15% daripada pengayun menyokong trend bull dan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual;
  • USD/JPY. Majoriti pakar-pakar(60%) berpendapat dolar akan semakin kuat dan pasangan ini akan naik sekurang-kurangnya ke zon 111.75-112.20. Analisis graf pada H4 juga bersetuju dengan ramalan ini.
    40% pakar yang lain meletakkan harapan mereka pada Selasa, 31 Julai. Pada hari ini, Bank Jepun mungkin akan mengekalkan kadar faedah tanpa perubahan pada -0.1%, tetapi komen daripada pemimpin pengawal selia ini boleh menyokong yen. Ini hanya akan berlaku jika terdapat petunjuk akan perubahan dalam polisi kewangan serta suatu peningkatan dalam kadar faedah ke nilai positif. Dalam kes ini, sokongan adalah di paras 110.60, 110.30, 109.75;

  • Matawang kripto. Pedagang, pelabur dan pelombong telah memerhatikan graf bitcoin sepanjang beberapa minggu yang lepas. Sejak 28 Jun, kadar matawang ini telah bertumbuh sebanyak 42% dan jumlah permodalan bagi pasaran kripto telah melebihi 300 billion dolar. Selepas bitcoin mencapai ketinggian $8,500, terdapat kemungkinan paras $10,000 akan tercapai. Terdapat banyak faktor yang membantu kepada perkembangan ini. Di antaranya adalah:
    - pertamanya adalah pertumbuhan risiko-risiko politik, akibatnya adalah penurunan dalam permintaan untuk aset-aset "klasik" dan penurunan volum perdagangan dalam pasaran-pasaran tradisional. Adalah berkemungkinan bagi menambah kestabilan dalam negara-negara tertentu, matawang kripto telah menjadi alat untuk menyelamatkan modal;
    - faktor kedua adalah kemunculan penyelesaian-penyelesaian teknologi yang menarik pelabur-pelabur institusi besar di beberapa pertukaran kripto;
    - ketiga adalah pengiktirafan matawang kripto yang lebih aktif di tahap kerajaan. Sebagai contoh, dalam Korea Selatan dan Venezuela. Mengikut presiden negara Venezuela, matawang Venezuela, bolivar, akan diikat kepada matawang kripto kebangsaan Petro;
    - keempat adalah pelancaran platform bagi penciptaan pertukaran-pertukaran kripto;
    - kelima adalah kenyataan-kenyataan daripada pegawai tinggi kerajaan dan VIP lain seperti bekas Pembantu kepada Presiden AS, Steve Bannon, mengenai pelaburan mereka dalam bitcoin dan matawang-matawang kripto yang lain.
    Pakar-pakar berpendapat jika pasangan BTC/USD naik ke atas $10,000, minat untuk melabur dalam bitcoin akan melonjak. Hasil daripadanya, terdapat semakin banyak ramalan yang mengatakan trend naik tahun lepas akan berulang, dan bitcoin mampu mencapai $20,000 menjelang penghujung tahun.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami