Mac 25, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas:

  • EUR/USD telah bergerak dalam trend sisi sepanjang March, dengan sedikit kecenderungan trend bear. Ini adalah jenis pergerakan yang diramalkan minggu lalu. Dengan tolakan trend bear, pasangan ini hampir mencapai sokongan pada 1.2200, tetapi gagal dan mencapai paras bawah tempatan pada 1.2239. Selepas itu, pasangan ini berubah arah dan mengakhiri sesi perdagangan dalam zon Titik Pivot 2018, 1.2350;
  • GBP/USD. Ketika ramalan yang lepas ditulis, penunjuk-penunjuk pada D1 menunjuk ke arah utara, meramalkan trend menaik dua-minggu dan global, yang bermula dalam Januari 2017, akan berterusan. Senario ini disokong oleh 40% daripada pakar-pakar juga, merujuk kepada ketinggian 1.4145. Ramalan ini terbukti tepat. Pada permulaan tempoh lima-hari, pasangan ini telah naik mendadak. Berdasarkan maklumat daripada Bank of England pada Khamis, 22 March, pasangan ini cuba melintasi paras rintangan 1.4145 tetapi gagal untuk kekal di atas paras ini dan jatuh ke bawah tidak lama kemudian. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas dengan bergerak sekitar paras 1.4145;
  • 70% daripada pakar-pakar, analisis graf pada D1 dan 90% daripada penunjuk pada H4 dan D1 meramalkan pergerakan USD/JPY dalam saluran jangka sederhana akan berterusan. Ini adalah apa yang berlaku -  pasangan ini jatuh ke paras 104.63 dalam hari Jumaat, dan menemui Sabtu pada paras 104.75;
  • Bagi matawang kripto, pakar-pakar meramalkan kenaikan bitcoin ke 8,850-9,400 dan menjelang pertengahan minggu, BTC/USD telah berjaya berbuat demikian,mencapai paras 9,145. Bagi pasangan LTC/USD, kenaikan ke zon 170.00-181.00 telah diramalkan. Setelah kejatuhan pada hari Sabtu dan Ahad, paras ini kelihatan tidak mungkin tercapai. Tetapi gerakan bull mampu memperolehi kekuatan untuk menolak pasangan ini ke ketinggian 174.00 pada hari Rabu. Dinamik yang serupa ditunjukkan oleh Ripple, dengan kenaikan ke paras 0.70 tetapi gagal untuk kekal di atas paras ini.
    Ethereum tidak menepati ramalan pakar yang menjangka pertumbuhannya ke paras 655.00. Secara realiti, Ethereum hanya mampu mencapai 587.00.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • 60% daripada penganalisi menjangka pasangan EUR/USD akan naik ke paras 1.2415 dan kemudian lebih tinggi- ke ketinggian 1.2445. Sasaran yang seterusnya adalah 1.2520. Analisis graf pada D1, 100% daripada penunjuk trend dan 85% daripada pengayun pada H4 bersetuju dengan ramalan ini.
    Kebanyakan penunjuk pada D1 mengambil kedudukan neutral. Kali ini, 40% daripada pakar-pakar dan 15% daripada pengayun bersetuju dengan bear, memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dibeli. Paras sokongan adalah 1.2240, 1.2200 dan 1.2155;
  • GBP/USD. Kebanyakan penganalisis (60%) masih meramalkan kejatuhan pasangan ini ke 1.4115, dan dalam kes keruntuhan, lebih rendah ke 1.4080. Sungguhpun begitu, hanya 5% daripada pengayun menyokong ramalan ini. 95% yang lain, dengan sokongan 40% daripada penganalisis menyokong bull, meramalkan trend menaik akan berterusan. Paras rintangan terdekat adalah 1.4215 dan 1.4275, sasaran muktamad adalah ketinggian Januari 2018, 1.4345;
  • Pendapat-pendapat bagi masa depan USD/JPY adalah serupa dengan minggu lepas: 70% daripada pakar-pakar dan 90% daripada penunjuk pada H4 dan D1, menunjuk ke arah selatan, meramalkan pasangan ini akan terus bergerak dalam saluran ke bawah jangka sederhana. Sasaran adalah 104.00 dan 102.65.
    Pada masa yang sama, analisis graf pada D1 memberi amaran bahawa, sebelum terus jatuh, pasangan ini mungkin naik ke 105.70-106.30 buat sebentar dan mungkin lebih tinggi ke 107.00. 10% daripada pengayun memberi isyarat yang pasangan ini telah terlampau dijual, menjangka suatu pembetulan;

  • Ramalan bagi pasangan matawang asas adalah seperti berikut.
    BTC/USD - Pakar-pakar meramalkan trend menaik akan berterusan. Sasaran-sasaran untuk dicapai oleh pasangan ini menjelang pertengahan minggu adalah 9,870 dan 10,080. Pada masa yang sama, trend bull mungkin menjadi lebih kuat dan naik ke zon 11,500-11,750. Pada penghujung minggu, trend mungkin berubah dan jatuh sedikit secara relatif;
    Dinamik yang serupa adalah dijangka bagi pasangan-pasangan yang lain. ETH/USD: sasaran adalah 740.00 dan 866.00. LTC/USD: 193.40 dan 217.30. XRP/USD: 0.670, 0.730 dan 0.890.

Kami perlu menyatakan di sini bahawa acara-acara yang kecil juga mampu mempengaruhi trend dan kemeruapan matawang kripto. Maka kami amat mencadangkan kepada anda untuk mengamalkan pengurusan wang bijak, yang mana, jika digabungkan dengan leveraj 1:1000, akan mengurangkan risiko perdagangan anda secara ketara. Untuk membeli 10 Bitcoin, 100 Ethereum, 500 Litecoin atau 100,000 Ripple, anda hanya memerlukan $100, dan anda boleh menyimpan baki wang anda sebagai simpanan.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Promosi
dan Bonus
Keadaan dan tawaran istimewa untuk dagangan yang menguntungkan. Ketahui Lagi
Ikuti Kami