Mei 4, 2018

17.12.17 adalah tarikh penting dalam sejarah moden matawang kripto. Pada hari ini dalam Disember yang lepas, setelah memasuki pasaran saham Amerika, bitcoin, diikuti dengan pelbagai altcoin yang lain, terhenti penerbangan mereka ke ketinggian kosmos dan mendarat bersama pemilik-pemilik mereka. Tidak perlu diingatkan bahawa komuniti kripto amat terkejut! Sungguhpun dengan doa-doa pelabur-pelabur, perkara yang lebih buruk adalah kekayaan dunia digital terus meruntuh di depan mata mereka, memusnahkan impian mereka untuk memilik kapal layar, villa dan pulau-pulau. Segala perkembangan dengan matawang kripto dalam beberapa bulan yang lepas adalah seumpama filem seram tanpa penghujung, senario yang memberi harapan diganti dengan senario ngeri yang semakin menakutkan.

Komuniti kripto terbahagi kepada tiga kumpulan:

  • kumpulan pertama ialah pedagang aktif, mereka yang tidak ingin lemas bersama kripto-Titanic yang sedang tenggelam. Kemungkinan besar mereka akan kekal terapung, apabila menggunakan segala keupayaan yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat broker ke dlam pasaran ini. Mereka bukan sahaja berharap bitcoin akan naik tetapi juga akan mengaut keuntungan tinggi dalam kejatuhan bitcoin;
  • kumpulan kedua adalah pelabur pasif yang telah membeli koin di masa lalu dan kini sedang sedih mengira jumlah kerugian;
  • dan kumpulan ketiga dan yang merupakan kumpulan paling ramai adalah mereka yang ingin tetapi belum pernah membeli bitcoin atau altcoin kerana bimbang akan kejatuhan mereka.

Bahan bacaan ini ditujukan kepada kumpulan 2 dan 3. Tujuannya adalah untuk menunjukkan ia adalah bukan sahaja mungkin menebus balik kerugian sebelum ini, tetapi boleh mengaut keuntungan yang kukuh dalam keadaan pasaran kini yang tidak menentu. Semua ini adalah mungkin dengan kaedah analisis teknikal yang amat ringkas.

Broker-broker, seperti NordFX, yang memasuki pasaran kripto, telah membawa bersama mereka pelbagai jenis alatan yang boleh meningkatkan potensi pendapatan dalam hampir semua situasi. Paling utama dalam semua ini adalah platform paling popular dalam dunia, MetaTrader-4 (MT4) dan aplikasi bimbitnya. Sungguhpun ini bukan suatu mesin mencetak wang dalam apa cara sekali pun, tetapi dalam tangan yang berkemahiran, alatan ini akan menjadi suatu senjata dalam memburu bull dan bear dalam hutan digital.

Sebagai contoh, kami akan membincangkan beberapa kaedah menjana pendapatan yang ringkas dengan bantuan beberapa penunjuk yang sedia didapati secara umum, dengan beberapa yang sedia terbina dalam MT4. (Jika tidak biasa dengan platform ini, sila layari laman web NordFX untuk maklumat lanjut).

 

Paras Sokongan dan Rintangan

Bukan suatu rahsia bahawa perkara yang paling penting dalam perdagangan yang menguntungkan adalah mengenalpasti dengan tepat bila untuk membuka satu kedudukan. Jual ketika tinggi, beli ketika rendah: ini adalah apa yang disebut dalam semua buku teks. Tetapi bagaimana untuk mencari titik-titik ekstrem ini? Bagaimana seseorang tahu bila trend akan berubah?

Adalah diketahui umum bahawa majoriti penunjuk trend sama ada memberi banyak isyarat palsu dengan tetapan sensitif, atau terlambat memberi isyarat jika anda mengalihkan "bunyi"  yang tidak diperlukan ini. Jika anda memberi perhatian kepada penunjuk yang menunjuk kepada paras sokongan/rintangan, mereka adalah lebih stabil dan boleh menjadi salah satu alatan yang paling boleh dipercayai dalam perdagangan kripto. Mereka juga boleh dikenali sebagai penunjuk-penunjuk hadapan - seorang pedagang boleh melihat dalam talian bagaimana harga mendekati harga ini. Dengan ini, beliau boleh tahu TERLEBIH DAHULU apabila suatu perubahan dalam trend mungkin berlaku.

Adalah jelas bahawa semakin kuat suatu paras itu, semakin tinggi kemungkinan berlaku perubahan trend. Anda boleh menentukan kekuatan ini dengan memerhatikan sejarah petikah harga, bilangan kali harga melantun di sesuatu paras dalam satu arah atau arah yang lain. Pada masa yang sama, bagi matawang kripto, disebabkan oleh kemeruapan mereka yang tinggi, kami mengesyorkan yang anda mencari paras-paras dalam rangka masa lebih tinggi daripada H4. Kami paling kerap menggunakann rangka masa D1 bersama dengan mingguan W1 dalam kerja-kerja kami.

 

Gambar rajah. 1.

Dalam gambar rajah 1, kami meletakkan satu penunjuk ZigZag dalam petikan harga bitcoin dan adalah jelas paras-paras yang kuat adalah 11,660 (titik pecahan trend 1, 2, 3, 4, 5) dan 9,145 (titik 6, 7, 8). Tambahan lagi, adalah lebih tepat untuk berbincang dalam zon sokongan/rintangan dan bukan paras. Pedagang tidak seharusnya menjangka harga akan berputar balik sebaik sahaja menyentuh, sebagai contoh, paras 11,660. Apabila trend adalah kuat dan pasaran adalah tipis secara relatif, harga boleh melintasi beberapa ratus mata kerana inertia, yang boleh jelas dilihat di titik 1. Keadaan sebegini adalah suatu yang umum bukan sahaja dalam perdagangan matawang kripto tetapi dalam hampir kesemua aset kewangan yang lain.

Sering kali, harga akan tersepit di antara dua paras yang kuat dan bergerak di antara mereka bagi jangka masa yang panjang, umpama satu koridor. Bagi bitcoin, ia adalah saluran 9,145-11,600 yang telah disebut di atas dengan Titik Pivot 10,200. Jika batasan bawah dilintasi, harga jatuh ke paras di bawah dengan batasan 7,700-9,145. Kami juga boleh melihat koridor sisi 6,190-7,700 sebagai contoh. Dan jika pasangan BTC/USD terus jatuh (yang tidak dinafikan sama sekali) kami perlu mengalihkan fokus ke saluran-saluran utama musim panas-musim luruh yang lepas, iaitu 5,350-6,190 dan 3,560-4,470.

 

Dengan ini, kami telah berbincang mengenai cara untuk membina paras-paras sokongan/rintangan menggunakan penunjuk ZigZag. Pedagang-pedagang boleh menggunakan beberapa penunjuk lain yang dibangunkan bagi platfor MetaTrader-4 seperti Saluran Harga (Gambarajah 2). Jika kita menghubungkan seksyen mendatar paling panjang dan paling kerap dijumpai yang dilukis oleh penunjuk ini, kami akan menjumpai paras-paras yang sama dengan contoh pertama. Maka secara prinsipal, salah satu daripa penunjuk ini boleh digunakan sebagai yang utama dan satu lagi gunakan sebagai penunjuk kawalan.

 

Gambarajah. 2.

 

Pencapahan yang Begitu Berguna

Pencapahan juga boleh merupakan sejenis isyarat kuat yang menjunuk kepada pembalikan arah trend. Sebagai penjelasan, pencapahan adalah perselisihan di antara arah perubahan harga matawang kripto dengan petunjuk-petunjuk daripada pengayun. Pengayun adalah satu kelas penunjuk yang mana, banyak telah siap terbina dalam platform MetaTrader-4. Dalam contoh kami, kami akan menggunakan salah satu pengayun yang paling popular dan terbukti, MACD - dalam rangka masa H4.

 

Gambarajah. 3.

In Gambarajah. 3, pencapahan di antara petikan harga bitcoin (di bahagian atas gambarajah) dengan penunjuk MACD (di bahagian bawah) jelah kelihatan. Dalam segmen A dan B, walaupun harga terus bertumbuh, puncak dalam carta penunjuk adalah semakin lama semakin rendah. Ini adalah isyarat kuat bahawa suatu perubahan dalam trend akan berlaku dan harga akan jatuh, mengikut bacaan-bacaan penunjuk. Gambar yang berlainan boleh dilihar dalam segmen C dan D, dimana harga sama ada jatuh atau bergerak mendatar, bacaan MACD naik, suaru petunjuk kepada pertumbuhan harga bitcon.

 

Contoh Selama Sebulan

Mari kita lihat perdagangan bitcoin boleh dilakukan dalam tempoh dari 11 Februari sehingga 11 March, 2018 (Gambarajah. 3.), sebagai satu contoh.

Bagi melukis garisan trend, pada asasnya, ia adalah mencukupi untuk menghubungkan dua puncak, seperti dalam segmen C dan D. Pencapahan di antara garisan-garisan ini, bersama paras sokongan 9.145 yang berhampiran, adalah satu isyarat yang baik bagi pembalikan harga. Pada ketika ini, pedagang membuka satu kedudukan di titik 1, dengan volum 1 lot, membeli 1 BTC (dalam NordFX, 1 lot adalah 1 bitcoin), beliau menjual di titik 2 yang berdekatan dengan paras rintangan 11,660, dan menjana keuntungan $2,515.

 

(Adalah biasa bagi sebaran atau komisen broker ditolak daripada keuntungan ini tetapi di NordFX, kos ini adalah minimum dengan hanya $55 bagi 1BTC).

 

Satu contoh lain - pencapahan A dalam carta yang sama.
Sama seperti kes sebelum ini, ketika puncak kedua sudah dilintasi, pedagang memerhatikan satu pencapahan dan membuka satu kedudukan jual di titik 3 pada harga 10,200.

 

(Tidak seperti bursa-bursa kripto, broker seperti NordFX membenarkan anda buka sahaja membeli tetapi juga menjual matawang kripto, walaupun tidak memilikinya. Transaksi seperti ini dipanggil CFD - kontrak untuk perbezaan dalam harga, yang mana anda boleh mengaut keuntungan walaupun matawang kripto runtuh ke sifar).

 

Maka pedagang tersebut telah menjual 1 bitcoin, bagaimanapun, harga terus naik. Apabila harga mencapai paras 11,660 (titik 4), beliau mengalami kerugian $ 1,460.

Apa yang telah berlaku? Tiada apa yang istimewa. Perkara seumpama ini sering berlaku dalam pasaran. Tiada isyarat yang memberikan 100 peratus kejayaan terjamin.

Apa yang boleh dilakukan? Pilihan 1: tutup kedudukan tersebut dan dengan menetapkan kerugian itu, kehilangan wang anda. Pilihan 2: tidak menutup sebarang kedudukan, tetapi sebaliknya, meningkatkan kedudukan dengan beberapa lot lagi.

Pencapahan yang berterusan sehingga puncak ketiga (pencapahan tiga) bersama dengan paras rintangan yang berhampiran di titik 4 adalah isyarat yang lebih kuat daripada titik 3. Ini adalah sebab mengapa pedagang membuat keputusan untuk membuka satu kedudukan lagi, dengan volum 1.5 lot.

Maka, pedagang ini memiliki dua kedudukan, yang pertama dengan volum 1 lot, dibuka pada harga BTC 10,200 dan yang kedua dengan volum 1.5 lot, dibuka pada 11,660. Beliau menutup kedua-dua kedudukan ini, berikutan isyarat MACD, di titik 5 pada harga 10,650. Keputusannya, beliau menerima satu kerugian $ 450 bagi transaksi pertama dan keuntungan % 1,515 bagi yang kedua. Jumlah perolehan bagi kedua-dua transaksi ini adalah $ 1,065.

Perlu dinyatakan adalah pencapahan bukan sahaja boleh ganda dua (C dan D) atau ganda tiga (A) tetapi juga boleh ganda empat, seperti dalam segmen B (Gambarajah 3). Dengan ini anda bukan hanya perlu meningkatkan kedudukan sekali tetapi dua kali. Begitu juga dalam kes di mana terdapat tiga, empat, atau lebih banyak...Semua ini memerlukan wang. Bagaimana anda boleh memastikan anda memiliki wang mencukupi? Jawapannya adalah: penggunaan Pengurusan Wang dan leveraj.

 

Pengurusan Wang dan Leveraj

Pengurusan Wang adalah salah satu kaedah untuk mengurus dana, yang melibatkan perkara yang paling penting - risiko yang telah dikira terlebih dahulu bagi setiap transaksi yang berasingan dan bagi satu siri transaksi bersama.

Leveraj adalah amaun kredit yang dibekalkan oleh broker kepada pedagang bagi menjalankan transaksi dalam pasaran, secara automatik dan tanpa sebarang cagaran. Jika dengan nisbah leveraj maksimum adalah 1:1000, seperti yang ditawarkan oleh NordFX, seorang pedagang yang mempunyai $1000 dalam akaunnya boleh menjalankan transaksi bagi pembelian/penjualan matawang kripto atau instrumen kewangan lain dengan satu amaun 1000 kali ganda lebih besar daripada dana sendirinya, iaitu $1,000,000. Sungguhpun begitu, adalah tidak wajib dan tidak perlu untuk menggunakan kesemua potensi ini dengan sekali gus. Manfaat utama nisbah leveraj ini adalah ia menyediakan kebebasan pergerakan tambahan kepada pedagang. Semakin tinggi nisbah leveraj, semakin banyak dana yang boleh didapati bagi anda.

Kami perlu menjelaskan bahawa amaun leveraj tidak mempengaruhi paras risiko. Pedagang sendiri yang menguruskan risiko ketika membuka satu kedudukan dengan sesuatu volum. Anda tidak perlu menghiraukan sesiapa yang berpendapat sebaliknya. Ia hanya bererti orang ini tidak mempunyai idea apa itu Pengurusan Wang.

Bagi membuka satu kedudukan dengan volum 1 lot pada harga $10,000, anda memerlukan amaun wang yang sama, iaitu $10,000. (Mungkin lebih sedikit, dalam mempertimbangkan sebaran). Dengan nisbah leveraj 1:1000, anda boleh membuka kedudukan yang sama dengan hanya $10. Baki $9,990 boleh digunakan untuk menampung kerugian ribuan (kerugian semasa) jika harga bergerak menentang anda. Ia juga boleh digunakan untuk membuka satu atau lebih kedudukan, seperti yang diterangkan dalam contoh di atas.

Larry Williams, salah seorang pedagang profesional terkemuka hari ini, pada permulaannya mendasarkan perdagangan beliau atas risiko maksimum setiap transaksi yang boleh diterima pada 5 peratus daripada deposit beliau. Setelah itu beliau menghadkan transaksi beliau kepada 2 atau maksimum 3 peratus. William berdagang niaga hadapan atas bond dan indeks S&P 500, yang mempunyai kemeruapan jauh lebih rendah berbanding matawang kripto. Ini harus dipertimbangkan dalam membangun panduan anda sendiri bagi Pengurusan Wang.

 

Semoga Anda Berjaya

Pedagang-pedagang yang berpengalaman tentu sekali menggunakan strategi yang lebih kompleks dan menguntungkan berbanding apa yang dibincangkan di atas, dalam kerja mereka. Tetapi kami tidak mendakwa strategi kami adalah yang terbaik. Matlamat kami adalah berbeza: untuk menunjukkan kepada mereka yang letih menunggu penerbangan bitcoin yang seterusnya, bahawa mereka boleh mengaut keuntungan sekarang, tanpa mengira sama ada matawang kripto bertumbuh naik atau jatuh meruntuh. Tuan-tuan dan puan-puan, sekarang adalah masa untuk anda berhenti menjadi seorang pemikir pasif. Penantian anda tiada penghujungnya. Sekarang adalah masa bagi anda untuk melangkah ke hadapan dan menjadi seorang pedagang aktif. Gunakan pilihan alatan yang banyak dan peluang-peluang lain yang disediakan oleh broker seperti NordFX kepada anda. Benar, perjalanan ini mungkin sukar pada mula-mulanya. Tetapi, memetik kata-kata orang Roman lama, Viam supervadet vadens - jalan hanya akan dikuasai dengan perjalanan.

Semoga Berjaya!


« Panduan Pedagang Mengenai Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami