Julai 8, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ramalan majoriti pakar (55%) meliputi paras 1.1725, yang mana pasangan ini harus mencapai dalam minggu ini dan ini adalah apa yang telah berlaku. Data ekonomi positif daripada Jerman, bersama statistik yang kurang menarik daripada pasaran buruh dalam AS (NFP menurun sebanyak 12.7%), dan juga perang perdagangan di antara AS dan China memihak kepada Euro. Hasilnya, pasangan ini naik secara berperingkat sehingga 1.1765, diikuti dengan pembetulan kecil dan sesi perdagangan diakhiri pada paras 1.1745;
  • GBP/USD. Mengulas ramalan-ramalan penganalisis dan penunjuk yang bercanggah, kami bependapat pasangan ini akan terus bergerak ke timur sepanjang zon 1.3200, dengan naik turun dalam lingkungan 1.3050-1.3325. Berdasarkan graf, ramalan ini adalah tepat. Bermula dari 1.3200 pada malam Isnin, pasangan ini jatuh ke 1.3093, kemudian naik ke ketinggian 1.3285.
    Paun sekali disokong dengan kenyataan daripada Bank England dan kemungkinan kadar faedah dinaikkan. Pertumbuhan aktiviti dalam sektor perkhidmatan Great Britain juga menyumbang kepada perasaan optimistik para pemain;
  • USD/JPY. Skala yang menentukan petikan harga pasangan ini, di satu belah, polisi kewangan yang sangat lembut oleh Bank Jepun dan sebelah yang lain, perang perdagangan yanng menyebabkan semakin ramai pelabur memilih matawang negara ini sebagai tempat perlindungan.
    Hasil daripada ini adalah kebanyakan pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1, menjangka pasangan ini terus bergolak dengan pergelutan di antara trend bull dan bear. Menurut ramalan mereka, pasangan ini akan naik ke 111.45 terlebih dahulu (ia bertumbuh ke 111.15), kemudian turun ke sokongan 110.00 (pasangan ini mencapai paras 110.27). Seterusnya adalah satu lagi kitaran naik turun, dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima-hari di 110.46, mengesahkan usahanya untuk mengukuhkan kedudukan dalam zon 110.10;
  • Matawang kripto. Setelah lonjatan pada 30 Jun, pasangan BTC/USD terus naik dan mencapai $6,780 dan kemudian jatuh kembali. Ramalan optimistik minggu lepas menyatakan jika bitcoin dengan yakinnya, mampu melintasi paras $6,700, ia merupakan satu isyarat kuat yang menunjukkan perubahan trend yang dinanti-nantikan. Sungguhpun wujudnya satu pertumbuhan yang ketara, rintangan ini masih belum dilintasi sebenarnya dan paras $6,600 boleh dikira sebagai Titik Pivot dalam beberapa hari yang lalu.
    Mengikut jejak bitcoin, Ethereum (ETH/USD) menunjukkan satu pertumbuhan, sungguhpun para $485 boleh dikira sebagai batasan atas bagi saluran ke bawah dua-bulan. Dalam kes lantunan balik daripadanya, pasangan ini boleh jatuh ke harga 360 dolar setiap koin.
    Bagi Litecoin (LTC/USD) dan Ripple (XRP/USD), mereka bergerak dalam trend sisi, mengakhiri minggu lepas di tempat yang sama dimana ia bermula.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • 60% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1, meramalkan pertumbuhan EUR/USD akan berterusan tetapi lebih kecil. Paras 1.1800 dinamakan sebagai rintangan utama. Rintangan seterusnya adalah 50 mata lebih tinggi. Seterusnya, sepanjang Julai, pasangan ini sekali lagi dijangka turun ke sokongan 1.1500 dengan satu percubaan untuk menembusinya. 15% daripada pengayun pada H4 dan D1 bersetuju dengan perkembangan acara-acara dan memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli.
    Tiada berita "revolusioner" dijangka bagi minggu depan. Sungguhpun begitu, kita harus memberi perhatian kepada Khamis 12 Julai. Pada hari ini, data mengenai kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian dalam Eurozine akan diterbitkan, begitu juga dengan statistik mengenai indeks harge konsumer dalam Amerika Syarikat. Mengikut penganalisis, kadar inflasi dalam AS sepanjang bulan lepas telah meningkat, yang mana mungkin mendorong FED untuk menjalankan satu lagi kenaikkan kadar faedah. Ini akan memberi sokongan tambahan kepada dolar;

  • Analisis graf bagi GBP/USD pada H4 dan D1 melukis suatu lantunan kembali dari sokongan 1.3225, naik ke zon 1.3400 dan kemudian kejatuhan menjunam ke zon 1.3000. Dalam situasi semasa, pakar-pakar sedang menanti berita dari UK.
    Maka, pada Selasa 10 Julai, data mengenai kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian sepanjang Mei akan diterbitkan, dan jika menunjukkan kemelesetan April telah diatasi sepenuhnya, paun mungkin akan naik ke atas paras 1.3300.
    Ucapan daripada pengerusi Bank England pada Rabu 11 Julai mungkin akan memberi sokongan kepada matawang British, jika Mark Carney bercakap mengenai pengetatan polisi kewangan sekali lagi.
    Kerajaan Great Britain boleh bertindak menentang paun. Dalam masa depan terdekat, ia harus mengemukakan draf perjanjian mengenai Brexit kepada EU, dan jika ia tidak mengandungi sebarang aspek penting bagi ekonomi negara ini, paun mungkin mengalami tekanan kuat sekali lagi;
  • USD/JPY. Perang perdagangan di antara US dan China rancak kembali. Pada 6 Julai, duti sehingga 25% ke atas barangan import China mula berkuatkuasa. Washington dijangka meningkatkan sekatan sebanyak $200 billion lagi, dimana China mengugut akan membalas dengan menjual sekuriti perbendaharaan AS.
    Dengan latar belakang sebegini, permintaan bagi Yen, sebagai matawang perlindungan, sedang bertumbuh nail. Pasangan USD/JPY naik sebanyak 6.7% sepanjang empat bulan yang lepas. Bagi minggu depan, kebanyakan penganalisis (60%) meramalkan pertumbuhan yang berterusan ke paras 111.40. Baki 40% berpendapat pasangan ini akan bergerak secara lateral dan kekal di dalam saluran 109.35-110.80. Sokongan yang seterusnya adalah di paras 108.65;
  • Matawang kripto. Soalan utama bagi masa depan terdekat adalah sama ada bitcoin akan meneruskan pertumbuhannya atau jatuh kembali. Buat masa ini, sasarannya adalah melintasi paras $7,000 dan pembeli masih belum meninggalkan pasaran. Sungguhpun begitu, penunjuk telah memberi isyarat bahawa matawang kripto ini telah terlampau dibeli, dan jika terdapat sebarang berita negatif, trend mungkin akan berubah dari bull ke bear dengan pantas dan pasangan akan kembali ke paras terendah Jun.
    Sebaliknya, terdapat segolongan pakar yang meramalkan pertumbuhan BTC/USD akan berterusan, menyatakan sebab-sebab seperti kekecewaan ramai pelabur dalam altcoin kembali ke matawang kripto ini, tiada berita buruk bagi jangka masa yang panjang, dan volum perdagangan yang rendah. Sebab terakhir bererti, yang terdesak telah meninggalkan kapal dan hanya terdapat bilangan yang sangat kecil ingin menjual koin ini. Mereka yang kekal adalah yang akan kekal menyimpan bitcoin, tanpa mengira apa yang berlaku, sama ada sehingga kejayaan sepenuhnya atau keruntuhan yang sepenuhnya. Ini merupakan sebab mengapa optimis terus mengatakan, menjelang akhir tahun, BTC akan bernilai sekurang-kurangnya $50,000 (Arthur Hayes, BitMEX), atau sekurang-kurangnya $25,000 (Tom Lee, FundStrat).

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami