Mei 13, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD. Pendapat pakar-pakar minggu lepas adalah terbahagi sama rata: satu pertiga menyokong trend bear, satu pertiga lagi menyokong trend bull dan baki 30% mengambil kedudukan neutral, meramalkan trend sisi. Apa yang berlaku adalah, pasangan ini jatuh ke paras 1.1822 terlebih dahulu, kemudian naik 145 mata dan mengakhiri tempoh lima-hari di tempat yang sama di mana ia bermula, dalam zon 1.1940.
    Sejak 19 April sehingga 09 May, dalam kurang sebulan, pasangan ini telah kehilangan kira-kira 580 mata, tanpa sebarang pembetulan yang serius. Ini menghasilkan kerugian kewangan yang serius kepada pedagang-pedagang yang telah membuka kedudukan berlawanan dengan trend ini dan tidak tahan dengan pengeluaran deposit yang menakjubkan ini;
  • perbezaan pendapat yang sama boleh diperhatikan dalam membuat ramalan bagi GBP/USD. Kami menjangka perubahan dalam dasar kewangan Bank of England pada Khamis, 10 Mei tetapi semua berlaku tanpa sebarang kejutan. Pasangan ini kekali di dalam batasan koridor sisi yang dilukis oleh analisis graf, 1.3460-1.3615.
  • Pasangan USD/JPY juga bergerak dalam trend sisi dengan pergerakan ayunan dalam julat 108.75-110.00 bagi minggu kedua berturut-turut. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas berdekatan dengan permulaan minggu dalam zon 109.40, yang digelar sebagai Titik Pivot dalam separuh pertama Mei;
  • Matawang kripto. Pakar-pakar menjangka pertumbuhan bitcoin melepasi paras 10,300. Pasangan BTC/USD bertumbuh sejak awal minggu tetapi tidak mampu mencapai 10,000. Setelah mencapai paras 9,950, pasangan ini berubah arah dan mula jatuh. Kadar kejatuhan ditingkatkan dengan penjualan Mt. Gox dan kenyataan daripada dua super jutawan - ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett dan penubuh Microsoft, Gates.
    Bursa kripto Jepun, Mt. Gox menjual bitcoin bernilai melebihi $70 juta dan pasaran bertindak balas serta-merta dengan pembetulan besar-besaran. Keadaan bertambah parah apabila Warren Buffett berkata matawang kripto akan berakhir dengan teruk sekali, dan Bill Gates yang mengelar bitcoin sebagai salah satu alat yang paling spekulatif dalam dunia. Hasilnya, pasangan ini jatuh ke bawah paras sokong kuat 8,620 pada Jumaat, 11 Mei.
    ETH/USD dan XRP/USD juga tidak berjaya mencapai sasaran mereka juga. Hanya LTC/USd berjaya mencapai sasaran, dengan mencapai ketinggian 183.75. Namun begitu, trend umum pasaran kripto menyebabkan pasangan ini membuat pusingan-U dan mengikuti "rakan-rakan" yang lain, jatuh ke paras terendah dalam beberapa minggu, sekitar 135.00.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Lebih 70% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada H4 dan D1, serta penunjuk pada H4, pasangan ini dijangka akan mengekalkan pergerakan menaik yang bermula dalam pertengah minggu lepas. Sasaran terdekat adalah zon 1.2050-1.2100, dan seterusnya 1.2215. Kurang daripada satu pertiga menyokong trend bear tetapi penunjuk trend pada D1 dan 15% daripada pengayun memberi isyarat pasangan ini telah terlampau dijual, bersetuju dengan mereka. Jika terbukit benar, pasangan ini mungkin kembali ke zon 1.1800. Sokongan adalah di paras 1.1715;

  • GBP/USD. Oleh kerana pasangan ini telah berjaya menghasilkan corak berbalik "double top", kebanyakan penganalisis (60%) meramalkan pertumbuhan pasangan ini. Ramalan ini juga disokong oleh analisis graf. 20% daripada pengayun pada D1 juga memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual. Rintangan terdekat adalah 1.3625 dan sasaran adalah 1.3765. Baki 40% penganalisis berpendapat pasangan ini mungkin jatuh ke paras 1.3450, dan jika dilintasi, 150 mata lebih rendah ke 1.3300;
  • Pada ketika ini, adalah tidak mungkin untuk mencapai suatu persetujuan dalam meramal masa depan USD/JPY. Pendapat penganalisis dan bacaan penunjuk adalah terbahagi separuh: separuh meramalkan pertumbuhan pasangan ini dan separuh lagi menramalkan kejatuhan. Analisi graf pula meramalkan pasangan ini terus jatuh ke batasan bawah saluran sisi dua-minggu 108.75-110.00. Setelah mencapainya, kemungkinan pasangan ini akan bertukar arah dan naik ke paras 110.00. 70% daripada pakar-pakar bersetuju bahawa ini boleh berlaku sebelum Mei berakhir;
  • Matawang kripto. Pada penghujung Jumaat, 11 Mei, pasangan BTC/USD berada sedikit di bawah batasan bawah koridor sisi tiga-minggu 8,620-9,955. Ramai penganalisis berpendapat jika minggu tidak menerima apa-apa khabar buruk lagi, pasangan ini akan kembali ke dalam batasan saluran ini.
    Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan pakar-pakar yang berpendapat botcoin akan terus jatuh dan dalam kes ini, akan mencapai paras bawah tempatan, 7,720. Pasangnan ini hanya dapat kembali ke paras 10,000 seawal-awalnya penghujung Mei.
    Pakar penganalisis menjangka trend jatuh akan berkekalan sepanjang minggu depan bagi pasangan-pasangan matawang yang lain. Sungguhpun begitu, mereka berpendapat pembetulan ini adalah buat sementara waktu dan semua pasangan dijangka kembali ke paras ketinggian minggu pertama Mei, menjelang penghujung bulan ini. '

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami