Mei 27, 2018

Musim panas, secara tradisional, adalah ketika aktiviti perniagaan menjadi perlahan: VIP akan bercuti di dalam kapal layar mereka di bawah sinar matahari, pengerusi-pengerusi Bank Negara akan meninggalkan pejabat yang membosankan dan menunda kerja-kerja ke musim luruh, dan pedagang-pedagang biasa akan mengikuti jejak mereka untuk bercuti. Sungguhpun begitu, kejutan-kejutan masih boleh berlaku dalam musim panas. Mengimbas kembali Jun 2016, referendum bagi UK untuk keluar dari EU mengejutkan semua pasaran saham dan kewangan.

Berita-berita yang mengejutkan seumpama ini tidak dijangka dalam tiga bulan yang akan datang, tetapi masih terdapat beberapa acara yang akan memberi kesan mendalam dalam trend dan kadar pertukaran.

  • EUR/USD. Kemungkinan besar ECB akan memberi isyarat dalam musim panas bahawa ia berniat untuk mengakhiri tahun ini dengan suatu polisi yang lembut bagi pembelian aset. Ini dijangka berlaku sama ada selepas mesyuarat pada 14 Jun atau 26 Julai, kerana mesyuarat seterusnya akan berlangsung dalam musim luruh. Niat untuk mengakhiri program pelonggaran kuantitatif (QE) dan memasuki fasa pembangunan baru telah dinyatakan secara berulang kali oleh pengerusi-pengerusi Bank Pusat Eropah - oleh pengerusi Bank Perancis, Villeroia de Gallo, pengurusan Bundesbank Jerman, dan pengerusi Bank Lithuania, Vitas Vasiliauskas.
    Hasil daripada ini, sungguhpun kejatuhan Euro masih mungkin berterusan lagi, pasaran telah bersedia untuk pertukaran trend. Jika selepas salah satu mesyuarat yang telah dinyatakan dan jika kenyataan oleh Pengerusi ECB, Mario Draghi mengandungi maklumat positif, Euro akan melonjak naik dengan serta-merta. Pada ketika ini, 60% daripada pakar-pakar bersetuju dengan senario ini. Mereka menjangka pasangan EUR/USD pastinya akan kembali ke ketinggian 2018, dalam zon 1.2400-1.2555 menjelang September.
    10% daripada penganalisis belum membuat jangkaan dan 30% daripada mereka meramalkan dolar menjadi semakin kuat. Mengikut pendapat mereka, kekuatan dolar akan dipacu oleh kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi oleh Rizab Persekutuan US ditambah dengan retorik ECB. Penyokong bear menjangka Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5% dalam 6 bulan yang akan datang, yang akan menyebabkan euro jatuh ke paras terendah September lepas, dalam zon 1.1550. Tambahan lagi kejatuhan ini mungkin berlaku dalam masa depan terdekat, lebih awal daripada tindakan sebenar Fed.
    Analisis teknikal memberi suatu ramalan yang lebih sederhana. Ia meramalkan kemeruapan yang lebih rendah dan turun naik pasangan ini dalam koridor 1.1600-1.2000 bagi permulaan musim panas.
    Pengayun juga meramalkan pembetulan menaik selepas kejatuhan 700 mata. Satu suku daripada mereka telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual dalam jangka masa harian dan mingguan.
  • GBP/USD. Paun terus ditekan oleh ketidak pastian dan percanggahan pendapat dengan Kesatuan Eropah berkenaan Brexit, dan juga polisi kewangan Bank England yang tanpa perubahan. Sejak 17 April, paun telah kehilangan 900 mata dan mengikut bacaan analisis graf dan penunjuk, kejatuhan ini diramalkan akan berterusan. Analisis graf pada D1 meramalkan setelah melantun balik daripada rintangan 1.3455, pasangan ini mungkin jatuh secara tajam sehingga paras 1.3065. Jika sokongan ini dilintasi, pasangan ini mungkin jatuh 300 mata lagi - sehingga zon 1.2765. Walau bagaimanapun, hanya 35% daripada pakar-pakar yang bersetuju dengan ramalan ini, 10% kekal neutral dan 55% yakin bahawa bermula dari pertengahan musim panas, kekuatan paun akan mula pulih dan pasangan ini akan naik ke 1.4000-1.4100. Bagi kes ini, kita harus mempertimbangkan bahawa hanya satu daripada sepuluh pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual.
  • USD/JPY. Hampir semua penunjuk trend dan pengayun pada D1 dan W1 adalah berwarna hijau. Hanya 10% daripada pengayun menyatakan pasangan ini telah terlampau dibeli. Pasangan ini telah kembali ke dalam sempadan saluran sisi 108.25-114.70, yang merupakan lingkungan pergerakannya sejak permulaan 2017. Dalam pertengahan Februari 2018, pasangan ini telah menembusi sempadan bawah koridor ini, tetapi kini ia telah kembali mendekati Titik Pivotnya. Mungkin ini adalah sebab wujudnya perbezaan pendapat di kalangan pakar-pakar: satu pertiga daripada mereka meramalkan pergerakan ke utara, satu pertiga ke timur dan satu pertiga ke selatan.
    Sebagai rumusan, pasangan ini akan kekal di dalam lingkungan ini bagi beberapa bulan yang terdekat, yang juga disokong oleh analisis graf. Dalam permulaan musim panas, pasangan ini diramalkan bergerak di dalam lingkungan 108.25-112.00. Kemudiannya pasangan ini mungkin naik ke rintangan 114.70.

  • Matawang kripto - Kami ingin mengingati anda bahawa, disebabkan oleh pasaran matawang kripto yang tipis dan kemeruapan yang meningkat, kadar matawang digital mungkin dipengaruhi dengan kuat oleh, bukan sahaja keputusan-keputusan pihak penguasa, tetapi juga kenyataan dan tindakan syarikat-syarikat swasta dalam industri ini.
    Bagi pasangan BTC/USD, pakar-pakar meramalkan pertumbuhan sehingga ketinggian 11,750-12,980 menjelang pertengahan Julai. Selepas itu, pasangan ini dijangka jatuh semula ke zon 10,000, dan mungkin ke sokongan 7,160.
    Dinamik yang sama juga diramal bagi matawang-matawang kripto lain yang diliputi dalam TOP-10 berdasarkan permodalan. Maka, ETH/USD mungkin akan melintasi paras $1000 bagi 1 koin dalam Julai dan kemudian kembali ke nilai ketika Mei, dalam lingkungan $650.
    LTC/USD. Pasangan ini akan cuba mencapai ketinggian $200 bagi satu litecoin, kemudian jatuh ke $140.
    Sasaran terdekat bagi pasangan XRP/USD adalah untuk kembali ke zon 0.8850. Jika ini tercapai, ketinggian seterusnya adalah 1.0000. Pasangan ini dijangka jatuh kembali ke kawasan 0.6300-0.7000.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami