Jun 4, 2018

Pelanggan yang dihargai, dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan pelancaran RAMM, satu platform perdagangan dan pelaburan yang membenarkan anda mengawal paras risiko yang boleh diterima.

RAMM (Model Pengurusan Pengagihan Risiko) adalah satu model pelaburan baru yang berdasarkan prinsip pengurusan risiko moden dan menawarkan ciri-ciri terbaik akaun PAMM dan perkhidmatan salinan automatik. RAMM mempunyai beberapa perbezaan dan kelebihan yang ketara.
Perkhidmatan ini membenarkan beberapa strategi pelaburan digunakan sekali gus dengan menggunakan satu akaun sahaja. Berdagang sendiri atau dengan bantuan penasihat pakar juga boleh dilakukan. Maka anda boleh menerima pendapatan sebagai seorang pelabur dan sebagai seorang pedagang secara serentak.

Satu lagi perbezaan di antara RAMM dengan yang analog adalah keselamatan dana pedagang: dengan RAMM, pelabur sendiri yang menentukan paras perlindungan modal. Apabila paras ini tercapai, perdagangan bagi akaun ini akan dihentikan dengan serta-merta secara automatik.
Anda boleh membuka satu akaun RAMM di dalam Kabinet Pedagang anda. Untuk menjadi seorang pedagang, anda perlu membuat deposit sekurang-kurangnya $50 ke dalam akaun RAMM anda atau hanya $10 jika anda ingin mengambil peranan sebagai seorang pelabur. Berdagang dengan nisbah leveraj sehingga 1:1000 boleh dilakukan bagi semua instrumen pedagang termasuk matawang kripto.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan RAMM boleh didapati dalam laman web kami https://ramm.nordfx.com .


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami